~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

akubudakkecik's weblog

A story about a life..

last modified Mar 3, 2004 at 4:23


Saturday, October 23, 2004

FINAL EXAM (sunday-24/10/04)

aku final exam ari nih.tapi sempat lagik bloggings..hehee..wish me luck ok..ni ade satu lagu untuk kengkawan yg tengah merajuk..:D

Pergilah jauh..
Andai itu yang kau mahu
Tidak ku halang jika benar pilihanmu...
Tak guna dirajuk di benak perasaan
Kelak padahnya menyiksakan...

Tidak kan teguh pertalian yang dibina
Andai jiwamu masih lagi nun di sana
Tak putus mengenang pada dia yang hilang
Di mana tempat mu sebenar...

Aku sedar kewujudan ku padamu
Tiada lebih dari itu...
Hanya sekadar menampal ruang luka..
Di saat dikau tak punya siapa...

Kini masa terbukti
Kejujuran di hati
Pergi jangan dipandang
Mungkin di sana kau temu jalannya...

125635 | posted by akubudakkecik at 21:14 | 3 comments

Monday, October 18, 2004

PC baru

ari ni aku dapat pc baru.semalam lagi dah dapat sbenarnye, cuma aku tak pasang lagik.ari ni baru pasang. tadi backup file seme-seme.pehtu abang meh tolong pasangkan.bukan aku tak reti.tapi, abang dia rajin nak tolong.so, rehat la aku.hehee..

aku teruja skek ah dapat pc baru nih.sebelum ni guna pc lama tu, lembaapp sangat.sekarang ni dapat hd 240Gb, ha mak ko. rasa cam besarrrnyeee...banyak space. dulu 20Gb jer.selalu hang.tensen. flat panel dan processor 3GHz. Hopefully lepas nih dah tak dela aku tertido tido tunggu pc on. Heheheee..alhamdulillah...:D

hari-hari posa ni kengkawan cemane? aku as usual setiap hari bangun kul 4, masak dan makan dgn husb aku. Masak sesempoi jer. bukan susah pon..goreng bodo bodo jer.nak cepat ler katakan.tapi bestla rasa dah kawen ni.takde la makan sahur nasik sejuk.semua pun fresshhh..dulu aku siap bungkus makanan dinner simpan utk sahur.selalu lauk ngan nasik asing la. nanti basi lak nasik tuh. apa pun tu citer lama. tahun lepas first time posa status isteri, setiap hari selama sebulan ramadhan tu bangun sahur walaupun ade waktu yg tak leh posa. apepun, seronok.sebab waktu bulan posa la nak latih diri mangun pagi, sabarrrr, dan istighfar bebanyak..

dan jugak..

buat amalan...setelah sekian lama - tak de la lama nau tapi susah jugak la nak mendapati aku baca quran kat rumah ni- aku latih diri balik baca quran yang dah lama tinggal.berabuk dah quran tu.mmm..setiap kali masuk ramadhan, musti aku berazam nak buat amal bebanyak.tapi dalam 3-4 tahun yg lepas selalu jer tak kesampaian. Harapan aku semoga tahun ni amalan aku lebih baik dari dulu...semoga semuanya dalam keberkatan Allah..InsyaAllah..

mm..tau tak satu perkara.akukan sebenarnya bila lepas solat tu, aku maluu sangat nak angkat tangan berdoa. bila dah angkat tangan tu, rasa berat jer mulut nak mintak sesuatu dari Tuhan.rasa malu yang amat sangat.maluuu sangat kat Tuhan. Aku ni dosa menimbun nimbun.selalu tak sedar diri..tambah jugak dosa. Pehtu ade hati nak mintak apa - apa dari Allah. Cemanepun, dimulut aku tetap berdoa seperti biasa..dengan harapan Allah pandang aku dan tak ignore aku..dengan rasa terlalu malu, aku selalu berkata-kata dalam hati..

"Ya Allah, hendak meminta padaMu aku teramat malu.Aku harapkan Engkau dengarlah setiap bisikan hatiku..setiap detik dan setiap saat.."

125031 | posted by akubudakkecik at 23:36 | 3 comments

Peringatan untuk wanita

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Aidilfitri, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka. Seorang wanita lalu bangun bertanya, ' Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur? 'Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh membawa kamu ke dalam neraka:-
Kamu banyak mengutuk/menyumpah
Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
Banyak beristighfar
Banyak bersedekah.

Keterangan

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,"Pemandu bas ini dah mampus agaknya."

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf. Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (terjemahan terus dari bahasa Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?" Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata," Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya. Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya
ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedeqah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api
neraka seperti yang disebutkan tadi. Wa iya zubillah.

Fadhilat beristighfar

Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita

Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-
-kesihatan
-umur
-kasih sayang
-anak-anak.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-

Tuturkata/ percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".
Memberi salam
Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi; Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang bolehmenjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Wallahu a`lam

124902 | posted by akubudakkecik at 1:58 | 0 comments

Thursday, October 14, 2004

"aduhh penat!" - 14/10/03

ari ni aku present lagik.kena komen ngan dr. punya wife. kena tengok detail pasal computation yg org buat kat lit.review.ades! penat!..24/10 ni ade exam lak. pehtu rehat skek.

okes. ek.selamat berpuasa utk sumer.sib baik aku leh solat dah ari nih.kalo tak musti kena ganti banyak.mmm...

124427 | posted by akubudakkecik at 2:54 | 3 comments

Wednesday, October 13, 2004

baru lega skek..

beberapa minggu ni aku sibuk skek..kena siapkan research proposal dan present. baru lepas present tadik.rasa lega skek.tengah menghitung hari untuk final lak.komen dr. kat aku - tak cukup lagi. kena detail lagi..alamak..nenanti dulu lah yg tuh.aku dah tak larat dah ni.bertimpa timpa datang.dengan keje opis nye lagik.dah ler journal tak buat buat lagik nih.cemane ntahnyer! kantoi la KPI aku tahun nih..mmm...sian aku..

tapi tak per..aku tetap berusaha..abg dah janji nak sopin kat ikea hujung minggu ni kalo aku siapkan keje..ki ki ki..! (gelak cam kucing skek..) so aku rasa semangat skek..hahahaa..musti korang kata napelah aku ni..dapat gi ikea pon semangat....aku semangat sebab susahhhhh sgt nak ajak abg gi sopin.selalu aku kena sopin sensorang atau tak sopin langsung!ingatkan lepas kawen dah tak yah sopin sensorang.mmm....paling tinggi tempat sopin aku ialah pasaraya kat tepi tepi jalan tuh ngan pasar borong ..mmm..nak gi jejauh takleh..

so, bila abang janji camtu, aku pun happylaaaa!!! ..lamaaa tak sopin ngan abang...hehe hehee... (gelak sukaa..)

124278 | posted by akubudakkecik at 4:20 | 0 comments

Thursday, October 7, 2004

kuch kuch hota hai..

Terasa keyakinan semakin pudar
Terasa hidup di zaman silam
Terasa ingin kembali menyepi
Seperti yang dulu

Cuba untuk menghiburkan diri
Cuba untuk menguatkan hati
Tapi semangat kian pudar
Puas menilai diri
Entah dimana kekuatan
Yang tinggal kelemahan

Pernah dulu terfikir
Akan melalui kehidupan begini
Tapi kedegilan mengatasi
Dan kini keyakinan yang luntur itu
Sering memakan diri..
-------------------

cuba tengok ni.menarik.click here

123552 | posted by akubudakkecik at 21:51 | 2 comments

aku dah recover..

tadi aku bising bising kat abang.so dia jadik tukang dengar.apa pun thanks to him sebab jadik pendengar setia celoteh aku. thanks to you all yang baca jugak..:D

aku dah lega...mmm...

123465 | posted by akubudakkecik at 6:28 | 0 comments

"dengarlah bisikann hatiii..."

dengarlah..aku tengah tensen ni..rasa nak nangis jer..
minggu ni whole week aku gi training.kecuali hari ni.training ni best.lecturer dia best.semua pun best. aku try my best to be the best participant.aku bagi tau la kat trainer tu aku bhgian compression.but what surprise me was that dia ade tanya macam-macam jugak pasal compression.the details.so, aku as a beginner in this field, satu buku pun tak abeh baca, tak dapat jawab beberapa soklan.anyway,pada aku, i forgive myself sebab faktanya, memang aku beginner! what to expect from a beginner like me!..apa pun aku puas hati dengan training tu..banyak aku belajar. trainer pun excellent.dia tak kesah pun aku tak tahu.banyak-banyak soklan aku tanya dia jawab jer..

tapi wat dissappoint me is that..i have been looked as useless person..! i mean, maybe they didnt meant that, but i feel from their action. Balik-balik terus jer tanya.. "A mane?" (A ialah husb aku.dia pun bhgian compression macam aku).. tensen tau.sebab? aku memangla jeles dgn husb aku sebab dia tau banyak.tapi, aku takde la dengki kat dia dan nak burukkan nama dia..sebab yelaaa...takkan nak jatuhkan imej laki sendirik!..apa-apa pun mesti aku cakap husb aku lagi best.so, i see that everybody is looking at me as a person has nothing. No capabilities.no knowledge of any. semua depends pada laki.. Tau tak aku bengaaanngggg!!!!

why is this happen??? padahal, everybody has his own weaknesses and strength. Aku akui memang tak dapat tanding husb aku dari segi knowledge utk compression, programming vb,asp,linux,windows and some networking issues. Tapi, waktu dia blur nak buat system design,aku yang tolong managekan.startkan.design serba sikit so that he sees a clear idea on what is that.system requirement. aku design jugak.aku initiator.aku buat. so that dia ade clear idea. Testplan yang spatutnya dia buat.sapa buat? aku. follow IEEE standard. setebal over 20 pages. aku design.aku buat.nak pecah kepala 2-3 hari...

tapi, no body see this.apa-apa pun semua husb aku yang dapat nama. sedeeyyyyyy!! aku macam malukut tepi gantang. hanya husb aku jer yang tau who is really working in here, and who is just want to finish a work.mmm....kenapa org selalu fikir perempuan has low capabilities as compared to men?..kenapa ade fikiran camtu? apa aku cakap memang tak de sape nak dengar.eventhough apa yang aku cakap tu sama jer dgn apa yang trainer cakap...frust frust!...they ONLYwant to hear from people that they WANT to hear, eventhough he is totally not answering the question!..people like me? my words are just gone with the wind....sedih sangat tau sekarang ni..

123439 | posted by akubudakkecik at 3:02 | 0 comments

Friday, October 1, 2004

rasa penat

lately aku rasa penat sangat.selalu tertido kat opis.tak tahu nape.ape aku leh buat utk bagi energetic skek? please help me..:(..agaknya aku selalu tido lepas subuh tak.tapi nantukk..tetiap hari bangun lambat..rasa cam takde semangat nak gi opis.rasa nak tido.tapi last time aku tido banyak, besoknya sakit kepala pulak..aku tak kuar peluh kot.aku tak bersenam..tu yang cepat penat tu agaknya..entahlah..mmmm..sekarang ni aku cuba baca buku video compression demystified.aku kena abeskan.next week kena present lak.alahaaaiii cemane nih.dah ler tengah mood tak ok.kenapa yer dengan aku??..cemane nak bagi semangat skek? mmm.....sedeeyyyy.....aku dah tido awai dah...nape nantuk lagik...waaa....!!! :((

122728 | posted by akubudakkecik at 0:47 | 2 comments