home
login::signup
we::blog

abdullah jones

Image hosted by Photobucket.com

last modified Jun 12, 2005 at 16:41


Tuesday, March 15, 2005

jika filem sepet mempunyai maksud untuk memuhibahkan rakyat malaya, maka mesej yang hendak disampaikan sempurna pada babak jason menari mengikut irama gambus lagu dia datang. (aku paling suka babak ini)

jika filem ini sebuah filem tentang cinta kecewa, babak jason dan orked duduk dijambatan berjaya mengambarkan kegembiraan cinta mereka dan babak jason duduk berseorangan dijambatan pula mengambarkan kekecewaan cinta mereka.membunuh jason juga satu pilihan yang baik walaupun ianya satu penyelasaian yang amat biasa.

filem sepet tidak perlukan ida nerina dan juga harith iskandar dan yang lebih penting filem ini tidak langsung memerlukan ida nerina dan harith iskandar berkemban dan berpelikat dalam lebih separuh waktu filem ini. babak begitu sudah disempurnakan oleh julia dahlan dan mana mungkin pengarah filem-filem lain menandingi kesempurnaan filem-filem julie dahlan.

babak romen pelajar kolej melayu juga tidak perlu kerana ianya juga sudah disempurnakan oleh kak julie aku.

aku menunggu lama untuk menonton filem sepet, setelah ditimbang-timbang dan didesak-desak, aku akhirnya setuju.malangnya aku agak kecewa dengan filem ini. ianya adalah lanjutan dari semua filem melayu yang pernah aku tonton. pembaharuan yang ada cuma dialog yang diperbagai.selebihnya adalah sesuatu yang seolah dipaksa berlaku.

apa silapnya sepet? sepet mencuba terlalu keras untuk menjadi wayang muhibah yang sempurna . dan kesilapan paling besar filem puteri gunung ledang adalah memilih m. nasir sebagai hero.

u-wei hanya berjaya dengan jogho, buai laju-lajunya gagal bahkan sangat gagal.

aku tidak sabar menunggu karya agung terbaru razak mohaideen.

babak jason miming gambus masih bermain dikepala aku .

138891 | posted by abdullahjones at 11:26 | 1 comments

Monday, March 14, 2005

aku mengikuti *projek menara gading dari mula projek bimbingan itu bermula iaitu pada tahun 1999.

kebanyakan mereka yang mengikuti program ini tidak menghadapi apa-apa masalah untuk menangkap apa yang diajarkan oleh guru. kebanyakan pelajar yang mengikuti program ini terdiri dari mereka-mereka yang sederhana pencapaian akedamiknya. setelah mengikuti program ini, keseluruhan pelajar-pelajar yang sabar insyallah akan memperoleh kecemerlangan didalam peperiksaan spm .

masalahnya, kebanyakkan pelajar melayu yang cuba dibantu ini sangat banyak masalahnya. yang jantan dengan masalah tak rajin belajar. yang perempuannya rajin sangat nak bercinta.masalah-masalah ini menganggu aliran pembelajaran mereka.

aku cukup anti pelajar sekolah asyik masyuk bercinta. dan jika diberi kuasa aku sangat ingin untuk melempang dan menyepak budak-budak sekolah yang asyik masyuk bercinta ini.

budak-budak projek menara gading ni anak orang miskin. ada anak yatim. semua budak-budak ni ada masalah wang ringgit. projek ini dibuat untuk mereka dapat membantu keluarga mereka keluar dari kemiskinan.

sebenarnya aku hendak menulis tentang kekecewaan melihat budak melayu yang seolah tidak mahu membantu diri sendiri walaupun setelah dibantu. malangnya aku tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya.

*projek menara gading adalah satu rancangan bimbingan selama 2 tahun bagi pelajar-pelajar miskin dari kawasan luar bandar bermula dari tingkatan empat.

pelajar-pelajar yang dipilih terdiri dari mereka-mereka yang sederhana pencapaian akedamiknya. mereka akan dibimbing oleh guru-guru yang mahir.

setakat ini telah 3 siri projek menara gading diadakan. 98% pelajar siri pertama telah berjaya keuniversiti. 100% pelajar siri kedua berjaya ke universiti.
dan kini siri ketiga sedang dijalankan.

projek ini adalah percuma. dan ini bukan siri kem motivasi. projek ini ditanggung sepenuhnya oleh yayasan abdulaziz.

138863 | posted by abdullahjones at 22:22 | 1 comments