|
~Mari berpantun~
Aku teringat masa aku masuk pertandingan pantun kat sekolah dulu.sambil cerita cerita kat abang, aku buat perbandingan pantun dulu dan pantun sekarang.betapa klasiknya pantun dulu..dan betapa indahnya susunan bahasa dan liriknya.itulah kesenian budaya melayu.cuba tengok sahaja lagu lagu sekarang.contoh lagu yang aku tak berkenan adalah lagu 'tipah tertipu'. sekali dengar dah sakit telinga. sebabnya? kesenian tu dah hilang dari liriknya.keindahan bahasa dan mutiara kata telah tiada..ada sesetengah komposer mengatakan mereka menulis lirik dari percakapan harian..mm..kalo nak tulis lirik camtu, aku yg cekai ni pun lagi pandai hehee..nak ikut org putih konon..mm..tak payahlah diagungkan budaya org putih tu.tak de ape yg nak dibanggakan.kesenian bahasa dan keindahan kata org melayu yg patut dimartabatkan..cuba tengok pantun ni. Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Anak cina memasang lukah Lukah dipasang di tanjung jati Dalam hati tidak kulupa Ibarat rambut tersimpul mati Batang selasih permainan budak Daun selasih dimakan kuda Bercerai kasih talak tiada Seribu tahun kembali jua.. Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor ditengah laman Hendak mati dihujung kuku Hendak berkubur ditapak tangan Kalau tuan mudik kehulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya dipintu syurga (heheee..ni aku tak setuju..macam sure jer masuk syurga..:D)
last modified May 9, 2004 at 20:16
walaaaaaa...terasa cam zezaman dolu² lah pulakk hehe
keh keh keh..adiema, ala..lagu tu lebih kurang asalnya dari pantun jugak kan..kan kan..cam lagu siti ni:
pohon berembang diataslah gunung tumbuh dibawah pohon meranti janganlah hidup berulam jantung menunggu dia bersama mati..
sorok dipeti bunga kasturi kainlah songket habis berbau pujuklah hati bawa menari menari joget lagu melayu.. ------------- wah wah wah...heh heh heh...saorangorang, lirik tu memang penuh makna tuh..
------------- temp, tq for ur info.nanti aku tengok.belajar masa keje memang susah.melainkan jadik aku.hehehee...sebab keje aku sama jer cam aku belajar.buat research.tapinya ntah nape ntah aku suka malas...mmmm..
aku dah daftar oum. tapi cam susah gak. modul semua english. pastu takde masa nak memain bila keje. ko student mmu ke dulu? LAN tu Lembaga Akreditasi Negara. Semua sijil, diploma, ijazah dari IPTS kena dapat pengesalan daripada LAN supaya sijil diorang tu diiktiraf. Kalau tak susah la nak buat credit transfer ke, keje ngan goverment ke atau nak sambung masuk IPTA. OUM belum dapat LAN lagi. dia kata end of this year baru dapat.
www.lan.gov.my
ada list course2 kat IPTA yang dapat pengiktirafan LAN.
teringat masa mula nak 'terpisah' dulu...
..... Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan....
ni kan lagu gurindam jiwa....
|