~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

akubudakkecik's weblog

A story about a life..

last modified Mar 3, 2004 at 4:23


Monday, March 10, 2008

BACK HOME -UNDI-

This is my first blog and i will never forget it!
Walaupun banyak tempat aku migrate tetapi segala kenangan ada disini. Cerita tahun 2005-2007 boleh didapati di akubudakkecik.blogspot.com.

Anak ibu sudah besar 2 tahun lebih dah..
Ingin nak kongsi cerita tentang tanggungjawab
Ramai yang menuduh aku tidak bertanggungjawab pada negara kerana tak mengundi. Memang aku tak pernah mengundi selama aku hidup ni. Kenapa ya?

Sebab sepanjang aku mengikuti politik negara, tak pernah parti lain yang menang.TAK PERNAH.Dan aku semakin muak mendengar segala cerita politik. Sehingga aku membuat keputusan setiap tahun, "Ah..aku mengundi ke tak mengundi ke..sama sahaja keputusannya." 0.0000001% aku tidak menyumbang apa-apa.

Tiba-tiba berita terbaru tentang PRU memberangsangkan! aku dan abang pasti akan mengundi tahun depan! tapi apa yang aku kesalkan sikap orang melayu yang typical malay. HAK AKU lah nak mengundi atau tidak tapi jangan nak menuduh orang sembarangan. TANGGUNGJAWAB bukan sekadar meletakkan pangkah pada kertas undi, tetapi ia bermaksud lebih besar dari itu. Dari itu jangan sesedap mulut kata orang TAK BERTANGGUNGJAWAB.

Dengan segala hormatnya aku mengundur diri. Settle geram aku hari ni.

160953 | posted by akubudakkecik at 4:23 | 0 comments

Thursday, February 24, 2005

Migrate

aku sbnarnya dah lama tensen ngan danchan ni.lambat!..so aku baru try try migrate ke sini

JOM!

137726 | posted by akubudakkecik at 23:38 | 2 comments

Monday, February 21, 2005

Back after a long break

Alhamdulillah, hari ni semakin ok.Baby dah 11 minggu 3 hari. Hopefully dia semakin sihat. Aku dah boleh pergi opis ( setelah minggu lepas 4 hari cuti dan hanya 1 hari gi opis). Hari ni bangun tak muntah.Cuma kena cecepat makan, kalo tak, memang rasa nak muntah sebab angin tolak. Hari ni antar kereta gi bengkel sebab semalam masa kat parking Alamanda, ada bau tebakar kat engine. Abang la antar. Pegi opis bawak kete 40km/j. Slow giler.tapi aku suka sebabnya tak laju dan bole makan angin walaupun dah lambat.

Sejak dua menjak ni cuaca panas sangat.Memalam pun berpeluh.Tak selesa sangat tido. Tido bawah kipas kat depan rumah pun panas lagi. Last-last kitorang decide nak letak aircond dalam bilik. Tadi lepas gi servis kete, abang telefon, kata dah beli aircond, pasang petang nanti, kul 5.30. Harga aircond + pasang = RM875, mahal jugak. Brand Pensonic. Apa pun, aircond memang la mahal. Nak yang best harga beribu ribu. Takpelah, janji ade. Hopefully malam nanti dah boleh tido dgn selesa.

Semalam pegi MPH kat One Utama. Besar MPH situ. Buku engineering banyak jugak. Masuk-masuk terus tuju bhgian programming, networking & engineering. Beli 3 bijik buku, Adaptive Filter Theory – buku berkenaan dgn thesis aku, Neural Network – bekenaan dgn thesis abang, dan Code Optimization – programming book. Aku sekarang tengah baca buku Adaptive Filter tu. Beli semua-semua harga RM295, dapat free membership MPH. Abang memang aim nak sampai dapat membership free.kalau tak, kena bayar RM20.

Aku telefon Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk buat appointment dgn Dr. Gynae, nak check pasal apa aku selalu rasa sakit masa tengah pregnant. Hari tu dah pegi Azzahrah, Cuma nya nak dapat second opinion kat SJMC ni. Buat appointment dgn Dr. Siti. Besok pagi. Maknanya aku kena bangun awal esok. Sepatutnya bukan esok sahaja, hari hari, tapi apesal ntah, aku ni malas..selalu datang opis kul 10 pagi. Rasa tak bertanggungjawab pun ade. Tapi MALAS tu mengatasi segalanya.tak tahu bila nak dapat motivasi.

Tadi makan tengahari ok. Dah ada selera nak makan. Rasa bersyukur sgt. Pastu makan ubat vitamin. Opis mate belanja limau mandarin. Makan lagi. Abang cuti hari ni.Nak antar kete dan pasang aircond. Aku sorang gi opis. Aku ada meeting ngan sv rabu ni. Tak tahu nak cakap ape kat dia. Hopefully ade hasil bacaan aku ari ni.

137458 | posted by akubudakkecik at 1:11 | 0 comments

Wednesday, February 16, 2005

"Rindu tenggelam, berselubung pilu.."

Selama 2 hari aku cuti mc.tak sihat.sakit kepala.tak tahu kenapa.mungkin aku stress pk pasal presentation.rasa nak pecah kepala.mimpi pun deblocking filter.rasa tak keruan sungguh..

hari ni baru boleh datang opis balik.pepagi bangun rasa semangat.aku lipat kain, ampai kain..abang tido lagi.aku malas nak kejut, sebab nya semalam tido lambat.pegi sunway, carik buku.dapat satu buku pasal AI & application.

setiap pagi seperti biasa aku muntah.pagi tadi dengan semangat wajanya aku bangun dan terus solat.takde rasa nak muntah pun. tengah solat tu yang datang aura nya.aku tahan. elok lepas solat aku minum cereal. satu cawan.lega skek.tak muntah.nasib baik. aku masuk bilik lipat kain.kain ni kalo tak lipat memang bersepah pastu nanti gatal gatal badan sebab baju bersepah atas lantai yang berabuk. aku janji dgn diri sendiri nak jaga kebersihan diri dan keluarga (cewaaahh akuu!!).. tengah lipat kain rasa lapar lagi. aku bangun dan pegi minum cereal satu cawan lagi.aku rasa lega skek.aku pk, mungkin pagi ni tak muntah kot.hopefully.dengan rasa riangnya aku balik ke bilik.sambung lipat baju.sekalik rasa nak muntah pulak..terus aku lari ke bilik air.muntah! abes sumer cereal yang aku minum tadi....macam bese, aku muntah memang teruk..dengan harapan abang ade dengar aku muntah, dan rasa kesian..tapi, sbnarnya...abang tido..mmm...

lepas muntah minum cereal lagik. tapi satu cawan je.pastu sambung lipat kain sampai habis.sensorang.rasa kesian dgn diri sendiri.tapi takpe, sabaarr...lepas lipat kain, aku amek baju yang nak kena ayen.ayen baju pulak.sampai pukul 8 lebih.pastu baru mandi. lepas mandi kejut abang, sambil pegang pinggan nasik.aku kena makan! sebab aku takut muntah lagik.abang agaknya tengok aku pegang pinggan nasik, sambung tido balik.aku makan nasik ngan ikan sepat masin.tak tahu le sedap ke idak.itu jer yg ade, aku makan jer.pastu baru amek baju ampai..tengah ampai tu tepk, abg tak bangun lagik.dah dekat kul 9. baru jer terpk nak kejut,tetiba dgr abang buat bunyi-bunyian yang biasa didengar kalo dia kat bilik air.so, ok lah..

lepas ampai baju baru siap-siap pegi opis.hari ni ingat nak pulun buat master.tak tahu boleh habis bila, tapi kena consistent.
ade byk nak citer..satgi sambung..

137115 | posted by akubudakkecik at 5:09 | 2 comments

“Gugurnya seorang pejuang..”

INI CERITA AKU 08 FEB 05 (takleh masuk danchan sebab lembapsss) :-
-------------------------

aku menyelak qmar punya blog tadi. Sengaja mencari kata-kata darinya tentang pemergian seorang sahabat. Dan apa yang aku dapat ialah kata-kata diatas. Begitu juga aku melayari beberapa blogs yang lain untuk mencari komen sahabat sahabat yang rapat dgn arwah dan juga utk mencari cerita sebenar disebalik pemergian beliau.

Pada firasat aku yang pernah mengenalinya, aku akui dia seorang yang bijak mengatur, dan juga berfikir. Apa yang aku dapat disini, sahabat- sahabat nya mengenalinya sebagai pejuang. Dia memang aktif berdakwah sejak di U lagi. Aku terkesima dan merenung diri sekejap.Terlalu jauh jika dibandingkan aku dgn dia.Jauh sgt. Aku tidak lagi menceburi bidang itu, malah sebenarnya aku telah tinggalkan. Kenapa? Entahlah..mungkin aku belum cukup ilmu utk memberi usrah kepada orang lain. Dah tu, cari la ilmu..sampai bila? Itu la yang aku risaukan.Aku hanya mengharapkan orang mengemail aku tentang ilmu, dan bukan pergi ke majlis majlis ilmu. Aku rasa aku semakin teruk. Sibuk dgn master project dan presentation. Bergaul dgn masyarakat jauh sekali. Terasa hidup dalam kepompong rumah dan opis sahaja. Itupun, semuanya bersama husband aku.

Aku pernah cerita activity aku masa kat U dulu. Abang pandang aku, dan kata “ bagusnya sayang dulu..kenapa sekarang sayang tak macam tu..?” Aku tak boleh nak jawab! Aku Cuma kata “sebab abang..” argh!! Aku terlalu suka menyalahkan orang lain.sedangkan diri sendiri yang sebenarnya semakin malas utk activity agama. Aku merenung diri sendiri. Siapa kah aku? Layak kah aku bergelar pejuang agama? Jauh..sungguh jauh…angan angan kosong..

Apa pun,selalunya keinsafan datang hanya sementara. Bila semuanya kembali pulih, manusia akan seperti biasa. Tak pernah mengingat apa yang pernah diinsafkan dulu, ataupun memang ingat, tapi buat buat lupa. Tak terkecuali aku. Harapan aku, semoga aku sentiasa insaf dan ingat bahawa “ kehidupan hanya sekali, jadikanlah ia dijalan Allah..”

:D tetiba teringat. Ada seorang sahabat bloggies yang kata aku macam ustazah. Aku tersenyum. Sebenarnya gelaran ustazah itu aku fikir untuk memberitahu yang aku kelihatan seperti orang yang baik baik dan berpegang teguh agama. Aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih, sebab hakikatnya aku tidaklah sebaik mana. Namun begitu, aku sentiasa berdoa, semoga kita sentiasa berpegang pada tali Allah. Kalau rasa nak terlepas tu, sentiasalah ingat, tiada tali lain yang lebih kukuh dari tali ini…

Sungguh, aku terasa syahdu. Bermuhasabah diri. Memberitahu diri sendiri yang “ engkau tidaklah sebagus mana..” Bersabar dan berjuanglah untuk hidup di bumi Allah..

137114 | posted by akubudakkecik at 4:51 | 0 comments

Friday, February 4, 2005

Presentation

baru ni advisor aku beritahu yang sumerang kena present dalam seminar.aku jadik tensen.sebenarnya aku tak tahu ape nak present.sebab aku nya thesis memang melompat lompat.kejap baca itu, kejap baca ini..

pastu aku ade antar email kat dr. tu mintak tolong..dgn harapan tak yah present.tapi dia tak balas balas pun.aku pk baik jer la, sibuk kot.sementara tu aku mencarik la bahan nak present.nak present ape? aku tengah baca basic image jer.image segmentation dgn color img processing.mmm..pastu sekalik abg pun bagi email kat dr. tu.sekalik tak berapa minit dr. tu reply..maksudnya?? nampak sangat dia tak nak reply email aku..mesti dah bad impression kat aku sebab aku tak nak present..aku pun sedeyy..tapi tak perlah..

aku carik lagi bahan nak present.sekalik aku teringat.maybe aku boleh present tentang MPEG-4 Advanced Video Coding (AVC)/H.264 ! aku memang berminat nak buat research kat situ.tentang deblocking filter dalam encoder dia. AVC ni the latest technology codec. dia lebih bagus dari MPEG-4 Advanced Simple Profile (ASP)..

Jadik, aku telah jadik sukahati tapi tak tahu sempat baca ke idak, sebab seminar nya 7/2 ni!!! aku baru decide nak present topic ni hari ni - Jumaat..pastu aku email la kat dr, bagi title aku dan bagi supervisor name kat dia..pastu dia balas, kata apa tau :-

OK very good. The date is changed to 14/2/2005 Monday

Thanks


Wacaaaa! terasa terang balik dunia..dah pospone 1 week! so maknanya aku takleh bagi alasan tak de masa lagik..dan semestinya aku kena siapkan jugak presentation nih..

mmm..sekarang ni tengah makan kfc kat opis (dah abes pun heh heh...) dan tengah mencarik resource. Skrg pukul 10.13 malam. dan pc aku tengah main lagu "Sesungguhnya" -- RAiHan..ala..lagu ni.."sebenarnya, hati ini cinta kepadaMu...sebenarnya, diri ini rindu kepadaMu..." syahdu skek..mengenangkan banyak perkara yang tak pernah berlaku telah pun berlaku dalam 2-3 menjak dlm dunia ni..dan jugak, pemergian seseorang yang pernah aku kenali dimasa U dulu..masih terbayang wajahnya sentiasa senyum pada aku..

sesungguhnya menyedarkan aku..ajal maut ditangan Allah, dimana pun kita, siapa pun kita, apa pun tanggungan kita dan kesusahan kita, bila sudah sampai ajal, ianya adalah sesuatu yang pasti..

136536 | posted by akubudakkecik at 6:58 | 0 comments

Sunday, January 30, 2005

Komen tentang Annular Solar Eclipse of 2005

Aku pasti ramai antara kita yang dapat email tentang ni yang mengatakan pada tahun ini -2005 bulan ramadhan, akan terjadi beberapa peristiwa, dan dikehendaki kita menyimpan makanan keperluan untuk setahun. Aku ada dapat satu komen tentang email tu dan aku rasa nak share bersama.Wallahua'alam

----------------------------------------------------------
Komen
Somebody forward dis reply to me regarding the above matter:

Imam Jaafar bin Shodiq itu Imam Syiah. tidak boleh mengambil pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah mengkafirkan para shahabat khalifah Rasulullah yang diiktiraf dalam al-Quran.

sudah banyak kali sebenarnya gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan dalam sejarah Islam. dengan itu, ramai orang2 yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana tersebut dengan kedatangan hari Qiamat. terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi.

Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311 Hijrah kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan.

Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya selama 47 tahun sebelum menyerahkan takhta kepada anaknya.

Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam Mahdi. Pergerakan beliau masih wujud, tetapi sudah berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini, mereka tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.

Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah), Hussain Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi untuk semua agama dan seorang nabi. Pengikutnya tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.

Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani mendakwa dirinya Imam Mahdi. Beliau memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan British di Sudan.

Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Pengikutnya dikenali Qadiani.

BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA GERHANA ITU ADALAH TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN DENGAN HADITH PALSU @ HADITH SYIAH...

Apa yang berlaku pada masa depan adalah tertakluk kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan bahawa kita tidak berhak untuk
menetapkan atau meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. kerana ia terletak pada iradah Allah.

PS: CARILAH ILMU ISLAM BERDASARKAN SUMBER SAHIH DAN MUKTABAR. JANGAN PAKAI FORWARD JE APA-APA YANG ADA DALAM INTERNET. RAMAI
MUSUH ISLAM SEDANG BEKERJA MENGELIRUKAN KITA

--------------------------------------------------------

136084 | posted by akubudakkecik at 21:03 | 2 comments

morning,evening and night sickness

aku baca baca kat internet dan dedengar dari orang, katanya ade morning sickness bila mengandung.tapi aku rasa sepanjang hari aku sickness bukan morning saje.rasa serabai,serabut dan tak terurus.semua kerja rumah abang yang buat. tapi mengemas idakler...masak ngan ayen baju je. tu pun dah cukup syukur abang boleh tolong. aku asyik muntahh jer setiap waktu.pening, mabuk..sama je setiap hari..

sekrang ni tengah ngadap pc kat opis. hari ni aku serabai sgt.rasa nak buat ape pun tk larat.bau makanan pun tak boleh.tak boleh nak makan!..pepagi makan nasik ngan kicap.itupun selepas muntah beberapa kali.

tapi apa pun mak mertua aku ade cakap
"bukan senang nak dapat anakkk.pun bukan senang nak jaga anaakk..."

mmm...tak tahu dah nak citer ape hari ni.minggu baru ni sumerang gi family day, aku tak pegi.nasib baik tak pegi.kalo tak sepanjang perjalanan asik nak muntah.aku dah ler tak leh bau kete nih..

mmm...nanti citer lagi..

136079 | posted by akubudakkecik at 20:13 | 2 comments

Thursday, January 27, 2005

rasa macam macam

Aku sekarang rasa tak sihat.banyak sgt menda yang bermain dlm fikiran aku.rasa nak marah ade.rasa nak muntah ade.skrg ni waktu tengahari.takde sape nak ajak makan.abang gi makan ngan kwn dia.aku dah tinggal sensorang.infact, aku tak suka nak ajak orang lain makan.sebab nanti derang terpaksa mengikut karenah aku, atau aku yg terpaksa mengikut karenah orang.aku prefer makan sorang…

Ada family day company aku buat weekend ni.aku tak pegi.aku risau.takut baby jatuh lagi.tapi takut jugak kalo derang soh bagi surat tunjuk sebab.rasa tensen pun ade.boringla pegi family day.buang masa aku.dah ler master tak buat ape lagik.keje opis lagi…

Lately aku tak boleh nak makan ape.ayam pun tak boleh.ikan lagi la.baru ni makan beefsteak kat alamanda.tu pun abg tolong abeskan.ade aku beli roti buat bekalan kat opis nih.tapi tak larat dah nak makan roti.arrghhhh! tensen. Aku tengah baca buku ni.baru tajuk global processing via hough transform under topic image segmentation.dah berkurun jugak asik page ni jerk.sesekali nak jugak tuko page lain.tapi kalo tuko page lain kena abeskan page ni dulu kalo tak tak faham.arrgghhh!..

Aku sebenarnya tensen dalam hati jer.sedangkan otak aku kosong.malas nak pk ape-ape.terasa nak quit pun ade.nak mintak keje lain.takpun jadik suri rumah.kalo jadik surirumah alamat membesar la aku.tapi agreement aku sini sampai aku abes master, dan tambah beberapa tahun lagik.ni master pun tak abes, ade hati nak quit.tensen jugak kalo dipk pk kan…memang la keje dgn company melayu ni baguih.sumer pun baguih.tapi ada satu tak bagus.melayu suka berprasangka.prasangka buruk.tak terkecuali aku.aku lagi suka company yang memang dari awal strict memang dah kata itu tak boleh ini tak boleh, daripada company yang kata memula boleh, pastu tak boleh pulak…buat orang tensen jerk.

Apa pun, aku sentiasa harap aku ok, dan dapat menjalani hidup dengan baik.dunia dah nak kiamat.buat apa pk pasal dunia sangat, baik balik rumah baca Quran..

135836 | posted by akubudakkecik at 18:47 | 0 comments

Tuesday, January 18, 2005

Training UML

aku training ni.sampai esok.semalam ngan ari ni datang opis.semalam tido kul 2 pagi, mane taknya, balik opis dah kul 12 mlm baru sampai rumah.singgah kedai mamak makan sebab lepas mkn tengahari tu tak makan-makan sampai kul 11 malam.aku dah sampai rasa nak muntah sebab angin masuk badan.

skrg ni tengah makan KFC.sebab laparrr sgt KFC.tengahari tadi cuba nak makan mee mamak restoran kinrara kat damansara -tempat training, tapi, tak berselera. tak tahula nape..tadi masa training aku banyak tanya.banyaaaakk sgt tanya.aku takut org menyampah jer.tapi aku tak kesahlah.sebab aku memang tak tahu.pastu trainer tu ajar tak bagus sangat.sebab dia pun ingat-ingat lupa UML tu.pastu, ade masa tu soklan aku dia main hentam jawab jer..aku jadik confuse.aleh2 bila aku tanya bebudak ni, derang yang suka nak mengexplore ni bagitahu la jwpn dia, simple jerk.yang trainer tu siap jawab bagi term2 yg memeningkan kepala aku.mmm..dah ler aku beginner.

UML ni unified modeling language.satu standard documentation untuk phase analysis dan design of a system.kalo project development ade follow standard cam ni, next-next time bila handover atau nak pass pada programmer atau nak refer balik senang skek.kengkadang tu tensen jugak dgn trainer tu.memula tu dia terang lain, pastu dia kata lain, pastu dia kata haaa..betulla macam saya terang tu..mm..:( confuse...

nyum..nyum..sejak akhir-akhir ni aku banyak angin.bila banyak angin tu, banyak la kuar angin dari segenap rongga yg terbuka la kan..tau tak, rumah aku tengah sepah skrg ni sebab aku malas nak masak.tak tahu nape..mengada-ngada kot aku ni.rasa nak balik kampung aku raya haji ni.tapi sian kat abang ari tu raya posa sekejap jer kat kg dia, sebab nak gi hungary nye pasal..

eh dengarlaaa...aku konfuse ni.derang ni propose nama aku dan abang dan jugak org yg mempropose punya nama la, pegi hungary sekali gi selama 6 bulan.oleh kerana aku rasa skrg ni aku ada bawak budak kecik, aku cam confident jer tak boleh pegi.org yang propose tu kata paling lewat pun approval bulan 3.aku baru baper bulan masa tuh.tak stable lagi utk pegi.apa-apa pun, diorang ni, luluskan ke pun proposal tu? sebab? yelaa..mane nak bagi aku pegi ngan abang.mmm...ape-ape pun aku tak kesah.tapi yang aku kesah ialah, abang dah sure kena pegi.kalau diorang nak slash pun, bukan nama abang, nama aku.attachment sana 6 bulan.kalau start bulan 3, maknanya bulan 9 baru balik.sedangkan aku ni, kalau ikut-ikutkan lah..kalo takde pape laahh..deliver bulan 9 - 9 bulan lah kan starting bulan 12 tahun lepas..mmm..

inilah yg bermain dalam fikiran aku skrang.tak tahu nak ckp cemane.aku tak pernah berpisah dgn abang.selalu jer bersama.tak tahu aku cemane nanti bila abang gi o/sea.mmmm....harapan aku, biarlah proposal tu tak diluluskan.


"mmm..ngah icau ni.."

134901 | posted by akubudakkecik at 4:53 | 1 comments

Thursday, January 13, 2005

suspens lagik

kelmarin beli water purifier dekat carefour alamanda.bawak balik rumah.sekalik tu tak leh pusing lak dianya paip tu.semalam gi tuko.pegi lagi alamanda.sampai alamanda tanya kat gad tgkat tempat beli menda tuh.dia kata pegi rujuk kat customer service tingkat bawah.pastu pegi la situ.dapatla duit balik.

aku sebenarnya jenjalan semalam rasa tak berapa sihat sgt sebab perut rasa sakit. so, abg cecepat beli water purifier yang lain dan bayar.aku nak cecepat balik.sebenarnya aku suspens sekarang ni sebab dah dekat seminggu tak datang period. rasanya cam pregnant jerk.tapi masa kat alamanda tu rasa sakit pulak.abang kata nak period kot...aku rasa cam tak setuju dgn abg, sebab bukan rasa sakit senggugut cam bese tu. pastu abg cakap, jgn mengharap sgt..dan bla bla bla ..memacam la nasihat aku..heh heh..aku diaamm jer...

masa kat parking ternampak dr.sadig.tapi malas nak bangun tegur.sebabnya dah masuk dalam kete.dan dah nak kuar dah pun..pastu kitorang bebuat tak nampak la..aleh-aleh balik tu rasa bersalah yang amat sangat.dr.sadig tu ajar kitorang neuro net.dia bagi A lagi subject tu. pastu advisor thesis lagik.memangla tak patut sbnarnya tak tegur dia. tapi....ntah! rasa cam malas nak kaco.sebabnya dia dgn family dia..segan kot kitorang ni...ntah la..

pastu balik rumah tu aku rasa sesakit lagi.abg dah nasihat2 dah..relekla...jgn tensen laa..pastu aku dapat satu idea.dalam beg aku ade satu alat pregnancy test.aku pun cakap kat abg nak test.sebelum-sebelum ni abg tak bagik.tapi semalam dia kata ikut sukalaaa...so aku pun test.masa drop kan urine tu rasa suspens lagik.berdebar-debar...nampak satu line..terang..pastu sementara air tu meresap, aku suspens lagik.tak baper saat tu nampak satu line kabur..aku dah terpk dah..maybe takde kot..aku pandaaangg jer pertukaran warna kat line tu..makin lama makin terang...ha??? dua line?? aku excited tunjuk kat abang...pastu cam tak caya jer tengok..ingat nak frame buat kenang-kenangan..kua kua kua...ape lah aku ni...aleh -aleh aku letak ateh meja makan.sekalik kena tegur ngan abang..ape perangai ni??..urine ni letak atas meja makan....buang je laa...abg dah tengok dah..dah pandai tengok..(abg perli aku la tuh....) :P

134507 | posted by akubudakkecik at 18:52 | 0 comments

Wednesday, January 12, 2005

suspens

semalam pegi ampang putri. abang kena check dgn dr. pakar.sebab gi klinik hari sblm tu dr. kat klinik tu kata ade sedikit symptom penyakit ape ntah.aku dengar dah rasa nak pengsan.tapi boleh cool lagik la. pegi ampang putri.

sesampai gi toilet dulu. lepas tu baru carik klinik pakar tu.tanya bhgian pertanyaan.dia kata tingkat 2, bilik no 2. naik lift.jumpa biliknya dan masuk. lepas isik particulars, nurse ke clerk kat situ panggil masuk.aku ikut sekali.dr. tanya sakit kat mane ape seme.merokok ke idak ape seme.pastu dia nasihatkan jgn merokok dah pasni.abg memang dah berenti merokok 2-3 minggu yg lepas.dia kata rarely org muda camni boleh ngidap sakit jantung.jantung? yeer....kitorang pegi cardiologist specialist tau..mane aku tak nak pengsan...

pastu dr kata dia nak amek darah dan buat diagnosis skek. aku tanya la, boleh tak buat cek peparu, memandangkan abg ni merokok. dia kata dalam darah tu nanti leh detect kalau ade pape kat peparu. so, aku pun ok la. Then nurse tu bawak ke bilik amek darah. Aku memolo jer. sampai bilik tu ntah nurse tu bagi ape kat abg, aku tak tahu.tapi bila abg jalan aku jalan.pastu nurse tu nampak aku memolo dia kata, " dia nak pegi buang air kejap - amek urine" erkss..malu lak aku.asik memolooo jer aku nih.gi toilet pun nak memolo. pastu aku tunggu la.lepas gi toilet abg datang balik kat aku.sesampai dia kata "sesat.." aku nak tergelak jek.abg ni, bilik kecik camtu pun nak sesat.kekekee...

pastu nama abg dipanggil utk amek darah.abg masuk.aku tunggu lagi kat luar tu. pastu beberapa minit kemdian abg kuar.dah amek darah rupanya.pastu nurse tu terus bawak ke satu tempat ni.diagnosis dia tulis. aku memolo lagik. masuk bilik tu, dan duduk.sesambil menunggu nama dipanggil tu abg citerla pengalaman pertamanya diambik darah...rupa injektion tu besar rupanya ye...tak macam injek yg masuk ubat tuh..memanglaaa aku kata ..cewah..aku memangla byk pengalaman kena amek darah, sebab aku suka derma darah. pastu tengah citer2 tu, nama abg dipanggil.abang pun pergi.

aku tunggu lagi.lamaaaaaaaaaaa..sambil tunggu tu aku doa doa semoga Allah selamatkan abang..mintak2 takde penyakit ape-ape. pastu sebab tunggu lama sangat aku rasa nak terkucil.aku memula tu tahan la jugak buat muka takde pape.tunggu lagi. takut kalo aku gi toilet kang abg kuar tinggalkan aku.nurse tu bukannya suka tengok aku memolo. pastu aku tahan lagi. aku tengok luar tingkap.awan.terbayang gambar satelit yg diorang forwardkan masa tsunami.ngeri.tengok bawah.ooohh ade farmasi bawah ni.pastu aku bangun tukar tempat duduk.kali ni bebetul ngadap pintu. aku pandang awan lagi.termenung jap**

pastu aku mandang kanan.abg ni tak kuar2 lagik.terpandang pintu kaca situ.aku pandang lama2.goyang-goyangkan kepala.aku nampak pintu bilik tu bergegar.aku ingat sebab aku goyangkan kepala kot.aku berenti.dari kaca pintu tu aku nampak bayang bangunan yg mengadap dia bergetar lah! serious!..pastu aku pun terfikir.bergetar? kalo bangunan ni runtuh cemane?abg mesti dr. selamatkan, mesti ade exit belakang sana.aku? takper.aku selamatkan diri sendiri.pastu tepon abg." abang! jgn risau..sayang ade kat bawah ni!" ceceee..kengkonon pandai menyelamatkan diri la..pastu aku terbayang lagi.abang dia takkan ikut dr. lalu exit.mesti dia carik aku.erkss..tetiba lamunan terhenti.rasa nak terkencing lagi.aku pun bangun.carik toilet. baru bangun nampak satu staff kat kaunter tengah berdiri pakai kot.aku pun senyum.sib baik pakai kasut bunyik 'ketak..ketak..'dengar cam executive skek...kalo tak jgn harapla staff tu nak senyum aku rasa.aku pun jalan kat belakang tu.toilet lelaki..haaa..ade toilet lelaki ni musti ade toilet pompuan.aku carik lagik.takde lak!..aku patah balik kat toilet lelaki tu.aku tersalah tengok ke..entah entah gambar ni pakai skirt tak.aku tengok lagi.betulla..siap tulis lagi 'man'..tapi atas tu ade tulis TOILET. aku jadik confuse.ah! malas ah nak masuk.toilet lelaki ni kot.aku pun bejalan kuar dari unit diagnosis tu.tengok depan kosong.takde pe.lorong jer.tengok kiri ade unit xray la pulak.lahhaiii..macamane nak carik toilet ni..

aleh-aleh aku duduk balik.tunggu..dan tahan..tetiba aku terdengar sorang dr. ni menegur nurse kot.dr. ni relek jer.nurse ni pulak tinggikan suara, macam la dr. ni bodo sgt.last-last dr. ni agaknya nak bgtau kat nurse ni yg dia ni adalah DOKTOR, dia pun tinggikan skek jer suara dia overide suara nurse tu.haaa...amek ko..! terdiam nurse tu..aku diaaammm jerkla..takkan aku nak menyampuk lak.

taklama lepas tu abg sampai.dengan byk kertas-kertas kat tangan dia.aku pun bangun la. nak tengok ape mendanya.result test tadi kot. abg bagi kat org kaunter situ.pastu diorang soh kitorang gi makan dulu, kul 2 baru datang klinik dr. balik. pastu kitorang pun jalan jalan carik makan. dah kuar dah dari hospital tu sbnarnya, konon nak carik makanan kat luar.tapi tak tahu.pastu masuk balik.abg cadang antar msg kat bos kata EL-emergency leave. aku pun ok jer.pastu kitorang masuk balik hospital tu. tengok signboard, pastu baru jumpa cafe.makanlahhh kat situ..boleh tahan aaa...

diringkaskan citer,kul 2 tu gi jumpa dr. kat klinik tingkat 2 tu.dr. kata takde pape..alhamdulillah...result nanti leh amek hari sabtu ni..ape-ape pun abg still rasa lenguh2 lagi dan sakit dada. maybe kena bersenam kot.maybe jugak effect berhenti merokok.ape-ape pun aku doa semoga abang sentiasa sihat..

134328 | posted by akubudakkecik at 1:56 | 0 comments

Saturday, January 8, 2005

Hari ini di opis - ahad 9/1/05

semalam sibuk mengemas rumah.pegi IKEA beli mattress protector ngan cadar. tukar susunan dalam bilik.takguna katil skrg.sumer berasaskan tilam jer.dan sumer pun putih.cantik la aku rasa.idea abang.best giler.tapi aku rasa tak tahan bau kayu.kayu? ooo..aku ade beli side table baru.2 bijik.tu yang semangat nak modify structure bilik tu.nak boh side table tu tepi katil spatutnya.so bilik dah jadik luas skrg.

ape pun aku nak citer sbnarnya.aku baru jumpa link ni. dan aku rasa zakat pendapatan tu wajib, ce tengok ni : http://www.e-zakat.com.my/k%20zakat/jenis%20zakat-pendapatan.asp. Cumanya bergantung kepada pendapatan seseorang. Kalau setelah mengambilkira semua perkara dan lebihan pendapatan dia tak lebih dari nisab, maka dia tak diwajibkan berzakat. Terlerai la kemusykilan aku ari tu yang kawan aku kata zakat pendapatan tu tak wajib. aku dah bagi link ni kat dia, dan dia pun setuju dgn aku.zakat pendapatan itu adalah sama dgn zakat harta yang lain, iaitu wajib bersyarat.mmm...

weh korang.tadi aku baru jer pegi tengok show house kat seri kembangan ni.dekat2 dgn pasar borong.cantek weh! ade 2 rumah show house.finishing bagus.luas. 24x70 (RM 290k) dgn 22x70(RM 250k). Aku suggest korang gi lar tengok..musti puas hati...aku??? tak mampu lorrrrrrrrrrrr

133953 | posted by akubudakkecik at 21:30 | 1 comments

Friday, January 7, 2005

erkkss! kawan aku kata zakat pendapatan tu tak wajib..mmm...aku tersalah baca info ke

133823 | posted by akubudakkecik at 3:21 | 0 comments

Zakat Harta

tadi aku baca paper.terjumpa pasal BAKTI.BAKTI tu tabung isteri2 menteri la lebih kurang. dia kata mangsa tsunami dah tak nak baju.dah banyak sangat.so, yang nak sekrg antaranya adalah beras. so, aku pun terpk.bagus jugak kalo dapat bagi beras kat derang.ingat nak bayar fidyah posa yang dulu dulu zaman jahiliyah. tapi aku terfikir. nak bayar fidyah kena kat orang miskin ke cemane? then aku surf internet.rupanya dia kata kalo fidyah kena orang fakir miskin.pastu aku confuse.anak yatim? aku surf lagik.oooo..kalo anak yatim tu kena pastikan dulu. kalo dia tergolong dalam fakir miskin boleh la bagi.

pastu aku confuse lagi.fakir miskin dgn miskin ape bezanya? pastu aku carik lagi. Dapat satu artikel ni. utk bezakan fakir dgn miskin ade parameternya.pergh! parameter la pulak! dah le bahasa indonesia.tak berapa faham.tapi aku bebuat faham jer la. dia kata kalau miskin, pendapatan dia still boleh menampung lebih 50% keperluan harian dia, but less than 100% la of course.pastu aku pun faham la. So, fakir pulak, pendapatan dia hanya boleh menampung kurang dari 50% keperluan harian. So, aku pun mengangguk-anggukkan kepala sensorang.bermakna aku faham lah tuh.

pastu aku carik calculator utk bayar fidyah.berapa agaknya aku kena bayar..pastu aku kira2 kalo 6 tahun, baru RM 35 lebih.Memang tak lojik kalo aku tak bayar fidyah ni.bukan banyak pun.kalo lebih 6 tahun mesti seratus je lebih kurang.bayar lebih ape salahnya.boleh bantu org susah.pastu aku terbaca lagi. fidyah ni rupanya boleh bayar kat pusat pungutan zakat.oooooooooo....baru la aku tauuuuuu...

pastu aku surf pusat pungutan zakat(ppz) nye website.aku terjumpa ni:www.zakat.com.my. Pastu aku memula tu baca-baca info kat mana nak bayar fidyah. oo..rupanya ade banyak saluran.maybank2u boleh,ATM boleh.pastu aku confuse..erkksss??? bayar fidyah bukan kena beras ke ? pastu aku baca lagi.oooo banyak jugak aku tak tahu. kena bayar zakat pendapatan,zakat saham, zakat kwsp dan zakat simpanan bila dah cukup haul. haul tu ape? aku agak-agak setahun. nisab tu nilai RM 3700 sekarang (cece..padahal sebelum ni orang tanya nisab ngan haul tu ape,aku nganga jer..). Pastu aku tertanya-tanya..adakah aku termasuk dlm golongan orang yang kena bayar zakat harta? aku baca lagi..oooooo....kena rupanya.aku selama ni buat derk jer bila org cakap pasal sesibuk nak bayar zakat.wajib ni! siap ade dalil lagi soh bayar zakat.bukan zakat fitrah jer! ceh! ape la aku.otak sempit betul.lain kali, amek la tau..

Kemudian, aku pun amek la tau pasal zakat ni. aku baca info kat dalam web tu. bagus ppz ni.pastu aku tertanya-tanya, adakah fidyah posa boleh bagi kat mangsa tsunami?agak-agak aku cam boleh. tapi aku nak bagi sure jugak, aku email info@zakat.com.my, dan jawapan yang aku dapat camni:-

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kerana merujuk terus kepada PPZ.

Pembayaran fidyah hanyalah untuk golongan fakir dan miskin. Apabila terjadinya kejadian Tsunami secara automatiknya mereka telah menjadi miskin. Oleh itu fidyah boleh diberi terus kepada mereka. Walau bagaimanapun, nilai fidyah hanyalah RM1.20 sehari.

Sekian, harap maklum.


So, aku pun...mmmm....mengangguk-anggukkan kepala sendiri.Jadiknya betul la agakkan aku.Pastu aku pun surf lagi..oooo..ada siap calculator nak kira zakat pendapatan baper nak kena bayar yer..aku pun fikir.elok jugak kalo aku kira. selepas berdiskusi dgn 2 orang member kamcing kat opis, aku pun memulakan perjuangan mengira.memula kira tahun 2003. Abang dulu. kira punya kira..oh!sikit je abg kena bayar..seratus lebih.aku lak aku lak..excited gile nak tau bape kena bayar. so aku pun kira la aku nya.erkksssssss...lima latut kaa...mmm..tak per lah...menda wajib..lagipun bagi kat orang islam jugak.boleh tolong org susah.pastu aku pun ingat nak kira tahun-tahun yang lepas.sejak keje memang tak pernah aku bayar zakat pendapatan.****INSAF**** sekejap..

aku pun menyelongkar balik file2 lama. oh sib baik ade simpan lagi borang pendapatan (EA form - kalo kerajaan borang J kot nama dia). Pastu aku pun mengagak.ooo..tahun 2000 tak kena kot sebab baru masuk keje bulan julai.Pendapatan tahunan pun sikit jer lagi. aku pun amek yg tahun 2001 dan 2002 (yg 2003 dah kira tadik). Pastu aku pun sibuk mengira. 2001 punya setahun gaji kasar adalah sikit. pastu nak kira tu kena tahu berapa caruman ke tabung haji tahun tu, sebab dia nak tolak sekali ( dalam calculator tu la). pastu aku pun terpk.seratus kot?..eh tak sure la.pastu aku semak balik dalam slip gaji..ternampak slip gaji masa memula keje dulu-tahun 2000.***sentimental jap**** ade lagi aku simpan rupanya.terkenanggg...** eh tetiba aku terpk niat asal. nak carik 2001 nye slip! ok dah jumpa. oh! seratus jugak.maknanya stat2 aku menyimpan TH memang selatutla. So aku pun masuk dlm pengiraan..waaa! kosong???..maknanya tak yah bayar zakat ke tahun tu? waaa...tak yah la nampaknya.pastu aku kira yang 2002...suspen.tapi aku dah agak musti byk cam 2003 jugak.sebab bonus banyak tahun tu...teng tereng..! ayakkkk! 5 latut jugak maaa...selibu lebih la jugak aku nya zakat ini taun..wacaaa.! takpe lah..oklah tuh.dapat membersihkan harta aku.harta banyak-banyak pun, sekalik dilanggar tsunami, sekelip mata jer hilang.ataupun, kalo Allah tak berkat, dicurik orang even letak dalam bank.mmm...

malam ni nak diskas ngan abang pasal zakat. oh ya! aku lupa nak citer.abang boh nama kitorang utk korban.sorang RM300.so,duarang RM600...ok..pasal korban ni nanti aku citer lain entry..

133822 | posted by akubudakkecik at 3:03 | 2 comments

Wednesday, January 5, 2005

Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Barukan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah didalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Dipadang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam didalam hatiku
Kerana disitu tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh..

133660 | posted by akubudakkecik at 20:40 | 0 comments

Akukah itu?

Dalam kegelapan aku mencari dimana arah tuju.Entah bagaimana terkesima seketika mendengar sebuah pengakuan dari seorang teman yang amat dipercayai.Dalam kesamaran itu aku cuba mencari dan mengakui diri yang sebenar.Yang selama ini aku nafikan sehingga menyebabkan kerosakan minda dan kehilangan tempat mengadu. Pernah terfikir tapi tak pernah mengakui.Kesilapan sebenar aku ialah aku tak pernah bermuhasabah diri dengan erti kata sebenarnya. Dan juga tak pernah fikir yang aku sebenarnya silap. Satu keegoan yang tak pernah luput sejak berzaman. Berjuta kali aku memikir, berjuta kali itulah aku rasa keegoan itu benar. Tapi, pada satu ketika, keegoan itu yang bakal memusnahkan kehidupan ku dan menjadikan aku jatuh tersungkur pada waktu. Terima kasih teman kerana memberitahu aku hakikat itu.Walaupun aku tak boleh berjanji yang aku akan berubah, tapi sekurang-kurangnya aku telah tahu aku bukanlah sentiasanya benar.

133554 | posted by akubudakkecik at 2:52 | 0 comments

Tuesday, January 4, 2005

mood tengah rajin

hari jumaat lepas aku cuti sampai semalam.lama giler kan?..memula cuti rehat kat rumah tu rasa seronok.sebab bawak adik-adik datang rumah. sorang tu adik aku kat hkl, sorang lagi adik ipar kat gombak, kolej islam antarabangsa. adik aku pompuan, adik ipar aku lelaki.nama dia ani dan akim.akim nak kena pakai blazer minggu depan. ada satu subject ni business comm katanya.semua appearance diamek kira.alahaaii..aku dah cakap dah ngan ani, soh akim cakap kat cikgu dia " cikgu, saya miskin.mana ade duit nak beli blazer.kakak abang saya pun sumer miskin-miskin belaka.." ani tergelak2 cam nak pengsan.

so, takde orang yang ade blazer. pikir2, beli ajerlah blazer satu kat dia. so, petang sabtu tu pegi alamanda. sebelum ke alamanda pegi ikea dulu. kitorang sebenarnya nak beli tilam.tilam yang ada sekrang keras.sakit belakang.pehtu lepas tetengok catalog ikea, rupanya dia guna foam mattress letak atas spring mattress.so, utk mengelakkan dari beli barang ikea yang mahal, kitorang pun carik foam mattress kat kedai2 bese hari jumaat tu. sebelum ni, bebudak opis ada cakap tilam spring king koil bagus.so, pegi la menjelajah seluruh kawasan carik kedai perabot. ada satu kedai ni dia promote sweet dream.foam and spring mattress.lama jugak kat kedai ni. pehtu lelama tu, ingat nak carik jugak king koil. pastu kalo boleh nak yang boleh test test. kalo tak test tak tahu sesuai ke idak ngan badan kita. orang kata best, tapi mungkin badan kita tak sesuai..pastu jumpa pulak ade satu kedai perabot ni.besar la.memang boleh test2 tilam.waarrghh! ape lagi..memang aim kat kingkoil laaa..

pastu pegi la ke setiap tilam tu.kingkoil thousand over.slumberland, vono pun begitu juga.lepas aku try sumer, aku rasa sumer pun keras.aleh2 abang tanya, foam mattress ade tak? takde kot.mm..aku rasa keciwa..not the money that matters, but the comfort..(mm..ape aku cakap nih)..pastu si cina jurujual tu asikklaaa kata tilam ni bagus tilam tu bagus..sumer pun bagus..takde yg tak bagus..cemane jual nih? of course org nak jual mesti kata sumer product dia bagus.ingat pembeli bodo kaa..

pehtu balik rumah duduk diam diam.tu yang terpk nak beli foam mattress saje.pegi balik kedai yang mula2 tadi.nak beli foam matt tu.tapi amoi tu suda sombong pulak.ek eleeee..ko nak jual ke idaK? sesombong laks....memula tu aku buat muka baik la..nak beli barang la kaann..bila dia dah sombong tu, aku pun sombong laaa ape lagi..hek eleee...macam besar sangat,tu baru sales girl tu..

tapi, beli jugakla foam matt tu.tido satu malam dgn foam matt dah sakit leher, sakit pinggang..sakit tangan..bayangkan.aku bangun solat subuh pun pinggang aku sakit.errkkss..RM 250 inggit tuh..mm..then, abang pun mengakui. memang tak selesa.hari tu jugak pegi ikea..ramai sangat orang!..ade ape-ape ke ari ni?errkkss..sale??...sampai nak parking pun tadak tempat.abang dah tensen2 dah.selalu kosooong jeer..aku tunggu kat surau dgn bebudak tu.pehtu lepas abg sampai, terus menuju kat bahagian bedroom. ramaiiiii...! beli mattress pad shj dah 699. Bayangkan! mahal tau! ..tapi itulah price yg kena bayar utk keselesaan.. total up sumer thousand over.tapi tak kesahla..janji leh tido dgn best..

lepas tu singgah kedai mamak.adik2 sumer dah lapar.termasukla aku.tapi kedai mamak tu lambaaatt gilerrr..roti kosong pun dekat 15 minit tunggu..kedai mamak lain sekejap jerk.tak sampai seminit dah sampai.aku makan sup ayam.pesan lagi roti sardin.last2 roti sardin tu sesapa yang terasa lapar lagi yang makan.abang la tu.selalu makan banyak..:D

pehtu pegi beli blazer akim kat alamanda.ramai giler kat alamanda.apesalla sumer tempat ramai nih!..tapi dapat jugak la parking.memula tu nampak blazer kat carefour.RM250! errkksss..takde brand lak tu.pehtu dok pk2, dari bayo mahal camtu utk takde brand, baik gi carik yang ade brand.pastu merayau la kitorang gi carik kedai jual kot.ada valentino, RM400++. Erkkss mahalnya..ada satu kedai lagi ape ntah nama dia RM 1k over..errkkkssssss!!..pehtu dah tak tahu dah nak carik mane lagi,sumer pun mahal..mm..aleh aleh ternampak kedai reject shop.ingat nak try masuk situ.maybe ade.tapi abg kata mahal jugak situ.takperlah..last kedai, pasni takde jugak, terpaksa beli yang RM250 kat carefour tu.

sekalik masuk, ade ternampak blazer sebelah kanan.limited sgt.ade beberapa ketul jer.mujur ade saiz utk akim.perut dah le muncit akim tu.kena beli yg besar skek.perasan nak pakai yg kecik.seratus lebih.okelaaa.......so, pastu sumerang sukahati.dah boleh balik..sebelum tu pegi sopin brg2 makanan kat carefour dulu.

mmmmmmmmm...
bila antar diorang balik ke asrama, kitorang pun boring balik..sampai la semalam.semalam aku lagi la boring.abg tengok van halsing, aku tak suka citer tu.aleh2 aku tidooo jer..

133466 | posted by akubudakkecik at 20:05 | 0 comments

Thursday, December 30, 2004

CALL FOR PAPERS!

ada sesapa nak hantar journal kat sini? click here. dan sini.

jom! beramai-ramai hantar paper sini.boleh meet..;)

132767 | posted by akubudakkecik at 0:08 | 0 comments

Wednesday, December 29, 2004

meeting dgn sv

tadi aku ada meeting dgn dr. adznan, sv aku.cakap banyak pasal research.ade 3 org buat presentation.2 org present subject special topic, satu present research dia.yang satu ni buat aku sakit kepala.sebab? aku tak faham.i think it is beyond my knowledge,tapi semua buat application.i was like to ask the Dr., what is the research value here..research value!..tapi semuanya tersekat kat kerongkong jer.sebab dr.suka bagi pendapat dia.aku nak cakap pun rasa cam tak sempat.tapi sempat jugak mencelah satu dua.itupun dia tengah dok cakap aku nganga mulut, pastu pandang kat dia, sajelaa..nak beritahu, aku ade menda nak cakap.then, Dr. abeskan ayat dia, baru aku bagi pendapat aku. Tapi byk yang aku tak dapat beri. walaupun banyak persoalan yang bermain dlm fikiran aku. Hampir semuanya tak dapat dikeluarkan. beku. mmm..apasal aku jadik cemni.mungkin aku tengah serius memikir.

Sebelum gi meeting aku ada buat satu analisa. Orang dari california tu ade balas email aku tentang fees yang dia charge kalo datang malaysia. Aku tergamam sebab 15 org USD25k. Bila tuko ke duit malaysia jadik 95k.Banyak tuuu..lebih dari 15 org dia caj USD895. Tuko duit malaysia 3k over.aku serius memikir.Aku compare. Bygkan kalo seminar tu buat kat malaysia semuanya menelan belanja sbyk half million! untuk 15 org sahaja. Tapi kalo pegi seminar di california is only 100k over sahaja. So, aku pun antar email kat member satu unit, beritahu aku nya suggestion iaitu baik antar beberapa org sahaja ke sana. Pastu aku tunggula reply dari sesape.Lamaaa aku tunggu.malangnya tak ada.

Elok lepas balik meeting, dapat email dari ketua unit aku, kata cam ni:
"abk, it's a good initial work.I will discuss with our head of program soon.OK."

of course it's a good initial work.no body will do like me do.Anyway, aku tau dia memang tak bagi aku pegi memane,soh duduk terperap kat opis. mmm..aku pun dah tawar hati dah nak pegi memane.Semuanya kena sekat.ataupun aku yang tak pandai carik reason yang kukuh utk kesana? anyway, aku dah malas nak gi memana. baik duduk malaysia, layan master.lagipun dah terbengkalai byk nih.

Apa pun, dapatkan master, beli rumah, pegi haji.cukup.tak yah sesibuk nak gi layan o/sea. buat sakit ati jer.aku ingat nak buat paper cecanggih giler.so that leh publish kat luar negara setanding dgn researcher lain. masa tu kalo tak bagi aku pegi o/sea lagi utk bentang paper aku sendirik, aku memang letak jawatan.baik aku naikkan nama company yang bebetul appreciate aku.contoh?? baik jadi lecturer.Bebila masa pun boleh gi oversea kalo nak present paper punya pasal..ataupun attend seminar..huh!

132646 | posted by akubudakkecik at 2:58 | 2 comments

Wednesday, December 22, 2004

BACK TO THE FUTURE

semalam aku beli cd.satu set citer back to the future. satu sampai 3. rasa bengang la arini.taktahu nak citer cemane.ataupun cuma emosi aku yg tak stabil kot.ntahlah.ari ni asik masaaamm jer.aderrr jer menda yang menyakitkan ati aku.warggggggghhhhhhhh!!!...rasa nak lari sorang sorang..laju laju...tinggal kan keadaan sekarang..pegi ke masa yang lain.masa yang aku endak.macam citer tu.tapi..bila pk balik, ape yg aku dapat? penat..dan prasangka buruk org.yerklaaa..kalo lari tetiba dari opis ke penghujung pagar,musti pakgad kata aku gaduh ngan laki.dan org2 opis yg lalu lalang pun musti kata..isk jahatnye laki dia..sampai bini lari..arrggghhhhhhh!!!!! air muka husb kena jaga jugak..

kekadang tu rasa tensen sangat.tapi tak boleh nak buat ape.nak buat ape??tak boleh nak marah.tak boleh nak muka masam.tak boleh!!!!!!!!!!!!....tensen!...sini jer lah tempat luahan hati.mmm....
*tengah bengang*

aku kena uruskan satu seminar.ade sesapa nak hadir tak heh heh..seminar nya bekenaan dengan MPEG1,2,4, Digital Television System, Multimedia Communication, dan H264 Advanced Video Coding.hah! sape nak datang ! plannye April tahun depan.

apa pun, sebenarnya seminar ni dibuat kat california.aku nak gi sane asalnya,tapi husb aku kalo boleh dia tak bagi.bos aku pun of course tak bagik.aku rasa down.dowwnnn sesangat...tak tahu nape...sapa yg faham aku? takde sape..takde sape...aku nak pegi...nak pegi...walaupun aku tau susah hidup sana, makan susah, kulit menggelupas, cam pengalaman kat hungary, tapi, aku nak pegi!...

mmm..aku rasa emosi aku tak stabil..

132054 | posted by akubudakkecik at 21:34 | 3 comments

Tuesday, December 21, 2004

cuba fikir positif

kalaulah aku boleh mengubah waktu, akan aku putarkan ia ke zaman 8 tahun yang lepas.dan mengubah keadaan disitu.mengubah suasana.mengubah cara hidup.

tetapi perkara yg ingin terjadi telah pun terjadi.terpulanglah pada aku untuk mengatasinya.masalah yang datang bukan diundang.tetapi aku tak boleh lari.aku kena berdepan dgn masalah.argh!!...aku tak boleh kawal punca masalah.cuma aku boleh kawal diri aku.bagaimana sikap aku. dan emosi diri sendiri.

cuba fikir positif!
*pengsan*

131953 | posted by akubudakkecik at 23:48 | 2 comments

Monday, December 20, 2004

tangisan di awal malam

aku menghempaskan diri diatas tilam.tersedu.seduan menjadi semakin kuat.dalam.seolah ingin membuangkan semua duka.dalam.teramat dalam.helaan nafas kedengaran.juga dari ruang yang teramat dlm.dari hati.dari jiwa.bunyi tangisan terdengar lagi.sebak.sebak teramat.seketika aku seolah rasa ingin berhenti.tiada tangisan.sedu cuma.sedikit demi sedikit aku diam.terdiam.dan menarik helaan nafas yang panjang.dan dalam.mataku memandang terus.kosong.lega.puas.seolah semua bebanan hati selama ini hilang.seolah semua duka hancur bagaikan debu dan dibawa terus angin kencang sehinggakan tidak kelihatan lagi dari mata hati aku.aku menung lagi.serta merta aku mengucapkan Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan tangisan dan air mata untuk wanita.seketika aku teringat satu artikel dlm internet tentang keistimewaan wanita. "Allah menciptakan airmata utk wanita dan ia boleh digunakan bila bila yang dia mahu.."..

Aku menung lagi.lama.terfikir.agaknya inilah yang dikatakan oleh kebanyakan wanita, bila menangis baru rasa puas.aku tak pernah rasa.cuma dengar org kata begitu.sekrang aku rasa.memang puas.hilang semua kegusaran hati.hilang semua sengsara jiwa.aku sikit demi sedikit tersenyum.hati menjadi senang.tenteram.seketika aku berterima kasih pada abang. Walaupun kerana dia aku menangis, kerana tangisan itu jugalah aku rasa tenteram. Dan aku terfikir.satu kata-kata nasihat khas utk aku.dimana saja aku berada.apa pun situasi aku.kalau aku tak sukakan satu perkara.aku harus hadapi perkara itu dgn sendiri.dan jangan cuba lari.atau cuba mengubahnya.mungkin disitu ada kesudahan yang baik utk aku.

131861 | posted by akubudakkecik at 21:43 | 0 comments

wilsonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!! waaaa i am sori wilson ...iam sori

ari tu aku tengok citer cast away.tom hanks.sampai sekrang terngiang ngiang lagi dia nangis..sedeeeyyyyy sangat. dia tak dapat selamatkan kawan dia, wilson.wilson hanyut dibawak arus air. wilson lah satu satunya kawan dia masa terdampar kat sebuah pulau kat lautan pasific.Selama 4 tahun, wilson lah tempat bersembang, tempat mengadu, tempat bergaduh.Apa-apa pun semua buat dgn wilson.tangkap ikan, makan, buat rakit.

wilssoooooooonnnnnnnn! skrg wilson dah tak de..waaaa!!...

mmm..tau tak wilson tu ape.wilson tu adalah..sebijik bola tampar brand wilson.masa aku tengok citer tu aku pelik...bola pun nak nangis..hehehee..tapi cara dia nangis tu seolah-olah wilson tu hidup dlm hati dia..walaupun ia adalah seekor bola..

131779 | posted by akubudakkecik at 1:39 | 3 comments

Sunday, December 19, 2004

usb patah dua

cuti hujung minggu aku pegi kenduri kengkawan kat muar.2 kenduri.lepas tu balik kampung.besok tu pepagi balik kl balik sebab pakcik aku buat kenduri jugak.so, semalam tu berjumpa la semua sanak saudara. yang paling jauh adalah mak andak.dia dah jadi warganegara amerika. datang dgn husb dia yg kedua. dulu kawen ngan uncle john.sekrang uncle lu pulak.lewis nama dia. mak andak aku ni stewardess. english memang berabuk la. sampai bapak aku kata dia lagi faham uncle lu tu cakap english dari mak andak.errkkss..makna nya ape tuh..;)

along dah pregnant 4 bulan.aku cakap kat mak aku, malas nak gi kenduri sedara mara ni sebenarnya.nanti mesti kena tanya pasal "bila lagi mak ko nak dapat cucu?" ataupun "eh angah? kosong lagik?"..takpun.."ko ni bila lagi nak ada sorang?"..erkksss...itu sumer ayat ayat yg benci didengar...ada yg dah tau aku gugurr ari tu cakap "laaa....sayang nya....cemane leh gugurrr..."eiiiii.....aku rasa cam nak sepak jer sumerang.diorang ni tak faham ke zuriat tu kerja Allah belaka...kalau Dia tak nak bagi,aku buat ape boleh? aku ada kuasa ke nak tentukan bila aku nak anak? iiiii... pastu mak aku kata, tak per jgn tensen tensen.. nanti jawab jer macam ni.."yang korang susah hati sgt ni kenapa? korang nak jaga ke?" hahahhaaaa....bagus mak aku...

so, seperti yg dijangkakan, kat kenduri sedara aku tu, memang ade la yg menanya.paklong aku. mak ai.dia ni memang nak kena.tapi aku sabar jer. tau la dia dah ade 2 cucu.anak dia sebaya aku.kawen awal setahun dari aku.dah ade 2 anak.mana taknya, dia surirumah.aku keje.ape pun, semua rezeki dari Allah belaka. ade ke dia tanya "bila nak bagi mak ko cucu??" sambil cuit cuit aku.ek eleeee...ingat aku bekenan sangat ke ngan soklan tu..dalam hati aku rasa nak maki jer.aku pandang mak. rupanya mak memang tengah pandang aku. tapi mak dah pesan.jgn gaduh gaduh.tapi memang aku tak larat nak sabar dah dengan dia ni.sepuluh kali jumpa aku, sepuluh kali tu dia tanya.aku pun pandang tempat lain.tak boleh tengok dah muka paklong.nak menyabarkan diri sendiri.ikut ati nak sepak jer kusi.pastu blah.aku tarik nafas panjang.dalam hati aku "ya Allah, berikanlah aku kesabaran.."..sambil memandang kiri aku carik idea tuka topik.memang aku tak nak jawab soklan yg membencikan tu. tetiba teringat pakteh.pakteh amek master skrg ni.aku tau.anak dia bagitau tadi. so aku pun paling pandang muka dia.dengan tersenyum aku cakap "eh! pakteh amek master ek.." heh heh..dia cam tak tau nk jawab ape. sebab aku tau soklan tu pun menyirap hati dia jugak.sebab nye ? dia pun pelajaran tak berapa tinggi. anak dia paling tinggi diploma.kitorang dah tahap master.long way to go kalo dia nak compete.so dia senyap.pandang tempat lain.aku pun pandang mak.sembang ngan mak lagi bagus.

erkkss...pasal usb tu korang tau tak cemana nak sambung balik.usb tu patah dua.tapi dlm usb tu ade file penting.cemane nak retrieve balik ? please! kawan aku punya problem nih...

131735 | posted by akubudakkecik at 18:36 | 0 comments

Thursday, December 16, 2004

tak sihat

semalam lepas balik training abg ajak gi alamanda.eli durian, strawberry,mempelam, ayam panggang dan cds. Balik tu aku belasah makan ayam dlm kete. abg makan roti.pastu bila sampai rumah pasang cd citer she's all that.sambil tu mkn ayam.lepas makan ayam amek durian lak.kul 12 tu abeh satu cd.pasang lagi satu, cast away-tom hank. aku tengok sampai kul 2.15. abang dah terbongkang kat sebelah.tak tahu nape sejak akhir2 ni suka tengok tom hank.sejak you've got mail kot. tapi disebab kan tido dekat kul 3 smlm dan makan macam-macam, pagi ni aku bangun ngan kepala sakit.sakittt sangat.lepas ayen baju, masuk bilik air nak mandi.sekalik rasa nak muntah..! arrghh!! sungguh tidak selesa ini pagi..mmm...

131562 | posted by akubudakkecik at 19:00 | 0 comments

Monday, December 13, 2004

my heart

-----------------------------------------------------------
hati aku ni rasa gelisah pulak.tadi aku ada bagi email kat kawan aku.bercerita. tentang hal opis. tapi masalah nya aku takut dia heboh kan cerita aku.argghhh! dalam opis ni aku citer kat dia jer.dan husb aku of course la. apa pun harap-harap semua berjalan seperti biasa. aku sebenarnya tak berapa ade kawan kat sini yang rapat. sebabnya ? aku lebih suka kemana-mana dengan husb aku. kalo dia tak de, gi training atau sbgnya, aku lagi suka pegi sensorang atau jalan sensorang..mmm..:(

-------------------------------------------------------------

131093 | posted by akubudakkecik at 4:38 | 2 comments

Hungary part 4

Sebenarnya memula sampai tu memang excited. Sumer tempat pun rasa nak pegi. Setiap hari kitorang keluar lepas abg training kul 5 ptg. Subuh sini kul 4.50 sampai 6.30. Zuhur kul 11.30, Asar 1.30, Maghrib 3.51, Isyak 5.30. Waktu siang yang pendek. Kul 4 dah malam. So, waktu jalan tak byk kedai bukak. Derang tutup kul3-4 ptg. Kalo pasaraya besar jer sampai kul 9 mlm.

Hari isnin pertama kitorang jalan sampai tak larat nak jalan. Pegi ke centrum - dataran. Ada satu gereja besar kat situ. Diorang kata selalu tourist memang gi tempat ni. Byk gambar-gambar kat sekitar ni jer. Ada beberapa bijik monumen. Tapi kebanyakan monumen dia buat aku tertanya tanya apakah motif gambar ni di jadikan tugu. Ada gambar perempuan dan lelaki pegang anak sambil melambai. Sekalik pandang aku dah heran. Apa yang dia nak tunjuk kat tugu tu? Seorang perempuan yg mempunyai sejarah nya sendiri ingin meninggal kan hungary? atau seorang perempuan yg melambai-lambai kapal terbang sambil diperhati oleh suaminya yang bangga sebab dapat tengok kapal terbang? erkksss? atau pun nak menunjukkan kat semuarang yang diorang ada sorang anak yang baru lahir?? mmm..apa pun aku tak pernah tanya kat hungarian people. semuarang membuat andaian masing-masing. Ada satu lagi tugu yang pelik. Seorang pemuda tengah duduk diatas bangku batu kat tepi bangunan. Aku suarakan kat abg, kenapa menda ni pun nak buat tugu? abg pun angkat bahu, tak faham. Abg kata dia nak tunjuk kot ni adalah profesor diorang..keh keh keh..aku nk tegelak..sekalik tu, ada sekali kitorang lalu situ, tugu tu dah pakai topi. Aku pandang. Abang pun pandang. Pastu kitorang tergelak.hai..diorang ni kesian kot tugu tu sejuk..kueh kueh kueh....Pastu tetiba abg tertanya.Eh, topi tu topi betul ke..? aku cakap la, topi betul kot, sebab jauh beza sgt. Topi tu warna dia coklat dan kuning, siap nampak lagi bulu2 kat topi tu beralun ikut angin. tugu tu memang gelap warna itam.memang sah lain!

Ada one day abg pegi training, aku keluar,abg kata jgn pegi jejauh, tapi aku suda pegi ke tempat tourist guide, ade la dlm lebih 500 meter dari hotel. Sib baik mamat dlm kedai (kedai ke pon..?) tu tau cakap english. So aku tanya la mane tempat yang dia suggest best pegi. So dia pun cakap la, ada satu tempat ni ada air sungai, menarik, tapi 2 jam perjalanan naik train. Satu tempat lagi ada mountain cantik, 7 jam naik train. Pegi ibukota dia budapest tu 3 jam. Aku excited la sebab nanti ujung minggu leh ajak abg pegi. Pastu aku tanya lagi, cemane nak buat international call kat sini guna public phone? dia soh beli barangolo - phone card.Pastu dia tanya aku nak call mane? Aku cakapla dari Malaysia..waaaa! dia cam impressed...from malaysia?? dia cakap. Aku senyum jer..(cam bangga skek..heh heh..)

Sekalik tengah sesembang ngan mamat tu,aku terdengar cam suara yang dikenali kat belakang aku..cam orang malaysia..almaklumla english lidah ibunda mana tak kenal..tapi aku buat bodo jer..tak paling pun.Lepas sembang ngan mamat tu, aku pun nak kuar.Laa....bebudak ni rupanya. din ngan shahrol.weh! kata gi training? diorang cakap rerupanya trainer tu mencarik laptop 4 bijik utk diorang. So, hold kejap sampai kol 10.30. Diorang cakap husb aku mencarik aku nak mintak kunci hotel, nak amek laptop. Erkkkssss...! Aku pun cecepat keluar. Aku biasala bila dah nak cepat tu memang lajuuu jer..tak pandang kiri kanan. Sekalik depan pintu tu elok aku dongak nampak abg depan mata..errrrrrrrr....errrrrrr........tergamam sekejap.takut kena marah.
Eh! abang! (control). Asal tak training?(sesaje tanya padahal dah tau). Pastu abg pun citer la penat dia mencarik kehulu kehilir. Masa tengah carik kat Debrecen Plaza tu ada org putih tu asik mengekor dia, sebab dia dok lajuu jer jalan sambil pandang kiri pandang kanan. Agaknya org tu ingat dia nak mencurik kot. Buat sakit ati jer abg cakap. Pastu aku pun mintak sorry la. Sebab jalan jauh.Heh heh..abg ok jer tak marah pun. Cumanya dia nak cepat balik hotel amek laptop jerk.Fuh! memang selamat. Pastu aku citer la cemane nak beli barangolo tu. Pastu kitorang pun cecepat gi kat kaunter booth yang memang ade 2-3 ketul kat situ - tempat jual barangolo. Beli harga 5000 forint. Itu jer yang ada. Sama dengan RM 100. Tapi kitorang belasah beli jerk la. Dok pk mungkin mahal kot tepon international dari sini.

Lepas beli tu, bawak kad tu kat tepon.Tak de tempat insert kad pun.Siap kena scratch lagik.Cam kad reload. So confuse. Cemane ni?. Aku patah balik tanya org kaunter tu cemane nak guna. Sekalik alamak! dia bantai cakap hungary!! mane aku faham? dia ni tak tahu ke aku tourist ? erkksss..memang hampeh la diorang ni. Aku pun dah tak faham tu terus panggil abg. Org tu cakap sambil tunjuk2. Sesambil tu aku bantai cakap melayu kat dia. Hah! amek ko! sorang cakap hungary sorang cakap melayu..nak sangat cakap bahasa sendirik.Aleh-aleh ternampak tulisan english kat kad tu, so, terus jer kitorang faham.heh heh..sebenarnya tadi tak perasan ade tulisan tuh. Kalo tau, tak yah sesusah tanya. Pastu dapat la tepon mak bapak, kata dah sampai. Rerupa nya tepon international ni, dia lagging ek? kita cakap pada minit pertama, minit kedua baru org sana dapat dengar. so terpaksa tunggu diorang dengar baru boleh cakap yg seterusnya...

131088 | posted by akubudakkecik at 3:48 | 0 comments

Thursday, December 9, 2004

Hungary part 3

Perjalanan dari Budapest ke Debrecen (tempat training) amek masa 3 jam. Cam dari KL gi ipoh.Jauh giler.Dalam kete kitorang bersembang sakan.Tengok kiri, tengok kanan.Ambik gambo. Ade sekalik tu jakun sekejap.sebab salji turun.waaa..merasa aku tengok salji.walaupun sebesar buih sabun..jadikklaaa…pehtu aku rasa tingkap van.mak aiii..sejuk giler..aku cakap kat abg. Abg pun pegang.pehtu beritahu sumerang.dah sumerang pun pegang cermin. Memang sejuk aa..dah tu tetiba suasana makin lama makin menyepi.shahrol dah tido.abang pon tido.tinggal aku termangu mangu tak tahu nak buat ape.tengok kiri kanan.pemandangan sepanjang perjalanan samaa jer.ladang.sumer pun ladang.besar sungguh kawasan ladang kat hungary nih.Faiz sibuk dok sembang ngan din kat depan.matahari memancar terik bebetul sebelah kanan pipi aku..adehh! panas..! dalam sejuk pun panas..aku tak faham betul..abg ade bagi mafla dia kat aku soh tutup.cover dari matahari.(erkksss…sebenarnya takde la sepanas waktu tghari kat M’sia, tapi saje mengada-ngada..heheee). Dalam keadaan tak tahu nak tengok ape dah, aku pon tido dengan rela nya dalam van.

Lepas aku jaga, tak sampai sampai lagi destinasi. Sumerang pun dah jaga dah masa tuh. Aku rasa din ngan faiz tak tido. Aku tido siap tenganga-nganga lagik.ceh! kalo diorang perasan memang aku malu giler ah.aku pon tk tahu nape leh tenganga..sesedar tu cam din tengah amek gambo pemandangan sebelah aku. Aku terkejut. Erkkss…amek scenery ke amek gambo aku tido?dah ler tido tak semenggah..tapi aku buat bodoo jer..control..
Lepas tu aku tak tido dah.sehingga sampai ke destinasi.

Debrecen Bandar dia takde pe sangat.tak de bangunan bebesar cam kita. Cam melaka la lebih kurang. Banyak bangunan batu. Tak tinggi.paling tinggi hotel 3 tingkat jer. Tak banyak apartment.sampai kul 1.30 petang. Trainer dah book hotel rupanya. Masa nak check in tu kena tulis nama dan bila nak kuar. Lepas tulis tu terus dia kuarkan kunci. Aku pandang jer minah kaunter tu.Ada duorang.Sorang rambut merah.nampak tua skek.sorang lagi muda lagi.tapi tak tahu cakap English pon. Minah rambut merah tu tetiba cakap “this is for couple..” sambil goyang-goyang kunci kat tangan. Aku pandang dia.blur kejap.sebab tengah sibuk evaluate muka dia. pehtu aku pandang kiri kanan.couple? ade ke couple kat sini? Asal minah ni pandang muka aku..Pastu aku pk, kenapaaa minah ni tuju kat aku, aku ada buat kesalahan ke. baru teringat. Erkss…aku la si couple tu. Kan datang dengan husb.Orang lain mane ade bawak bini.ceh.!.tersiput aku amek kunci..

Pastu merengkek bawak beg naik bilik.Abangla.Aku bawak beg ringan jerk.Kitorang tingkat satu. Nasib baik.Cam tau tau jer kitorang byk barang..Bilik dia ok.sumer pun ok.Tingkap pemandangan kat belakang hotel. Ade taman.Diorang letak kereta kat situ.Elok masuk jer bilik, aku ke toilet. Bila kuar toilet aku terperanjat.Abang dah sepah kan barang!..berterabur..tak tahu dia carik ape..dia soh aku mengemas. So, aku pon masukkan baju dalam almari, susun elok-elok. Sesekali tu jelling pada makanan yg kitorang bawak. Erkkss cukup ke ni? Baru sampai dah terasa nak melantak..

Lepas kemas tu rehat sekejap. Baring.Luruskan badan. Bersyukur. Selamat jugak sampai sini. Pandang atas.Selesa sungguh katil dia. Tak macam katil kat rumah kitorang. Keras. Yerkla tilam murah.hotel mesti la tilam mahal. Kalo hotel pun tilam keras, baik bungkus aa..tak yah buat hotel lagi baik…tetiba nampak lampu..Ek elee…rendahnya lampu dia..Tak boleh berdiri atas katil dekat lampu la nampaknya.Mesti terantuk. Tengah sesembang tu kitorang terpk. Tadi bebudak ni ada mention, ade shopping dedekat sini.Jalan kaki jer. Rasa cam nak pegi. So kitorang pun bersiap. Pakai sokin, pakai baju 2 – 3 lapis, baju sejuk lagi. Abang pakai topi. Aku pk aku dah pakai tudung, tak yah ler pakai topi. Amek video cam. Kuar.

Kat luar memang sejuk. Aku amek gambo abang.Abang amek gambo aku pulak. Camtu la bertuko tuko. Tapi kebanyakkannya abg amek gambo aku heh heh..Nama tempat yg kitorang nak pegi tu Debrecen Plaza. On the way tu ade construction laa, anjing merata-rata – orang bawak la, takde la melepak kat tengah jalan, dan ada muzium. Sampai ke plaza tu, dlm dah panas. So, rasa lega skek.Plaza tu satu tingkat jer.tak luas cam megamall. Byk jual pakaian sejuk.tak de pe yang menarik…

130698 | posted by akubudakkecik at 4:08 | 0 comments

Masa kat hungary

ni aku buat masa kat hungary.dalam bilik.gambo tu aku ler tu.tengah duduk bersila atas katil..pegang laptop..
-----------------

130694 | posted by akubudakkecik at 3:05 | 1 comments