|
Back after a long break
Alhamdulillah, hari ni semakin ok.Baby dah 11 minggu 3 hari. Hopefully dia semakin sihat. Aku dah boleh pergi opis ( setelah minggu lepas 4 hari cuti dan hanya 1 hari gi opis). Hari ni bangun tak muntah.Cuma kena cecepat makan, kalo tak, memang rasa nak muntah sebab angin tolak. Hari ni antar kereta gi bengkel sebab semalam masa kat parking Alamanda, ada bau tebakar kat engine. Abang la antar. Pegi opis bawak kete 40km/j. Slow giler.tapi aku suka sebabnya tak laju dan bole makan angin walaupun dah lambat. Sejak dua menjak ni cuaca panas sangat.Memalam pun berpeluh.Tak selesa sangat tido. Tido bawah kipas kat depan rumah pun panas lagi. Last-last kitorang decide nak letak aircond dalam bilik. Tadi lepas gi servis kete, abang telefon, kata dah beli aircond, pasang petang nanti, kul 5.30. Harga aircond + pasang = RM875, mahal jugak. Brand Pensonic. Apa pun, aircond memang la mahal. Nak yang best harga beribu ribu. Takpelah, janji ade. Hopefully malam nanti dah boleh tido dgn selesa. Semalam pegi MPH kat One Utama. Besar MPH situ. Buku engineering banyak jugak. Masuk-masuk terus tuju bhgian programming, networking & engineering. Beli 3 bijik buku, Adaptive Filter Theory – buku berkenaan dgn thesis aku, Neural Network – bekenaan dgn thesis abang, dan Code Optimization – programming book. Aku sekarang tengah baca buku Adaptive Filter tu. Beli semua-semua harga RM295, dapat free membership MPH. Abang memang aim nak sampai dapat membership free.kalau tak, kena bayar RM20. Aku telefon Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk buat appointment dgn Dr. Gynae, nak check pasal apa aku selalu rasa sakit masa tengah pregnant. Hari tu dah pegi Azzahrah, Cuma nya nak dapat second opinion kat SJMC ni. Buat appointment dgn Dr. Siti. Besok pagi. Maknanya aku kena bangun awal esok. Sepatutnya bukan esok sahaja, hari hari, tapi apesal ntah, aku ni malas..selalu datang opis kul 10 pagi. Rasa tak bertanggungjawab pun ade. Tapi MALAS tu mengatasi segalanya.tak tahu bila nak dapat motivasi. Tadi makan tengahari ok. Dah ada selera nak makan. Rasa bersyukur sgt. Pastu makan ubat vitamin. Opis mate belanja limau mandarin. Makan lagi. Abang cuti hari ni.Nak antar kete dan pasang aircond. Aku sorang gi opis. Aku ada meeting ngan sv rabu ni. Tak tahu nak cakap ape kat dia. Hopefully ade hasil bacaan aku ari ni.
last modified Feb 21, 2005 at 1:11
|