|
akubudakkecik's weblog
A story about a life..
last modified Mar 3, 2004 at 4:23
ada sesapa nak hantar journal kat sini? click here. dan sini.
jom! beramai-ramai hantar paper sini.boleh meet..;)
tadi aku ada meeting dgn dr. adznan, sv aku.cakap banyak pasal research.ade 3 org buat presentation.2 org present subject special topic, satu present research dia.yang satu ni buat aku sakit kepala.sebab? aku tak faham.i think it is beyond my knowledge,tapi semua buat application.i was like to ask the Dr., what is the research value here..research value!..tapi semuanya tersekat kat kerongkong jer.sebab dr.suka bagi pendapat dia.aku nak cakap pun rasa cam tak sempat.tapi sempat jugak mencelah satu dua.itupun dia tengah dok cakap aku nganga mulut, pastu pandang kat dia, sajelaa..nak beritahu, aku ade menda nak cakap.then, Dr. abeskan ayat dia, baru aku bagi pendapat aku. Tapi byk yang aku tak dapat beri. walaupun banyak persoalan yang bermain dlm fikiran aku. Hampir semuanya tak dapat dikeluarkan. beku. mmm..apasal aku jadik cemni.mungkin aku tengah serius memikir.
Sebelum gi meeting aku ada buat satu analisa. Orang dari california tu ade balas email aku tentang fees yang dia charge kalo datang malaysia. Aku tergamam sebab 15 org USD25k. Bila tuko ke duit malaysia jadik 95k.Banyak tuuu..lebih dari 15 org dia caj USD895. Tuko duit malaysia 3k over.aku serius memikir.Aku compare. Bygkan kalo seminar tu buat kat malaysia semuanya menelan belanja sbyk half million! untuk 15 org sahaja. Tapi kalo pegi seminar di california is only 100k over sahaja. So, aku pun antar email kat member satu unit, beritahu aku nya suggestion iaitu baik antar beberapa org sahaja ke sana. Pastu aku tunggula reply dari sesape.Lamaaa aku tunggu.malangnya tak ada.
Elok lepas balik meeting, dapat email dari ketua unit aku, kata cam ni: "abk, it's a good initial work.I will discuss with our head of program soon.OK."
of course it's a good initial work.no body will do like me do.Anyway, aku tau dia memang tak bagi aku pegi memane,soh duduk terperap kat opis. mmm..aku pun dah tawar hati dah nak pegi memane.Semuanya kena sekat.ataupun aku yang tak pandai carik reason yang kukuh utk kesana? anyway, aku dah malas nak gi memana. baik duduk malaysia, layan master.lagipun dah terbengkalai byk nih.
Apa pun, dapatkan master, beli rumah, pegi haji.cukup.tak yah sesibuk nak gi layan o/sea. buat sakit ati jer.aku ingat nak buat paper cecanggih giler.so that leh publish kat luar negara setanding dgn researcher lain. masa tu kalo tak bagi aku pegi o/sea lagi utk bentang paper aku sendirik, aku memang letak jawatan.baik aku naikkan nama company yang bebetul appreciate aku.contoh?? baik jadi lecturer.Bebila masa pun boleh gi oversea kalo nak present paper punya pasal..ataupun attend seminar..huh!
semalam aku beli cd.satu set citer back to the future. satu sampai 3. rasa bengang la arini.taktahu nak citer cemane.ataupun cuma emosi aku yg tak stabil kot.ntahlah.ari ni asik masaaamm jer.aderrr jer menda yang menyakitkan ati aku.warggggggghhhhhhhh!!!...rasa nak lari sorang sorang..laju laju...tinggal kan keadaan sekarang..pegi ke masa yang lain.masa yang aku endak.macam citer tu.tapi..bila pk balik, ape yg aku dapat? penat..dan prasangka buruk org.yerklaaa..kalo lari tetiba dari opis ke penghujung pagar,musti pakgad kata aku gaduh ngan laki.dan org2 opis yg lalu lalang pun musti kata..isk jahatnye laki dia..sampai bini lari..arrggghhhhhhh!!!!! air muka husb kena jaga jugak..
kekadang tu rasa tensen sangat.tapi tak boleh nak buat ape.nak buat ape??tak boleh nak marah.tak boleh nak muka masam.tak boleh!!!!!!!!!!!!....tensen!...sini jer lah tempat luahan hati.mmm.... *tengah bengang*
aku kena uruskan satu seminar.ade sesapa nak hadir tak heh heh..seminar nya bekenaan dengan MPEG1,2,4, Digital Television System, Multimedia Communication, dan H264 Advanced Video Coding.hah! sape nak datang ! plannye April tahun depan.
apa pun, sebenarnya seminar ni dibuat kat california.aku nak gi sane asalnya,tapi husb aku kalo boleh dia tak bagi.bos aku pun of course tak bagik.aku rasa down.dowwnnn sesangat...tak tahu nape...sapa yg faham aku? takde sape..takde sape...aku nak pegi...nak pegi...walaupun aku tau susah hidup sana, makan susah, kulit menggelupas, cam pengalaman kat hungary, tapi, aku nak pegi!...
mmm..aku rasa emosi aku tak stabil..
kalaulah aku boleh mengubah waktu, akan aku putarkan ia ke zaman 8 tahun yang lepas.dan mengubah keadaan disitu.mengubah suasana.mengubah cara hidup.
tetapi perkara yg ingin terjadi telah pun terjadi.terpulanglah pada aku untuk mengatasinya.masalah yang datang bukan diundang.tetapi aku tak boleh lari.aku kena berdepan dgn masalah.argh!!...aku tak boleh kawal punca masalah.cuma aku boleh kawal diri aku.bagaimana sikap aku. dan emosi diri sendiri.
cuba fikir positif! *pengsan*
aku menghempaskan diri diatas tilam.tersedu.seduan menjadi semakin kuat.dalam.seolah ingin membuangkan semua duka.dalam.teramat dalam.helaan nafas kedengaran.juga dari ruang yang teramat dlm.dari hati.dari jiwa.bunyi tangisan terdengar lagi.sebak.sebak teramat.seketika aku seolah rasa ingin berhenti.tiada tangisan.sedu cuma.sedikit demi sedikit aku diam.terdiam.dan menarik helaan nafas yang panjang.dan dalam.mataku memandang terus.kosong.lega.puas.seolah semua bebanan hati selama ini hilang.seolah semua duka hancur bagaikan debu dan dibawa terus angin kencang sehinggakan tidak kelihatan lagi dari mata hati aku.aku menung lagi.serta merta aku mengucapkan Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan tangisan dan air mata untuk wanita.seketika aku teringat satu artikel dlm internet tentang keistimewaan wanita. "Allah menciptakan airmata utk wanita dan ia boleh digunakan bila bila yang dia mahu.."..
Aku menung lagi.lama.terfikir.agaknya inilah yang dikatakan oleh kebanyakan wanita, bila menangis baru rasa puas.aku tak pernah rasa.cuma dengar org kata begitu.sekrang aku rasa.memang puas.hilang semua kegusaran hati.hilang semua sengsara jiwa.aku sikit demi sedikit tersenyum.hati menjadi senang.tenteram.seketika aku berterima kasih pada abang. Walaupun kerana dia aku menangis, kerana tangisan itu jugalah aku rasa tenteram. Dan aku terfikir.satu kata-kata nasihat khas utk aku.dimana saja aku berada.apa pun situasi aku.kalau aku tak sukakan satu perkara.aku harus hadapi perkara itu dgn sendiri.dan jangan cuba lari.atau cuba mengubahnya.mungkin disitu ada kesudahan yang baik utk aku.
ari tu aku tengok citer cast away.tom hanks.sampai sekrang terngiang ngiang lagi dia nangis..sedeeeyyyyy sangat. dia tak dapat selamatkan kawan dia, wilson.wilson hanyut dibawak arus air. wilson lah satu satunya kawan dia masa terdampar kat sebuah pulau kat lautan pasific.Selama 4 tahun, wilson lah tempat bersembang, tempat mengadu, tempat bergaduh.Apa-apa pun semua buat dgn wilson.tangkap ikan, makan, buat rakit.
wilssoooooooonnnnnnnn! skrg wilson dah tak de..waaaa!!...
mmm..tau tak wilson tu ape.wilson tu adalah..sebijik bola tampar brand wilson.masa aku tengok citer tu aku pelik...bola pun nak nangis..hehehee..tapi cara dia nangis tu seolah-olah wilson tu hidup dlm hati dia..walaupun ia adalah seekor bola..
cuti hujung minggu aku pegi kenduri kengkawan kat muar.2 kenduri.lepas tu balik kampung.besok tu pepagi balik kl balik sebab pakcik aku buat kenduri jugak.so, semalam tu berjumpa la semua sanak saudara. yang paling jauh adalah mak andak.dia dah jadi warganegara amerika. datang dgn husb dia yg kedua. dulu kawen ngan uncle john.sekrang uncle lu pulak.lewis nama dia. mak andak aku ni stewardess. english memang berabuk la. sampai bapak aku kata dia lagi faham uncle lu tu cakap english dari mak andak.errkkss..makna nya ape tuh..;)
along dah pregnant 4 bulan.aku cakap kat mak aku, malas nak gi kenduri sedara mara ni sebenarnya.nanti mesti kena tanya pasal "bila lagi mak ko nak dapat cucu?" ataupun "eh angah? kosong lagik?"..takpun.."ko ni bila lagi nak ada sorang?"..erkksss...itu sumer ayat ayat yg benci didengar...ada yg dah tau aku gugurr ari tu cakap "laaa....sayang nya....cemane leh gugurrr..."eiiiii.....aku rasa cam nak sepak jer sumerang.diorang ni tak faham ke zuriat tu kerja Allah belaka...kalau Dia tak nak bagi,aku buat ape boleh? aku ada kuasa ke nak tentukan bila aku nak anak? iiiii... pastu mak aku kata, tak per jgn tensen tensen.. nanti jawab jer macam ni.."yang korang susah hati sgt ni kenapa? korang nak jaga ke?" hahahhaaaa....bagus mak aku...
so, seperti yg dijangkakan, kat kenduri sedara aku tu, memang ade la yg menanya.paklong aku. mak ai.dia ni memang nak kena.tapi aku sabar jer. tau la dia dah ade 2 cucu.anak dia sebaya aku.kawen awal setahun dari aku.dah ade 2 anak.mana taknya, dia surirumah.aku keje.ape pun, semua rezeki dari Allah belaka. ade ke dia tanya "bila nak bagi mak ko cucu??" sambil cuit cuit aku.ek eleeee...ingat aku bekenan sangat ke ngan soklan tu..dalam hati aku rasa nak maki jer.aku pandang mak. rupanya mak memang tengah pandang aku. tapi mak dah pesan.jgn gaduh gaduh.tapi memang aku tak larat nak sabar dah dengan dia ni.sepuluh kali jumpa aku, sepuluh kali tu dia tanya.aku pun pandang tempat lain.tak boleh tengok dah muka paklong.nak menyabarkan diri sendiri.ikut ati nak sepak jer kusi.pastu blah.aku tarik nafas panjang.dalam hati aku "ya Allah, berikanlah aku kesabaran.."..sambil memandang kiri aku carik idea tuka topik.memang aku tak nak jawab soklan yg membencikan tu. tetiba teringat pakteh.pakteh amek master skrg ni.aku tau.anak dia bagitau tadi. so aku pun paling pandang muka dia.dengan tersenyum aku cakap "eh! pakteh amek master ek.." heh heh..dia cam tak tau nk jawab ape. sebab aku tau soklan tu pun menyirap hati dia jugak.sebab nye ? dia pun pelajaran tak berapa tinggi. anak dia paling tinggi diploma.kitorang dah tahap master.long way to go kalo dia nak compete.so dia senyap.pandang tempat lain.aku pun pandang mak.sembang ngan mak lagi bagus.
erkkss...pasal usb tu korang tau tak cemana nak sambung balik.usb tu patah dua.tapi dlm usb tu ade file penting.cemane nak retrieve balik ? please! kawan aku punya problem nih...
semalam lepas balik training abg ajak gi alamanda.eli durian, strawberry,mempelam, ayam panggang dan cds. Balik tu aku belasah makan ayam dlm kete. abg makan roti.pastu bila sampai rumah pasang cd citer she's all that.sambil tu mkn ayam.lepas makan ayam amek durian lak.kul 12 tu abeh satu cd.pasang lagi satu, cast away-tom hank. aku tengok sampai kul 2.15. abang dah terbongkang kat sebelah.tak tahu nape sejak akhir2 ni suka tengok tom hank.sejak you've got mail kot. tapi disebab kan tido dekat kul 3 smlm dan makan macam-macam, pagi ni aku bangun ngan kepala sakit.sakittt sangat.lepas ayen baju, masuk bilik air nak mandi.sekalik rasa nak muntah..! arrghh!! sungguh tidak selesa ini pagi..mmm...
----------------------------------------------------------- hati aku ni rasa gelisah pulak.tadi aku ada bagi email kat kawan aku.bercerita. tentang hal opis. tapi masalah nya aku takut dia heboh kan cerita aku.argghhh! dalam opis ni aku citer kat dia jer.dan husb aku of course la. apa pun harap-harap semua berjalan seperti biasa. aku sebenarnya tak berapa ade kawan kat sini yang rapat. sebabnya ? aku lebih suka kemana-mana dengan husb aku. kalo dia tak de, gi training atau sbgnya, aku lagi suka pegi sensorang atau jalan sensorang..mmm..:(
-------------------------------------------------------------
Sebenarnya memula sampai tu memang excited. Sumer tempat pun rasa nak pegi. Setiap hari kitorang keluar lepas abg training kul 5 ptg. Subuh sini kul 4.50 sampai 6.30. Zuhur kul 11.30, Asar 1.30, Maghrib 3.51, Isyak 5.30. Waktu siang yang pendek. Kul 4 dah malam. So, waktu jalan tak byk kedai bukak. Derang tutup kul3-4 ptg. Kalo pasaraya besar jer sampai kul 9 mlm.
Hari isnin pertama kitorang jalan sampai tak larat nak jalan. Pegi ke centrum - dataran. Ada satu gereja besar kat situ. Diorang kata selalu tourist memang gi tempat ni. Byk gambar-gambar kat sekitar ni jer. Ada beberapa bijik monumen. Tapi kebanyakan monumen dia buat aku tertanya tanya apakah motif gambar ni di jadikan tugu. Ada gambar perempuan dan lelaki pegang anak sambil melambai. Sekalik pandang aku dah heran. Apa yang dia nak tunjuk kat tugu tu? Seorang perempuan yg mempunyai sejarah nya sendiri ingin meninggal kan hungary? atau seorang perempuan yg melambai-lambai kapal terbang sambil diperhati oleh suaminya yang bangga sebab dapat tengok kapal terbang? erkksss? atau pun nak menunjukkan kat semuarang yang diorang ada sorang anak yang baru lahir?? mmm..apa pun aku tak pernah tanya kat hungarian people. semuarang membuat andaian masing-masing. Ada satu lagi tugu yang pelik. Seorang pemuda tengah duduk diatas bangku batu kat tepi bangunan. Aku suarakan kat abg, kenapa menda ni pun nak buat tugu? abg pun angkat bahu, tak faham. Abg kata dia nak tunjuk kot ni adalah profesor diorang..keh keh keh..aku nk tegelak..sekalik tu, ada sekali kitorang lalu situ, tugu tu dah pakai topi. Aku pandang. Abang pun pandang. Pastu kitorang tergelak.hai..diorang ni kesian kot tugu tu sejuk..kueh kueh kueh....Pastu tetiba abg tertanya.Eh, topi tu topi betul ke..? aku cakap la, topi betul kot, sebab jauh beza sgt. Topi tu warna dia coklat dan kuning, siap nampak lagi bulu2 kat topi tu beralun ikut angin. tugu tu memang gelap warna itam.memang sah lain!
Ada one day abg pegi training, aku keluar,abg kata jgn pegi jejauh, tapi aku suda pegi ke tempat tourist guide, ade la dlm lebih 500 meter dari hotel. Sib baik mamat dlm kedai (kedai ke pon..?) tu tau cakap english. So aku tanya la mane tempat yang dia suggest best pegi. So dia pun cakap la, ada satu tempat ni ada air sungai, menarik, tapi 2 jam perjalanan naik train. Satu tempat lagi ada mountain cantik, 7 jam naik train. Pegi ibukota dia budapest tu 3 jam. Aku excited la sebab nanti ujung minggu leh ajak abg pegi. Pastu aku tanya lagi, cemane nak buat international call kat sini guna public phone? dia soh beli barangolo - phone card.Pastu dia tanya aku nak call mane? Aku cakapla dari Malaysia..waaaa! dia cam impressed...from malaysia?? dia cakap. Aku senyum jer..(cam bangga skek..heh heh..)
Sekalik tengah sesembang ngan mamat tu,aku terdengar cam suara yang dikenali kat belakang aku..cam orang malaysia..almaklumla english lidah ibunda mana tak kenal..tapi aku buat bodo jer..tak paling pun.Lepas sembang ngan mamat tu, aku pun nak kuar.Laa....bebudak ni rupanya. din ngan shahrol.weh! kata gi training? diorang cakap rerupanya trainer tu mencarik laptop 4 bijik utk diorang. So, hold kejap sampai kol 10.30. Diorang cakap husb aku mencarik aku nak mintak kunci hotel, nak amek laptop. Erkkkssss...! Aku pun cecepat keluar. Aku biasala bila dah nak cepat tu memang lajuuu jer..tak pandang kiri kanan. Sekalik depan pintu tu elok aku dongak nampak abg depan mata..errrrrrrrr....errrrrrr........tergamam sekejap.takut kena marah. Eh! abang! (control). Asal tak training?(sesaje tanya padahal dah tau). Pastu abg pun citer la penat dia mencarik kehulu kehilir. Masa tengah carik kat Debrecen Plaza tu ada org putih tu asik mengekor dia, sebab dia dok lajuu jer jalan sambil pandang kiri pandang kanan. Agaknya org tu ingat dia nak mencurik kot. Buat sakit ati jer abg cakap. Pastu aku pun mintak sorry la. Sebab jalan jauh.Heh heh..abg ok jer tak marah pun. Cumanya dia nak cepat balik hotel amek laptop jerk.Fuh! memang selamat. Pastu aku citer la cemane nak beli barangolo tu. Pastu kitorang pun cecepat gi kat kaunter booth yang memang ade 2-3 ketul kat situ - tempat jual barangolo. Beli harga 5000 forint. Itu jer yang ada. Sama dengan RM 100. Tapi kitorang belasah beli jerk la. Dok pk mungkin mahal kot tepon international dari sini.
Lepas beli tu, bawak kad tu kat tepon.Tak de tempat insert kad pun.Siap kena scratch lagik.Cam kad reload. So confuse. Cemane ni?. Aku patah balik tanya org kaunter tu cemane nak guna. Sekalik alamak! dia bantai cakap hungary!! mane aku faham? dia ni tak tahu ke aku tourist ? erkksss..memang hampeh la diorang ni. Aku pun dah tak faham tu terus panggil abg. Org tu cakap sambil tunjuk2. Sesambil tu aku bantai cakap melayu kat dia. Hah! amek ko! sorang cakap hungary sorang cakap melayu..nak sangat cakap bahasa sendirik.Aleh-aleh ternampak tulisan english kat kad tu, so, terus jer kitorang faham.heh heh..sebenarnya tadi tak perasan ade tulisan tuh. Kalo tau, tak yah sesusah tanya. Pastu dapat la tepon mak bapak, kata dah sampai. Rerupa nya tepon international ni, dia lagging ek? kita cakap pada minit pertama, minit kedua baru org sana dapat dengar. so terpaksa tunggu diorang dengar baru boleh cakap yg seterusnya...
Perjalanan dari Budapest ke Debrecen (tempat training) amek masa 3 jam. Cam dari KL gi ipoh.Jauh giler.Dalam kete kitorang bersembang sakan.Tengok kiri, tengok kanan.Ambik gambo. Ade sekalik tu jakun sekejap.sebab salji turun.waaa..merasa aku tengok salji.walaupun sebesar buih sabun..jadikklaaa…pehtu aku rasa tingkap van.mak aiii..sejuk giler..aku cakap kat abg. Abg pun pegang.pehtu beritahu sumerang.dah sumerang pun pegang cermin. Memang sejuk aa..dah tu tetiba suasana makin lama makin menyepi.shahrol dah tido.abang pon tido.tinggal aku termangu mangu tak tahu nak buat ape.tengok kiri kanan.pemandangan sepanjang perjalanan samaa jer.ladang.sumer pun ladang.besar sungguh kawasan ladang kat hungary nih.Faiz sibuk dok sembang ngan din kat depan.matahari memancar terik bebetul sebelah kanan pipi aku..adehh! panas..! dalam sejuk pun panas..aku tak faham betul..abg ade bagi mafla dia kat aku soh tutup.cover dari matahari.(erkksss…sebenarnya takde la sepanas waktu tghari kat M’sia, tapi saje mengada-ngada..heheee). Dalam keadaan tak tahu nak tengok ape dah, aku pon tido dengan rela nya dalam van.
Lepas aku jaga, tak sampai sampai lagi destinasi. Sumerang pun dah jaga dah masa tuh. Aku rasa din ngan faiz tak tido. Aku tido siap tenganga-nganga lagik.ceh! kalo diorang perasan memang aku malu giler ah.aku pon tk tahu nape leh tenganga..sesedar tu cam din tengah amek gambo pemandangan sebelah aku. Aku terkejut. Erkkss…amek scenery ke amek gambo aku tido?dah ler tido tak semenggah..tapi aku buat bodoo jer..control.. Lepas tu aku tak tido dah.sehingga sampai ke destinasi.
Debrecen Bandar dia takde pe sangat.tak de bangunan bebesar cam kita. Cam melaka la lebih kurang. Banyak bangunan batu. Tak tinggi.paling tinggi hotel 3 tingkat jer. Tak banyak apartment.sampai kul 1.30 petang. Trainer dah book hotel rupanya. Masa nak check in tu kena tulis nama dan bila nak kuar. Lepas tulis tu terus dia kuarkan kunci. Aku pandang jer minah kaunter tu.Ada duorang.Sorang rambut merah.nampak tua skek.sorang lagi muda lagi.tapi tak tahu cakap English pon. Minah rambut merah tu tetiba cakap “this is for couple..” sambil goyang-goyang kunci kat tangan. Aku pandang dia.blur kejap.sebab tengah sibuk evaluate muka dia. pehtu aku pandang kiri kanan.couple? ade ke couple kat sini? Asal minah ni pandang muka aku..Pastu aku pk, kenapaaa minah ni tuju kat aku, aku ada buat kesalahan ke. baru teringat. Erkss…aku la si couple tu. Kan datang dengan husb.Orang lain mane ade bawak bini.ceh.!.tersiput aku amek kunci..
Pastu merengkek bawak beg naik bilik.Abangla.Aku bawak beg ringan jerk.Kitorang tingkat satu. Nasib baik.Cam tau tau jer kitorang byk barang..Bilik dia ok.sumer pun ok.Tingkap pemandangan kat belakang hotel. Ade taman.Diorang letak kereta kat situ.Elok masuk jer bilik, aku ke toilet. Bila kuar toilet aku terperanjat.Abang dah sepah kan barang!..berterabur..tak tahu dia carik ape..dia soh aku mengemas. So, aku pon masukkan baju dalam almari, susun elok-elok. Sesekali tu jelling pada makanan yg kitorang bawak. Erkkss cukup ke ni? Baru sampai dah terasa nak melantak..
Lepas kemas tu rehat sekejap. Baring.Luruskan badan. Bersyukur. Selamat jugak sampai sini. Pandang atas.Selesa sungguh katil dia. Tak macam katil kat rumah kitorang. Keras. Yerkla tilam murah.hotel mesti la tilam mahal. Kalo hotel pun tilam keras, baik bungkus aa..tak yah buat hotel lagi baik…tetiba nampak lampu..Ek elee…rendahnya lampu dia..Tak boleh berdiri atas katil dekat lampu la nampaknya.Mesti terantuk. Tengah sesembang tu kitorang terpk. Tadi bebudak ni ada mention, ade shopping dedekat sini.Jalan kaki jer. Rasa cam nak pegi. So kitorang pun bersiap. Pakai sokin, pakai baju 2 – 3 lapis, baju sejuk lagi. Abang pakai topi. Aku pk aku dah pakai tudung, tak yah ler pakai topi. Amek video cam. Kuar.
Kat luar memang sejuk. Aku amek gambo abang.Abang amek gambo aku pulak. Camtu la bertuko tuko. Tapi kebanyakkannya abg amek gambo aku heh heh..Nama tempat yg kitorang nak pegi tu Debrecen Plaza. On the way tu ade construction laa, anjing merata-rata – orang bawak la, takde la melepak kat tengah jalan, dan ada muzium. Sampai ke plaza tu, dlm dah panas. So, rasa lega skek.Plaza tu satu tingkat jer.tak luas cam megamall. Byk jual pakaian sejuk.tak de pe yang menarik…
ni aku buat masa kat hungary.dalam bilik.gambo tu aku ler tu.tengah duduk bersila atas katil..pegang laptop.. -----------------

aku training lagi hari ni.2 minggu.sampai minggu depan.minggu seterus nye training jugak lagi.tapi training lain lak.ape pun wish selamat raya kat kengkawan (lambat!)..tak leh posa 6 lak aku ni.dah terlambat.:(
skrg ni aku kat opis, menyetel lagi menda-menda.sepatutnya aku kena abeskan journal, tapi aku tak sambung sambung lagi.kat hungary ari tu ade buat sikit...
Kul 11 masuk boarding. Pastu tunggu lagi.Pastu baru naik flight. Aku sebenarnya ada masalah naik flight ni. Memula masuk tu ok lagi. Bila dah nak berlepas tu aku rasa satu macam.Nak termuntah.pening kepala.mabuk! kekadang tu benci.tapi nak buat cemane.aku dah memang cemtu.
Kapal terbang selamat berlepas.Naik MAS boeng 777. Besar la jugak. Penerbangan 13 jam. Aku rasa cam bosan giler dah duduk dalam tu.ade tv.leh main games.leh tengok tv.tapi aku takleh nak wat ape.sebab aku mabuk.memula tu aku pandang jugak la kiri kanan kiri kanan, tekan sana tekan sini.kat tv tu ade peta tunjuk current position flight tu..so aku pun menganalisa jugakla peta nya.Eropah disebelah kiri malaysia rupanya.pastu lelama aku boring.. aku tengok abang, tengah main game! pergh! dia ni tak mabuk ke..tak boring ke..so, aku pon rasa baik aku tido..masa tu pon dah dekat kul 2 pagi waktu malaysia.kat luar pon takde pe yg bleh ditengok.tido jer lah..
nak tido pon satu masalah.bukannya selesa kalo bukan nama katil. tegolek golek jugak aku.pusing sana pusing sini carik tempat selesa. tak jumpa!..aleh aleh aku rasa aku terlena kat bahu abg..tapi tak lama ah..sebab bila tgn abg bergerak, aku terjaga. pastu abg tido.aku dah tak leh tido.boring lagi.makanan dalam flight tersangat ok.tapi sikit.aku tkleh makan byk..lepas makan cuba tido lagi..adeh..sakit pinggang..
sampai jugak zurich akhirnya..pagi.kul 6.gelap lagi.tak nampak ape. keluar jer dari pintu kapal terasa sejuk.berasap rasap kalo becakap.pergh! terasa best ah..selalu tengok kat tv jer org berasap sejuk nih, sekarang ni rasa sendiri..aku memang jakun giler aa..flight dari zurich ke budapest kul 7.10. Kena boarding kul 6.40. So kitorang tak sempat buat ape terus menuju ke tempat boarding.tunggu punya tunggu.dekat 7.15 tak betolak pon lagik. Tetiba announcement. dia cakap kapal terbang kena defroze dulu. Sementara tu dah leh berjalan masuk dah..
Flight tu skejap jer.sejam sengah.kecik je Kapal Agro ni. tak sebesar MAS tadi la. Dapat coklat satu.simpan.Masa nak betolak dan landing tu aku seperti biasa mabuk.sampai kat budapest dalam kul 9.15.lambat.sebab betolak lambat.airport budapest kecik jer. keluar dari flight terus tunggu beg..nampak jer beg abg terus amek letak dalam troli.berat giler.sekalik nak kuar tu nampak ade sorang tu tengah declare ape tah..dia cam tulis kat situ property to declare.so kitorang confuse.adakah kena declare ape-ape ? tengok takde orang dah.kitorang je yg last.so menuju le ke meja tu nak tanya.sekalik ade cam officer kot kat situ cakap "just go..just go.." sambil tunjuk jalan kuar..kitorang pun, ape lagi..go laa...
bila dah kuar tu nak gi tuko duit. tapi tak tahu lak berapa yg patut tuko.tanya kat kaunter tu, dia kata berapa suka la..errkksss...cemane ni..pastu abg belasah tuko 760 euro. (opss lupa citer sebelum ni kitorang tuko RM 5k ke duit euro. dapat dlm 1000 euro). So dapat la berpuluh ribu forint. 177k forint kalo tak silap. Tapi tak tahu cukup ke idak. Semasa abg menuko duit tu aku gode gode beg carik baju panas.nampak org keluar masuk cam sejuk jerk.tapi kat luar tak de pape pun(snow ke..angin kee..)..biasaa jer..tapi aku sarung jugak la baju panas. Lepas tuko abg pon sarung baju panas dia.pehtu dia gi menerai duit forint.Beli rokok! pergh! memula tu tensen gak la aku.kot ye pon beli la menda yang aku leh rasa jugak.tapi tak kesah la..dia pon gi kuar smoking..orang yg nak amek kitorang dah sampai.abg masuk balik kata sejukkkk!..so aku pon suspen..
Bila kuar dari airport tu tak terasa sangat sejuk dia sbb dalam airport tu panas. Masuk ke van. Van ade heater, takde air cond cam kita.yerkla, kat luar dia dah memang sejuk.kalo ade aircond lagik, memang beku la..singgah kat petro stesen.diorang nye petrol RM 4 seliter.mahal giler! masa kat stesen tu aku kuar.smuorang kuar.nak rasa angin hungary.tak sampai 5 minit rasa nak beku dah..
aku dah sampaiiiii!!!!! flight kul 7.45 pagi tadi.sekrang kul 4.30. aku kena datang keje.cuti dah abes.okes.. ni ade citer skek... -----------------------------------
Kami bertolak dari rumah selepas maghrib, dalam pukul 7.30. Kena sampai airport 3 jam awal, flight pukul 11.45 mlm. Abah, mak dan adik adik pun ade sekali. Derang nanti kena tolong letakkan kete kitorang kat opis sebab nanti balik dari hungary terus pegi opis. Hari senin 5/12 aku tak de cuti dah. Dah abes. So, beramai ramai gi airport. Sampai KLIA lebih kurang kul 8.55. Sebelum ni dah demo kat abah tempat keluar dari KLIA, tempat parking dan jalan menuju ke rumah kitorang sampai ke opis. So abah hopefully ingat. Elok sampai ke balai pelepasan, opismate bagi msg kat abg, kata tunggu kat pintu 7. So kitorang pun mencari cari pintu 7. Tetiba aku ternampak faiz dok tengah relex isap rokok kat luar pintu. Aku pun bagitau abg, pehtu menonong ke faiz, lambai-lambai. Faiz lak nampak aku terus dia tunjuk-tunjuk kat sebelah kanan aku. Rerupanya orang lain dah tunggu kat tempat duduk situ. Abah, mak, adik-adik dan abang pun dah pegi situh. Ceh!! Hampeh..diorang tak kabo kat aku pon dah jumpa port nye...
Faiz kata check in kitorang abeh kul 9.30. Sekarang ni dah kul 9. Tak solat isyak lagi. Aku pun terus nak salam salam family aku. Sekalik abah kata.. ”Ai..dah nak suruh abah balik ke..?” aku cakap ”tak de la, abah kan nak balik awal. Kitorang nak gi solat lagi ni. Takut tak sempat check in.”..Abah pon ok. Abah memang nak balik awal. Dia nak terus balik ke Melaka mlm tu jugak. Sebelum balik kena antar adik aku kat HKL-UKM, antar kete kitorang kat opis lagi..aku rasa dalam kul 1 pagi baru sampai rumah melaka kot. Pestu abah ngan mak pon pusing nak balik..aku tengok abah menonong ke kiri sepatutnya lift kat kanan. Aku risau jugak ni.. bapak aku tak ingat ke..sib baik mak panggil abah ajak masuk lift yg kat kanan. Lift kiri tu gi KLIA Express. Aku pun tersenyum.
Kami tinggalkan beg kat opismate soh jagakan. Nak gi solat dah ni. Faiz ade tunjuk jalan ke surau, aku tengok abg cam angguk-angguk tau. So aku pon memolo. Jalan punya jalan tak nampak nampak suraunya. Diorang kata kat KFC, batang idung KFC pun tak nampak. Aku dah konpius. Aku tanya abg..betulke diorang tunjuk kat sini? Abang kata betul. Tetiba aku ternampak satu lorong. Kiri kanan toilet. Aku ajak abg masuk situ. Dihujung lorong tu baru ternampak KFC. Ha, dari situ dah leh carik surau.Pusing punya pusing rupanya surau belah kanan kitorang jerk.Heh heh..apela susah benau...Tempat solat pompuan kecik. Tapi, boleh la..apelaaa diorang ni..KLIA punya la besau..tempat solat pun nak bahagi bahagi (satu bilik bagi dua). Kalo bagi dua takper la jugak. Ini lelaki ¾, pompuan dapat ¼ jer ruang..mmmm...
Lepas solat abg dah tunggu kat luar. Pehtu kitorang jalan laju-laju ke tempat tinggal beg tadi. Terserempak dgn wife shahrol.Wife dia ni bising skek, ramah la..best la kalo sembang ngan dia. Aku dah siap babai dah kat dia. Dia kata, ”tak per, sat gi jumpa balik kat sini..”.aik? aku kompius. Tapi otak aku tak sempat nak calculate ape-ape terus jer memolo abang gi tempat check in. Aku ngan abg tak pernah naik flight kat KLIA. Jadiknya aku terkonpius. Iya ke kat sini tempat check in nye? Lorong kena beratur panjang tapi tak de orang beratur pon. Abang selamba jer masuk lorong tu. Tetiba aku soh berenti. Nape? Abg tanya. Iya ke kat sini tempat beraturnye? Cuba tanya. Aku mendesak desak soh tanya. Abang pon agaknya maleh nak dengar aku bising, gi jer la wat muka bodo tanya kat ade satu kaunter ni. Rerupanya betulla tempat kitorang pegi tu, memang lorong tuh. Heh heh..aku malu sensorang..
Beg besar terus antar ke Budapest Kitorang transit kat zurich nanti. Kena tunggu kat gate C35. Dia kata pegi naik train kalo nak ke gate tu.Aku pun cam angguk angguk sambil cakap ha’ah , sebab dia dah cakap byk kali. Bila lepas check in tu abg tanya, tau ke nak gi train tu cemane? Aku cakap la tak tahu. Pastu abg cam ”mmmm....tadi angguk angguk tu ingat kan cam tauuuu...”..aku sengih jer..Dah sampai ke gate berlepas tu ade sorang pompuan jaga. Polis ke ape aku tak tahu la. Dia pakai baju biru. Tapi nampak cam bukan polis. JAGA gate kot kua kua kua...Abang tanya la minah tu nak naik train kat mana. Dia tunjuk kat kanan kitorang. So, kitorang pun jalan kesitu. Dari jauh dah nampak anak panah ”C30-C35 ikut sini” – isk cenggitu la lebih kurang. Masa nak lepas untuk tunggu train tu ade satu gate lagi. Ini confirm kastam. Sebab pakai baju putih. Kena letak passport kat machine electronic.tet tet...machine tu detect passport. Pastu kena letak IC kot kalo tak silap. Dan letak ibu jari kat device dia. Then, lepasss...Pergh! canggih la aku rasa. Selalu aku tengok kat tv orang check manual jer....takde canggih camni. Ker ade yg lebih canggih tapi aku jer yang tak tahu..errrkkssss entahlah..tapi yg penting pada aku canggih ahhh system kat Malaysia nih..
Pehtu kitorang tunggu train.Sekejap jer train dah sampai. Rupa dia cam LRT jer. Tapi lain la skek design dia. Kitorang bawak beg berat. Ade laptop sorang satu dlm beg tuh.baju sejuk lagik.makanan lagik. Bila sampai ke destinasi gate, kitorang pon turun, dan memolo sign board. Akhirnya sampai jugak la ke gate tu. Baru nak pukul 10. ade sejam lebih lagi. Boleh masuk boarding kul 11.00. Ade tempat duduk kat situ. Tak berapa ramai orang masa kitorang sampai.Apa pun ade yang dah berkampung kot kat situ. Aku rasa sakit bahu sebab angkat beg berat sangat. Abang pulak ajak jalan.Boring dia kata. Tapi aku dah tak larat. Kitorang pun tunggu...
|