~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

release skek

minit meeting aku dah siapkan dan ade orang tengah kelam kabut buat action.bos aku ler tuh.!heh heh.dia sepatutnya kena siapkan testplan by today.Tapi dia tak siapkan lagi. Aku tersenyum lebar jer tengok dia stay tadi sebab nak kena siapkan menda tuh. Sekali tengok, macam kenal jer template yg dia guna tuh. Rerupanya testplan yang aku wat ari tu dia amek sebagai reference. :D 
 
la ni dengar berita dah merebak lak penyakit kuku dan mulut kat kelantan. Kelantan pun sibuk dengan virus nipah - selsema burung. Sian kelantan.Semoga semuanya terkawal. 
 
tadi masa korek korek pc aku jumpa lagi satu nukilan rasa aku sendiri. Tentang hidup jugak.Tentang pelayaran hidup. Membacanya buat aku teringat kat seorang kawan. Dia sahabat yang baik.Housemate aku dulu. Dia banyak mengajar aku keyakinan diri dan percaya dengan diri sendiri. Disebalik kebaikannya tu, ada juga yang aku tak senang dengan dia. Dia suka pentingkan diri sendiri. Apa pun, sebab dia memang baik secara dasarnya, jadi aku categori kan dia seorang yang baik. So siapa yang tak baik?  
 
Aku. Sebab aku musnahkan kepercayaan seorang sahabat. Dan disebab itulah juga aku lebih suka menjauhkan diri dari kawan aku tu. Aku tak mahu lagi dia percaya pada aku.Sebab aku bukan orang yang boleh dipercayai. 
 
Bercerita tentang kepercayaan, aku terfikir. Agaknya aku ni memang jenis suka nak memusnahkan kepercayaan orang. Dulu pernah ade seorang sahabat ni, memang sungguh baik dengan aku.Zaman sekolah menengah. Dia memang baik. So siapa yang tak baik?? 
 
Aku lagi.Aku buat dia kecewa dengan sikap aku. Seorang opismate aku pun dah aku kuburkan kepercayaan dia pada aku. Kenapa?? aku bocorkan rahsia dia pada suami aku. Kadang kadang tu aku tension. Apa yang perlu aku buat? antara kawan dan suami. Aku pilih suami. Biarlah aku kehilangan kepercayaan seorang kawan..Arrgghhh !! sedih mengingat cerita lama. Biarkan lah ia berlalu. Kerana ia telah pun berlaku. Apa pun, sebenarnya aku tak pernah ambik iktibar dari sikap-sikap aku tu. Sebab yang paling utamanya pada aku, ketika aku bertindak sedemikian (mengecewakan rakan), aku bertindak mengikut akal fikiran aku diwaktu itu. Walaupun sekarang aku selalu terfikir kenapa aku buat camtu kat seorang sahabat, tapi aku sentiasa maafkan diri sendiri sebab pada aku, kesilapan sebenarnya adalah diiktiraf satu 'kesilapan' oleh fikiran sekarang.Tapi pada ketika kejadian itu berlaku, fikiran tidak mengiktirafnya sebagai kesilapan, sebaliknya keadaan membuatkan fikiran mengatakan ia adalah wajar. Ini kerana fikiran bertambah matang sejajar dengan usia. So ini bermakna aku kata ketika itu aku tak matang berfikir?? 
 
Ya. Itu maksud aku sebenarnya. Dan sehingga kini aku tak iktiraf lagi diri aku dah sepenuhnya matang walaupun aku dah lewat 20 an. Tapi sekurang-kurangnya ia lebih matang dari dulu kerana ia mampu mengatakan apa yang berlaku dulu adalah satu 'kesilapan'. 
Aku sharekan apa yang aku pernah tulis dulu tentang hidup.. 
 

last modified Sep 15, 2004 at 7:17



[ add a comment ]