|
**semalam**
27/05/04 - khamis semalam aku lihat suatu raut wajah matanya melilau kekiri dan kekanan wajahnya menggambarkan tiada apa-apa selalunya dia memandang aku dgn penuh minat walaupun duduk ditepi tasik yang cantik pada akulah segala kecantikan dunia tapi semalam dia tidak mengerling langsung.. aku lihat ada kebosanan di wajahnya.. lantas terdetik seketika dihatiku akulah penyebabnya tapi telah kukatakan padanya sebelum itu mengapa tidak biarkan aku sendirian tapi dia ingin meneman.. meneman dengan pandangan kosong padaku? meneman dgn menambah rasa bersalah dihatiku? seketika aku memintanya untuk pulang sahaja jika meneman aku dgn pandangan sebegitu biarkan aku sendirian pun tidak mengapa aku tak pernah minta ditemani lantas aku lihat perubahan di air mukanya memandang ku dgn tajam dan aku tidak sanggup melihat kemarahannya aku cuma boleh berdiam diri dan menahan kelukaanku seketika dia keluar meninggalkan aku disitu sejenak aku terfikir untuk mencari ketenangan sendiri dan pulang sendiri tanpa mengharap sesiapa sambil berjalan keluar aku menahan sebak sebak yang tertahan, sedikit pun tiada air mata yang tertumpah cuma sendu yang menyiksa aku tahan lagi.. tiba-tiba ia keluar jua, setitik tumpah dia batu jalanan aku tahan lagi sendu.. tiba di tepi tasik aku melepaskan sebak termenung seketika tiba-tiba datang seorang menarik lenganku dia rupanya "mari pulang..abg minta maaf"..
last modified May 26, 2004 at 22:31
mmm...abk pun tak tahu nak kata apa-apa.mmm...terima kasih kupukupu.mungkin kita ni tak sedar apa yang ada pada kita adalah yang terbaik kurniaan Allah...
tiba-tiba terasa luarbiasa apabila membaca puisi tadi. sesuatu yang aku rindu-rindukan tapi tak tahu apakah ia. mungkin ia sejenis perasaan yang dah lama luput yang menyebabkan aku lupa bagaimana untuk menulis puisi cinta lagi. akb beruntung...kupu-kupu sebenarya rindukan suasana sebegitu...
|