|
akubudakkecik's weblog
A story about a life..
last modified Mar 3, 2004 at 4:23
aku sibuk skek skrang ni.sekarang ni tak sempat sgt nk tengok weblog.tulis pun tak sempat.semester dah nak mula.aku nak kena siapkan proposal.silap-silap nanti advisor tak nak sign lak subject aku sbb proposal tak siap.akak aku nak kawen minggu ni plak.ada masa cuma minggu ni nak kena siapkan.keje opis pulak belambak...mm..nanti aku tulis kalo free.ok chow dulu for now.baiiii...
27/05/04 - khamis
semalam aku lihat suatu raut wajah matanya melilau kekiri dan kekanan wajahnya menggambarkan tiada apa-apa selalunya dia memandang aku dgn penuh minat walaupun duduk ditepi tasik yang cantik pada akulah segala kecantikan dunia tapi semalam dia tidak mengerling langsung.. aku lihat ada kebosanan di wajahnya..
lantas terdetik seketika dihatiku akulah penyebabnya tapi telah kukatakan padanya sebelum itu mengapa tidak biarkan aku sendirian tapi dia ingin meneman.. meneman dengan pandangan kosong padaku? meneman dgn menambah rasa bersalah dihatiku?
seketika aku memintanya untuk pulang sahaja jika meneman aku dgn pandangan sebegitu biarkan aku sendirian pun tidak mengapa aku tak pernah minta ditemani
lantas aku lihat perubahan di air mukanya memandang ku dgn tajam dan aku tidak sanggup melihat kemarahannya aku cuma boleh berdiam diri dan menahan kelukaanku
seketika dia keluar meninggalkan aku disitu sejenak aku terfikir untuk mencari ketenangan sendiri dan pulang sendiri tanpa mengharap sesiapa
sambil berjalan keluar aku menahan sebak sebak yang tertahan, sedikit pun tiada air mata yang tertumpah cuma sendu yang menyiksa aku tahan lagi.. tiba-tiba ia keluar jua, setitik tumpah dia batu jalanan aku tahan lagi sendu..
tiba di tepi tasik aku melepaskan sebak termenung seketika tiba-tiba datang seorang menarik lenganku dia rupanya "mari pulang..abg minta maaf"..
aku dapat email pasal ni.mari kita renungkan bersama:
---------------------------------------
Berita terkini dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka.
MERM (MARS Exploration Rover Mission)-24th March 2004
The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occurs soon and we are aware of it.
Menurut Hadith Nabi saw. Rasullullah saw bersabda : "Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit disebelah barat.Pada masa ini, Taubat sudah tiada " hadith Muslim.
Menurut Syariah Muhammadiah. "Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada disebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit disebelah timur dan seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya."
Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur ke barat.berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah saw pernah berkata : "Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat) sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka mereka itu". hadith Al-bukhari,Muslim.
ni aku dapat dari ym.kengkawan msg:
Assalamualaikum Warahmatullah... *Maklumat ini adalah pemberitahuan daripada seorang Muslimin yang prihatin (Mohamad Hazari) dalam Bahasa Inggeris tetapi telah di Bahasa Melayukan.Apabila saudara-saudari hendak membeli Al-Quran terutamanya yang dalam edisi baru, maka berhati-hatilah kerana terdapat 4 surah yang palsu hasil ciptaan kafir laknatullah.....surah-surah tersebut adalah : a) Al-Iman b) Al-Wasaya c) At-Tajassud d) Al-Muslimoon Jangan sekali-kali anda layari http://www.thequran.com kerana segala isinya adalah palsu....Dengan ini.....saya berharap anda sekalian dapat forwardkan mesej ini kepada seramai mungkin umat Islam....Sesungguhnya, pahalalah yang akan anda terima. Sekian, WaSSaLaM....
kalau kau tanya aku kehidupan semalam kau tak akan dapat jawapannya kalau kau tanya aku siapa diriku kau tak akan dapat jawapannya kalau kau tanya dimana kebahagiaanku kau tak akan dapat tahu dari kata-kataku
cuba kau lihat sendiri kehidupanku cuba kau lalui sendiri waktu waktu ku disitu kau akan tahu hari silamku disitu kau akan tahu siapa diri ku dan disitu kau akan tahu dimana kebahagiaanku
sehingga kini aku sedia korbankan segala kegembiraan sehingga kini aku sedia korbankan segala kebendaan dan sehingga kini jika aku diminta berkorban aku sendiri menyata rela seluruh duniaku adalah untukmu seluruh hidupku adalah untukmu dan jika sehingga itu kehadiranku tiada makna jua anggap lah semua itu sebagai hadiah dariku untukmu
"An engineer is a problem solver, not a problem creator"
............. an i am an engineer.behave like what engineer always do.
click sini
aku masih disini merenung hari hari yang akan datang yang entah panjang entahkan tidak merenung kehidupan ini dimana pengakhiranku nanti
didalam hati sentiasa tersemat Tuhan, kasihanilah aku didalam hati sentiasa berkata Tuhan ampunilah aku jiwa yang meronta inginkan kedamaian dimana akan kucari mungkinkah aku perlu berkelana
sejenak aku terfikir kehidupan yang telah agak lama aku tinggalkan kehidupan bersama ayat agung Tuhan kehidupan bersama amanah Tuhan aku terpana memikir kembali tujuan hidupku
seketika, aku kembali menatap bait bait ayat bait bait kata yang Allah telah berikan bagaimana aku boleh terlupa disinilah kedamaian sebenarnya disinilah ketenangan sebenarnya dari situ aku memula langkah mencari kembali semangat yang telah kian luntur bersamanya aku mencorak kembali hidup..
... kehidupan masa depan adalah sesuatu yang rahsia.tak siapa yang tahu.masih hidup atau mati.kehidupan hari ini adalah anugerah.entah dapat merasa esok entah tidak.jadi, usahakanlah hari ini sebaik mungkin.kenapa bersedih.ceriakan harimu hari ini.lemparkan senyuman sebaik mungkin.jauhkan segala dukamu kerana hari semalam.entah ada entah tidak esok untukmu..jadi kenapa tak bersemangat.cuba perindahkan hari mu hari ini.cuba jadikan ia sebaik mungkin.gunakan sepenuh masa hari ini selagi kamu mempunyainya.usah katakan esok, sedetik akan datang pun belum tentu kepunyaanmu.jadikan hari ini dijalan Allah.jadikan detik ini dijalan Allah.berazam utk bertaubat?lakukan hari ini.jangan tunggu nanti.mungkin tiada nanti untukmu.berazam utk menambahkan ibadah? lakukan segera.mungkin tiada hari tua untukmu..mungkin juga hari ini hari terakhir untukmu.siapa tahu?..
cuba ceriakan setiap detik yang kau lalui.manfaatkan setiap masa.menyayangi setiap masa.sakit hati? cuba padamkan.bayangkan jika orang yang kamu sayangi ditakdirkan hidupnya cuma hari ini dan hari ini pula kamu sakit hati dengannya, tak melayannya.mungkinkah kamu akan menemuinya esok?mungkinkah?..sayangilah setiap hari.dan janganlah tunggu esok atau sekejap lagi.
hidup belum tentu gembira.hidup juga belum tentu sentiasa berduka.yang menentukan kegembiraan dan kedukaan adalah diri kita sendiri.bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi.tabahkah? atau terus menyerah kalah? bersemangatkah? atau jatuh tersungkur pasrah pada keadaan.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahnya sendiri.setiap detik hidup kena ada usaha.untuk berjaya dalam hidup kena ada usaha.dan setiap usaha tidak semestinya semuanya akan membuahkan kejayaan.mungkin ada yang gagal. yang pasti, kita puas hati sebab telah berusaha. kegagalan itu cuma ujian. menunjukkan mungkin usaha tidak selari atau kekurangan disana sini.mungkin kurang doa dan pengharapan pada Allah.mungkin juga kurang berbakti kepada manusia.
hidup kena teguh.jadi, bersemangatlah aku utk hari ini.mungkin tiada esok utk ku.mungkin tiada sedetik akan datang untukku.usahalah untuk kejayaanmu.dan usahalah utk kehidupan dunia dan akhiratmu. jangan tunggu 3 bulan lagi.jangan tunggu akan datang nya semangat.semangat dipupuk sendiri.bukan datang bergolek.jadi, semangatlah mengharung hidup.dan tabahlah dengan dugaan Allah.semoga hari mu hari ini sungguh ceria, juga jika ada esok utkmu, semoga ia ceria juga, dan hari hari seterusnya.manfaatkanlah kehidupan yang Allah kurniakan.manfaatkanlah ke jalan Allah.jangan biarkan ia berlalu kosong..hari demi hari....
hari ni tah nape rasa sedih.baru lepas kuarkan 2k plus dari bank sebab nk beli video cam.akak aku nak kawen 5/6 ni.abah soh beli video cam supaya gambo leh burn dalam cd cam kenduri aku tahun lepas.
tensen.sebabnya akak aku dia yang nak kawen, dia leh lepas tangan pasal org yg nak amek gambo dia.dia kata dia serah kat bapak.bapak aku pulak soh aku yg beli video cam.tak ke tensen tu.sendiri nak kawen, sendiri la urus.asal aku yang kena!..pergh! bengang betul.aku dulu tak de sape pun amek gambo.takde photographer, takde pelamin, takde katil berhias, takde full-catering..sumer pun takde.sumer pun aku ignore.sebab aku takde duit nak buat sumer menda tu.lagipun bukan wajib pun.yang wajibnya nikah dan bagi makan kat org.
ini kalo takde duit nak carik photographer toksah ler nak soh aku beli video cam...waaa...:(( tensen tul. sumer pun aku..sumer pun aku..tokleh nak berdikari langsung..:((
sedihlah..sedih..rasa dianaktirikan dalam family sendiri.. waa...semoga Tuhan kurniakan aku hati yang ikhlas utk membantu org...mmm..:(
Aku teringat masa aku masuk pertandingan pantun kat sekolah dulu.sambil cerita cerita kat abang, aku buat perbandingan pantun dulu dan pantun sekarang.betapa klasiknya pantun dulu..dan betapa indahnya susunan bahasa dan liriknya.itulah kesenian budaya melayu.cuba tengok sahaja lagu lagu sekarang.contoh lagu yang aku tak berkenan adalah lagu 'tipah tertipu'. sekali dengar dah sakit telinga. sebabnya? kesenian tu dah hilang dari liriknya.keindahan bahasa dan mutiara kata telah tiada..ada sesetengah komposer mengatakan mereka menulis lirik dari percakapan harian..mm..kalo nak tulis lirik camtu, aku yg cekai ni pun lagi pandai hehee..nak ikut org putih konon..mm..tak payahlah diagungkan budaya org putih tu.tak de ape yg nak dibanggakan.kesenian bahasa dan keindahan kata org melayu yg patut dimartabatkan..cuba tengok pantun ni.
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina memasang lukah Lukah dipasang di tanjung jati Dalam hati tidak kulupa Ibarat rambut tersimpul mati
Batang selasih permainan budak Daun selasih dimakan kuda Bercerai kasih talak tiada Seribu tahun kembali jua..
Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor ditengah laman Hendak mati dihujung kuku Hendak berkubur ditapak tangan
Kalau tuan mudik kehulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya dipintu syurga (heheee..ni aku tak setuju..macam sure jer masuk syurga..:D)
Keje aku utk bulan ni : 1.Memahamkan code sample application encoder and decoder source raw data 2.memahamkan code dll utk CODEC 3.memahamkan cemane nak wat GUI kat VC++ tak guna MFC 4.Buat CODEC guna VC++
ada sesape nak ajar aku? mmm...maleh nak wat ni.. hopefully mendapat semangat dlm waktu terdekat ni.kalo tak,tak tahu bila leh siapnya.research master lagik..mmm...
aku dah jumpa doktor buat appointment.10/5/04 kul 7.15 petang.senin.ari tu scan tengok baby, lom nampak lagi kat dlm rahim aku..maybe baru 6 minggu kot..mm..takde pe nak citer hari ni.cumanya..aku suka buat perangai sejak kebelakangan ni.mmm...rasa tak semangat dan selalu pon bangun lambat.bermakna selalu lambat gi opis.tak tahu nape.dari pagi sampai petang rasa tak sehat.
ok nanti citer lagi.aku tak reti nak citer detail kat sini.sebab sumer nya berlalu begitu saje.tak de kesan dihati aku pon..mmm...
cuti baru ni aku balik kampun.rumah kamnpun yg tengah under renovation.walaupun tido bersempit sempitan, tapi aku seronok .balik kg tak yah pk ape,makanan sumer mak masakkan..pehtu aku tolong sikit sikit jer..pehtu kepala aku kosongkan..jadik, aku rasa tenteram jerk balik kampun.best best.
mmm.. tapi bila balik kl balik rasa nak muntah ada pening pun ada.masa kat kampung tak de pun morning sickness.mmm...tak tenteram sungguh.asik nangisss jerk lak tuh.sampai abang aku pun pening.apa dah jadik ngan aku ni ...mmm..
|