|
kena tangkap...
baru-baru nie ofice saya digemparkan dengan cerita staf wanita di tangkap basah... dia ditangkap semasa berada dibawah satu bumbung dengan pasangannya.. sejauh mana kebenaran cerita tue hanya orang-orang yang terlibat yang tahu... apa yang menyakitkan hati saya, ader pihak yang menujukan berita penangkapan tue pada saya... mentang-mentang la kat ofice nie tak ramai yang bujang... saya la yang jadi mangsa.. antara faktor yang menyebabkan saya dituduh; i. antara staf pompuan kat ofice saya yang paling ligat... ii. saya rapat dgn staf lelaki yang lain (jibam) iii. saya selalu out-statian iv. banyak aktiviti out-door v. saya malas nak layan staf lelaki yang gatal kat ofice dan lain-lain yang saya tak dapat fikirkan... walaupun saya ni agak sosial, tapi saya masih tau batas-batas pergaulan dan hukum agama.. bukan nak tunjuk alim, tapi sebagai seorang insan biasa, kita perlu ada pegangan dan pendirian.. hanya itu yang akan membantu kita dalam melalui kehidupan harian yang mencabar... itu cerita pertama.. minggu lepas saya sekali lagi dikejutkan dengan berita penangkapan staf dr department yang sama berdua-duaan.. macam biasa, ada jugak suara-suara sumbang yang menuduh saya.. kali nie saya dgn jibam yang jadi mangsa.. walaupun kami rapat, kami tak kan buat kerja-kerja gila tue.. kedua-dua cerita nie menggambarkan betapa rendahnya maruah orang melayu sekarang... itu belum lagi sebagai seorang yang beragama islam.. entah la.. apa yang saya tau, saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja kat ofice dan aktiviti out-door... tidor pun tak cukup.. mana saya ada masa nak buat benda-benda tak senonoh tue... kadang-kadang tue, ada orang yang nampak jer baik, tapi sebenarnya, dialah dalang... jangan menilai seseorang dari paras rupa dan penampilan.. selami dulu hati budi.. saya tak risau bila dituduh sebab, saya tau siapa saya dan apa yang terjadi.. saya boleh bagi bukti dimana dan dengan siapa yang berada ketika kejadian tue berlaku... berani kerana benar, takut kerana salah... apa yang menyedihkan saya, pemikiran insan-insan terpelajar kat ofice saya masih berada di takuk lama... selalu menilai seseorang berdasarkan paras rupa dan penampilan diri.. ligat : bahasa penang yang bermaksud aktif
by adiema on
15 Aug 2004 at 19:27
3 comments
banyakkan bersabar...mak sulas selalu cakap...takkan mati kena kutuk...
117330 |
posted by sulastria on
August 17, 2004 at 2:49
larat ker ss nak peligan depa tue???
117319 |
posted by adiema on
August 17, 2004 at 1:46
sabor aje la. ... mmg orang ni selalu pandang dgn sebelah mata ! sakit mata kot yg sebelah lagi tu. takper...susah2 sgt hang habaq mai saper depa tu, nanti nak peligan depa...
117155 |
posted by saorangorang on
August 15, 2004 at 21:17
|