|
mood tengah rajin
hari jumaat lepas aku cuti sampai semalam.lama giler kan?..memula cuti rehat kat rumah tu rasa seronok.sebab bawak adik-adik datang rumah. sorang tu adik aku kat hkl, sorang lagi adik ipar kat gombak, kolej islam antarabangsa. adik aku pompuan, adik ipar aku lelaki.nama dia ani dan akim.akim nak kena pakai blazer minggu depan. ada satu subject ni business comm katanya.semua appearance diamek kira.alahaaii..aku dah cakap dah ngan ani, soh akim cakap kat cikgu dia " cikgu, saya miskin.mana ade duit nak beli blazer.kakak abang saya pun sumer miskin-miskin belaka.." ani tergelak2 cam nak pengsan. so, takde orang yang ade blazer. pikir2, beli ajerlah blazer satu kat dia. so, petang sabtu tu pegi alamanda. sebelum ke alamanda pegi ikea dulu. kitorang sebenarnya nak beli tilam.tilam yang ada sekrang keras.sakit belakang.pehtu lepas tetengok catalog ikea, rupanya dia guna foam mattress letak atas spring mattress.so, utk mengelakkan dari beli barang ikea yang mahal, kitorang pun carik foam mattress kat kedai2 bese hari jumaat tu. sebelum ni, bebudak opis ada cakap tilam spring king koil bagus.so, pegi la menjelajah seluruh kawasan carik kedai perabot. ada satu kedai ni dia promote sweet dream.foam and spring mattress.lama jugak kat kedai ni. pehtu lelama tu, ingat nak carik jugak king koil. pastu kalo boleh nak yang boleh test test. kalo tak test tak tahu sesuai ke idak ngan badan kita. orang kata best, tapi mungkin badan kita tak sesuai..pastu jumpa pulak ade satu kedai perabot ni.besar la.memang boleh test2 tilam.waarrghh! ape lagi..memang aim kat kingkoil laaa.. pastu pegi la ke setiap tilam tu.kingkoil thousand over.slumberland, vono pun begitu juga.lepas aku try sumer, aku rasa sumer pun keras.aleh2 abang tanya, foam mattress ade tak? takde kot.mm..aku rasa keciwa..not the money that matters, but the comfort..(mm..ape aku cakap nih)..pastu si cina jurujual tu asikklaaa kata tilam ni bagus tilam tu bagus..sumer pun bagus..takde yg tak bagus..cemane jual nih? of course org nak jual mesti kata sumer product dia bagus.ingat pembeli bodo kaa.. pehtu balik rumah duduk diam diam.tu yang terpk nak beli foam mattress saje.pegi balik kedai yang mula2 tadi.nak beli foam matt tu.tapi amoi tu suda sombong pulak.ek eleeee..ko nak jual ke idaK? sesombong laks....memula tu aku buat muka baik la..nak beli barang la kaann..bila dia dah sombong tu, aku pun sombong laaa ape lagi..hek eleee...macam besar sangat,tu baru sales girl tu.. tapi, beli jugakla foam matt tu.tido satu malam dgn foam matt dah sakit leher, sakit pinggang..sakit tangan..bayangkan.aku bangun solat subuh pun pinggang aku sakit.errkkss..RM 250 inggit tuh..mm..then, abang pun mengakui. memang tak selesa.hari tu jugak pegi ikea..ramai sangat orang!..ade ape-ape ke ari ni?errkkss..sale??...sampai nak parking pun tadak tempat.abang dah tensen2 dah.selalu kosooong jeer..aku tunggu kat surau dgn bebudak tu.pehtu lepas abg sampai, terus menuju kat bahagian bedroom. ramaiiiii...! beli mattress pad shj dah 699. Bayangkan! mahal tau! ..tapi itulah price yg kena bayar utk keselesaan.. total up sumer thousand over.tapi tak kesahla..janji leh tido dgn best.. lepas tu singgah kedai mamak.adik2 sumer dah lapar.termasukla aku.tapi kedai mamak tu lambaaatt gilerrr..roti kosong pun dekat 15 minit tunggu..kedai mamak lain sekejap jerk.tak sampai seminit dah sampai.aku makan sup ayam.pesan lagi roti sardin.last2 roti sardin tu sesapa yang terasa lapar lagi yang makan.abang la tu.selalu makan banyak..:D pehtu pegi beli blazer akim kat alamanda.ramai giler kat alamanda.apesalla sumer tempat ramai nih!..tapi dapat jugak la parking.memula tu nampak blazer kat carefour.RM250! errkksss..takde brand lak tu.pehtu dok pk2, dari bayo mahal camtu utk takde brand, baik gi carik yang ade brand.pastu merayau la kitorang gi carik kedai jual kot.ada valentino, RM400++. Erkkss mahalnya..ada satu kedai lagi ape ntah nama dia RM 1k over..errkkkssssss!!..pehtu dah tak tahu dah nak carik mane lagi,sumer pun mahal..mm..aleh aleh ternampak kedai reject shop.ingat nak try masuk situ.maybe ade.tapi abg kata mahal jugak situ.takperlah..last kedai, pasni takde jugak, terpaksa beli yang RM250 kat carefour tu. sekalik masuk, ade ternampak blazer sebelah kanan.limited sgt.ade beberapa ketul jer.mujur ade saiz utk akim.perut dah le muncit akim tu.kena beli yg besar skek.perasan nak pakai yg kecik.seratus lebih.okelaaa.......so, pastu sumerang sukahati.dah boleh balik..sebelum tu pegi sopin brg2 makanan kat carefour dulu. mmmmmmmmm... bila antar diorang balik ke asrama, kitorang pun boring balik..sampai la semalam.semalam aku lagi la boring.abg tengok van halsing, aku tak suka citer tu.aleh2 aku tidooo jer..
last modified Jan 4, 2005 at 20:05
|