~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

akubudakkecik's weblog

A story about a life..

last modified Mar 3, 2004 at 4:23


Friday, April 30, 2004

~nak lepas tensen skek~

nape kalau aku bukan penyokong parti pembangkang aku dijadikan sasaran kebencian? salahkan aku dok atas pagar? aku punya suka la nak sokong sapa,tak sokong sapa.kenapa sekilas aku memberi pendapat pelbagai andaian org tentang aku.tak islamik la..takut tergelincir dari landasan la...

tahuke diorang tu solat aku cemane setiap hari..? tahuker diorang tu apa doa aku setiap hari..? tahuke diorang tu apa yg bergelodak dalam fikiran aku setiap hari? tak tahu! hakikatnya tetap tak tahu..sungguh pantas memberi pelbagai andaian sedangkan apa yang diandaikan itu belum tentu benar.inilah manusia..inilah yang dinamakan manusia...

mintak maaf kalau kalian diantara pembangkang..ataupun kalian diantara penyokong kerajaan.aku memang tengah tak puas hati ni.aku cuma berharap agar ada seorang dari mana-mana pihak memberitahu aku berdasarkan hadis-hadis yang soheh atau ayat Al-Quran, apa yang sepatutnya seorang rakyat biasa cam aku ni berpegang prinsip.aku tak nafikan memang aku tak tahu bab bab ni..memang aku jahil.tapi ada sesetengah tu nak marah-marah aku sebab tak sokong pembangkang.bukan nak bgtau aku apa yg sebenarnya..aku tak mo tulisan tulisan yang memburukkan org lain sampai ke dalam kain pun nak burukkan..aku tak nafikan kerajaan sekrang bukan sebaik mana.tapi cubalah bagi aku bukak mata skek dgn apa yg kalian perjuangkan..dimana perjuangan yang sebenar kalau bila berdakwah kat org lain, hanya kata-kata umpatan tentang kerajaan jer yg aku dengar..kata-kata yang menghina org sana sini...fedup aku fedup..

nampak sangat org melayu dah berpecah belah..apa nak jadik dgn org islam dinegara ni..ada pengikut yg terlalu extrem sampai apa pun tak betul..sumer pun salah..pemimpin ok jer..selalu yg bagi ayat-ayat yg bernas ni pemimpin jer.sebab tu aku tak leh nak percaya bulat bulat apa sipengikut ni cerita.apa-apa pun kena pk rasional la..pk dalam keadaan waras dan bijaksana. yang benar kita benarkan, yang tak benar of coursela kita bangkang..

ini yg aku tengok lepas kes DSAI sumer pun nak bangkang.sebelum tu takde pe pun.tengok kerajaan sumer pun baik belaka..masa tu..masa tu.takde pun kisah kisah extreme dari si pengikut pembangkang.mmm....

dah lepas dah tensen aku.sorry ek sesapa yg terasa tu.jgn marah aku.sebab aku pun tengah bengang ni.aku org islam jugak.aku pun tahu hukum islam.ingat diorang jer ke yg pandai serba serbi ? kalau pandai sangat, ajarler org lain.toksahler nak menuduh yg bukan bukan...
isk isk isk...

103587 | posted by akubudakkecik at 1:35 | 4 comments

baru lepas makan..mm..ari ni makan sedap.tak tahu nape selera sangat.ikan goreng belah belakang ngan sayo bayam..wah! bestnyer..mm...
..
..

tapi nape lapar lagik ni?..mmm....

103582 | posted by akubudakkecik at 1:01 | 0 comments

Wednesday, April 28, 2004

~Morning Sickness~

pagi tadi aku bangun dgn rasa segar.rasa cukup tidur dan semangat nak gi opis.pantas jer aku bangun dari katil.amek air sembahyang utk solat subuh..tetiba dlm keadaan ceria tu, aku rasa nak termuntah..mabuk dan pusing pusing..dua tiga kali pegi toilet takut termuntah tengah rumah..tapi, tak muntah pun.pehtu aku tahankan diri.pegi solat terus.peh solat,aku rasa tak sedap badan, so aku baring atas katil..lelama tertido.

terjaga balik dlm kul 8 gitu.pehtu tetiba rasa bosaannn nye..boring boring..aku buat bising..supaya mood aku datang balik.dekat kul 8.30 baru leh bangun nak ayen baju.dekat 9.15 baru tolak gi opis.mmm...tengah bersiap-siap tu abg dok nyanyi nyanyi..aku lak tokleh dengar org bising-bising pepagi..ntah nape ntah.tokleh dgr dia nyanyi...selalu ok jer..sumer pun rasa nak muntah.masuk kete pun nak muntah..pegi kedai mamak aku takleh bau goreng goreng tu.muak rasanya.tapi, aku makan nasik goreng..mmm...apelah aku...

--------------

aku terpikir.betapa susahnya ibu ibu mengandungkan anak dia.9 bulan dlm keadaan yang tak tentu arah.signal signal nya aku dah dpt rasa dah.walaupun cuma sikit jer..kalau sianak tu bila besar derhaka kat mak dia memang layak di pukul.cakap kasar skek memang layak dimarah...bila dah mengandung tu, nak melahirkan pun satu hal..sakit nye yg teramat...mengikut pengalaman sorang wife opismate aku ni(baru lepas tengok dia lepas bersalin smlm), masa nak bersalin tu tokleh pk apa dah.sakit yg teramat.rasa macam kalau nak mati pun tak per..sumer pk yg bukan bukan..mmm..mintak mintak aku nak bersalin nanti senang.mak aku suruh urut-urut kat pinggul belakang ni baca 'alam nasyrah' selalu, supaya senang bersalin..insyaAllah mak, angah ikut..

hopefully kandungan ni menjadi..mmm..risau juga...

103364 | posted by akubudakkecik at 20:57 | 4 comments

Tuesday, April 27, 2004

~Alahai~

ala...aku bosan ari ni.nape ek.aku bosan aku bosan..ape nak wat ek.tulis blog pon takde idea..nak wat c++ pun maleh.carik link symbol asik tak jumpa jerk..per nak wat ek.kalo gi sopin pon baguih.hihiihiii..tapi takkna nak gi soping waktu opis lak?..mmm....musti kena carik idea cemane nak merajinkan diri.dah ler research master aku tak wat lagik.adeh malehnya..cemane nak jadi rajin ek..

103216 | posted by akubudakkecik at 21:53 | 2 comments

~tanya sama hati~

tanya sama pokok apa sebab goyang
nanti jawab pokok angin yang goncang
tanya sama angin apa sebab goncang
nanti jawab angin tanyalah awan

awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pun cair
tengok dalam air nampak bayang bayang
campak satu batu bayang pun hilang...

------------------------

tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya..
mmm...mmmm.....(..errksss tak tahu senikata)

tanya sama hati benarkah merindu
lihat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa yang dikenang
bila difaham kan itulah sayang

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin jelma
jikalau rindu mengganti temu
kuntuman kasih tak mungkin layu

103073 | posted by akubudakkecik at 4:14 | 2 comments

Monday, April 26, 2004

~Astora Jabat~

Dapat email dari kawan kawan...
--------------------------------
Kuala Lumpur :
Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.

Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.

Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik. Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah).

Menurut seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah para ulama Islam kini. Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu, "hujah 'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam". Tulisan Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA(akta keselamatan dalam negeri) untuk membendung pengganas.

Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah beraliran agama.
Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Patani yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam.Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya",ujarnya.

Seorang bekas pelajar Universiti AlAzhar Mesir pula merasa hairan bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam."Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh Islam".

Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan di ruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Alzajeeera dengan Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul hadi Awang, seorang pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang"' ujarnya.

Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yangdiformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata,"email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah teknik penulisan". Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh didapatkan di pasaran.

Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal",ujarnya.

Bersama kita Mengambil Iktibar
Wassalam

103026 | posted by akubudakkecik at 22:17 | 1 comments

~info ~

info ni adalah utk aku supaya aku tak lupa dan sentiasa bersemangat.

-------------------
Gagah Semasa Hamil

Masyarakat sering mengaitkan wanita hamil dengan fenomena letih, gemuk, berat dan sebagainya. Faktor ini mungkin disebabkan wanita hamil sendiri yang menonjolkan imej sebegitu rupa di khalayak. Walhal, wanita hamil boleh tampil cergas dan “gagah” biarpun mereka sedang sarat mengandung malah terpaksa pula bekerja di pejabat seperti individu lain.

Mengandung merupakan suatu proses semulajadi yang dialami oleh wanita normal yang telah berumahtangga. Selepas persenyawaan berlaku diikuti dengan beberapa proses lahiriah, maka wanita hamil akan mengalami pelbagai peringkat sewaktu tempoh kehamilan mereka itu.

Apabila disahkan hamil, janin atau embrio dalam uterus anda akan membesar hari demi hari. Bermula daripada sekecil biji anggur ia akan membesar berkali-kali ganda hingga kadang-kadang mencecah berat lima kilogram beras. Proses pembesaran inilah yang membuatkan tubuh badan wanita hamil berubah, mengembang dan menjalani proses kematangan yang tertentu.

Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru, darah, payu dara, sistem penghadaman, buah pinggang, kulit dan sudah tentunya uterus akan mengalami perubahan yang besar. Perubahan ini berlaku apabila kandungan hormon dalam badan seperti progesteron bertindak balas dengan tubuh badan wanita hamil.

Soalnya, bagaimana anda ingin kelihatan gagah biarpun anda terpaksa mengusung perut yang memboyot ke sana dan ke mari? Rahsianya mudah sahaja. Anda perlu faham kitaran kehamilan anda sendiri dan berusaha untuk mengatasi segala masalah dengan bijak.

Bermulanya sebuah kisah...

Jika sebelum mengandung, perut anda kelihatan begitu ramping. Kini setelah anda mengandung sebulan, dua atau tiga bulan dan seterusnya, perut anda akan kelihatan sedikit menonjol dan berisi. Walau bagaimanapun, saiz perut ini terpulang kepada individu.

Ada wanita yang perutnya kelihatan sangat kecil malah seperti tidak mengandung biarpun sedang hamil lima bulan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik ataupun tulang selangka mereka yang memang kecil dan molek. Tip yang boleh diamalkan di sini ialah meminta pasangan anda mengambil gambar anda bermula bulan pertama kandungan sehinggalah bulan kesembilan. Secara psikologinya, jika anda mempunyai turutan foto anda sebegini, anda mungkin tidak terasa sangat keletihan ekoran mengandung. Maka dengan sendirinya anda akan berasa selesa dan cergas sentiasa.

Hati membesar

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah dan organ hati wanita hamil akan mengepam lebih dua liter berbanding 5 liter sewaktu tidak mengandung. Keadaan ini membuatkan anda berasa kurang selesa, lesu dan tidak bermaya sepanjang masa.

Jika anda berasa demikian, apabila anda mahu berbaring, cuba berbaring secara mengiring. Dengan berbaring mengiring, simpulan-simpulan urat dalam tubuh anda tidak menyekat perjalanan darah. Anda juga akan berasa tendangan kaki bayi anda dengan lebih jelas dan ketara.

Susah untuk bernafas

Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil sukar untuk bernafas. Hal ini kerana perut yang membesar telah menekan diafragma dan keadaan ini menyebabkan anda sukar untuk menyedut udara dan sering kali berasa sebu pada ulu hati. Keadaan ini tidak berlarutan dan ia hanya untuk sementara sahaja. Apabila anda melahirkan bayi kelak, kesemua perasaan tidak selesa dan rasa sukar bernafas akan hilang begitu sahaja.

Walaupun kebanyakan orang menganggap ibu hamil terpaksa makan dan bernafas untuk dua orang iaitu dirinya dan anak yang dikandung, namun yang ajaibnya hal itu tidak begitu. Ibu hamil seolah-olah mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini.

Tip bagi kelihatan gagah dan tangkas serta tiada masalah pernafasan ketika mengandung ialah dengan mempelajari teknik-teknik bernafas dengan betul. Yoga adalah teknik senaman dalaman yang baik untuk pernafasan ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong dan teknik-teknik meditasi lain boleh diamalkan. Bagi wanita Islam, anda digalakkan banyak bersembahyang dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apabila hati tenang maka dengan sendirinya anda akan berasa mudah untuk bernafas.

Sukarnya berjalan

Dengan perut yang sudah membesar dan payu dara yang ikut membesar, anda seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Kebanyakan ibu hamil akan berasa mengah dan nafas menjadi tercungap-cungap setelah berjalan agak lama dan jauh kerana anda terpaksa membawa badan yang begitu berat dengan pertambahan cecair dalam badan.

Untuk kelihatan segar dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Pakailah kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih ingin kasut yang bertumit, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja. Selain itu, amalan meminum susu dan sumber makanan yang kaya khasiat kalsium juga boleh menguatkan tulang dan anda tidak mudah penat jika berjalan jauh.

Bentuk payu dara lebih menawan

Jangan risau dengan penampilan diri anda yang tidak lagi menawan seperti dahulu terutamanya pada payu dara. Payu dara wanita hamil memang akan membesar sedikit sepanjang kehamilan. Jika sebelum mengandung saiz mangkuk payu dara anda ialah 34A maka sewaktu hamil, ia mungkin bertukar ke saiz mangkuk 38B atau 36C. Keadaan ini disebabkan bertambahnya pelbagai cecair dalam badan dan payu dara ekoran pertambahan bermacam-macam hormon khusus ketika mengandung.

Antara hormon-hormon tersebut ialah: 1. Estrogen - berfungsi membentuk sistem pemprosesan susu dalam payu dara2. Progesteron - berfungsi membentuk sel pengeluaran susu dan membentuk puting susu agar lebih jelas menonjol3. Prolaktin - berfungsi mengeluarkan kolustrum - susu berwarna kuning yang keluar pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Ia amat kaya dengan antibodi yang bertindak menghalang bayi daripada terkena jangkitan penyakit.

Lebih menawan

Ada yang berpendapat bahawa wanita hamil kelihatan lebih seksi berbanding sebelum mengandung. Kenyataan ini ada benarnya kerana jika dulu anda terlalu kurus kini setelah hamil tubuh anda tambah berisi dengan dada dan punggung yang penuh. Di samping itu, sewaktu hamil anda akan mengalami perubahan pada warna dan tekstur kulit. Malah, jika anda mahu berjemur untuk mendapatkan kulit ‘tan’, inilah masa dan ketikanya. Malah, sesetengah wanita nampak lebih gebu kulitnya ketika hamil. Sebahagian wanita lain mungkin mendapati kulit pada wajah mereka menjadi sangat lembut.

Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada individu. Ada wanita yang mengalami bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Bagi wanita berkulit putih, kadang-kadang akan muncul bintik-bintik merah di wajah mereka. Manakala, wanita hamil yang berkulit hitam manis akan mengalami bintik-bintik yang lebih terang warnanya.

Dengan wajah yang ketara lembut dan gebu, anda berhak membayangkan bahawa anda adalah wanita hamil yang istimewa. Malah, rambut wanita hamil akan menjadi bertambah lebat dan bersinar-sinar. Hal ini mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ada wanita yang mengalami keguguran rambut dalam tempoh ini.

Berfikiran positif

Walaupun tubuh anda gagah dan sentiasa cergas, namun kadangkala mental pula yang bermasalah. Ada wanita yang cergas fizikalnya tetapi lemah apabila berhadapan dengan tanggungjawab baru ataupun perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.

Amat penting anda berfikiran positif ketika ini kerana pelbagai perubahan mendadak mungkin tidak dapat diterima oleh anda apatah lagi dengan perubahan bentuk badan. Tidak kira anda sedang hamil anak pertama, kedua ataupun yang ketujuh, anda wajar bersikap positif sentiasa. Dengan sikap yang positif dan fizikal yang cergas, anda akan kelihatan seperti “Superwoman”.

Kesimpulannya, anda sebagai wanita hamil masih boleh tampil cergas, gagah dan riang sentiasa biarpun sedang sarat mengandung. Kesemua masalah tersebut tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk anda bergaya dan sihat seperti wanita lain dan sudah tentu sekali berhak dipanggil “SUPERWOMAN”.

102848 | posted by akubudakkecik at 3:06 | 0 comments

~Mulut takleh tutup..hehee..~

dah beberapa ari sebenarnya aku sakit perut.aleh aleh ari ni aku decide nak gi jumpa dr. Gi klinik yg aku selalu pergi.tengok-tengok dia rehat lunch hour.dengan hampanya terpaksa gi makan dulu...abg nak gi post opis sebab nak renew driver license..so, pergi pejabat pos yang terdekat...sesampai dipejabat pos, abang kuar nak gi renew license la, aku tunggu dlm kete..pehtu gi makan kat gerai..paaanaaaasssssss!!..

nape ek panas sekarang ni? berpeluh aku makan..peluh sakan.walaupun ada kipas besar kat belakang...tapi tak de la aku merungut sgt..sbb nya terfikir.kalau kat neraka lagik panas.kat padang mahsyar lagi panass..bukannya ade kipas kat belakang pun..

mm..abang tak nak makan sebab kenyang katanya.lagipun pagi tadi dia makan banyak!..aku masak sambal tumis ikan bilis..giler-giler dia makan..:D pandai jugak aku masak..sedap..

pehtu beransur pegi ke klinik tadi.takde org.sib baik.terus leh jumpa dr.isi borang ING dan tunggu sat.pehtu nurse panggil.tapi nurse tu asik masaaammm jerk.badmood kot...pehtu aku masuk jumpa dr.dr tu rupa dia biasa jer..senyum pun idak, masam pun idak..biasaaaa jer...

pehtu aku cakap la kat dia...mmmm...gini gitu gini gitu...gedebak gedebuk test itu ini....aleh aleh..dia kata ..mmm aku pregnant..sebulan sengah dah..wah! berbunga riang la hatiku...! rasa nak tersenyum pun ada..nak tepuk tangan pun ada...tapinya..bila tengok muka dr biasaaaa jer..senyum pun idak, masam pun idak...mmm..membantutkan keriangan aku..aku pun buat biasaaaa jer....simpan dulu..simpan dulu...

heh heh..pehtu bila kuar bilik dr, aku dah tersenyum mandang abang dari jauh...pehtu aku beritahu ler dia berita tu..sampai ke opis dia asik senyuuummm memanjang tak leh tutup mulut..:D sama la aku puuun...alhamdulillah..

semoga zuriat yang ada ni, akan berkembang dengan sihat,cantik, cerdas dan bijak....(erkss..ada lagi tak yang aku terlupa?)

102822 | posted by akubudakkecik at 1:10 | 3 comments

Sunday, April 25, 2004

~Wanita~

Tentang wanita.ada org bagi email kat aku.nak share kat sini...

------------------------

> Istimewanya Wanita dalam ISLAM
>
>
> Kaum feminis bilang susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan
> dibawah ini :
>
> 1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
> 2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah
> tetapitidak sebaliknya.
> 3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
> 4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
> 5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
> 6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd
isterinya.
> 7- talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
> 8- Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak
> ada
pada
> lelaki.
>
> Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??
>
> Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
> ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan
> dibiar terserak bukan?
>
> Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami
> tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
> bapaknya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
>
> Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
> milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,manakala
> lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan
> anak-anak.
>
> Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
> setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh
> makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan
> adalah syahid.
>
> Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4

> wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
> perempuannya.
>
> Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
> oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
> lelakinya.
>
> Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
> Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu,
> puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
>
> Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat

> akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
> turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
> tanpa perlu mengangkat senjata.
>
> Masya ALLAH ...
> demikian sayangnya ALLAH pada wanita ....
>

102799 | posted by akubudakkecik at 21:07 | 0 comments

~Jalan-Jalan carik makannn..~

......
hari ni best sebab abg ajak makan kat putrajaya dan tengok rumah-rumah kat situ..aku makan beefsteak,air buah mempelam dan...pisang..hehee...kena makan pisang la...utk kesihatan ususku..

perut aku asik sakit jerk..tu yg kena makan pisang tu..usus aku tak berapa elok.dr kata mungkin keturunan usus tak kuat.ntah ler..tapi tak pe, aku cuba supaya dia jadik kuat.

mmm...aku tak jumpa dr lagi ni.hari tu jumpa dr dia kata tak de zigot lagi.dia soh dtg minggu depan..hari ni la tu tak pun esok..alah malas nya nak jumpa doktor.tunggulah...

102674 | posted by akubudakkecik at 0:11 | 0 comments

Friday, April 23, 2004

~Terkenang..~

membaca kisah yang hs tulis, membuatkan aku terkenang...terkenang saat saat along aku dimasukkan kat hospital..terkenang setiap hari betapa dia berusaha melawan penyakit anemia nya...terkenang muka lesu dia tak bermaya ketika darah didalam badannya setiap hari semakin berkurang dan ada ketikanya tumpah melimpah....terkenangkan betapa dia menahan sakit bila doktor menebuk lubang dibahagian dilehernya sebab tak ada saluran lain yang tinggal utk disalurkan darah dalam badan dia...aku terpaku melihat dia ketika itu..apa dayaku..

setiap pagi aku bangun 4 pagi.masak utk along, bersiap-siap dan bergegas ke hospital.ada beberapa ketika dia tak dibenarkan makan,jadik makanan yg aku bawak akan dibuang begitu saja..tapi aku tak pernah kisah..petangnya aku bawak lagi makanan yang dia suka...kadang-kadang dia makan sikit....sampai kemalam aku teman dia..dan setiap hari pukul 12 tgh malam baru aku tiba rumah..kadang-kadang aku tido diatas kerusi dalam wad....

aku cuma satu-satunya pendorong dia..harapan mak dan abah aku utk melihat dan menjaganya setiap hari..melaporkan setiap keadaannya pagi dan petang..aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya dia saat-saat dia di'kemoterapi'kan...aku tak lupa..dan aku tak akan lupa...petang itu dia kelihatan sihat,tapi cuma aku hairan dia tak banyak bercakap..dia mintak aku teman dia malam tu utk kesekian kalinya..tapi aku fikir dia macam dah nak baik dan aku tak menemani dia malam tu..mana aku nak sangka malam tu nurse telefon pukul 2 pagi...menyuruh aku ke hospital sebab along muntah teruk..muntah darah..

menggigil aku membasuh muka dan bergegas tukar baju.dari rumah sewa aku pecut kereta, seorang diri membelah malam.140 km/j. aku sampai 2.15 pagi..kaku seketika melihat nurse sibuk membuka cadar sebab along tak boleh bangun utk membuang air...malam tu dia batuk dan muntah dgn teruk.darah memercik dari mulut dia tumpah ke rambut..aku lap kan setiap percikan darah itu di rambut,dicadar..dan semua kawasan..bagi dia selesa semula..seketika dia diam dan berkata pada aku
"angah, kalau along jadi apa-apa, kirim salam kat mak, abah dan adik-adik ye.."
..
aku sedih sangat masa tu tapi aku cuba tersenyum..dan aku cakap kat dia "along tak akan apa-apa..along tak akan apa-apa..cuma along kena kuat tahan sakit..along akan ok..jangan risau..sekejap je sakit ni...salawat banyak-banyak.."

demam along masih berterusan..panas sgt badan dia..sepanjang malam aku lapkan dia dgn tuala basah.tetiba masa tu nurse masuk..soh aku tepon abah ngan mak kat melaka.."nak buat ape?" aku tanya..aku tak mahu risaukan diorang.."manelah tau.."kata nurse...aku berfikir sekejap..dah pukul 6 pagi..aku fikir baik aku telefon,walaupun aku tak setuju dgn nurse, tapi aku tak mahu menanggung semuanya seorang..

......

itulah detik detik yang tak akan aku dan family lupa selama-lamanya..terutamanya aku..sebab semuanya didepan mata aku...dekat setahun along kat hospital, setahun itulah aku menyimpan air mata..setahun itulah aku menyimpan segala kegembiraan org-org yang seusia dgn aku..dan setahun itulah aku bergelumang dengan segala ketensenan dan kedukaan..

aku tak mahu lagi kesedihan..aku tak mahu lagi kedukaan....sehingga kini, along tak berani nak pergi mana-mana seorang diri walaupun dia dah tak makan ubat dah..alhamdulillah, beransur pulih..apa pun, biarpun sekarang dia tak macam along yang dulu (dulu dia tegas dan tahu buat sumer kerja sendiri.lepas sakit dia jadi manja dan semua pun takut) , dia tetap along yang banyak memberi tauladan pada aku tentang erti kesabaran....

walaupun semuanya telah berlalu, tapi aku tetap akan mengalirkan air mata bila teringat kisah itu...air mata yang dulunya aku tak boleh nak keluarkan..sebab aku tak mahu dia lihat air mata dari aku..dia boleh lihat air mata orang lain, tapi bila aku yang mengalirkan dia akan jadi lebih lemah...lebih sedih dan lebih berduka dari aku..cara terbaik aku tak pernah nangis..tak pernah..walaupun hati aku sedih..

---
mm..tapi sekarang, senang jer aku nak nangis..sebab aku nak merasai kembali kesedihan bersama air mata yang aku tinggalkan dulu...takper tak? :D

102475 | posted by akubudakkecik at 3:38 | 1 comments

Thursday, April 22, 2004

cakit palerrr...

sejak ptg smlm dan sehingga sekarang aku diserang sakit kepala..pagi tadi lepas mkn sarapan terus kuar balik(muntah).balik opis terus meeting.tak larat ni.mkn nasik tghari dgn sayo jer + begedil + telur asin. ingat nk beli kfc tomyam tapi ramai lak org yg beratur.so tengah makan dgn perlahan lahan.satu suap, rehat sat,menaip, termenung dan seumpamanya.pehtu suap lagi..sgt berhati hati takut termuntah balik.aku rasa badan dah masuk angin sbb smlm mkn nasik sekali jer, itupun pagi...

------------------

baru abeh makan.sakit paler lagi.ingat kalo makan dah tak sakit pale.alamak cemane ni.takkan nak haf day.boring la dok rumah sensorang..mmm..tido lah sat..ooo aku kena wat minit utk meeting tadi.lupalak.alahai..malehnya nak wat..! sat gi ah ..

102439 | posted by akubudakkecik at 23:19 | 1 comments

Wednesday, April 21, 2004

~presentation~

Aku cantek tadi masa present.tengokla gambo ni :D



aku baru lepas presentation.kena present pasal IP ngan TCP UDP.pergh!!!...rasa cam beeessstttt jerk ngajo org yang dah pandai.aku tak tahu byk sebenarnya.tapi,yerkla kan..takkan nak tunjuk tak tahu ape-ape kot...heh heh heh...anyway, aku rasa presentation aku bagus sbbnya ramai yang participate tanya itu ini dan berminat nak dengar.sekurang-kurangnya takde yang tido..heh heh....

aku tak makan tengahari lagi ni.sekarang dah 5.48 petang.nak gi solat dan makan dan balik.tadi datang awal tau.lom kul 8 lagik dah sampai opis.sbnarnya presentation slide aku tak siap lagi tadik sbb tu datang awai..kalo takkkk mmmm...alamat kul 10 laaa...heh heh...

102135 | posted by akubudakkecik at 3:51 | 8 comments

Tuesday, April 20, 2004

ala..cemane ni..
aku gi tengok weblog aku kat pc kawan aku pun tak leh kuar gambo baby kat telur pecah ni..
padanla ada yang takleh tengok gambo aku post..
mmm..cuba kawan-kawan right click kat gambo yang tak leh tengok tu.amek properties.highlight kat link dia.copy.dan paste kat browser.ok tak?..mmmm..

aku dah cuba buat balik.tapi tak tahu ler leh tengok ke idak..mmm..bagi respon ek?mmm...

waaaaa!!!!!!!!!! toloooooonggggg!!!!

101885 | posted by akubudakkecik at 2:48 | 5 comments

Monday, April 19, 2004

~Aku suka lagu ni~

Kau Pergi Jua

Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

( 1 )
Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

( 2 )
Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali

( ulang 1, 2, 1 )

Ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
------------
meh download kat sini mp3 :
Adam Ahmad - Kau Pergi Jua

101829 | posted by akubudakkecik at 21:26 | 7 comments



aku buat wallpaper gambar ni satu ketika dulu.aku rasa comel..mmm...

101661 | posted by akubudakkecik at 4:33 | 3 comments

Sunday, April 18, 2004

~tak tahu nak citer ape~

mm..aku tak tahu nak tulis ape hari ni.cumanya dua tiga menjak ni aku asik baca paper jer.sblm ni aku tak baper minat nak baca paper.anyway, mmm....banyak perkara yang bermain di fikiran aku..tapi tak tahu nak cerita cemane..semalam gi umah akak husband aku..erkk..(akak ipar kot gelarannya).makan best.weekend tido sane la kiranya.mmm..pehtu mmm..mmm..aku takde idea lah nak citer ape.cumanya sembang-sembang kosong.tadi dapat surat poslaju.dapat kad american express maybank rupanya.aku tak apply pon.ntah cemane leh dapat.tahler..cam ade can jerk nak baiki kete petang ni hehee..satgi leh activate.well.iam in a good mood to study now.so nanti aku citer lagi.

aku terpk sbnarnya...mmm..ada zigot ke dlm perut aku ni...? hehee..

101610 | posted by akubudakkecik at 23:05 | 2 comments

Friday, April 16, 2004



try letak gambar aku :D
-----------------
waaaaaaaaahhhhhhhh dah pandai!..keh keh keh.musti korang kata ntah ape-ape le abk ni.aku memang tak pandai.tapi sekurang-kurang aku cuba belajar dan tak ciplak template orang kan kan kan.eheh....

101049 | posted by akubudakkecik at 0:57 | 3 comments

Thursday, April 15, 2004

Korang pernah alami tak?

abg: abg rasa cam penah taip jek mende nih
aku: mende pe?
abg: cam dah penah mengalaminya sebelum ni...
aku: isk isk ape nye
aku: ???

abg: menaip report ni la..
aku: report ape
abg: isk.. takde pape la..
abg: syg penah rasa tak? kengkadang kite rasa cam kite penah melalui mende yg kite tengah lalui tuh... keadaan yang same... cam seolah olah kite lalui mende yg same skali lagik...
aku: ha'ah
aku: pernah.
aku: dan selalu.
aku: dulu selalu.
aku: skrang ni dah jarang-jarang

abg: hmmm... cam magik laks..
aku: ha'ah.memang sayang ada terbaca pasal tu dlm satu artikel sbnarnya.
aku: kalau tak salah itu adalah bayangan yg kita dpt tentang apa yg akan kita lalui nanti (akan datang)
aku: itu boleh terjadi dlm mimpi atau adalah bayangan.
aku: mmm..
aku: satu lagi kalau abg perasan.
aku: kalau kita berjalan.
aku: dlm rumah atau kat mana-mana.
aku: sekali imbas kita akan terperasan macam ada satu lembaga hitam tengah duduk
aku: atau berjalan
aku: atau tengah memandang kita.
aku: tapi bila kita pandang balik, ia tak ada sbnarnya

abg: hmmm...
aku: syg pun ada terbaca tentang tu dlm satu artikel.
abg: betul.. cam penah lalui jek..
aku:
abg: ape tu sebenonye ?
aku: cam dlm artikel tu kata, ia bukan nya hantu atau apa-apa yg seumpamanya
aku: tapi, ia adalah normal yang berlaku dlm kotak ingatan kita.
aku: dan ia adalah imbasan sahaja.

abg: oo...ok...
aku: dulu syg jarang nampak
aku: tapi, sekrang ni selalu juga.
aku: mungkin utk mengingatkan sayang yg setiap langkah sayang diperhati.
aku:

abg: tu la...
abg: abg kengkadang rasa macam ade orang datang kat blakang... pusing takde plak...
abg: ingat kot syg ker...
aku: ha'ah betul.
abg:tu larrr...
----------------------------

korang pernah tak jadik cemtu..? aku rasa jawapan aku tak tepat dan mungkin jugak salah.sbb aku tak ingat sgt apa artikel tu ckp.tapinya beh kurang cemtu ler kot...ada sesape yg tau tak..

100811 | posted by akubudakkecik at 0:40 | 5 comments

Wednesday, April 14, 2004

Adeih..

tadi aku dok khusyuk membaca cerita cerita seram.memang seram la.aku pun takut.baca kat ada satu site ni.tetiba ..

gedegannnnnggggggggggg!!!!!!!!!!!!!
abaaaaaaaaanggggggggg!!!!

adeh adeh...

aku menggigil ketakutan.hantu?..sirius.memang aku takut.sakit bahu aku.rupanya white board kat belakang aku jatuh.ceh.buat terperanjat org je.mcm nk luruh jantung aku.ingatkan bangunan nk runtuh.sekelip mata je aku tengok abg dah ada depan mata.sakit tak?dia tanya.sakit laaaa...aku jwp..rasa nak nangis pun ada sbb terperanjat sgt.sekalik mamat opis sorang ni berkata-kata.kira concern gak la..."aku ingat tikus tadi.kalo tikus,masaaaakkkkk la ko.." cehs...

100615 | posted by akubudakkecik at 7:57 | 2 comments

very gud site:
http://www.b4death.com/web/lastbreath.htm

100572 | posted by akubudakkecik at 2:12 | 0 comments

aku ari ni gi mkn kfc tomyam lagik.tapi kali ni aku rasa last la makan kfc utk minggu ni hehee..sbb nya aku dah tak larat nak makan ayam dahhhh :P

mmm...
ari ni aku ingat nak citer pasal aku.nape aku malas sgt nk membaca.waaa!..aku kena berusaha.aku ingat aku hebat, rupanya aku paling corot sekali kat opis ni.so kena usaha lebih skek.tapi tetiba datang pkran jahat, aku keje ke tak keje ke duit gaji masuk jugak.tapi aku harus pk, ada berkat ke kalo dpt gaji cemgitu?..ala org lain main gaaaammeee jer..aku cam nak giler kerja.tapi derang gak dapat kenaikan gaji lebih dari aku.so cemane? aku rasa unfair.tapi,kalo nk dibandingkan, aku nye expertise byk mane lah banding ngan org lain...waaa...!! untung dok sini.sekurang-kurangnya takde orang nak pressure2 soh wat keje.biarlah..org lain dpt rezeki masing-masing.dah rezeki aku cukup takat tu jer.bersyukurlah dengan apa yang ada...tu lah! tak pernahnya nak bersyukur.sebab tu Tuhan bagi aku takat tu jer...isk isk isk apelah aku ni...

100566 | posted by akubudakkecik at 1:31 | 0 comments

Tuesday, April 13, 2004

Ntah ape ape aku buat ari ni..

dengar recording siti nanyi mlm berita harian tu.bestnyer.aku dok menyalin senikata dia.tak tahuler betul ke idak:

~Hapuslah airmatamu~
Dengarlah bisikan hati utkmu yang tersayang
Walaupun apa terjadi, tiada perpisahan
Itulah janji-janjinya yang tak mungkin berubah
Tiada perpisahan yang akan terjadi

Diriku ini yang selalu setia..yang selalu setia padanya
Engkau campakkan cintaku yang suci..cintaku yang suci darimu..

Selama ini kau selalu bermesra...dan selalu bermesra dengannya..
selama ini diriku menderita diriku sengsara kernanya
Hapuslah airmatamu usahlah kau bersedih
Tiada penyesalan yang insaf(errkk betul ke) bagimu...

100326 | posted by akubudakkecik at 3:06 | 2 comments

Monday, April 12, 2004

wah best! rasa bebas..!

tadi aku gi makan kfc tomyam..pergh! sedapnyerrrrrrrr........sape tak cuba lagi, cuba laaa...best best best!

hari ni rasa best dan rasa nak bergumbira..:D

100101 | posted by akubudakkecik at 0:59 | 8 comments

Sunday, April 11, 2004

::Always Think Positive::

Ni aku dapat dari simpanan aku hehehee...rasa nak paste disini..
---------
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. As-Sajdah ayat 15-16."

------

you cannot always control your circumstances, but you can control your own thoughts. There is nothing either good or bad, only your thinking makes it so.

Things seem to turn out best for those people who can make the best out of the way things turn out. It is not the situation, it's your reaction to the situation.

The reality of your life may result from many outside factors, none of which you can control. Your attitude, however, reflects the ways in which you deal with what is happening to you.

Life at any time can become difficult. Life at any time can become easy. It all depends upon how you adjust yourself to life.What you see in your mind is what you get out of life.

ALWAYS BE PREPARED FOR SUCCESS.
-----------------------------------------------
There is no shortage of opportunity. Every day you are presented with countless opportunities to be, or do whatever you desire.
Luck is a matter of preparation meeting opportunity. Don't miss out on an opportunity because you're not prepared.

Your preparation is absolutely essential. To achieve success, you must have self discipline. You must increase your knowledge and develop your skills.

You're always in the right place at the right time when you're prepared.

....

100042 | posted by akubudakkecik at 20:26 | 0 comments

Saturday, April 10, 2004

I'll take the risk..

selepas beberapa minggu dalam kekalutan dan keserabutan, akhirnya aku telah membuat keputusan yang aku rasa muktamad. Aku nak buat AI field instead of network utk akunya master. Aku nak wat fuzzy Expert system.ini yang aku idamkan selepas buat bachelor dulu.

apa-apa pun aku akan menghadapi dua risiko - 1: aku akan lebih sibuk sbb kerja opis dan kerja research master berlainan(sblm ni aku nak wat sama) 2: aku terpaksa start balik sumer (anyway, yg topic dulu aku dah start dlm 20%)

tapi, that is the challenge kalo memilih apa yang aku minat. aku tak mahu duduk termenung memngambil masa utk mententeramkan diri yang selalu serabut sbb tak minat network. aku tak mahu.membuang masa aku.aku fikir lebih baik amek risiko ni daripada buat sesuatu yg hasilnya, aku sendiri tak puas hati.

mm..aku tahu mungkin susah, nak adapt kan Fuzzy dgn image processing,tapi aku akan cuba.aku nak hasil yang paling maksimum, dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga jer..dan buat ala kadar semata-mata utk lepas dapat master. aku nak hasil kerja aku leh dibentangkan di journal international...dan utk itu, aku harus buat apa yg aku minat supaya aku enjoy buat kerja aku..

well..
satu menda aku dpt semalam, dari datok hassan alhafiz:
"Orang yang berjaya adalah org yang dapat membahagikan masanya kepada tiga; iaitu satu untuk dirinya, satu utk manusia lain dan satu untuk Allah. maksudnya waktu adalah 24 jam, jadinya 8 jam utk diri sendiri,makan, mandi dsb, 8 jam lagi utk isteri/suami, jiran, kawan-kawan dsb,dan 8 jam lagi untuk Allah"

aku cuba start pagi tadi.membahagikan masa aku.tapi..erkkkksss.....
aku dah terlebih tido dekat 11 jam..maklumla arini cuti..
sampai pening pening kepala aku tido.. heh heh heh...takpe,aku akan cuba lagi..

99832 | posted by akubudakkecik at 1:40 | 0 comments

Thursday, April 8, 2004

aku tak buat apa hari ni cumanya browsing and browsing and browsing..baca blog,upload gambar,buat website..membaca buku?jauh sekali.satu ayat jer dah buat aku boring..tak semangat nak wat apa apa.aku ada tulis surat yang entah apa-apa utk Dr kat faculty..tapi aku simpan jer..tak sanggup rasanya nak bagi email utk sesapa lagi dalam keadaan yg tak menentu ni.dah le aku hantar email kat bos tadi ntah hapa hapa aku bebelkan..waaaa..! tu lah aku, lain kali bagi cool dulu baru leh wat apa-apa yg rasional.entah-entah bos aku ignore je email aku tu..kua kua kua..maluuuuuuuu...tapi aku nak wat bodo jer..

tq kengkawan..aku dah ok skek...yang penting, dalam sedih kena senyum dan senyum dan senyum..kan kan kan...mujur ade opis mate yg suka menegur kat sini, yg membuatkan aku terpaksa jugak senyum dalam tangis..heh heh heh..

erkkss tapi ternangis gegila gak tadi dlm bilik air masa nak solat zohor..aku tak makan lagi dari pagi ni..so kepala aku tengah sakit..dan pening...tak cukup glukosa kot..mmm...

99493 | posted by akubudakkecik at 4:37 | 3 comments

Wednesday, April 7, 2004

Hadis Nabi S.A.W, “Sesiapa yang mengahwini perempuan kerana bertujuan menahan pandangannya, memelihara kehormatannya, menghubungkan silatur-rahim, maka Allah akan memberi berkat kepadanya dengan perkahwinan itu, dan Allah juga akan memberi berkat kepada perempuan itu dengannya.”

~diamek dari blog kiambang,sorry yer kiambang.tapi,hadis ni bagus.suka aku nak quotekan balik kat blog aku. :D ~

99435 | posted by akubudakkecik at 23:35 | 0 comments

~sedih teramat~

aku teramat sedih hari ni..
aku dah mintak cuti secara tiba-tiba start petang ni sehingga 16/04/04.aku rasa tak tenteram..dan tak leh nak bekerja dgn baik.
aku harap bos bagi aku cuti...mmm..:((

bermakna lama lah aku tak akan menulis di blog ini.tapi itu bukanlah agenda penting..yg penting, aku sedih sgt ni...sedih sgt..aku tahankan air mata..tapi dia nak mengalir jugak!! cemane ni..mmm..dah mengalir dah sikit..

aku tak boleh cerita..tak boleh cerita..itulah kelemahan aku...aku tak boleh nk cerita pada sesiapa...cemane ni! aku takut ada yang terasa hati,menjauhkan diri, dan tak mahu menyayangi aku lagi...
dan juga takut ada yang salah tafsir...ah! betapa susahnya menjadi perempuan yang penuh emosi...sebaknya..

banyak yang perlu aku cerita.byk yang perlu aku jelas kan..segala tindakan aku semua ada reason yg aku rasa munasabah.dan semuanya aku dah pertimbangkan dulu..tapi kenapa impian tak jadi kenyataan..kenapa ada dusta disebalik kata..kenapa ada rahsia disebalik wajah? ah! sukarnya mentafsir mimpi..lagi sukar mentafsir sebuah hati..aku penat..penat dan teramat penat dgn hidup yg begini...

sukarnya kalau berkata-kata dan disalah tafsir..sukarnya berkata-kata dgn org yg selalu menganggap dirinya serba kekurangan sedangkan aku telah cuba sedaya upayaku utk menyingkirkan perasaan tu dari dlm dirinya...mesti ada yang salah..mesti..

mm..Tuhan, semoga Engkau berikan aku kekuatan utk meneruskan hidup ini..meneruskan apa yang aku perjuangkan..berikan aku kekuatan hati utk menempuh segala macam jenis karenah manusia...segala macam perangai..dan juga anugerahkan lah aku kesabaran dan kebaikan budi pekerti, keelokan bahasa dan keagungan hati yg suci..

hidup bukan utk bersukaria..bukan utk bermanjaan selamanya..hidup banyak perlu difikir..byk perlu diusaha..byk perlu dipertimbangkan..dan juga
..
..
banyak perlu dikorbankan..

99426 | posted by akubudakkecik at 22:51 | 4 comments

~Quote~

tadi aku mencari-cari quote yg bagus utk letak dlm website aku.sumernya aku simpan dlm satu folder txt.tetiba dgn tak disangka, aku terjumpa satu luahan kata-kata dlm satu file.aku terkedu.luahannya begini:

Bila agaknya pengakhiran hidup ini
Tak tahu dimana hendak mengadu
Cuma pada Tuhan dan keybooard di tangan

Tak sanggup lagi meneruskan hidup ini
Mengapa ada kesedihan datang melanda
Dan mengapa..

Tuhan tak akan menganiaya hambanya cuma hambanya itu yang menganiaya diri sendiri
ya, aku menganiaya diri sendiri
dan akibatnya kemurungan dan kesedihan datang menjelma
berdiri diatas keimanan yang senipis kulit bawang
aku tak akan dapat hidup tenang dan tenteram
menghadapi segala permasalahan dunia dan konflik diri

entah dimana hilangnya ketabahan yang dulu
entah dimana hilangnya keyakinan yang dulu
dan..entah dimana hilangnya 'aku' yang dulu
.....

kadang kadang benci dengan diri sendiri
kadang kadang benci dengan kenangan hidup sendiri
kalau boleh kuputarkan masa
aku tak mahu hidup dalam kenangan masa silam yang pedih
aku mahu hidup dengan apa yang aku bayangkan dulu..

Tuhan...tabahkan hatiku..

----
mmm...sedihnya baca luahan hati sendiri...dan aku juga dapat sesuatu yg membolehkan aku berfikir kembali supaya aku tak liat nak bangun solat :

"Diberitakan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan, 'Tidurlah engkau sepanjang malam.' Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpulan. Jika dia berwudhu', lepas pulalah satu simpulan. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas." SHAHIH BUKHARI "

daaannn...sesuatu yg rasanya menambat hati aku :

Some people come into our lives and quickly go.
Some people move our souls to dance.
They awaken us to new understanding with the passing whisper of their wisdom.
Some people make the sky more beautiful to gaze upon.
They stay in our lives for awhile, leave footprints in our hearts, and We are never, ever the same.

ada banyak lagi yg aku simpan rupanya.nanti-nanti aku paste lagi.letak byk sgt nanti tak tertelan lak..heh heh heh..

99243 | posted by akubudakkecik at 1:27 | 3 comments

Tuesday, April 6, 2004

~ Hapuslah air matamu ~

hapuslah air matamu...usahlah kau bersedih..

ps: tq hs

99139 | posted by akubudakkecik at 3:40 | 0 comments

Monday, April 5, 2004

tetiba pagi ni aku dikejutkan dengan satu lagu yg bermain di benak fikiranku dan membuat aku termenung seketika..

"iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertakwa..ia tak dapat dijual beli..ia tiada ditepian pantai..walau apa pun caranya jua..engkau mendaki gunung yang tinggi..engkau merentas lautan api..ia tak dapat jua dimiliki..jika tidak kembali pada Allah.."

dan lagu ni terngiang-ngiang dikepala aku sehinggalah aku naik kereta ke opis..
pada masa ini aku berfikir-fikir..ah!betapa susahnya mendapat iman.buat apa pun tak dapat.kecuali merujuk kepada Allah..dan aku rasa betapa nipisnya iman aku.membuatkan aku marah-marah utk kesekian kalinya kat tudung aku yg susah nak betul pagi ni..

tengah tensen tensen tu,tetiba husb aku nyanyi "bersabarlah..dan bertawakallah..dalam kehidupan ini.." mmm..membuat aku terfikir lagi..betapa rendahnya tawakkal aku pada Tuhan dan kesabaran aku.Macamana nak jadik org yg sabar dan tawakkal?

dan aku berfikir lagi.aku rasa marah dengan diri sendiri.sbb terlalu malas..malas yang amat. nape?..tak de motivasi..takde semangat..
dalam kereta aku terfikir lagi..kalau aku bukak pintu kereta ni dan melompat keluar (masa kereta tengah laju 120km/h)..musti aku mati..dan tak yah pk dah pasal dunia..tapi,adakah mati menyelesaikan masalah?

aku dapat bayangkan nanti, dialam lain aku akan ditanya.dimana iman kamu?dimana iman kamu sehingga sanggup membunuh dirimu sendiri..dimana ketakwaan kamu kepada Tuhan?mmm...mati lagi masalah..itu kalau matila pun..buatnya aku lompat kuar dari kereta tapi tak mati, lagi susah.sakit sana sini..mmmm...utk kesekian kalinya aku masam mencuka..entah apa yg aku sakit hatikan entahla..sakit hati dgn diri sendiri..sakit hati dengan tudung..ah!betapa tak logik.kalo didengar dek org..nape dia tu cam tu tu? alaaa..sakit ati dgn tudung...kua kua kua..musti kena gelak punya lah..dgn tudung pun nak sakit ati..

mm..tengah dok masam mencuka tu, tetiba husb aku nyanyi lagi.."andai diberikan emas permata...kupilih senyumanmu...andai kupunyai mahligai indah..kuhadiahkan untukmu.." bab 'senyumanmu' tu dia kuatkan suara..nyanyiannya membuatkan hati aku dicuit cuit....mm...:D dan buat aku tersenyum tersengeh..rasa nak tergelak pun ada..tq abang..tq buat aku tersenyum utk mulakan hari ini..

99109 | posted by akubudakkecik at 22:13 | 2 comments

nak citer ni nak citer ni...(xcited)
aku baru beli laptop weekend baru ni..first time ada laptop sendiri.selalu tu asik pinjam opis jerk.seronok nya!..
:D

mmm.....
rindulah nak balik kampun..tapi takleh balik..rumah dah roboh...mmmm...mak ngan abah pun dah tersepit...mmm..kalo balik pun buat menyemak jer....

oklah blog, aku kena siapkan literature review detail ni.tadi dah antar yg draft punya...lepas antar tu besela..heheee..ronggeng tengok blog sat..tapi masalahnya network ni buruk nau..

mmm..oklah.nak start wat keje ni.erkksss kalo aku takde fixed line tepon kan..pehtu tapinya aku nak pakai streamyx..camner ek.ade peluang tak? ade sesape org streamix tak kat sini yg leh tolong aku?..maleh aa nak tepon tepon..:D

okes nanti aku citer lagik...berusahalah aku!..heh heh heh..

99014 | posted by akubudakkecik at 3:37 | 0 comments

Napelaa hai...

" kawin baru setahun jagung...macam la dah master tentang perangai lelaki.....blah la lu....
aku tak setuju langsung... dengan pendapat kau
ni aku ada nak bagi nama baru kat kau..... 'Pn. Muntah" - adyka "

aku rasa mungkin ada ramai lagi yang tak puas hati apa yg aku tulis baru ni selain dari adyka. mm..kepada pembaca yg tak puas hati, minta maaflah. aku cuma menyatakan pendapat aku kat sini.pandangan aku tentang lelaki.itupun ada org tanya aku.aku cuba menolong sedaya aku mampu dgn pendapat dan pengalaman aku yg baru setahun jagung ni.

aku tahu aku bukanlah dah kawen dua puluh tahun utk mengevaluate seorang lelaki.tapi,aku seperti yg aku kata, ia hanyalah pandangan aku..dan cerita-cerita aku kat sini cumalah tentang diri aku.hidup aku.pendapat aku.apa aku fikir..

memang aku baru kahwin setahun jagung.dan sebab itulah aku tulis diblog ni.menceritakan isi hati aku.menceritakan kisah hidup yang baru..yang aku lalui sejak aku berkahwin.sebab semua ni aku tak boleh nak share dengan sesiapa..parent dan adik beradik aku seolah-olah mengasingkan aku dari hidup mereka..dan pada siapa lagi aku nak bercerita..

jika disini pun aku dibenam dgn kata-kata yg spt diatas, ntahlah....aku cuma terfikir.ada juga org yang suka nak tengok orang lain bersedih..pada aku,org spt itu susah nak menggembirakan org lain sbb dalam hatinya penuh dgn kebencian..penuh dgn amarah..dan penuh dgn prasangka terhadap org lain..

semoga aku ada kawan-kawan lain yg lebih berbudi pekerti bahasanya disini..nak tegur aku, tegur dgn cara baik dan berhikmah kalo korang rasa aku salah..ntahlah..tegur dgn cara 'dia' ni buat aku rasa betapa rendahnya bahasa dia..

aku quotekan balik kata-kata aku.dan aku nak tahu kat mana silapnya aku berkata-kata :

1. "kbnyakkannya tak mcm tu.diorang lebih suka diamkan diri.dan cuba solve sendiri."
-disini aku mengagumi seorang lelaki kerana sebolehnya dia tak minta pertolongan sesiapa.disini proudnya seorang lelaki pada aku.tak tahu kalo org lain (lelaki) suka bercerita tentang masalahnya kat org lain...exceptional la.aku bukan memburukkan..cuma certain org lain character dia..suka hati masing-masing nak jadi macamana..

2. "lelaki susah nak ditafsir.apa perasaan dia dan apa yg dia nak.sbb lelaki susah nak beritahu kita sumer tu."
-ini related dgn yg atas.tak tahu kalo ada lelaki yg sedih cerita kat wife/awek dia yg dia tengah sedih.anyway,aku tak nafikan.memang ada yg macam tu.tapi aku tak kata sifat macam tu tak elok.cumanya aku generalize kan sifat-sifat lelaki yg aku nampak pada husb aku especially,lelaki2 yg aku kenal dan opis mates aku.

3. "tapi,jgn biar dia keseorangan.dia perlukan kekuatan,sokongan dan pemahaman"
-mungkin juga ada sesetengah nya yg tak perlu ketiga-tiga ni dan standalone.tak perlu wanita.tak perlu apa-apa. that is fine.very good.ini cuma generalize sifat-sifat.jgn pulak bengang konon-konon jatuh la ego lelaki kalau memerlukan ketiga-tiga ni dari seorang wanita...mmm..aku tak specify pulak 'wanita'. kalau ketiga-tiga tu dia dapat dari kawan-kawan baik(lelaki) pun ok.

4. "lelaki tak mengalirkan air mata.susah"
-husb aku kata,air mata adalah ego lelaki.tak tahu la kalo ade lelaki yg senang mengalirkan air mata..pun aku tak memburukkan sifat tu. meluahkan apa yg terbuku dlm hati is very good.sekurang-kurangnya ia terluah..dan tak meletup dgn kemarahan..

mmm...dan paling utama sekali, aku hanya menjawab apa yg iffa tanya, dan cuma related dgn dia..salah kah aku?

ABK :
"Keegoan yang melampau lebih menjurus kepada sifat kebudak-budakkan.."
betul tak?

dan, utk adyka:
ke'confident'an aku berkata-kata membuatkan ko tergugat, tak begitu ? heh heh heh..

99006 | posted by akubudakkecik at 2:51 | 0 comments

Friday, April 2, 2004

~Jawapan utk adik iffa~

iffa boleh panggil akak.eheh...
mm..iffa.spjg yg akak tahu, suami akak pun begitu.dan akak rasa semua lelaki macam tu.kecuali yg jenis memang suka bercerita cam ada sorang opismate akak ni.tapi, kbnyakkannya tak mcm tu.diorang lebih suka diamkan diri.dan cuba solve sendiri.

lelaki susah nak ditafsir.apa perasaan dia dan apa yg dia nak.sbb lelaki susah nak beritahu kita sumer tu.apa yg kita boleh buat cuma berikan dia masa berfikir utk menyelesaikan masalah dia.tapi,jgn biar dia keseorangan.dia perlukan kekuatan,sokongan dan pemahaman..pada masa dia tengah ada problem tensen keje atau sebagainya,kalo kita buat perangai dia lagi tensen.silap silap dia tak mo citer satu ape pun..

tak terkecuali, husb akak pun macam tu. waktu dia tensen buat kerja akak tak leh kaco dia,walaupun akak isteri dia..akak dulu tensen jugak sbb yer la kan kita pun nak perhatian.tapi, lama-lama akak faham.dan tak kaco dia..cuma buat air ke, tengok apa dia buat..dan temankan dia kalo akak termampu.lelaki tak mengalirkan air mata.susah.kita tak tahu kalo dia sedih..tak tahu apa pun..cumanya kalau kita memahami dia, lambat laun dia akan cerita masalah dia..

tu jer yg akak boleh beri pandangan..:D semoga iffa sentiasa sabar dan hidup dgn riang..mungkin dengan keriangan dan keceriaan kita(walaupun mungkin dibuat-buat~heh heh..) boleh menyebabkan dia tersenyum dgn keletah iffa dan menghilangkan masalah dia sejenak,walaupun satu saat..mungkin..

satu menda,pada akak, akak selalu berkata pada diri sendiri.jgn bersedih kerana seorang lelaki kalo kita tak buat salah dan dia tetiba cuba melarikan diri..kata pada diri - kalau dia syg kita dia akan kembali satu hari nanti.kalau tak, kecurangan yg dia buat tak melayakkan dia memiliki kita (walaupun kita bukan best nau~akak la) dan tak guna merayu pada org yg senang berpaling.heh heh heh...

akak pernah mimpi husb akak suka pompuan lain tau(benci)..terutamanya lepas tdo lepas waktu subuh..pehtu akak citer la kat dia.dia kata apa tau 'nape tak selamatkan dia? mane tau kena guna-guna ker' ceh ceh cehss...

iffa, ni sekadar pandangan dan cerita akak jer.terpulang iffa nak terima ke idak..:D

98588 | posted by akubudakkecik at 0:24 | 1 comments

Thursday, April 1, 2004

mmm..perkahwinan bukan seindah igauan kan..
dulu masa bachelor, aku sensorang..pegi sopin pun sensorang..pegi mane-mane pun sensorang..aku tak suka mengajak sesapa..lebih-lebih lagi kawan perempuan yg memang perempuan (jenis lambat dan suka tengok menda-menda yg aku tak minat cam bunga bungaan..bende-bende kecik..kedai lilin..isk isk isk)..

aku impikan bila kawen boleh pegi memane dgn husb aku.jenjalan ngan suami selalu.sentiasa bersama.tapi,hakikatnya..
setiap org ada minat masing masing kan..ada org suka jalan ada org tak suka jalan selalu..lebih lebih lagi lelaki..husb aku lebih suka pegi opis siapkan kerja..aku lebih suka gi soping atau tasik utk tenangkan fikiran dan bersukaria daripada siapkan kerja..dok opis buat aku tensen.so,cadangnya nak beli satu lagi kenderaan~kenderaan kedua utk kemudahan aku.

mmm...nampaknya aku akan keseorangan lagi.pergi jenjalan keseorangan..tinggal kat rumah keseorangan.tapi aku pun melampau.nak gi jalan kalo boleh tetiap hari.husb aku tak larat nak melayan.nak buat cemane..byk lagi mende aku tak explore..selagi belom ada anak.nanti dah ada anak aku kena terperuk kat rumah. lebih berserabut.dan memang sah sah takde can nak berjalan..mm..kalo jalan pun kena dukung anak.anak kencing,berak..baik toksah jalan.buat serabut jer.

mmm....sedihlah....

----

i think i need space to tell myself that i am married now..kebebasan semasa sebelumnya tidak akan dapat lagi masa sekarang kerana ia terbatas.so, hati berdoalah bebanyak semoga sentiasa tabah..mm...mmm...

98553 | posted by akubudakkecik at 21:40 | 1 comments

semalam aku gi amek gambo dgn abg..bila dah siap tu, tengok muka dalam gambo tu tembaaaammm saangaattt! aku tak suka gambo tu..waaa..!! ada satu gambo tahun lepas aku amek dengan abang masa bertunang, comeee jer aku masa tu....mmm..:(

hari ni ade 5S kat opis.kena gotong royong.tempat aku dah memang kemas dah.sbb ari tu aku gotong royong sensorang,masa tu takde letrik.bebudak gi menular kemana ntah.tingge aku sensorang kat opis.so, mengemas ler aku.mmm..

hari ni aku rasa semacam lah sbnarnya.
satu perkara yang merunsingkan aku ialah..kenapa aku malas sangat nak mangun solat subuh?..kenapa..kenapa...dah dua hari aku terlepas.pehtu badmood la aku sepanjang hari.bengang la.cemane nak semangat ni.solat waktu lain pun asik lambat jer.solat zohor dekat kul 4.asar dekat kol 7.maghrib dekat 8.30.isyak dah nak tdo baru solat~kul 12. tengoklah.betapa teruknya aku ni.

betullah.iman aku senipis kulit bawang.dan itupun turun naik turun naik.ada hati mintak Tuhan sayang..:(
kekadang aku mengamuk dengan diri sendiri.dan tak pasal pasal jer sakit hati dengan mende-mende.cth: pagi tadi aku nak betul tudung, tapi tudung banyak songeh asik senget & berkedut jer.sabar..cuba lagi..mungkin salah pin..pehtu tak jadik jugak..bukak balik pegi ayen..pakai balik.comot jugak..sabar..betulkan balik...last last dekat 10 minit ngadap cermin betul tudung saje, aku hempas kan tudung atas katil...lantakla ko.gi carik tudung lain lak..

mmm...badmood badmood..

98510 | posted by akubudakkecik at 19:13 | 0 comments