|
~nak lepas tensen skek~
nape kalau aku bukan penyokong parti pembangkang aku dijadikan sasaran kebencian? salahkan aku dok atas pagar? aku punya suka la nak sokong sapa,tak sokong sapa.kenapa sekilas aku memberi pendapat pelbagai andaian org tentang aku.tak islamik la..takut tergelincir dari landasan la... tahuke diorang tu solat aku cemane setiap hari..? tahuker diorang tu apa doa aku setiap hari..? tahuke diorang tu apa yg bergelodak dalam fikiran aku setiap hari? tak tahu! hakikatnya tetap tak tahu..sungguh pantas memberi pelbagai andaian sedangkan apa yang diandaikan itu belum tentu benar.inilah manusia..inilah yang dinamakan manusia... mintak maaf kalau kalian diantara pembangkang..ataupun kalian diantara penyokong kerajaan.aku memang tengah tak puas hati ni.aku cuma berharap agar ada seorang dari mana-mana pihak memberitahu aku berdasarkan hadis-hadis yang soheh atau ayat Al-Quran, apa yang sepatutnya seorang rakyat biasa cam aku ni berpegang prinsip.aku tak nafikan memang aku tak tahu bab bab ni..memang aku jahil.tapi ada sesetengah tu nak marah-marah aku sebab tak sokong pembangkang.bukan nak bgtau aku apa yg sebenarnya..aku tak mo tulisan tulisan yang memburukkan org lain sampai ke dalam kain pun nak burukkan..aku tak nafikan kerajaan sekrang bukan sebaik mana.tapi cubalah bagi aku bukak mata skek dgn apa yg kalian perjuangkan..dimana perjuangan yang sebenar kalau bila berdakwah kat org lain, hanya kata-kata umpatan tentang kerajaan jer yg aku dengar..kata-kata yang menghina org sana sini...fedup aku fedup.. nampak sangat org melayu dah berpecah belah..apa nak jadik dgn org islam dinegara ni..ada pengikut yg terlalu extrem sampai apa pun tak betul..sumer pun salah..pemimpin ok jer..selalu yg bagi ayat-ayat yg bernas ni pemimpin jer.sebab tu aku tak leh nak percaya bulat bulat apa sipengikut ni cerita.apa-apa pun kena pk rasional la..pk dalam keadaan waras dan bijaksana. yang benar kita benarkan, yang tak benar of coursela kita bangkang.. ini yg aku tengok lepas kes DSAI sumer pun nak bangkang.sebelum tu takde pe pun.tengok kerajaan sumer pun baik belaka..masa tu..masa tu.takde pun kisah kisah extreme dari si pengikut pembangkang.mmm.... dah lepas dah tensen aku.sorry ek sesapa yg terasa tu.jgn marah aku.sebab aku pun tengah bengang ni.aku org islam jugak.aku pun tahu hukum islam.ingat diorang jer ke yg pandai serba serbi ? kalau pandai sangat, ajarler org lain.toksahler nak menuduh yg bukan bukan... isk isk isk...
last modified Apr 30, 2004 at 1:35
tq saorangorang.tq..:D
sudah terang dah...
panduan Quran & hadis...
kalau org buat pelik2, tenguk ada tak panduan dua2 tu...kalau takde, biarkan saja.
alim ulama mursyid akan guna panduan tu juga...
alamak.sabar beb.aku takde la nak kutuk org sampai cemtu.aku cuma cakap yg tak puas hati jer.bab bab pemimpin tu pada aku jawab sendiri dgn Tuhan la...tak kira la sape-sape pun,pembangkang ke,pemerintah ke..
yang penting pada aku,jgn ler nak dok ngutuk org,nuduh org sana sini...aku yg berkecuali pun kena kutuk.betullah kata Luqmanul Hakim...
Orang-oramg berparti PAS memang sentiasa tak puas hati. Bila dapat jadik pemimpin tak sedar diri!!
|