|
Komen tentang Annular Solar Eclipse of 2005
Aku pasti ramai antara kita yang dapat email tentang ni yang mengatakan pada tahun ini -2005 bulan ramadhan, akan terjadi beberapa peristiwa, dan dikehendaki kita menyimpan makanan keperluan untuk setahun. Aku ada dapat satu komen tentang email tu dan aku rasa nak share bersama.Wallahua'alam ---------------------------------------------------------- Komen Somebody forward dis reply to me regarding the above matter: Imam Jaafar bin Shodiq itu Imam Syiah. tidak boleh mengambil pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah mengkafirkan para shahabat khalifah Rasulullah yang diiktiraf dalam al-Quran. sudah banyak kali sebenarnya gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan dalam sejarah Islam. dengan itu, ramai orang2 yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana tersebut dengan kedatangan hari Qiamat. terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi. Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311 Hijrah kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan. Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya selama 47 tahun sebelum menyerahkan takhta kepada anaknya. Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam Mahdi. Pergerakan beliau masih wujud, tetapi sudah berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini, mereka tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim. Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah), Hussain Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi untuk semua agama dan seorang nabi. Pengikutnya tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim. Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani mendakwa dirinya Imam Mahdi. Beliau memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan British di Sudan. Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Pengikutnya dikenali Qadiani. BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA GERHANA ITU ADALAH TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN DENGAN HADITH PALSU @ HADITH SYIAH... Apa yang berlaku pada masa depan adalah tertakluk kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan bahawa kita tidak berhak untuk menetapkan atau meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. kerana ia terletak pada iradah Allah. PS: CARILAH ILMU ISLAM BERDASARKAN SUMBER SAHIH DAN MUKTABAR. JANGAN PAKAI FORWARD JE APA-APA YANG ADA DALAM INTERNET. RAMAI MUSUH ISLAM SEDANG BEKERJA MENGELIRUKAN KITA --------------------------------------------------------
last modified Jan 30, 2005 at 21:03
heh heh..
betul, betul
|