~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

akubudakkecik's weblog

A story about a life..

last modified Mar 3, 2004 at 4:23


Wednesday, March 31, 2004

eheh.byk nau lak nak tulis kat sini ari ni.tetiba masa tengah baca buku teringat(tak sampai satu perenggan pun lagik dari tadi ni...tak tahu nape suka nak bebel arini..).

masa sekolah dulu aku belajar Arab.ada sorang cekgu ni baik nau. pehtu ntah cemane dia ajar phrase phrase yg menarik dalam Arab..kira cam pepatah la..pehtu ada sorang kawa aku ni tanya soklan yg best nak dengar.."ustaz,'untukmu selamanya' dalam Arab ape?" pergh! masa tu bestla kan sbb sblm ni ustaz bagi pepatah yg mmm..tak pernah didengar la..hehe..mm..pehtu sbnarnya lepas tanya tu kitorang ni takut ustaz marah..sbb merapu..ayat tu kira karat laa..dengan kata lain..sekalik ustaz sporting..siap ajar lagik..

"laka daaiman abadan" - untukmu selamanya

wah wah wah!..surprise nya aku masa tu..cantiknya bahasa.masa tu aku appreciate sgt sbb dapat belajar arab.

98333 | posted by akubudakkecik at 23:48 | 3 comments

mm..tadi ade sorang kawan opis tunjuk barang masak electrik.tempat panggang,masak sup ngan pemanas.menarik jer aku tengok.tak yah guna minyak..bagus utk diet ni.mm..aku memang berminat.leh try try..hehee...so aku telah menunjukkan minat aku kat mamat ni (erkkss...minat nak beli ler..) tapi 700 harga dia..dia kata leh bayar ansuran..aku kata..nanti dulu nak kena bincang ngan abang...

abang lak masa tu baru lepas solat.nak gi meeting MCM...so aku secara ringkas nya citer la pasal barang masak letrik tu :

abang: minat ler tu..
aku: yerla..boleh terai terai panggang..buat burger ker...

sekali abang pk pk..mm..aleh aleh dia pandang aku..dengan pertanyaan..

"masak ke pon?"

erksss....satu soklan yg cukup tak sedap didengar oleh aku yg maleh masak..heheeheeee....

98328 | posted by akubudakkecik at 23:35 | 2 comments

aku bosanlah.bosan..:| nape ek?

98311 | posted by akubudakkecik at 22:50 | 3 comments

Kenangan..

"Di dalam hidup ini akan ada pelbagai kekecewaan yg diantaranya kita tak pernah rasa pada hari sebelumnya.Kematangan yg membolehkan kita melalui setiap hari-hari kedukaan dengan tabah dan belajar utk hidup."

Setiap hari menghadapi pelbagai karenah manusia.yg benci dgn kebenciannya.yg cemburu dgn kecemburuannya.yg sakit hati berdiam diri atau kadang-kadang mengata org yg menyakitkan hatinya dalam sedar ataupun tidak.yg bersungguh kerja dengan kesungguhannya..

dulu aku teringat, umur 22thn lepas belajar aku terus kerja.dan pada masa tu betapa tak matangnya aku rupanya dalam menghadapi karenah kerja dan manusia.beberapa kali aku cuba mencari macamane yg dinamakan "matang". adakah sudah dewasa dinamakan matang...dulu aku fikir begitu.tapi sbnarnya ia silap.

pada umur 22 thn aku ingat aku telah dewasa dan matang.rupa-rupanya pada umur skrang,bila difikirkan balik..betapa tak matangnya waktu tu.belajar menyesuaikan diri.belajar segalanya.setiap hari belajar..dan pada masa yg sama menghadapi karenah manusia yg suka mengata dan mengutuk.aku ego.dan pantang kena kutuk.pantang dikata.dan pantang diperkotakkatikkan.byk yg pantang dari yg boleh.

satu perangai aku yg aku dengar sendiri dari mak aku.aku tak suka dinasihati.sbb aku suka explore.risiko aku tanggung.dan aku tak menyusahkan org.pada aku segalanya boleh.dan segalanya mungkin.sehingga aku dapat bukti yg apa yg aku usahakan tak boleh atau tidak mungkin, baru aku percaya apa yg org nasihatkan.

berdikari bukan satu perkara yg mudah.tak semudah dikata.keluar dari rumah melihat dunia luar.keluar dari kepompong universiti utk melihat dunia luar.sblm aku keluar melangkah ke alam kerja,bapak aku dah banjirkan kepala aku dgn segala nasihat.aku tahu dunia tak seindah mana.tak seperti yg aku gambarkan bila dalam kepompong.tapi kenapa dunia luar yg aku cari.

kebosanan menghadapi menda yg sama setiap hari.mungkin.aku ingin sesuatu yg berbeza.tindakan dan keputusan dalam pergaulan sosial didalam kepompong mempunyai risiko yg rendah jika dibandingkan dengan sekarang.dalam kepompong universiti, aku tak kaco ko,ko tak kaco aku.study leh sesama.study dan study.cara study berbeza tak menjadi masalah besar.walaupun mempunyai impact atas credibility menjawab kertas soalan,tapi kesannya tidak besar.habis satu sem,dah tak ngadap ketensenan subject yg sama.
tapi..mm..masih dibawah kawalan kepompong.

satu hikmah aku rasa.satu keputusan yg aku rasa sungguh besar.menolak offer satu universiti dgn gaji yg lumayan, utk satu kehidupan dunia luar,kerja yg mencabar dan gaji yg kurang dari yg satu tu..dan satu.menambahkan kebimbangan mak bapak.

satu-satunya perkara paling gemilang aku buat dlm hidup.menjadi diri yg sebenar slps keluar dari kepompong.menunjukkan pada dunia luar diri dan hati aku yg sbnar.yg bukan sebaik mana.hikmah..

mmm...

setiap hari belajar.belajar utk hidup.belajar utk menerima hakikat.dan belajar utk menghadapi kekecewaan.Hati tak jemu dipujuk walaupun kelukaan dan kedukaan menghiris.dan juga kegembiraan yg dibataskan.kerana satu perkara "jgn terlalu gembira,nanti akan datang waktu sedih"

dan sentiasa berdoa dgn rasa malu. juga hati memandang masa hayat.doa yg tiada kata-kata.doa yg tiada doa.kerana rasa tidak layak meminta.tidak layak meminta.tidak layak...

berbicara tentang ketuhanan dan agama?..cukup aku sorang jer yg tahu diri aku.dan tahu siapa aku.tidak layak menasihati.dan tidak layak berdebat.cuma satu.aku tahu Allah mendengar hati aku.kerana dia selalu berbisik..

'Tuhan,sayangilah aku..'

98298 | posted by akubudakkecik at 21:30 | 3 comments

Tuesday, March 30, 2004

sekarang 12.41 pagi 31/3.aku kat opis.siapkan project report.tadi along tepon.kata nak datang umah esok.bwk adik aku yg no 4 sekalik-sigoni-goni.along nak gi hotel mint.ada seminar.so,maknanya ujung minggu ni sibuk lagi.rumah kampun dah roboh kata along.under construction.mak,abah dan adek no 5 tengah 'tersepit' dicelah-celah perabot.hahaaa...nak pengsan aku gelak sambil bygkan abah tersepit...comel istilah tu..so maknanya takleh nak balik kampun.tadi aku tanya bila along nak kawen..pertanyaan yg dah berjuta kali aku tanya dia aku rasa.dan dia pun maleeehh jer nak jawap,yg entah baper kali ntah..hehe...5/6.aku congak congak..ooo sib baik lom naik sem lagi.leh enjoy skek.hopefully keje tak menggunung masa tu...erkkss kalo menggunung pun aku abaikan jer hehe...

mmm...tengah boring ni.walaupun keje menimbun tak siap agi.mmm..k lah nanti aku story lagik..

97951 | posted by akubudakkecik at 9:43 | 1 comments

Monday, March 29, 2004

" Dari Saiyidina Ali k.w. (salah seorang sahabat Rasulullah saw dan ahli Al-Khulafa' ar Rasyidin) : Bukanlah suatu kebaikan, jika milikmu yang banyak hanyalah anak-anak dan harta saja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah banyak ilmu pengetahuan, besar kesabaran dan sangat penyantun. Hendaknya jangan pula engkau merasa bangga dengan banyaknya beribadat kepada Allah. Jika engkau berbuat kebaikan, memujilah serta bersyukurlah kepadaNya. (Al Hadith) "

aku sejak dua menjak ni asik suka sangat hilang sabar.aku dapat msg ateh tu dari kawan aku.dia ym.dan ayat tu menyedarkan aku kembali betapa bagusnya kalo dapat bersabar dan bersantun.

mm...dulu aku jarang nak marah-marah.skrang ni silap sikit jer nak melenting.mungkin aku pressure sgt skrang ni..hopefully dapat tengok tasik dlm waktu terdekat ni...nak tenangkan fikiran..

97797 | posted by akubudakkecik at 18:09 | 3 comments

Friday, March 26, 2004

mmm..emmm..emmm...

mmm..rasa nak sirius.dan tengah serious..seriously thinking.tensen.ketensenan yang meragut ketenangan fikiran.apa yg aku fikirkan? report ofis yg ntah bila aku leh start nulis sedangkan hari ni spatutnya due.ntah kenapa malas asik bertandang.dan ntah kenapa aku suka melayannya.sesekali aku menatap buku.cuba memahami bait bait ayat yg tertulis.tapi otak aku beku.tak laju mengalir.kenapa?..aku dalam kebingungan.adakah ini yg spatutnya aku buat, atau aku perlu start menulis skrang?

aduh sakitnya kepala..ditambah lagi dgn org yg aku tak suka, menelepon...bertanya kabar.bertanya tentang master.yg ntah ape-ape.tak tahu ujung pangkal lagi mahu cuba faham.tak guna ckp dgn org camni.tapi terpaksa cakap.stakat hormati dia juga seorang manusia..ajak aku main boling ngan husb. maleh aku.aku cakap sibuk.sibuuukk manjang..takde masa..aku memang takde masa utk org camni.kebencian yg semakin surut datang kembali menebal..mmm..kesian aku.

senyum? aku dah lama tersenyum.ketawa? dah lama aku tertawa dan juga ditertawakan.ini masanya utk serious..bukan utk bersukaria.bukan utk boling.bukan utk sembang gelak gelak.ntah kenapa.rasa pressure semakin menebal bila mengenangkan aku akan diperlekehkan sewenang-wenangnya masa presentation minggu depan.aku dah mengagakkannya.susah payah membaca,tulisan tulisan aku akan ditolak,just like that,oleh org org yg menganggap dirinya tau sumer menda.aku tak suka beritahu apa yg aku tahu.cuma,kalo rasa tak tahu tu pepandai baca sendirila..mmm..nak compare jugak, cakap budak computer science industry lebih kurang sama dengan engine..tak tahu aku field yg dia belajar jenis cemane sampai leh compare cemtu.but one thing for sure, mentality dan cara pemahaman tetap tak sama.aku student engine.jgn ajar aku tentang bytes.bak kata adek aku eheh..menda camtu kucing pun tau...mm..rasa nak cuti panjang.......

97227 | posted by akubudakkecik at 2:40 | 4 comments

Thursday, March 25, 2004

" jika ada kata rindu siapa yg nak mulakan dulu"

eheh..baca blog kengkawan tadi.hs,zz..dan satgi nak baca beberapa lagi blog yg memang setiap pagi aku baca :D,zaza,zL,emperor,risczt(cemane ntah eja dia eheh..)..mmm..lambat betul bebudak ni update blog derang.eh,sibuk jer aku ni...:D dan semalam tambah lagi satu blog yg nak tambah dlm list -chuieja dan kiambang.Baguslah baca blog org ni.menambahkan pengetahuan.

quote atas tu aku dpt dari blog hs.dari 'pacik'.mm...dulu aku ada baca cerita "bermadu dalam cinta"..mm kalo korang tak baca lagi,baca lah buku tu.memang kata-kata dalam tu best sgt..best!..intelek punya kata-kata cinta..creative enterprise aku rasa..kalo aku jumpa buku tu aku quotekan kata-kata yg aku suka kat sini.buku tu kat kampung dan masalahnya ntah hilang kemane sbb ramai nau berkenan nak membacanya.well. aku tak mmbaca lagi dah buku-buku cerita sekarang ni walaupun i'd loved to.sibuk skek..mm..patutnya nak comment kat blog hs.tapi takut memenuhkan ruang.so baik aku celoteh kat blog aku.

tentang p/raya,aku tak mengundi.sbb aku tak register lagi...org kata tahun ni la masanya bebudak '78 nak ngundi kali pertama.mm...bagi aku,ngundi tu tak penting selagi takde demokrasi yg betul dinegara kita ni.buat penat jer pegi kalo keadilan diperkotak-katikkan.buat penat jer beratur.mmm...errkss..aku tak sokong sesapa.PAS idak,BA idak, UMNO pun idak.pada aku sumernya sama jer.unless kalo ade org yg boleh convincekan aku parti mana yg sepatutnya aku sokong...mmm..sorry yer kepada sumer penyokong-penyokong parti...**WINK**

mm..dan aku terfikir,sesama islam pun nak bergaduh.apalah salahnya kalo parti tu teruk, kita sokong dia dan bantu supaya jadik lebih baik...mmm..but mungkin itu yg cuba dibuat oleh DSAI.mmm..tapi apapun.aku cuma akan sokong kalo ada satu saja parti melayu kat malaysia ni.dan sumerang islam bersatu..mm..tapi tak tahuler bila masanya tu.semoga satu hari ada pemimpin yg betul betul inginkan islam dan boleh mensatisfykan pihak-pihak pembangkang dan pada masa tu pihak pembangkang pun leh nego dan tak membangkang lagi dan bersetuju dgn kerajaan yg betul betul mengamalkan apa yg islam suruh...

mmm..but one thing, aku masih tertanya tanya..
undang undang yg direka oleh manusia ni..contoh hukuman bunuh keatas pesalah(erkks mungkin bukan pesalah tapi scape goat), mmm...diorang tak rasa bersalah ke hukum org sesuka hati mengikut undang-undang yg direka sendiri..dan yg buat cemtu org islam.dimana undang-undang Al-Quran digunakan?..adakah undang-undang Al-Quran diguna pakai utk kes-kes talak dan rumahtangga jer ke...generally aku nampak macam tu.tak tahula kan kalo guna utk lain.dan org yg menghukum pesalah(bunuh) tu mmm....tak takut ke, mungkin dia tersalah hukum ke atau bukti tak cukup tapi nak hukum jugak ke, dan atau tak pernah terfikir ke sbg org islam, betul ke hukuman yg dikenakan..?

97120 | posted by akubudakkecik at 19:03 | 4 comments

Wednesday, March 24, 2004

mmm..result..

mmm...aku cuti 2 hari .hari ni baru masuk opis.rasa malas nak keje.nape ek?rasa nak cutiii jer.dapat jadik surirumah pun bagus.

tadi tengok result.Alhamdulillah..lulus..next sem boleh berusaha lagi.abang nya result pun ok.tapi musti dia sedih sebab result dia jatuh skek.tapi tak per abang,teruskan usaha..

pehtu tadi pegi training fixed asset software.training?..software tu byk bugs.ni yg nak comment ni.memang byk bugs.tapi,org yg bagi training tu seolah-olah tak nak ngaku yg tu bugs.a complete system yg dibuat mesti collegues try dulu baru leh bagi user guna atau baru leh bagi training kat orang.mmm..tak tahu ler nak kata ape.nak kata tak pandai nanti marah..

aku dari ari tu baca buku network sampai sekarang tak abes abes lagi.literature review pun tak wat lagi,tapi nak kena antar jumaat ni.cemane ek?cuti kang baru tau hehehee...(monteng keje)

mm...sebenarnya dari aritu aku tak puas ati dengan 'adyka' ni.baru ni dia komen 'cam nak muntah' baca blog aku.eheh.aku memang gegile tak puas hati.tapi aku sabaaaar jer...positifkan diri dan cuba menerima komen yg tak membina langsung...cuba memujuk ati yg dia niat baik dgn bergantung pada perkataan 'sorry' dia.mmm..tapi susah juga...still tak berjaya...

mmm...takpelah.anyway.for readers.sesapa yg rasa nak muntah baca blog aku,aku nasihatkan lenkali toksah baca..pandai-pandai pk sendiri.toksah nak bagi komen yg menyakitkan hati org.seolah-olah macam masuk rumah org,pehtu komen itu tak cantek, ini tak cantek..macam la rumah dia perfect..kalau tak suka,itu hak sendiri.hormati hak org lain.different people different taste.jgn jadi bebudak..bebudak memang la boleh dimaafkan..asal jumpa jer toilet tak kira la toilet rumah org ke apa ke..tak pasal-pasal cakap..'mama,this toilet smiley(smelly) la..'..takpela bebudak.apa dia tau.main hentam cakap jer..kalo org tua pun cakap camni...mmmm....entahlah.pk ler sendiri.

96738 | posted by akubudakkecik at 1:04 | 6 comments

Friday, March 19, 2004

heh heh..best best

tau tak aku buat ape ari ni?? keh keh keh..tengahari tadi masa org gi solat jumaat aku gi merayau kat jalan TAR.Maiden.Masa nak gi tu punya la jem.sampai sana kul2.break 12.30 sampai 2.30. Nak soping ape? kataku sendirian.tapi,takpelah,aku parking kat semua house,pehtu kunci kete.masa nak jalan kuar tu aku takut jugak ade org serkup aku..manela tau kan kan kan...bukannya selalu aku jalan sensorang ni..dulu selalu sangat.sekrang ni agaknya dah bese selalu jalan ngan abang, bila jalan sensorang naik ngeri lak..benci tau rasa camni.dulu berani jer pegi memane.

Pehtuu..aku naik lift.pegi maiden.jalan laju jer.sbb aku sensorang.sumerang aku tak hiraukan.Meriah sungguh jalan tar dengan poster p/raya.heheee...sampai maiden terus tuju nak beli TShirt putih abang.aku beli saiz 48 ngan 46 kot.tak tahu nak measure ukuran saiz baju tu cemane sebb dia tak bagi bukak.dah ler sample dia cam hampeh jer. aku main bantai jer beli.pehtu..pehtu..pehtu...yang paling best....aku beli itu makeup set!!!!..hahaahaaaa....bestnyer!tau tak nape best?

sbb smlm masa pegi IOI carik VCD aku singgah kat watson.tengok tengok barang makeup dengan minatnya utk beli.sekalik tu abg kata:"toksah beli la makeup tu" pehtu dia alehkan pandangan aku ke menda lain...mmm...:(

mmm...pehtu sambung citer.aku beli tisu +turun bawah nak bayo.Lalu tempat cd sebab tadi abg pesan soh beli cd.tapi aku pk pk dah tak sempat nak membelek cd.masa aku bayar tu ade ke minah yang jaga kaunter tu panggil aku akak..hish ! tak logik langsung..aku tengok dia macam tua lagi dari aku…ade ke panggil aku akak.tak best betul rasa..mmm..maka tak salah la aku beli barang make-up tu…bagi muka nampak ceria sama ngan umur..pehtu aku terus kuar dari maiden kul 2.28. eheheeehehhhhhhhhhh...........................bestnyer dapat barang make-up!..

ok ok ok...hopefully abang tak marah aku.dia tak tahu lagi aku beli apa ni.sbb aku tak citer lagi.dia cuba korek tapi tak berjaya.dia cuma berjaya korek baju TShirt putih dia jer...heh heh heh..doakan aku balik opis kang tak kena marah ek...*WINK*

::ABK:: nak sentiasa nampak lawa dan bergaya heheee...(perangai-perangai..tak habis habis...degil!..:D)

95919 | posted by akubudakkecik at 1:54 | 2 comments

Thursday, March 18, 2004

cuba kuar dari kurungan ni.heh heh heh..http://www.datacraft.co.jp/takagism/index_e.html

95853 | posted by akubudakkecik at 21:04 | 0 comments

Wednesday, March 17, 2004

pelayaran hidup..

kadang-kadang aku tak suka perangai cam budak kecik.sbb org akan ingat aku tak tahu apa-apa.dan aku pun tak suka perangai org besar..sbb aku akan rasa terasing...

aku pendiam..tak byk bercakap..dan pada masa sekrang,aku suka nak mengenangkan hari hari yang lalu...supaya aku dapat merasai kembali pelayaran hidup aku...mmm..ntahlah..semuanya terlalu cepat..sedar tak sedar dah setahun lebih aku kawen..dan setahun lebih meninggalkan rumah sewa bujang yang byk kenangan, pahit dan manis..(entah macamana aku kuar dari rumah tu dgn kenangan yang terlalu pahit utk ditelan..)

hidup..hidup...terlalu byk cabarannya..terlalu banyak dugaannya..telah beberapa kali aku jatuh tersungkur dan hampir meyerah kalah pada perasaan..tapi..mmm hati tak boleh terlalu dituruti..akal dan ilmu ada..gunakan..dgn ketabahan,aku bangun kembali namun dgn segala kepahitan kenangan di memory..tak tahu dimana letaknya hati ketika itu..memang aku tak gunakan dia..memang aku ignore dia...aku cuma guna akal dan logik..
ah..betapa sukarnya melalui masa masa itu...

entah bagaimana pengakhiran hidupku nanti...asyik jatuh tersungkur dan bangun dgn payah.....

95575 | posted by akubudakkecik at 20:01 | 9 comments

Tuesday, March 16, 2004

...
sometimes i get tired of doing things that i dont really want to do
..
aku selalu berpegang,
"mungkin apa yg kamu tidak suka ada baiknya disitu,dan mungkin apa yg kamu suka ada tidak baiknya disitu..kamu tidak mengetahui..hanya Allah yg tahu.."
(simplification dari satu ayat dlm AlQuran)

sabarlah aku
kuatkan semangat aku..

95351 | posted by akubudakkecik at 20:26 | 0 comments

Meeting yg bosan..

Tadi meeting.arah tuju unit.project and technology baru to explore.but this meeting buat aku boring..bosan..bukan meeting ni saje.meeting-meeting sblm ni pun.ade sorang mamat ni agaknya dia fikir dia tahu sumer menda.sampaikan idea org lain pun dia nak argue.seolah dia pandai sumer.i can look a frustration face on some of my ofismate.aku sendiri pun tensen.sampaikan aku maleh nak cakap ape-ape masa meeting..bengang..tapi tak leh nak kata apa.sbb sumerang cam dengar ckp dia.aku tahu dia ada master,dan dah keje lama.well.that is not a grant for u to abruptly deny or reject any suggestion that against urs.

jangan ingat kita tahu semua benda, dan jangan ingat kita betul semua menda.that is what friends are for.to remind or to show u that u are wrong.dan jangan terus reject ideas.u might not have think it in ur own mind and dont expect that others have to think the same with u. u might wrong.realize that.u might wrong!..

aku mengingatkan diri aku sendiri juga.aku juga ego dan tak suka org argue aku.tapi aku takde la pulak nak tetiba kata org tu salah dan aku sorang jer betul..isk isk isk...susah juga ada org cemni kat opis..

95226 | posted by akubudakkecik at 1:41 | 2 comments

Monday, March 15, 2004

okey mmm... aku smlm cakit eyut...so, haf day kat opis..pehtu balik rumah...bukak tv, tengok citer vcd ~Liar Liar..Jim Carrey ~ musti tengok citer ni best best best!..jim carrey is the best actor..:D lawak lawak....sbnarnya ini kali kedua aku tengok...eheh...

well,citer ni dah lama kot eheh..org kata dah obselete dah...tapi, tak kira la..aku jarang dapat tengok citer english..sumer pun industan...best rupanya citer komedi english ni...paling tinggi pun dulu, aku tengok mr.bean.abeh 3 collection dia aku beli heh heh....

mm..ingat nak cuti la minggu ni..nak baca buku kat rumah ...aku suka baca kat rumah..kat opis ni byk gangguan...;) okes la..nanti aku citer lagik..nak gi makan..

-----------------------------------------------------

mm...dapat email dari GM, tentang competency of staff and ciri-ciri yg boleh dinaikkan grade..mm.. i think i am not competent enough to be upgraded eventhough i have been here for 3 years..and people that plays games here always get higher grade than me.maybe not my rezeki. i never play game since i realize of how important of my work on 2002.but it seems how hard ur do ur work does not important if u dont know how to promote urself...and that is me.. i dunno how to promote myself.well,in fact, wat to promote? i know nothing!..nothing! i am not competent enough..furthermore, aku tak suka nak promote diri sendiri macam tak de harga diri jer aku rasa. Mengharapkan org lain tahu ape aku buat dan mengharap appreciation. MEMANG aku nak org appreciate aku..memang aku nak naik grade..sape yg tak nak? but not by that way...soo????????? that's why iam still like this.not going anywhere..tetap disini..ditahap ini..dan paling setia (+ paling comel..heheh...)

...
mm...
anyway, i am positive.
to let people know u re the best, then, be the best first.aku tak respect people yg naik grade tapi bila tanya pasal menda-menda technology satu haram pun tak tahu...aku cuma boleh gelak jer kalo keadaan camtu...aku bukan takjub atau riak,nak bagitau aku pandai..honestly satu menda aku tak tahu.but as for me, sepatutnya org yang atas dari aku should know what i dunno..

well,aku akan cuba sampai berjaya bagi org 'pandang' aku. maksud aku sekurang-kurangnya tak pijak kepala..eheh...aku bukan mintak org nak sanjung aku gegila..tak pernah terlintas.cuma nak org 'pandang' jer..sbb skrang ni nak buat org 'pandang' jauh sekali,'jeling' pun susah...sometimes, if u be in this situation always and always, u'll feel useless and demotivate. But at this point of time, i dare to take the challenge, upgrading myself to be a master holder so that i wont face this forever..this is for my self..not for anybody.Like i said before, parent aku tak support. becoz derang tak tahu apa yg aku face kat sini.

semoga abang naik grade tahun ni.dia lebih competence.compare dgn org lain dia memang lebih terer.toksah compare dgn aku.aku ngan org lain aku paling worst.dgn abang lagi la..abg selalu suruh aku belajar.tapi, ego aku mengalahkan ke'tidaktahuan' aku..abg kata aku sombong.tak tahu tapi tak nak belajar.aku akui.tapi aku tak suka belajar menda yang org lain dah tahu.buat apa nak belajar.kalu nak buat apa-apa soh jer org yg lebih tahu..aku suka belajar menda yang org tak explore lagi..well. that is kesombongan yg abg kata aku. ego.

but now..
aku terpaksa study tentang menda yang aku tak pernah tau dan aku tak suka nak tahu...NETWORK!..pergh!..
byk people kat opis ni expert pasal network..so why i do have to find and learn about this! arghh...
mm..
once again..have to think positive..
maybe how they think not as mine..
maybe i can come out with something by the end of my work..
something that they dunno.that is what i want.
ok got to study.
sambung nanti..

95134 | posted by akubudakkecik at 18:13 | 3 comments

Saturday, March 13, 2004

"antara 2 manfaat kita harus ambil manfaat yg paling besar meskipun mengorbankan bbrp perkara..dan antara 2 mudarat harus ambil mudarat yg paling kecil meskipun mengkompromi bbrp perkara"

.."berterima kasih pada byk perkara yg menemukan kita byk perkara"

aku baca hs nye weblog tadi dan juga comment dari pacik tentang cerita hs.. aku tak pernah jumpa kata-kata kat atas tu(yg pacik tulis) so, aku suka nak quote kan lagi sekali kat sini supaya aku dapat jadikan sebagai pedoman hidup..mungkin byk lagi kata-kata menarik dan pedoman dari ilmuan islam yang aku tak tahu..bagus juga baca weblog org ni eheh ;)

mm..
ada byk perkara sbnarnya yg perlu kita hadapi bila hidup dalam realiti.dulu aku suka mengangankan kehidupan yang indah, ideal yang mana aku boleh sentiasa menggembirakan hati seorang suami sentiasa..selalu...ikut kata-katanya...tawadduk pada Allah dan isteri yang baik dan solehah..

namun hakikat dan realiti nya, bila aku melalui situasi itu dgn status sbg isteri, aku tak berupaya nak selalu menggembirakan hati suami aku, tak berupaya nak menenangkan hati dia selalu..dan tak berupaya nak memahami dia selalu...mungkin semua ini, sebab asalnya aku anggap dia sebagai kawan baik..mungkin..tapi hakikat nya dia dah jadi suami aku.tanggungjawab aku utk gembirakan dia selalu..mmm..

tapi, aku cuma wanita biasa yang penuh emosi dan terlalu sensitif..kadang kadang aku bad mood..kadang kadang symptom emosional datang..tak boleh silap sikit aku memang panas baran..
mm...memang betul Allah telah kata "Lelaki adalah pemimpin.." aku dapat saksikan betapa sabarnya suami aku melayan karenah aku....dan sesungguhnya kesabaran seorang lelaki memang terlalu tinggi sebab itu dia diciptakan utk menjadi pemimpin kepada keluarganya...mmm..
...
...
...
...
...
dan selalunya bila aku kena marah..aku rasa aku jadik keciiiik sgt depan dia......mmmm...takuuutttttt.....

:D

::ABK::sentiasa memperbaiki diri dan kehidupan..semoga sentiasa lebih baik dari semalam...

94747 | posted by akubudakkecik at 4:46 | 5 comments

Thursday, March 11, 2004

sian aku..aku memang tak pandai nak modify weblog aku ni bagi canggeh..bape kali ntah cuba..tapi takper, at least warna dia tak plain..hehee...berusahalah aku!..

94397 | posted by akubudakkecik at 2:45 | 2 comments

Wednesday, March 10, 2004

kalaulah...

kalaulah aku boleh luahkan segalanya...
kalaulah aku boleh luahkan segalanya
segala yg terpendam dan terbuku didalam
segala kesedihan dan kekecewaan diatas sikap..

tak pernah lagi rasa begini kecewa..
dan tak pernah lagi rasa begini sedih..
mungkin kah salah aku?
tak pandai consider dan bertolak ansur

terasa ada air yg membuak ingin keluar dari dalam dada..
air yg ingin mengalir sebagai sungai di kelopak mata..
namun sehingga kini aku cuba bertahan
agar aku nampak kuat..dan tabah..

sedih,kecewa dan rasa bersalah bercampur baur..
salah kah aku? ..akukah yang bersalah?
duhai hati..
sabarlah...sabarlah...dan sabarlah..
semoga ada sesuatu yg baik diatas kekecewaan ini..
sabarlah hati..sabarlah...
aduhai air mata..
janganlah turun..
aku ingin jadi tabah..setabah siti Fatimah..
dan aku juga ingin jadi sabar..
sesabar Nabi..
tapi...
aku tidak dapat menolak yg aku juga manusia biasa..
aku manusia yg ada jiwa yg bergelodak..
mengapa aku begini ....mengapa..
sakit jiwaku menahan sebak yg makin dalam..
mungkin aku tak cukup makanan jiwa..
mungkin sebab itu aku sering rasa kecewa
sering rasa marah..
sering rasa sensitive
...
...
..
aduhai..sebaknya jiwa..
Ya Allah..ampunkanlah aku..
mm..terasa tak boleh menahan desakan air yg ingin keluar
air mata ini mengalir jua....
Duhai hati, sabarlah...

94363 | posted by akubudakkecik at 23:00 | 3 comments

kadang-kadang..

kadang-kadang apa yang kita suka, kita tak boleh nak buat..
dan kadang-kadang apa yang kita tak suka, kita terpaksa buat..
dalam hal ni, kesabaran mestilah ditahap yg cukup tinggi
supaya kerja tak jadi separuh jalan..

aku tahu apa yang aku suka
tapi aku tak tahu apa yang aku suka bagus ke tidak
tapi aku akan go for it.convince myself that that is what i want..
anyway, apa yg aku tak suka
aku tak boleh nak buat camtu..
dan aku tak pandai defend kenapa camni kenapa camtu..

entahlah..
sometime i need a rest
tapi sampai bila aku nak biarkan otak sentiasa rehat
rehat terlalu byk juga boleh melemahkan kreativiti berfikir..
entahlah..

what to do? strive for excellence!
mmm...

mungkin ada sesuatu yg baik disebalik ke'tidaksuka'an aku ini..
hopefully..

94164 | posted by akubudakkecik at 2:32 | 0 comments

Tuesday, March 9, 2004

benci

nape kan, kerja-kerja bos kita yg kena buat?
pehtu bos tu asik suka sangat masuk committee sana masuk komiti sini..nature kerja dia bukannya nak buat.masuk opis, tengok website, tengok menda-menda yg dia punya cadangan soh wat (charity) dah wat ke belum..padahal org lain sibuk dgn urusan kerja yg lain..aku bengang giler dengan bos cemni..bengang bengang...asik nak ikut telunjuk org mgmt jer...tak reti nak defend langsung org bawah dia...isk isk isk ...aku benci la bos cemni..

tapi dari satu segi dia tak halang kitorang wat kerja belajar kat opis.that is the only gud about him.

mungkin betul org kata, kita hanya melihat satu keburukan pada org lain tapi menafikan seratus ribu kebaikan dia...
so an advise to me,
jgn marahkan org lain kalo hanya melihat satu keburukan aku dan tak consider kebaikan aku yg lain..sbb aku pun pandang org macam tu
so
..
..
padan muka aku..

94124 | posted by akubudakkecik at 23:11 | 4 comments

cemana ni...

aku dalam dilema...research opis aku pasal network,aku tak minat pasal network,anyway,by hook or by crook i have to do it.aku ingat nak sambung subject final thesis masa degree dulu.tak abeh buat.so cemane ek? company lak nak sponsor kalo buat topic guna project opis..padahal aku tak minat pun. am not network engineer..bab bab network bior org network la yg buat...yang belajar telecommunication ke...

lahhhhh....cemane ni!!!....nak mintak advise kat sape yerk!

94112 | posted by akubudakkecik at 22:02 | 0 comments

Monday, March 8, 2004

9 March 2004,Selasa

aku hari ni dikejutkan dengan berita kawan baik aku (yg aku citer ari tu) dah bersalin!!!!..baby boy!..terperanjat aku sebenarnya sebab due dia 13/3 sptt nye..awal la pulak...aku lak ari ni ada seminar seharian, tak leh nak melawat :-|

mmm...
aku nak tengok baby!..waaaa :(( ...mmmm takperla..rumah dia pun dekat belakang rumah aku jer...heheee..balik karang pun boleh nengok..ape la aku ni..

smlm gi jenjalan soping :D best..carik citer kuliah cinta tapi tak kuar lagi rupanya..ada sesuatu yg menarik semalam.

aku dapat msg dari ntah sesapa, cam ni bunyiknyer "hai awek manis, leh kenalan?" aku tergelak..pehtu aku tunjuk kat abang...abang punya la sakit ati...dia punya maki mamat tu dalam kete. aku apalagi, takutla..suspens..pehtu aku diamkan diri dan cuba nyanyi-nyanyi.abang pun diam tapi cara dia diam macam dia berkata-kata dalam hati dia..marah agaknya..

tiba kedai makan, lepas pesan makanan, abg mintak handphone.aku pun bagi..suspens jugak..lepas tulis something kat hp, dia bagi aku balik hp tu.balas msg mamat tadi kot.aku pun tanyala, tulis apa ?

"carik awek lain, awek ni bini aku.." keh keh keh aku rasa lega sbb dia tak tulis menda bukan bukan..pehtu lepas makan dlm kete, no yg sama tepon lak.aku soh abg jawap. terus mamat tu letak tepon.
tetiba dapat msg "awak tipu saya ye,awak bukan bini org.."

gulp!...abang memang dah mengamuk.dia kata sekali lagi tepon memang nak kena antar polis no tepon ni...org dah le tengah nyambut anniversary ni..pehtu aku cam biasa cuba nyanyi nyanyi dan abg diam..tapi aku tahu dalam hati dia memang maki mamat tu. sampai ke pintu pagar depan rumah,abang amek tepon, tepon mamat tu.dia tak angkat memula.second time, mamat tu yg call balik...apaaa laaaaaggggiiiiiiiiiiiiiii memang kena la dia hahaaahaaaaaa......silap nombor kununnnnnnn...

93885 | posted by akubudakkecik at 22:59 | 0 comments

Sunday, March 7, 2004

Nape ek..

hai blog...arini first anniversarry utk aku dan abg.happy 1st anniversarry aku!..pagi tadi aku bangun awal.masak sambal telur..eheh..jadik jugak.sblm ni masak tak jadik langsung..mm..pehtu gi opis..

tadi dapat msg dari dr yg ajar subj aku tu.sblm ni aku bagi msg kat dia tanya nak tengok tak circuit ktrg w'pun not functioning well..anyhow, dia jawap "tak jadik nak tengok apa"..sedih..sebab dia tak nak tengok pun effort, semangat dan 'abeh duit' ktrang.well susah juga deal dengan org ni.selalu mengecewa dan menyedihkan.baik deal ngan computer.paling tinggi corrupt jer.

anyway, sbnarnya sblm ni aku dah tulis kat blog ni, tapi takleh post tetiba network down. so aku tension. maleh nak tulis pepanjang dah.idea sumer dah letak kat 1st writing tadi.

smlm gi IKEA.tengok design rumah show house. cantek.so, balik tu aku ngemas gegiler sampai penat sgt.hasilnya? walaupun tak secantik rumah 'show house', at least tak de la berselerak cam tongkang pecah heheeee....

so lepas ni aku kena buat research work.hujung bulan ni nak kena antar proposal lak..mm..:-? cemane ek.baik aku start.takmo last minit.takmo pressure.ok bai.nanti aku citer lagi.

93620 | posted by akubudakkecik at 19:45 | 2 comments

Friday, March 5, 2004

Takde perasaan...

March 5, 11.20 mlm - mlm ni aku stay lagi kat opis..cuba cuba buat program utk 8255 tu..ade sekalik tu menjadik, ade sekalik tu idak..ape la punya circuit..mungkin tak stable...aku dan abang bergilir gilir mencuba.yang tak best nye bila time aku cuba, circuit tu ade saje problem nye..power supply tercabut la..led testing tak nyala laa....aku lak bab bab hardware ni ade separa out skek..:D

rasa lapar..tapi, makan memalam nanti gemuk lagi aku....aku rindukan suasana lincah aku yang dulu..kesana kemari, tak de pe nak dirisaukan, dan tak de lemak-lemak yg sudi nak menyinggah kat badan..sekarang ni, humph!! sumer pun sudi...

mmm...aku takde pe nak citer hari ni..cumanya tadi dah melawat wife boss aku yg baru lepas bersalin.come anak dia, besela baby...aku gi tengok anak dia dlm bilik nursery...tenung lelama...dan tengok gelagat dia..dah pandai bukak mata!..dan aku terfikir..lahhaiii baby....kehidupanmu dalam perut dan kegelapan sudah berakhir..lihatlah cahaya yang terang ini..dan lihatlaahh...ini lah dunia kita..tiba-tiba rerupanya baby tu dia muntah, kuar susu putih kat mulut dia...laaaa shian dia takde sape jaga...aku pandang-pandang jugak sekeliling kot kot ade nurse yg berdekatan..errrrrkkkkkssss..........cadangnya nak manggil supaya lapkan babynya mulut..tapi, erkk bila nampak nurse lalu, aku hanya mampu memandang jer...mmmmmmm... hampeh..

balik singgah kedai mamak makan mee & ayam goreng..lama tak mkn ayam sejak selsema burung tu..saje aku banned kan diri sendiri.abg pun aku larang mkn.bukan apa,prevention is better than cure..hehee....

so,skrang nampaknya project tu lom menjadi.dah kol 11.30 mlm, aku ingat nak balik dan tdo, tak larat dah rasanya...uppssss!! ada beberapa weblog aku singgah sat tadi..ekhem!...
mmmm
mmmm
byk jugak input yg aku dapat dari pengalaman org lain.."data collection" hehee...dan dari weblog tu juga aku dapat satu pengajaran...bukan semua org dapat mengecap nikmat kebahagiaan..dan semua org ada pengalaman buruk dan meyedihkan, masing masing...jadik, pada firasat aku, aku sepatutnya merasa bersyukur diatas kebahagiaan yg aku kecapi sekarang..semoga sentiasa bertambah bahagia dan bahagia..takmo dah rasa derita, aku dah tak mampu nak tanggung...

ABK: suka baca puisi dan berpuisi tentang hati.tapi dah tak mampu berkata-kata dgn diri sendiri lagi.menunggu bilakah sampai hari itu.

93274 | posted by akubudakkecik at 8:36 | 0 comments

Thursday, March 4, 2004

March 5, Jumaat

Arini bangun lambat sbb smlm tido lambat.tak larat nak mangun.sampai opis kul 10 lebih.Harap harap tak de sape marah sbb opis awer start 8.30.Takpe,keje lebih lagi mlm ni. Sampai opis akak sblh partition aku kata wife boss ktrang dah bersalin.Anak lelaki.Satgi petang nak gi melawat...

first thing sampai opis dan ngadap pc, tengok weblog :D waaa......!!! bestnyer hs nak gi sungai congkak.aku dah lama tak gi sana.Dulu selalu.seronok pegi sana sambil makan-makan nasik lemak dgn member serumah.makan mandi,makan mandi..:D aku le yg masak nasik lemak tu..eheh..sebenarnya bukan nasik lemak, nasik biasa ngan sambal ngan telur goreng ngan timun...-cam nasik lemak laaaa.....

Tapi,sekarang ni dah lama tak kesana. Dah lama takde keseronokan berjalan mandi manda kat laut,sungai...last time jln jln tepi laut tahun lepas..tak ingat bila..pegi pantai balok.tapi aku tak mandi pun.sbb tak prepare baju.anyway, aku sbnarnya takleh mandi laut.mak kata nanti badan bersisik.itu aku akui sbb masa pegi mandi pantai telok batik dulu abeh satu badan aku naik sisik-sisik putih...mmm...hilang satu nikmat..

aku sbnarnya dalam diam ada hati nak wat circuit yg abg tengah wat tu.tapi, abg macam tak percaya aku leh wat.aku tak nak wat masa dia tengah wat kerja sbb taknak berebut tools.mm...sbb abg tahu aku budak kecik..tokleh pegang tools nanti cepat bosan..mmmm....mungkin...

Semalam,ada beberapa weblog yg aku singgah.mm kebanyakannya menulis puisi hati dengan dendangan lagu sayu dan sengsara..mm...dan juga ada diantaranya yg cerita...yg aku ingat.. "aku bukan diriku lagi.aku adalah serpihan dari kenangan lalu.."..dan aku terfikir..sungguh mendalam maksud kata-kata tu...dan aku terfikir lagi tentang diri sendiri..."adakah aku juga begitu..?"

mmmm....
erkkssss.....tapi aku rasa tak...heheeheeee.....besela aku suka jadik best..aku tak suka aku jadik serpihan.jadik,aku bukan camtu.tapi aku merasa terharu dengan kata-kata dari weblog tu.aku doakan dia sentiasa bahagia..dah tabah mengharung hidup..
Life is not easy, but we can make it easy, by changing our life style, thinking and reaction towards facing problem..erkkksssss tapiiiiiiii mcm abang ckp kelmarin (masa aku soh dia jgn solder instead sambung wire dulu)......"cakap senanglaaaaaa......"

93174 | posted by akubudakkecik at 19:54 | 5 comments

Aku dan kesibukanku

Masa berlalu begitu cepat.Sedar-sedar dah pukul 11.37 mlm - 4/3/04.. mmm aku masih di ofis, menyiapkan coding utk system..abang buat circuit dia, aku kena wat program dia..cam nak pengsan sbb seharian tak rehat...

Aku tak larat.i really need a beautiful rest (gi soping heehee)..tapi, takleh lagi.bukan masanya.this week last day presentation week.mm...smlm mimpi buruk.aku nangis pepagi.takmo citer.nanti sedeh.kata org mimpi buruk jgn citer...:|

Some time, some day, i ever think to quit. but anyway, cuba teruskan jugak.-BREAK-

mm..our 8255 cip tak jalan.tak tahu nape.aku dah maks dah ni.carik kat AMD site takde lak.ada sape-sape ade datasheet dia tak.P8255A-5 AMD.mmm penat dah carik kat web tak jumpa.dah obselete agaknya.

mm aku stop sini dulu.tak larat nak pk..-12.18 pagi-

93116 | posted by akubudakkecik at 9:18 | 2 comments

Wednesday, March 3, 2004

hahahaaa...aku dah modfiy look and feel weblog aku..
keh keh keh..warna warni..wawww...!!!!...aku memang tak creative..aku sendiri pun rasa tak cantek..nanti nak modify lagik..cuba jaya..cayo' cayo'!!! (cerita korea - a successful story of a bright girl)

92851 | posted by akubudakkecik at 4:07 | 0 comments

Tuesday, March 2, 2004

::Circuit oh circuit::

Arini datang opis terus pegi carik barang lagik kat jalan pasar.dah naik muak aku jalan pasar tu.sesak semacam. kalo jalan pasar tu cam supermarket ke...mines ke..ok gak ...dah tu, cecina kat sana sesombong belaka...macam pandai sgt!..buat sakit ati jer dengar jwpn derang bila tanya..toksah tanya carik sendiri lagi bagus...pehtu satgi aku sepatut nya kena pasang circuit.petang karang ada meeting lak...

Aku maleh nak wat seket(circuit) ni. Taklarat dah.Maksimum dah rasanya.:| aku nak sopinnnn...!!!!......waaaaaa!!!!!!...aku bungkus mee utk makan tengahari....:( badan dah makin naik sbb lama sgt tak exercise...abang soh exercise guna strider kat rumah..ala..yg dalam smartshop tu..heheh..tapi,sehari dua jer aku guna masa memula beli dulu, pehtu dah maleh....

Endless Love
My love
There's only you in my life
The only thing that's right

My first love
You're every breath that I take
You're every step I make

And I
I want to share
All my love with you
No one else will do
And your eyes
They tell me how much you care
Oh, yes you will always be
My endless love

Two hearts
Two hearts that beat as one
Our lives had just begun
Forever
I'll hold you close in my arms
I can't resist your charms

And love
I'll be a fool for you
I'm sure
You know I don't mind
You know I don't mind

'Cause you
You mean the world to me
Oh, I know
I know I found in you
My endless love

Oh
And love
I'll be that fool for you
I'm sure
You know I don't mind
You know I don't mind
And yes
You'll be the only one
'Cause no one can't deny
This love I have inside
And I'll give it all to you
My love
My endless love...

(Diana Ross & Lionel Richie)

92830 | posted by akubudakkecik at 22:21 | 0 comments

mmm...aku baru balik jalan pasar beli menda2 yg tak beli ari tu.mm balik tu singgah kedai minum air sat.Haus.Jalan pasar tu sesak.Sampai opis, agenda pertama baca blog hanyasayang hehee.....sebab web dia byk yg berkata-kata tentang keagamaan...pehtu aku tengok BicaraLelaki mmm...dua-dua log ni membuat aku terfikir beberapa jenak ...

Dari satu sudut aku terfikir..kedua-dua log yg aku baca mmpunyai imej tersendiri..dan mempunyai content yg bermakna yg boleh dikongsi bersama..(depends pada yg membaca)..mmmm aku? takde ape yg boleh dikongsikan..takde ape content yg menarik..

anyway,.. aku tak bercadang lak nk share hasil kerja aku sbb sumer copyright heh heh - lokek lak..-- tak ..sbb kerja aku takde pe yg nak dibanggakan..

mmm...dan aku terpk..
mmm...
terpk dan berpk ...mmm
mmm
aku asik pk jer..
jarang bebno aku menulis..
dan sumernya tersimpan dalam kepala dan hati
ntah bila kan keluar..

:D mungkin satu hari aku akan kuarkan ..

92662 | posted by akubudakkecik at 0:41 | 3 comments

Monday, March 1, 2004

Final dah abes

abeh dah peksa...leh ronggeng kat IKEA hahaaa...best best..:D tak tahu nak tulis ape dah ni..dulu ade jer nak tulis..mungkin sekrang ni tengah senang ati kot hehee....6/3 ni kawan aku kawen kat JB..ingat nak gi lah! pehtu pehtu pehtu.....
jeng jeng jeng!!!!!

8/3 ni..1st anniversary aku dengan abang :D
abang kalo lupa siaplaaaa....haha..

92600 | posted by akubudakkecik at 19:56 | 1 comments

HATIKU..

Dalam kesamaran malam
Dan kesibukan harian
Aku...

Ntahlah..hilang segala idea nak menulis
Well esok final
Semoga Allah tolong aku..


-Pengharapan hanya padaMu..

92521 | posted by akubudakkecik at 6:53 | 0 comments