~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

Cerita dari aku

semalam aku bermimpi.mimpi yang boleh dijadikan sebuah cerita filem aku rasa. Kalaulah ada orang nak buat Filem cerita ni, mesti meletup. Aku jamin punya. Pengarahnya?? bagi aku yang jadik pengarah.Setiap babak aku akan analisa.Bagi detail.Bagi touching. Perfect.Sebuah cerita tentang kehidupan.Tapi..heh heh heh..cerita aku ni ade yang tak logik.byk menda tak cover. Kalau jadikkan filem, aku sebagai pengarah dan penulis skrip dan jalan cerita, akan mencover sumer menda yang tak cover dalam mimpi ni.Bagi jalan cerita dia marvellous.boleh meletup punya la. Orang keluar panggung puas hati.yang tengok kat rumah puas hati.sumerang puas hati.rasa nak tengok sejuta kali pun ada. Heh heh heh.. okes, byk cakap pun tara guna. Inilah cerita ku...:- 
--------------------------------------------- 
Aku dihatimu 
 
Seharian Dena merenung satu persatu barangan yang ditayangkan dikedai.Lepas satu, satu.Lalu restoran KFC, rasa nak beli ayam.Dah hulur duit, tapi tiba tiba Dena beralih fikiran.Tak mahu.Lalu di restoran McDonald, terasa seleranya disitu.Dia memesan makanan dan bungkus untuk makan diperjalanan. Sepanjang berjalan di shopping kompleks itu semuanya menarik bagi Dena. Tiba dikedai kasut.Alahai.Dena begitu berminat untuk membeli sepasang sandal bertali. Dia ternampak bermacam jenis sandal yang sesuai dengan citarasanya. Kelihatan sandal berwarna putih memancar silaunya menarik perhatian Dena. Lantas, dia pergi mendapatkan sandal tersebut.Cuba cuba. Wah! Tak sangka muat dikakinya. Baru sahaja dia ingin memanggil pelayan disitu, tiba tiba datang seorang perempuan yang tak dikenali.  
 
“Kak, ada satu berita untuk akak.” 
“Aha…apenya?” 
“Suami akak dah meninggal dalam pukul 3 pagi tadi. Kami dah bawa dia ke doktor, dan doktor mengesahkannya.Ini surat doktor”  
 
Perempuan itu menunjukkan surat dari doktor yang membuatkan Dena amat terkejut dan tanpa berkata apa apa dia merenung surat itu. Sah memang surat dari doktor. Macamana boleh jadi begini?dahinya berkerut sambil berfikir. Melihat Dena memandangnya dengan terkedu, perempuan tersebut berkata lagi: 
 
“Kami tak dapat menghubungi kakak sebelum ni, jadi, saya fikir mungkin dia dah dituntut oleh keluarganya.”  
 
Dena rasa seperti hendak rebah.Suamiku! Dia berlari meninggalkan kedai tersebut mencari keretanya. Mana kereta ni!Dia masuk ke satu lorong yang gelap. Keretanya masih tak kelihatan. “Mana minah ni letak kereta aku ni!” katanya dalam hati. Benci menerpa datang terhadap kawannya Mira. Mira telah datang bersamanya dan tolong mencarikan parking untuk keretanya. Dia keluar dahulu supaya tidak membazir masa mencari parking. Mira tidak kelihatan.Dena keluar dari lorong tersebut kerana lorong itu sungguh sunyi dan pergi mencari Mira. Sebaik sahaja keluar dari kawasan tersebut, dia ternampak Mira baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam sebuah kereta kembara, bersama seseorang disebelahnya sebagai pemandu. Ah ! Mira ! Nak balik pulak dah…kata hati Dena. “ Mira !..” Jerit Dena. Mira berpaling.  
 
« Kenapa ? »  
“ Kereta aku kau letak mana ? aku tak jumpa ni!” 
“Isk..isk..adela kat situ.. » 
 
Mira turun dari kereta dan berlari anak menuju ke lorong tadi. Rupanya kereta Dena dibelakang sebuah van dan tersorok dari pandangan. Sebaik sahaja menghidupkan enjin, Dena meluncur menuju ke rumah keluarga suaminya. Didalam kereta hatinya sungguh bimbang dan tertanya tanya.Apa yang telah terjadi ?? 
 
Tiba dirumah, terus dia mendapatkan adik iparnya yang sedang mundar mandir dipintu rumah. « Abang mane ?? » tanya Dena. Adik iparnya Mera terkejut melihat Dena. « Mana kakak pergi ??. Mereka dah nak kebumi abang.« katanya sambil menunjuk kearah padang dihadapan rumah.. “Dah nak kebumi??” Dena berkerut sambil memandang kearah yang ditunjukkan Mera. Terlihat dihujung padang dua orang lelaki sedang meletakkan sekujur tubuh bersalut kain putih ke dalam lubang kubur. Tiada kubur lain disitu. Hanya satu itulah, bakal kubur. Tanpa berlengah lagi Dena berlari menuju ke padang tersebut yang jauhnya lebih kurang seratus meter. « Abaaaannggggg !!!!! » Hiba sungguh hatinya melihat apa yang didepan matanya. Sedih yang teramat. Dena tersungkur pada jarak 10 meter dari tempat pengkebumian kerana keletihan. Dia menangis. Sedihnya hati. Sedihnya jiwa. Teman seiring telah pergi dengan tiba tiba meninggalkannya.Dena tertunduk.Sayu. 
 
“Uhuk uhuk..” 
 
Terdengar bunyi batuk datang dari sekujur tubuh bersalut putih itu. Seperti dia tersedak. Kedua orang lelaki yang sedang memegangnya tergamam dan berpandangan sesama sendiri. Dena terperanjat.Bulat matanya memandang. Salahkah apa yang aku dengar? Kata hatinya. Dia terus memandang tubuh tersebut. Kedua lelaki tadi meletakkan tubuh itu keatas tanah dan membuka kain putih yang membalutnya. Dena memandang dengan hairan. Abang? Sebaik sahaja kain dibuka kelihatan suami Dena, khir sibuk melayan batuknya.Selesai sahaja batuk, dia memandang kearah dua orang lelaki yang sedang tergamam dan Dena. Dena menjerit gembira.Abaaanggg!!! hidup lagi abang rupanya.Alhamdulillah.. Suami Dena, Khir tidak terkata apa-apa. Dia Cuma berdiam diri memandang keriangan diwajah Dena. Kedua orang tadi tersenyum dan memapah khir ke rumah. Khir telah dibawa ke hospital dan disahkan sihat. Doktor yang memeriksanya sebelum ini hairan. Dia Cuma berkata ‘keajaiban Tuhan..’ dan tersenyum.Dena tersenyum gembira. Tetapi,ada satu perkara yang merunsingkan Dena. 
 
Khir memandangnya dengan kosong.Khir begitu mesra dengan ahli keluarganya, adik dan kakaknya. Tapi bukan dia. Bukan Dena. Sentuh dan peluk jauh sekali. Bercakap pun tidak. Khir tidak mengenalinya ! Khir seolah hidup semula , dizaman dimana dia dan Dena belum berjumpa. Belum diketemukan. Dia seolah hidup dizaman bujang.Segalanya sendiri. Dena terdiam. Mendiamkan diri dan berfikir. Adakah ini balasan untuk dosanya? Hatinya merenung sendirian mengenangkan hidupnya. Dia memandang khir dengan kasih sayang. Dia sanggup tinggal bersama keluarga khir. Memasak, mengemas, dan buat segalanya asalkan dapat bersama suaminya. Sedangkan khir buat tak endah dan mengenali Dena sebagai orang luar yang menumpang bersama keluarganya. Tidak pernah dia terfikir yang itu adalah isterinya yang dikahwininya tiga tahun dahulu.  
 
Setiap kali memandang keletah khir, Dena tersenyum. Mengenangkan hari hari mereka bersama. Shopping bersama dan segalanya bersama. Khir seorang yang periang.Dia berjaya menghiburkan Dena dengan gelagatnya. Masam-masam manis. Diakhir cerita kenangan itu tiba tiba ada air mata yang bergenang dikelopak mata Dena. Ah! Kenangan. Suka sangat buat orang sedih. Bisik hatinya cuba juga untuk tersenyum. Tapi malang, senyumannya penuh dengan air mata.  
 
Dena cuba bercakap dengan khir. Tetapi, sepatah ditanya, sepatah dijawab. Selalunya khir akan keluar selepas menjawab pertanyaannya. Dena berfikir. Jika dia cuba menawan hati khir semula bagaimana. Mungkin khir dan dia akan bercinta kali kedua, dan ketika itu nanti Dena akan menceritakan segalanya. Dena tersenyum sendiri. Bagus juga idea ni, katanya. 
 
Langkah pertama Dena, memberi email pada khir, dengan kata-katanya yang pernah menambat hati khir dahulu. Cuma suasana sahaja yang lain. 
 
Khir terfikir untuk membuka email yang telah lama ditinggalkannya sejak dia kembali bekerja. Satu email yang begitu menarik sekali diantara yang lainnya.  
 
“Hati ini dah tak setenang dahulu 
Kehidupan kini sudah bertukar  
Sering kenangan menggamit hati 
Tapi entah bagaimana untuk memulakan 
Kisah hatiku tak pernah padam menyayangi 
Walaupun senyuman dibalas duka.” 
 
-Dena- 
 
Khir tersenyum. Seharian dia tersenyum mengenangkan bait email tersebut. ‘cantik..’ kata hatinya. Tiba dirumah hatinya mencari cari dimanakah dia.Dia si penulis itu.Dena. Dia resah diruang tamu menunggu kedatangan Dena. Selalunya cepat jer dia datang bagi air bila aku balik, hari ni lambat la pulak, kata hatinya. Mundar mandir dia di situ. Sedang mundar mandir itu dia ternampak kelibat Dena di dapur. Dia terhenti dan memandang. Sedang sibuk kehulu kehilir Dena juga ternampak kelibat khir di ruang tamu sedang tercegat memandangnya. Dia terhenti dan juga memandang khir. Alamak ! terlupa nak buat air ! kata hatinya resah. Dalam diam dia terfikir, khir sudah baca ke belum agaknya email yang dihantarnya. Dalam memandang dia berteka teki. Dengan tidak disangka-sangka khir tersenyum padanya. Senyuman dari kekasih yang ditunggu-tunggunya selama ini. Kedua hati berbunga riang. Dena membalas senyuman.Cepat cepat dia membawa air untuk minuman khir. Dalam hatinya tertunggu tunggu kata-kata dari khir.  
 
Dena membawa air keruang tamu, tempat khir duduk tersenyum memandangnya. Lantas baru sahaja Dena mahu membuka mulut menjemputnya minum, khir berkata : 
 
“Cantik” 
 
Dena tersenyum memahami. Khir menambah lagi: 
 
“Saya suka..” 
 
Dena tersenyum lagi. Dalam hatinya berkata “Aku tau kau memang suka. Sebab tu aku tulis macamtu..” hatinya tergelak kecil sendiri. Berjaya..berjaya.. 
 
Sejak dari itu khir suka ingin berbual bual dengan Dena. Dan sering juga ingin keluar bersama Dena. Adik khir, mera rupanya tidak menyenangi situasi ini. Sebenarnya dia dan sekeluarga cuba sedaya upaya agar khir tidak kembali pada Dena, sebab itu kisah perkahwinannya tidak disuarakan langsung. Dena tidak menyedari hal ini. Dia sentiasa bersangka baik.  
 
Dena dan khir bercinta kali kedua. Sesekali Dena menyelitkan perangai khir yang telah diketahuinya sejak dulu dalam perbualan mereka. Khir semakin terfikir. Adakah benar aku? Suaminya?

last modified Jul 14, 2004 at 22:46



[ add a comment ]

temp! hehe..memang panjang..tapi aku bukan minat sgt baca novel ni..

113638 | posted by akubudakkecik on July 18, 2004 at 20:35

kompleksnya mimpi... panjang pulak tu. kau suka baca novel ke?

113457 | posted by temp2escape on July 16, 2004 at 6:27

hs:heheh...tula..leh wat filem..

saorangorang:satu-satunya yang cuba menafsirkan mimpi abk.mmmm......mungkin ya, mungkin tidak.sebab kadang-kadang apa yg tersirat jauh dihujung hati kita tak perasan atau tak tahu pun ia wujud. TQ ye..!

113389 | posted by akubudakkecik on July 15, 2004 at 21:24

emm...firasat saya ni...

abk masih rasa tak senang sebab peristiwa yg baru berlaku. dan perasaan macam tak disenangi kaum keluarga suami.

tapi tu semua perasaan aje kot...dan..ini cuma tafsir mimpi... mainan tidur tu..

113270 | posted by saorangorang on July 15, 2004 at 2:03

hehehe...dasyatnya mimpi abk ...macam drama

113263 | posted by hanyasayang on July 15, 2004 at 1:16

alaa...nape tak paham???

113242 | posted by akubudakkecik on July 14, 2004 at 23:14

akak, tak paham ler criter nie...

113240 | posted by adiema on July 14, 2004 at 22:57