~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

Selalu aku terfikir 
adakah perlu aku disini 
atau adakah hanya penumpang setia 
mencari dimana arah tuju 
sebuah organisasi yang sepatutnya maju 
dengan keikhlasan dan rasa menghargai 
 
Aku bukan ingin disanjung 
cukuplah kalau memandang aku dengan dua mata 
tapi apa yang ku dapat 
sebelah mata pun belum tentu.. 
 
"berapa lama kah lagi.. 
terpaksa aku menanti.. 
sehingga teguh nya pendirian dihati.... 
 
bukan hanya kepentingan 
malahan keegoan telah kukorbankan 
berlimpahan kasih sayang 
aku curahkan utk mu seorang 
 
andainya semua itu 
tak memadai bagimu 
apa sebenarnya yang kau mahu  
ku tak tahu 
 
kau hilang bila ku tiba 
kau datang bila ku kecewa 
terasa diri dipersenda 
dimana berakhirnya nanti 
permainan sandiwara mu ini 
sesungguhnya aku tak mengerti.. 
 
jika benar cinta itu buta..butakah mataku 
berkali terluka masih juga ku menunggu 
apa yang ku inginkan 
cuma kejujuran dalam perhubungan 
 
jika itu tiada apalah ertinya 
penantian ini hanya sia sia... 

---lagu ni khas utk company aku... 
aku sayang company ni..semuanya melayu..environment yang bagus..tapi kenapa melayu tetap melayu..kenapa suka menekan orang macam aku..kenapa tak menghargai langsung kehadiran aku..terasa seperti ingin disingkirkan..salah aku cuma aku tak membuka mata diorang memandang siapa aku..aku tak pandai nak bodek..aku tak pandai nak kata itu ini..comment itu ini.. 
 
ini lah cara melayu bekerja..orang yang lebih pandai bercakap dan mempopularkan diri sendiri dianggap hebat walaupun dia sebenarnya tak ade ape yang nak dibanggakan...orang macam aku, dianggap macam malukut ditepi gantang walaupun aku sayangkan company aku.....(huuhh..berat sungguh keluhan ini....)

last modified Aug 12, 2004 at 22:03



[ add a comment ]