|
Hungary part 4
Sebenarnya memula sampai tu memang excited. Sumer tempat pun rasa nak pegi. Setiap hari kitorang keluar lepas abg training kul 5 ptg. Subuh sini kul 4.50 sampai 6.30. Zuhur kul 11.30, Asar 1.30, Maghrib 3.51, Isyak 5.30. Waktu siang yang pendek. Kul 4 dah malam. So, waktu jalan tak byk kedai bukak. Derang tutup kul3-4 ptg. Kalo pasaraya besar jer sampai kul 9 mlm. Hari isnin pertama kitorang jalan sampai tak larat nak jalan. Pegi ke centrum - dataran. Ada satu gereja besar kat situ. Diorang kata selalu tourist memang gi tempat ni. Byk gambar-gambar kat sekitar ni jer. Ada beberapa bijik monumen. Tapi kebanyakan monumen dia buat aku tertanya tanya apakah motif gambar ni di jadikan tugu. Ada gambar perempuan dan lelaki pegang anak sambil melambai. Sekalik pandang aku dah heran. Apa yang dia nak tunjuk kat tugu tu? Seorang perempuan yg mempunyai sejarah nya sendiri ingin meninggal kan hungary? atau seorang perempuan yg melambai-lambai kapal terbang sambil diperhati oleh suaminya yang bangga sebab dapat tengok kapal terbang? erkksss? atau pun nak menunjukkan kat semuarang yang diorang ada sorang anak yang baru lahir?? mmm..apa pun aku tak pernah tanya kat hungarian people. semuarang membuat andaian masing-masing. Ada satu lagi tugu yang pelik. Seorang pemuda tengah duduk diatas bangku batu kat tepi bangunan. Aku suarakan kat abg, kenapa menda ni pun nak buat tugu? abg pun angkat bahu, tak faham. Abg kata dia nak tunjuk kot ni adalah profesor diorang..keh keh keh..aku nk tegelak..sekalik tu, ada sekali kitorang lalu situ, tugu tu dah pakai topi. Aku pandang. Abang pun pandang. Pastu kitorang tergelak.hai..diorang ni kesian kot tugu tu sejuk..kueh kueh kueh....Pastu tetiba abg tertanya.Eh, topi tu topi betul ke..? aku cakap la, topi betul kot, sebab jauh beza sgt. Topi tu warna dia coklat dan kuning, siap nampak lagi bulu2 kat topi tu beralun ikut angin. tugu tu memang gelap warna itam.memang sah lain! Ada one day abg pegi training, aku keluar,abg kata jgn pegi jejauh, tapi aku suda pegi ke tempat tourist guide, ade la dlm lebih 500 meter dari hotel. Sib baik mamat dlm kedai (kedai ke pon..?) tu tau cakap english. So aku tanya la mane tempat yang dia suggest best pegi. So dia pun cakap la, ada satu tempat ni ada air sungai, menarik, tapi 2 jam perjalanan naik train. Satu tempat lagi ada mountain cantik, 7 jam naik train. Pegi ibukota dia budapest tu 3 jam. Aku excited la sebab nanti ujung minggu leh ajak abg pegi. Pastu aku tanya lagi, cemane nak buat international call kat sini guna public phone? dia soh beli barangolo - phone card.Pastu dia tanya aku nak call mane? Aku cakapla dari Malaysia..waaaa! dia cam impressed...from malaysia?? dia cakap. Aku senyum jer..(cam bangga skek..heh heh..) Sekalik tengah sesembang ngan mamat tu,aku terdengar cam suara yang dikenali kat belakang aku..cam orang malaysia..almaklumla english lidah ibunda mana tak kenal..tapi aku buat bodo jer..tak paling pun.Lepas sembang ngan mamat tu, aku pun nak kuar.Laa....bebudak ni rupanya. din ngan shahrol.weh! kata gi training? diorang cakap rerupanya trainer tu mencarik laptop 4 bijik utk diorang. So, hold kejap sampai kol 10.30. Diorang cakap husb aku mencarik aku nak mintak kunci hotel, nak amek laptop. Erkkkssss...! Aku pun cecepat keluar. Aku biasala bila dah nak cepat tu memang lajuuu jer..tak pandang kiri kanan. Sekalik depan pintu tu elok aku dongak nampak abg depan mata..errrrrrrrr....errrrrrr........tergamam sekejap.takut kena marah. Eh! abang! (control). Asal tak training?(sesaje tanya padahal dah tau). Pastu abg pun citer la penat dia mencarik kehulu kehilir. Masa tengah carik kat Debrecen Plaza tu ada org putih tu asik mengekor dia, sebab dia dok lajuu jer jalan sambil pandang kiri pandang kanan. Agaknya org tu ingat dia nak mencurik kot. Buat sakit ati jer abg cakap. Pastu aku pun mintak sorry la. Sebab jalan jauh.Heh heh..abg ok jer tak marah pun. Cumanya dia nak cepat balik hotel amek laptop jerk.Fuh! memang selamat. Pastu aku citer la cemane nak beli barangolo tu. Pastu kitorang pun cecepat gi kat kaunter booth yang memang ade 2-3 ketul kat situ - tempat jual barangolo. Beli harga 5000 forint. Itu jer yang ada. Sama dengan RM 100. Tapi kitorang belasah beli jerk la. Dok pk mungkin mahal kot tepon international dari sini. Lepas beli tu, bawak kad tu kat tepon.Tak de tempat insert kad pun.Siap kena scratch lagik.Cam kad reload. So confuse. Cemane ni?. Aku patah balik tanya org kaunter tu cemane nak guna. Sekalik alamak! dia bantai cakap hungary!! mane aku faham? dia ni tak tahu ke aku tourist ? erkksss..memang hampeh la diorang ni. Aku pun dah tak faham tu terus panggil abg. Org tu cakap sambil tunjuk2. Sesambil tu aku bantai cakap melayu kat dia. Hah! amek ko! sorang cakap hungary sorang cakap melayu..nak sangat cakap bahasa sendirik.Aleh-aleh ternampak tulisan english kat kad tu, so, terus jer kitorang faham.heh heh..sebenarnya tadi tak perasan ade tulisan tuh. Kalo tau, tak yah sesusah tanya. Pastu dapat la tepon mak bapak, kata dah sampai. Rerupa nya tepon international ni, dia lagging ek? kita cakap pada minit pertama, minit kedua baru org sana dapat dengar. so terpaksa tunggu diorang dengar baru boleh cakap yg seterusnya...
last modified Dec 13, 2004 at 3:48
|