|
~Terkenang..~
membaca kisah yang hs tulis, membuatkan aku terkenang...terkenang saat saat along aku dimasukkan kat hospital..terkenang setiap hari betapa dia berusaha melawan penyakit anemia nya...terkenang muka lesu dia tak bermaya ketika darah didalam badannya setiap hari semakin berkurang dan ada ketikanya tumpah melimpah....terkenangkan betapa dia menahan sakit bila doktor menebuk lubang dibahagian dilehernya sebab tak ada saluran lain yang tinggal utk disalurkan darah dalam badan dia...aku terpaku melihat dia ketika itu..apa dayaku.. setiap pagi aku bangun 4 pagi.masak utk along, bersiap-siap dan bergegas ke hospital.ada beberapa ketika dia tak dibenarkan makan,jadik makanan yg aku bawak akan dibuang begitu saja..tapi aku tak pernah kisah..petangnya aku bawak lagi makanan yang dia suka...kadang-kadang dia makan sikit....sampai kemalam aku teman dia..dan setiap hari pukul 12 tgh malam baru aku tiba rumah..kadang-kadang aku tido diatas kerusi dalam wad.... aku cuma satu-satunya pendorong dia..harapan mak dan abah aku utk melihat dan menjaganya setiap hari..melaporkan setiap keadaannya pagi dan petang..aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya dia saat-saat dia di'kemoterapi'kan...aku tak lupa..dan aku tak akan lupa...petang itu dia kelihatan sihat,tapi cuma aku hairan dia tak banyak bercakap..dia mintak aku teman dia malam tu utk kesekian kalinya..tapi aku fikir dia macam dah nak baik dan aku tak menemani dia malam tu..mana aku nak sangka malam tu nurse telefon pukul 2 pagi...menyuruh aku ke hospital sebab along muntah teruk..muntah darah.. menggigil aku membasuh muka dan bergegas tukar baju.dari rumah sewa aku pecut kereta, seorang diri membelah malam.140 km/j. aku sampai 2.15 pagi..kaku seketika melihat nurse sibuk membuka cadar sebab along tak boleh bangun utk membuang air...malam tu dia batuk dan muntah dgn teruk.darah memercik dari mulut dia tumpah ke rambut..aku lap kan setiap percikan darah itu di rambut,dicadar..dan semua kawasan..bagi dia selesa semula..seketika dia diam dan berkata pada aku "angah, kalau along jadi apa-apa, kirim salam kat mak, abah dan adik-adik ye.." .. aku sedih sangat masa tu tapi aku cuba tersenyum..dan aku cakap kat dia "along tak akan apa-apa..along tak akan apa-apa..cuma along kena kuat tahan sakit..along akan ok..jangan risau..sekejap je sakit ni...salawat banyak-banyak.." demam along masih berterusan..panas sgt badan dia..sepanjang malam aku lapkan dia dgn tuala basah.tetiba masa tu nurse masuk..soh aku tepon abah ngan mak kat melaka.."nak buat ape?" aku tanya..aku tak mahu risaukan diorang.."manelah tau.."kata nurse...aku berfikir sekejap..dah pukul 6 pagi..aku fikir baik aku telefon,walaupun aku tak setuju dgn nurse, tapi aku tak mahu menanggung semuanya seorang.. ...... itulah detik detik yang tak akan aku dan family lupa selama-lamanya..terutamanya aku..sebab semuanya didepan mata aku...dekat setahun along kat hospital, setahun itulah aku menyimpan air mata..setahun itulah aku menyimpan segala kegembiraan org-org yang seusia dgn aku..dan setahun itulah aku bergelumang dengan segala ketensenan dan kedukaan.. aku tak mahu lagi kesedihan..aku tak mahu lagi kedukaan....sehingga kini, along tak berani nak pergi mana-mana seorang diri walaupun dia dah tak makan ubat dah..alhamdulillah, beransur pulih..apa pun, biarpun sekarang dia tak macam along yang dulu (dulu dia tegas dan tahu buat sumer kerja sendiri.lepas sakit dia jadi manja dan semua pun takut) , dia tetap along yang banyak memberi tauladan pada aku tentang erti kesabaran.... walaupun semuanya telah berlalu, tapi aku tetap akan mengalirkan air mata bila teringat kisah itu...air mata yang dulunya aku tak boleh nak keluarkan..sebab aku tak mahu dia lihat air mata dari aku..dia boleh lihat air mata orang lain, tapi bila aku yang mengalirkan dia akan jadi lebih lemah...lebih sedih dan lebih berduka dari aku..cara terbaik aku tak pernah nangis..tak pernah..walaupun hati aku sedih.. --- mm..tapi sekarang, senang jer aku nak nangis..sebab aku nak merasai kembali kesedihan bersama air mata yang aku tinggalkan dulu...takper tak? :D
last modified Apr 23, 2004 at 3:47
menangis.. demi ego diri..air mata ditahan agar tak tumpah masuk toilet...pulas shower..nangis..nangis..nangis! tp skrg kalo nak nagis dah tak cari shower, gi kat padang luas..jerit kuat2... neway...moga abk tabah!setiap org diuji dgn dugaan yg berbeza...setiap org punyai tahap iman yg berbeza..dugaan tu kiranya ujian Allah kpd kita samada kita lulus /x utk upgrade level iman kita..assobru showabul jannah.
|