Main
Home
Biodata
Album
Journal
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Paleolitik
Archieve
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
Collection
Islamic Info
Midi
Quotes
Radio & TV
YTunnel
Yahoo Stuff
Poem
Contact
E-Mail
Yahoo IM
GuestBook
Links
Tipah
Wawa
Unsung Hero
Syati
Elaira
Mat Jan
Kak Tini
Fajar
Hanya Sayang
Raya 2020
Syanana
Melyz301
Elixir
ZZ
Kak Lela
Net Biru
Faizal
Realiti Kehidupan
Asri
Honey Biru
Amir Scuba
HoneyBeaR

online

I am ur someone???.. when u have no one..

home | login::signup | we::blog

Monday, April 11, 2005

PINDAH

sebenarnye aku dah pindah blog.. semua update aku tulis kat blog baru aku tuh..hihii

boleh pergi kat http://akiranagasaki.blogspot.com

140210 | posted by akiranagasaki at 1:40 pm | 0 comments

Monday, March 28, 2005

journal 3 zaman batu

ada 3 journal zaman batu aku..
zaman batu awal (paleolitik)..
zaman batu tengah (mesolitik) dan
zaman batu baru (neolitik)..

sekarang aku sudah masuk zaman batu baru.. jadi secara rasmi aku berpindah ke rumah baru hehe takde la aku duduk dalam gua lagi..

139489 | posted by akiranagasaki at 8:03 pm | 0 comments

Sunday, March 13, 2005

Semakin Biasa

Meminjam petikan dari wawaonline..

"Kehidupan seharian menjadi semakin biasa. Tiada apa yang menarik yang boleh dikongsikan bersama"

Aktiviti harian sama setiap hari.. pergi kerja.. balik kerja.. berehat di rumah jika tidak keluar atau keluar sekali sekala bersama rakan membeli belah.. tiada yang adventure.. tiada peristiwa sedih.. tiada peristiwa gembira.. tiada apa yang menarik..online, offline.. online, offline..sama saja setiap hari.. tiada beza..

Jika hendak meluahkan segala hati yang terbuku pun, di sini bukanlah tempat yang sesuai lagi.. memandangkan terlalu ramai mata² yang mengenali.. aku takut ada yang terguris.. tercalar..terobek dek kata² pedas dari aku nanti..

Jadi adalah lebih baik, aku juga memilih untuk berehat sebentar dari menulis di sini.. sebab tiada apa yang aku hendak tulis..

138784 | posted by akiranagasaki at 2:08 pm | 4 comments

Hati..

Kadang-kadang kita begitu asyik nak menjaga hati orang.. sehingga kita terlupa kita juga mempunya hati.. hati kita siapa yang nak jaga??

Kesimpulannya.. sayangilah hati, jantung, limpa, buah pinggang, usus, pankreas dan lain² organ anda hehe.. jangan sampai kita makan hati di atas perbuatan kita sendiri..

Pesanan Kerajaan Malaysia : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

138766 | posted by akiranagasaki at 1:46 am | 0 comments

Thursday, March 10, 2005

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

chorus 1:

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

chorus 2 :
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

ulang dari chorus 1

138613 | posted by akiranagasaki at 10:14 am | 1 comments

Takde air..

Pagi tadi aku terbangun agak lewat.. pukul 7.15 pagi.. bangun pagi terus pergi bilik air..bukak paip.. ciss takde air..apersal la takde air pepagi buta ni.. aku tak tau sama ada PUAS yang catu.. atau pihak pengurusan V**** yang mencatu.. kurang asam betul dorang ni.. dah la tak bagi notice.. alih² main block macam gitu ajer.. dah menyusahkan orang pepagi buta..

Nasib baik masih ada air di dalam tong, kalau idak huh.. terpaksa la aku angkut sabun, towel, berus gigi, ubat gigi gi opis wakakaka.. nasib nasib.. elektrik takde OK lagi.. kalau air takde mang tak OK..

138610 | posted by akiranagasaki at 9:32 am | 0 comments

Lelaki dan Bola..

Sekarang musim bola.. tv asyik tayang bola ajer.. lelaki dan bola mang tak dapat di pisahkan, agak pelik kalau ada lelaki yang tak gemar bola.. pagi tadi aku pergi membeli makanan di sebuah restoran, beli nasi goreng.. ada dua tv di sediakan di restoran itu, satu di dalam dan satu di luar.. aku perhatikan hampir kesemua lelaki² yang duduk makan di situ muka terdongak ke atas memandang ke screen tv hahaha.. kelakar plak aku nengok..

Kekadang terfikir kenapa lelaki minat betul ngan sukan bola sepak ni.. bola sepak ngan lelaki mang sinonim seperti irama dan lagu.. ihikss..

Semasa aku kecik² dulu di bawah umur 12 tahun, aku juga pernah menjadi pemain bola sepak, pernah juga menjawat jawatan penjaga gol di satu perlawanan hahaa.. bila di ingkatkan kembali kelakar dan menjadi kenangan manis jugak.. maklumlah sepupu² sebaya aku semuanya lelaki.. kalau dalam perlawanan bola sepak itu, hanya aku seorang perempuan..permainan lain juga seperti baling kasut, polis sentri, kayu tiga.. tetapi walaupun aku perempuan, aku antara best player tau hehehe..

Walaupun aku dulu-dulu main bola sepak, tapi aku takde la gemar sangat, pasal menyakitkan badan, jadi penjaga GOL kena tangkap bola.. adush.. jadi player paling aku tak suka nak kena tanduk bola.. kalau sepak ajer tu bola tahan lah..hihi.. kesimpulannya main bola ni menyakitkan badan aku jer.. tu lom termasuk jatuh terguling-guling.. aku pun pelik kenapa lelaki suka bola..

138603 | posted by akiranagasaki at 8:27 am | 1 comments

Wednesday, March 9, 2005

Kelebihan Solat Tahajjud

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."

Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow

Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

138567 | posted by akiranagasaki at 8:24 pm | 0 comments

Monday, March 7, 2005

A Thousand Miles

Making my way downtown
Walking fast
Faces pass
And I'm home bound

Staring blankly ahead
Just making my way
Making a way
Through the crowd

And I need you
And I miss you
And now I wonder....

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
Tonight

It's always times like these
When I think of you
And I wonder
If you ever
Think of me

'Cause everything's so wrong
And I don't belong
Living in your
Precious memories

'Cause I need you
And I miss you
And now I wonder....

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
Tonight

And I, I
Don't want to let you know
I, I
Drown in your memory
I, I
Don't want to let this go
I, I
Don't....

Making my way downtown
Walking fast
Faces pass
And I'm home bound

Staring blankly ahead
Just making my way
Making a way
Through the crowd

And I still need you
And I still miss you
And now I wonder....

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass us by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you...

If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass us by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
If I could
Just hold you
Tonight

:: Vanessa Carlton ::

138388 | posted by akiranagasaki at 4:12 pm | 1 comments

Bila coding tak jadik..

Tensen betul bila buat programming ni coding tak menjadi.. rasa nak hantuk jer kepala kat dinding.. erghhhh.. tensenn tensen tensen!!!..

138386 | posted by akiranagasaki at 3:25 pm | 2 comments

Friday, March 4, 2005

Golden Faith



Aku suka tengok cerita cina ni.. di tayangkan setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6-7 petang.. bestt.. lagu Gallen Lo yang jadi tema cerita ni pun now aku dah giler hahaha..

nak baca sinopsis cerita boleh klik SINI

138239 | posted by akiranagasaki at 10:53 pm | 0 comments

Ntah tak tau nak letak tajuk apa

Hari ni dah hari jumaat.. macam biasa esok cuti.. best cuti.. leh bangun lewat banyak..cakap pasal plan Melbourne dan Tasmania.. semua dah settle.. untuk hostel ketiga² kepala sudah decide nak duduk di mana.. Melbourne akan duduk kat Hotel Bakpak, untuk Launceston akan duduk kat Metro YHA, kat Hobart lak akan duduk kat central backpackers.. rasa tak sabar pun ada.. untuk tours.. pun dah siap semua, cuma nak booking je lagi. plan apa nak buat setiap hari pun dah siap.. flight pun sudah di tempah.. cuma menunggu masa je lagi... lagi 2 weekss.. Yahooooooooooooooooooooooooooooo!!!!

Semalam aku call faizul opismate aku.. aku nak pinjam beg dia, sebab aku tau dia kaki panjat gunung mesti ada beg besar².. beg aku kecik.. tak muat la nak letak baju untuk 10 hari.. nak bawak beg pramugari tarik² tu leceh plak rasanye.. dia kata beg dia masih lom di cuci memandangkan dia baru balik endau rompin camping kat sana hhahaa beg penuh dengan lumpur kot.. mungkin minggu depan dia akan bawak beg tu ke opis.. tak tau plak besar mana.. yang aku tau dia kata beg dia 60 liter.. kaler biru jenama apa ntah.. tapi dia kata jenama mahal jugak laa..hehe..

Esok sabtu.. aku ingat nak pergi clinic gigi ngan housemate aku, pasal dia mang tetiap seminggu atau dua minggu gi clinic gigi cantikkan gigi hehe.. aku plak sekarang ntah kenapa gigi aku di sebelah atas kanan ni macam tak best.. aku rasa gigi geraham nak tumbuh laa.. gusi macam pecah.. tapi hari ni macam dah kurang skit..cuma masih ada rasa tak sedap je..

apa lagi nak tulis ek.. takde idea laa.. kekadang aku rasa terkongkong untuk menulis tak tau kenapa.. aku notice danchan ni pun macam slow nak loading.. berbanding host lain cam blogspot dan blogdrive laju je tengok.. macam nak tukar hosting pun ada.. tp leceh plak banyak mende nak kena renovate balik.. haizzz

138209 | posted by akiranagasaki at 12:34 pm | 0 comments

Rintihan Bohsia Suci..

Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka....

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing
lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?

"Bodoh kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. Aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Black sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih baik dari aku. Hati Katy terus merintih. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab oleh Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai epuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.

"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

138199 | posted by akiranagasaki at 10:34 am | 0 comments

Thursday, March 3, 2005

Sessi Merapu Merepek..

Sebagai manusia, kita memang tidak boleh lari dari perasaan bosan.. kadang aku bosan ngan kerja aku nih..bosan sebab buat mende yang sama ajer setiap ari.. aku bosan keje IT nih.. rasa macam nak tukar kerja pun ada, amik bidang lain.. tapi cam ne ek..aku pun tak tau sangat cam.. nak bermula dari bawah.. nanti aku rugi plak.. kalau aku gi bidang lain, entah tidak atau dapat gaji macam aku sekarang...

Masa aku sekolah dulu, macam² cita-cita aku.. nak jadi doktor la, pramugari la.. cekgu laa.. aku teringin nak kerja ngan orang ramai di tempat terbuka hahaah macam jadi tourist guide ke.. walau pun kerja ngan orang ramai ni memerlukan kesabaran tapi aku suka.. nak jadi doktor dah tak leh.. nak jadi pramugari aku tak cukup tinggi..nak jadi cekgu.. hmmm nak kena berlumba² lak gi masuk KPLI.. peh tu gaji nanti cam ne ek tak sama cam now plak.. arghhh..

Dulu² pernah jugak aku terpikir nak jadi pakar psikologi ke kaunselor ke.. mendengar masalah orang.. pasal aku rasa, aku ni kira a good listener jugak hihihih.. bosan ah.. kalau ada mesin cop duit kan senang hahaha.. aku tak yah keje.. aku gi holiday je 24 jam..nak duit, cop je hahahaha.. aku bukan materialistik.. tapi memang hidup kena memerlukan duit di samping keperluan yang lain.. nak masuk jamban pun kena pakai duit.. nak makan kena pakai duit.. pendek dan panjang kata semua perlu duit lah..

Apa aku nak merepek lagi eh.. blank kejap.. ngan kata lain.. aku tak puas hati la ngan keje aku sekarang.. aku nak cari kerja lain ah.. boring.. boring..

138140 | posted by akiranagasaki at 11:19 am | 0 comments

Geram..

Ntah kenapa tetiba plak aku rasa geram.. geram sebab ada orang janji nak bayar hutang kat aku hujung bulan nih.. tapi sekarang sudah awal bulan.. masih diam.. masih buat dek..macam hendak lari saja dari bayar hutang.. kalau tak boleh bayar.. cakap saja pada aku, tunda bulan depan atau bulan depan lagi.. ini tidak senyap ajer.. macam tak bersalah.. pelik betul aku dengan orang macam ni..sudah 3 bulan tau hutang tak bayar??

Aku kasi lagi peluang sebulan.. kalau sampai awal bulan depan masih senyap.. aku akan smashh cukup.. hahahaha..geram nih.. hinskk hinskk...

138125 | posted by akiranagasaki at 10:00 am | 0 comments

Wednesday, March 2, 2005

Pulangkan

Lagu dinyanyikan oleh Pegawai PTPTN dan Misha Omar(Ex-Student)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir masa, sayang.....

sumber : melayu.com

akira nagasaki : hahaha siott jer lagu.. kalau orang berhutang berbulan/bertahun tu tak terasa lagi tak tau la aku.. memang kulit gajah betul laa

138071 | posted by akiranagasaki at 10:54 am | 0 comments

Cermin keperibadian, Kebijaksanaan Seseorang

LUQMAN Al-Hakim memang bijak dalam mengeluarkan kata-kata. Perkataan yang keluar dari mulutnya pasti mengandungi hikmah dan pengajaran berguna.

Kata-katanya mencerminkan kebijaksanaan dan keperibadiannya yang sangat teliti dan berhati-hati dalam setiap langkah yang hendak diambil.

Renungi dan hayati, kata-katanya berikut: “Dan ketahuilah, bahawa barang siapa yang disinari dengan cahaya keimanan dalam hatinya, lidahnya akan menuturkan perkataan benar yang dapat diambil manfaat dengannya.

“Dan Allah akan memanfaatkan orang lain dengan kata-katanya itu.

“Sementara itu, barang siapa yang telah dituturkan oleh Allah dengan perkataan benar melalui lidahnya, sedangkan tidak dapat diambil manfaat daripadanya, ia menandakan keruntuhan imannya melalui lidahnya.”

Kata Luqman lagi : “Seorang lelaki itu akan binasa dengan sebab satu perkataan saja, seperti kejahatan yang kecil itu membentuk api yang amat besar.

“Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka ialah sekiranya dia berbicara, maka bicara itu membongkarkan kebodohannya.

“Sekiranya dia beramal, dia melakukan yang buruk. Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati.

“Sekiranya dalam keadaan fakir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa.

“Sekiranya dia kuat, dia berbuat keji. Sekiranya dia lemah, maka dia menghina. Sekiranya dia bertanya, dia menyindir-nyindir. Sekiranya dia ditanya, dia tidak menjawab. Sekiranya dia ketawa, maka berdekah-dekah.

“Sekiranya dia menangis, maka terhenjut-henjut. Sekiranya dia melarang, maka dia berlaku ganas. Sekiranya diingatkan, maka dia marah. Sekiranya dia memberi, dia akan menyebut (pemberiannya itu). Sekiranya dia diberikan, dia tidak bersyukur.

“Sekiranya engkau menyampaikan rahsiamu kepadanya, dia mengkhianatimu. Sekiranya dia berbicara rahsia denganmu, dia menuduhmu.

“Sekiranya dia di bawahmu, dia menolakmu. Sekiranya dia di atasmu, dia menindasmu.

“Sekiranya engkau bersahabat dengannya, maka dia menyusahkanmu dan sekiranya dia berpisah denganmu, dia tidak akan mengucapkan selamat jalan kepadamu.”

Berkata Luqman: “Hai anakku! Bagi setiap amalan itu ada keburukannya. Keburukan bagi amalan itu adalah sifat ujub (kamu). Janganlah engkau menunjuk-nunjukkan kepada manusia amalanmu yang hanya diketahui oleh Allah daripada orang lain.

“Hai anakku! Janganlah engkau melebih-lebihkan ke atas manusia serta janganlah engkau mengurangkan hak mereka. Janganlah engkau menjadi orang yang zalim serta jauhilah daripada doa orang yang dizalimi.”"

138058 | posted by akiranagasaki at 9:19 am | 0 comments

Sakit Gusi

Tensen betul kalau sakit gusi nih.. dah beberapa kali aku sapu ubat gusi kanalone tuh.. aku rasa panas ni la, lepas tu aku kurang minum air.. tu pasal gusi aku jadi luka.. erghh.. terpaksa la aku mengunyah menggunakan side belah kiri plak..

138057 | posted by akiranagasaki at 9:11 am | 0 comments

Monday, February 28, 2005

Hutang PTPTN

Bila nak bayar??? kepada sesaper yang berhutang tu cepat² la bayar.. hahahaha.. jgn bila dah konvo, ada kerja, beli kereta bergaya tapi hutang buat² lupa.. masa nak meminjam siap merayu dan bermacam janji manis di taburkan.. tapi time bayar liat semacam..

Sikap manusia yang macam ni memang banyak termasuk misha omar hahaha..(sila rujuk paper, ada pengakuan terlupa nak membayar sebab busy) aku sendiri pun tak paham kenapa orang² ni tak nak bayar.. kalau belum dapat kerja tu atau menyambung pengajian tu boleh lah di maafkan, ini dah idup senang tp hutang wat dek.. kalau aku yang kasi hutang aku pun bengang.. lepas ni leh tengok dalam paper saper yang kena hadapkan ke mahkamah sebab tak bayar utang PTPTN hahaha.. padan muka.. orang cam gini tau malu plak bila nama kuar kat paper.. tapi buat muka tak malu, pura² tak tahu bila time nak membayar.. kalau korang jadi pemiutang korang rasa la cam ne geramnya orang yang melengah-lengahkan utang ni dengan bermacam alasan ..hahaha..

Aku dulu lepas abih belajar terus gi MARA, inform semua.. sib baik dah convert jadi scholarship..Alhamdulillah.. kalau idak sampai now jugak aku berhutang dekat 50K.. pheww seksa jugak nak membayar tuh..

137918 | posted by akiranagasaki at 9:03 am | 0 comments

Saturday, February 26, 2005

Welcome To My Life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you

Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming

No you don't know what it's like
When nothing feels alright
You don't know what it's like to be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked
When you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like

Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more
Before your life is over

Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding


No you don't know what it's like
When nothing feels alright
You don't know what it's like to be like me


To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked
When you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like

Welcome to my life

No one ever lies straight to your face
And no one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy
But I'm not gonna be ok

Everybody always gave you what you wanted
You never had to work it was always there
You don't know what it's like
What it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked
When you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked
When you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And one's there to save you
No you don't know what it's like

Welcome to my life

Welcome to my life

Welcome to my life

::Simple Plan::

137790 | posted by akiranagasaki at 9:04 am | 0 comments

Friday, February 25, 2005

Maxis Giler

2-3 hari ni aku notice line maxis macam giler laa.. sms lagging.. kawan aku sms.. pukul 6++ tapi aku dapat pukul 7++.. lepas tu sekali dapat 2-3 sms.. ada problem ke ngan line maxis now yer?

Semalam aku saja² testing call rumah dari hp aku, takde bunyi tut tut pun kat hp aku.. tapi ada bunyi ringing kat phone rumah aku.. lepas tu tak lama dengar suara amoi cina cakap².. hey apa ni... line sesat ker.. lagi 2 hari masih gini.. mang nak kena komplen maxis ni wakaka.. aku ni pantang mende tak betul mula nak mengomplen.. customer is always right.. hahaha

137725 | posted by akiranagasaki at 2:36 pm | 2 comments

Aku cinta.. Aku rindu..

Kesom & Jusoh

Aku Cinta Aku Rindu

Kesom: Ho..ho..ho..
Jusoh: ho..ho..ho..

Kesom:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

Jusoh:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

Kesom:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

Jusoh:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

(Korus)
Kesom:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan (kekadang ko lepak rumah kawan ko blok sebelah )
Ku tahu hatimu

Jusoh:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...

Kesom:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi

Jusoh:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo...

Kesom:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo...

Jusoh:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

(Korus)
Kesom: & Jusoh:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

(Break)
Jusoh:
Ya e...hey...oo...
Ku mengharapkan mu
Kesom: & Jusoh:
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

Kesom:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Jusoh:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

(mix Kesom: & Jusoh)
Kesom:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Jusoh:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Kesom: & Jusoh:
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Lagu ini di tujukan khas utk kesom dan jusoh

137722 | posted by akiranagasaki at 1:58 pm | 2 comments

Bila aku penin kepala..

Bila aku penin kepala..
Kadang-kadang aku ikat kepala aku dengan tudung ketat²
Kadang-Kadang aku sapu minyak cap kapak..
Kadang-kadang aku baring dalam bilik gelap buat beberapa minit..
Kalau dah tak tahan sangat, amik panadol then tido..

Kenapa aku penin kepala?
Penin kepala sebab pikir macam².
Penin kepala sebab cuaca panas.
Di ramalkan 21 Mac ni suhu mencecah 40 darjah celcius
huh.. panas nye sib baik aku takde kat mesia time tu hehe
Penin kepala sebab orang ramai.. sesakk.. arghhh

Aku mahu lari ke hutan..
Aku mahu lari ke pantai..
Aku tak mahu bingar..
Aku tak mahu gi ke pasar kecuali pasar raya GIANT

Tipu kalau korang kata korang tak pernah rasa penin kepala..
Semua orang tahu macam mana rasa penin kepala..
Kucing pun pernah penin kepala..
Aku pernah nampak kucing penin kepala..
Semasa itu, abang aku buat putarang 360 darjah
bersama kucing sebanyak 5 kali putaran
Yang tidak berpusat di satu tempat.
Bila sudah habis, aku nampak kucing itu jalan terhuyung-hayang
Aku tau kucing itu penin..

Kenapa kita berfikir?
Daripada akal manusia mendapat nikmat berfikir.
Tanpa fikir, manusia tidak berilmu.
Tanpa ilmu, manusia hilang suluh hidup dan obor kebenaran.

137719 | posted by akiranagasaki at 1:27 pm | 0 comments

9 Perkara Hidup Bahagia

LUQMAN Al-Hakim ada memberi sembilan pesanan berguna kepada anaknya yang menjadi peringatan kepada umat lain dalam menjalani hidup ini.

Beliau berkata: “Hai anakku! Sesungguhnya adalah suatu yang hikmah (bijaksana), apabila engkau melakukan sembilan perkara iaitu”:

Engkau menghidupkan hari yang mati.

Duduk bergaul dengan orang miskin.

Menjauhi majlis pemerintah.

Memuliakan orang yang hina.

Membebaskan hamba abdi.

Memberi perlindungan kepada orang asing.

Memperkayakan orang fakir.

Menambahkan kemuliaan orang yang mulia.

Menambahkan kepemimpinan bagi pemimpin.

Perkara itu, kata Luqman, lebih baik daripada harta benda dan memelihara daripada ketakutan. Ia juga diibaratkan lebih baik sebagai senjata dalam peperangan dan barangan ketika menang.

“Ia juga penolong dirinya serta pelindung diri ketika pakaian tidak menutup tubuhnya,” katanya.

Luqman berkata lagi: “Hai anakku! Carilah rezeki dengan pendapatan yang halal daripada berada dalam kefakiran kerana sesungguhnya tidak seorang pun yang berada dalam keadaan kefakiran kecuali dia ditimpa tiga sifat iaitu”:

Lemah agamanya.

Lemah akal fikirannya.

Hilanglah maruahnya.

Dan yang paling besar dari tiga perkara itu ialah:-

Manusia akan mempermain-mainkannya.

Menghina dirinya.

Memburuk-burukkan keadaannya.

Luqman berkata lagi: “Hai anakku! barang siapa bersahabat dengan sahabat yang jahat, tidak akan selamat. Dan barang siapa yang masuk ke tempat yang jahat, akan dituduh. Dan barang siapa yang tidak memelihara lidahnya, akan menyesal.”

Beliau memberi gambaran jelas bagaimana hendak memilih sahabat kerana rakan yang baik akan membawa seseorang itu kepada kebaikan dan sebaliknya.

Begitu juga sewaktu memilih tempat untuk dikunjungi. Contohnya, apabila kita ke tempat maksiat atau berunsur kejahatan, walaupun tidak melakukan kejahatan akan dilabel atau dituduh melakukannya.

Akhirnya, Luqman menyuruh anaknya supaya memelihara lidah atau tutur kata supaya tidak mengeluar atau menghamburkan perkataan yang boleh membawa binasa kepada diri sendiri.

Pepatah Melayu ada menyebut ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’.

137714 | posted by akiranagasaki at 1:01 pm | 3 comments

Tuesday, February 22, 2005

Peristiwa sepanjang minggu..

Agak lama jugak, aku tak update blog aku.. ntah kenapa sekarang aku semacam kurang minat lagi hendak update blog..bukan tiada masa hendak update cuma tidak ada idea untuk menulis..

Hujung minggu lepas, hari sabtu aku gi MAS Fair ngan housemate aku.. memang tujuan aku gi nak survey tiket.. Hajat di hati nak gi Melbourne/Tasmania.. survey punya survey.. akhirnya aku terbeli jugak tiket ke Melbourne wakakaka... kalau aku tak beli karang akak agent tu ngamok.. dah macam² tanya, sekali tak beli.. Jadi aku pun beli..

Aku pergi sana ngan dua orang rakan aku dari Singapore. Diaorang lah member² holiday aku.. nak ajak kengkawan kat sini lom tentu diaorang nak gi...since diaorg banyak komitment..

Minggu ni memang agak panas.. semua serba tak kena..dengan nak siapkan project aku.. erghhh di tambah dengan cuaca panas..peh tu aircond kat opis ni macam siak jer.. kejap ok kejap rosak.. di tambah plak ngan toilet takde air.. nak berak ke amik air semayang ke terpaksa gi turun bawah tingkat 3..aku ingat air kat toilet tu dah dekat 3 minggu takde.. sebelum raya cina ari tu lagi.. Dah report kat facilities tapi dorang kata ada mende tersumbat dekat saluran paip yang membawa air kat toilet tu, ntah apa yang menyumbat aku pun tak tahu.. beruang agaknya..nak kena panggil plumber yang expert untuk merepair.. kat bahagian lelaki ada plak air.. tapi takkan nak masuk toilet lelaki lak.. walau pun jaraknye kurang satu minit berjalan kaki dari tempat aku krakrakrakra..

Lagi apa nak citer yer hehehe takde idea..nak meraban merapu pun takde idea.. ahh aku nak citer kisah aku admire menatang yang gemuk bernama charmaine.. alahaii.. geramnye aku tengok, rasa macam nak pelok².. dah la gemuk.. bijak pula tu.. aku banyak mendengar cerita tentang dia.. tapi tak pernah berjumpa.. hahaha nanti la suatu hari ada rezeki boleh jumpa.. kalau boleh aku nak kidnap terus bawak balik hehehe..

137507 | posted by akiranagasaki at 9:37 am | 0 comments

Thursday, February 17, 2005

A gift.. bowling..

Pada suatu hari, aku bersama kawan² seramai 7 orang pergi ke suatu tempat.. kami bermain bowling.. setelah penat bermain, kami pun pulang...



Lalu aku mendapat hadiah.... a gift from a friend.. Thanks..

137206 | posted by akiranagasaki at 3:12 pm | 3 comments

Apa yang aku nak buat sekarang..

Sekarang ini, aku rasa macam nak berendam macam orang dalam gambar.. fuhh... panas betul cuaca...

137203 | posted by akiranagasaki at 2:57 pm | 1 comments

Wednesday, February 16, 2005

it's never too late to begin again

When I say 'there are no lost causes', I don't mean in an individual sense. I speak more of the ideal that comes from the old saying, 'hope springs eternal.'

But regardless of her reputation, Hope can be fickle. As can Faith, and Charity is sometimes nowhere to be found.

Many people spend too much of their lives trying to fight to get back what they had, once. Whether it's youth, that moment of fleeting fame, or a love that they remember as being rosier than what it ended as, they spin cycles trying to go home.

Because home is supposed to be where the heart is, or where you hang your hat, or where your family lives.

But your life isn't just about your family, or where you fell in love with the decor, or the place with the easiest accessible hatrack. If that were the case, some of us would never move out of our parents' place.

Hm. There's truth in that supposition, isn't there.

We're supposed to be realistic, but we're also permitted to dream. Some of us can't help it - because we're looking for something better than what we have.

There's nothing wrong with that, even if you can't get to your dreams today. Or tomorrow. Or the next day, for that matter.

But all good plans can't take into account every twist in the road of life; rockslides wash out roads out here on a semi-regular basis. Sometimes when we fall, we fall into a place where it seems we cannot recover our dreams.

Sometimes our dreams no longer make sense, but the stubborn folk cling to them anyway.

Sometimes people just quit trying to find their dreams, because they're too old, or don't have the money, or lost something vital to achieving their dreams.

But I say this: In the Coyote philosophy, it's never too late to begin again.

Because wherever you go, there you are - and when you take a step in any direction, you're no longer in that place. It's okay to realize you're far from where you want to be, as long as your next step takes you closer to it.

It's okay to change where you want to go - much like running errands, not every dream has to be realized in the order they were inspired.

Some goals are simple, yet cost way too much.

Some goals are hard, but you can reach them with a lot of perseverance.

We can't snap our fingers and make miracles happen. We can't all be first - or second - or third. Someone has to make 'last place' possible - but isn't 'last place' still better than not trying at all?

Some folks set their bar too high - not because they dream too big, but because they aren't willing to do the work to get somewhere.

Even me - I'm set in my career, at this point, because I'd hate to get busted back down to a junior-level anything, simply because suddenly earning half of what I'm making now would be horrific in terms of day-to-day living.

But the TheSocietyInc in me quietly says; "If you had to, you would. But only if you had to."

And this truth rings true, to me. I've never minded starting from the beginning. It's how I learned everything I know. Remembering that I once knew nothing is the key. Having faith and stubborn perseverance to get good at something is more important.

Faith is only a belief away. If you trust your steps - get rid of the crutch of low-self esteem - if you begin to count your smallest achievements as victories instead of luck, you will begin to believe in yourself.

Hope comes home when Faith has tidied up the place. With enough of Faith, you start to think you can achieve more than you did the day before. You start to look forward to the challenge.

And Charity - well, contrary to popular belief, it takes some measure of dignity to ask for help in the way that will get it for you. There are people who refuse charity because they believe that they are responsible for their own downfall, and do not feel worth the help. No matter where they came from, it doesn't matter -- all that matters is that they failed, and are just waiting to die.

I have faith in myself. I have accepted help from others, though lately I've been trying to wean myself off of it. I need to be able to stand on my own and shoulder my share of the problems in my life - because I need to believe I can make it to tomorrow. It's a long and hard and somewhat lonely road ahead, and that's my choice - not because I don't care about the people who matter in my life, but because I've hit the stretch where I feel that my friends need to be chasing their own dreams instead of helping me figure out what mine are.

And my Hope is that they'll still be there when I figure out where I'm going.

I know it's never too late to begin again. Because Mom didn't raise me to be a failure, and TheSocietyInc never invests in lost causes.

But today, I am fixing fences blown down by the wind, and seeking answers in the ghost town of my past.

Tomorrow, I'm going to the library, and looking up the history of the changes that I've made in my life - to learn from what I've done before.

Next week? Who can say? I don't have a dream right now. Perhaps one will come to me in my sleep -even if I have miles to go before I get there.

But the most important thing is that I keep walking.
I've been curled up in my hole in the ground for far too long.

So here's the TheSocietyInc lesson for today.

Adventure is where you find it; wonder is where you discover the unknown to be beautiful. "All right-ness" is a state of mind just as much as a state of body and spirit. Healing comes at the cost of resting; resting comes at the risk of not getting up again when you really need to.

Life is an adventure - don't hide from it forever.

Because it's never too late to start on a journey.

:: Bitriz, TheSocietyInc Walking Words ::

137088 | posted by akiranagasaki at 11:56 am | 3 comments

© copyright 2004 www.akiranagasaki.net.tc