|
akubudakkecik's weblog
A story about a life..
last modified Mar 3, 2004 at 4:23
tadi aku ade update ini weblog tapinya bila dah tulis pepanjang tu, error lak.tak leh display.aleh aleh aku tensen.
aku nak citer ni. dah 4 hari campo ari ni 5 hari aku dok wat assignment ni 20 jam (4 jam lagi tdo).Semalam tido sejam jerk.pagi ni dah kena mangun gi opis.tapinya....assignment tak siap jugak.buat programming. neuron. mm..tak jadik jadik.asik silap jerk.ntah apesal ntah aku tak tahu la.tension tau.!
semalam aku sakit kepala. sakit sangat. pehtu abang ajak gi makan dan bawak jenjalan tengok show house kat sekitar perumahan rumah kitorang. 40x80. SemiD. Besar kan??? cantik dalam dia hias dgn IKEA nye style. AKu kalo ade satu juta musti aku beli barang IKEA saje utk rumah aku nanti . HEh heh....:D berangan la aku..nak beli laptop lagi satu pun merangkakk....sian abang, semalam dia tensen marah-marah kat laptop lama (opis punya) sebab asik crash. Dia dah taip penat. Abang ade presentation ari khamis ni.So dia teramatlah sibuk. Takde wat ape,setiap ari mengadap PC.mm..aku pon ade presentation gak, tapi 16/9/04. Tak siap ape pun lagik ni..mmm..assignment ni nak kena antar minggu depan. cemane ni.5 hari wat tak de hasil lagikkkkkk!!!
system yang aku sepatutnya wat, leh pandai classifykan input at least 90% and above. Tapi, system yang setakat ni aku wat tetap bodoh lagi........1% pon tak sampai waaaa....!!!...
mm...hari ni pakai tak cantik. tudung kecik skek dari selalu.rasa cam janggal.sebab rasa tak sesuai.tapi tudung ni matching dengan baju hijau aku ni.hijau lumut.tudung oren berbunga.dulu masa memula beli, tudung ni besar jugak. agaknya lelama dia mengecut sebab kena basuh ngan mesin...mmmm...:(
sekrang ni aku tengah dengar lagu industan heheee..sesambil wat assignment dan tengok weblog..hahaaaa.....tadi gi kelas neural network. sem ni aku ade satu kelas jerk. Yang lain thesis. Dulu bukan main tak nak lagi wat master ade thesis. Tapi, setelah melaluinya sekrang ni, aku dapat rasakan...mm..pegi kelas lagi seksa dari wat thesis.sekurang-kurangnya thesis tak de due date nak kena kejar dan takde test atau exam yang nak kena prepare. Paling tinggi presentation jerk!...:D
kenapa orang sakit kepala bila memikir? apa bioligical effect bila memikir dengan sepenuh hati?..mmm..aku sebenarnya tengah sakit kepala buat literature review documentation. Berdenyut denyut rasanye.rasa cam berpinar pinar mata pun ada.Nak muntah pun ade tengok journal. Berhijau hijau pandangan aku (sebab highlighter warna ijau..heh heh..) Agaknya ini lah perasaan profesor profesor dan saintis saintis yang bergelar saintis.sama pening cam aku atau lebih tepat, lebih pening dari aku..
ntahlah ape aku cakap ni aku pun dah pening... -- agaknya ari ni aku lom makan nasik berlauk dengan jayanya. Aku kalau tak makan nasik sehari musti ini lah symptomnya....mmm..mikir lagikkk..


cantik adalah lahir dari hati.senyuman yang cantik juga lahir dari hati.tapi kenapa semua kecantikan hati susah nak dibaca.susah nak dinilai melainkan dengan mengenali...tak pernah aku terfikir akan melalui hidup begini sebab? ah! entahlah..siapa yang suka pada orang yang tak cantik pada paras rupa....apa pun cantik mempunyai nilainya tersendiri.the beauty is on the eyes of beholder.Yang penting cukup sifat, bersyukur lah dengan apa yang ada. Alhamdulillah...
Senyumlah selagi boleh.Senyumlah untuk dirimu.Senyumlah.Tak ternilai erti senyuman bagi orang yang susah utk senyum.Tak ternilai keceriaan bagi orang yang susah ceria. Jangan ingat senyum kita tak cantik.Siapa tahu, satu hari kita belajar senyum dengan seseorang. Siapa tahu...
Tapi...satu perkara.Siapa yang akan pandang orang yang kurang cantik.Bila berlalu tak siapa perasan.Bila berkata tak siapa dengar.Bila bertanya tak siapa mahu menjawab.Susah sungguh meneka fikiran orang.Susah lagi meneka hati orang..Entah apa yang dipandang.. Tapi...beruntung orang yang kurang cantik.Hidupnya selesa. Jauh dari pandangan orang.Jauh dari kutukan orang.Jauh dari godaan lelaki....sesiapa yang mahu berkawan dengannya adalah orang yang benar benar mahu mengenalinya..
mmm...tapi kesian pada dirinya..selalu inferiority complex..mmmm...macam aku. -- abk: lama tak jadi 'a lady' cam gambar atas tuh..
Minggu lepas aku training.Tak de kat opis.dan sebok sangat.tengah training ade kelas master, pehtu esoknya appointment ngan lecturer, pehtu esoknya tu ade seminar lak.Jemaat je baru leh training sepenuhnya...fuh..
Hujung minggu tak kemana.nak gi soping, abang banyak keje..dia ada assignment.aku boring jugak..tapi tak perlah, sian abang.kalau aku kuar nanti dengan sapa dia nak berbincang. Aku tahan jugak kat rumah.ngemas sana sini, masak..Aleh aleh dalam tak sedar aku dapat abeskan journal sebanyak 80 minggu ni. Cayakla aku.Aim aku nak sampai 100.Sebab aku nak wat population distribution utk journal aku nanti. Tak abes 100, tak siapla journal aku.Dah ler tahun ni lom ade journal lagi. Serabut jugak. Abang pun lagi serabut. Sebabnya dia ada satu subject lebih dari aku dan of course assignment dia lebih. Pehtu dia kena wat brief tentang compression advisor suruh. Dan dia nak wat tu as part of his journal jugak. So sian kat abang...
abah bagi message.Cakap dia ngan mak tengah jadik penganggur sekarang nih.Cuti sekolah dah start. Lawak aku baca message abah.heheheeee...'penganggur bergaji sapa tak nak'- aku balas.
apa pun, dua harian hujung minggu cuma mengadap laptop dan journal dan abang..heheeee...tapi tak per, aku bahagia. Ha! satu menda lagik..aku dah beli printer.Panasonic KXXXXX. Ape tah. dekat 700. Laser jet.Wah! canggihnya rasa bilik stadi aku..he he he....abang siap berangan nak beli laptop lagi satuh..heh heh heh...ntahlah..kitorang ni suka jer joli sakan..bila nak beli rumah entahlah..mmm...:D
saat ini aku digusari satu peristiwa yang sering meragut ketenangan jiwa...aku tak mahu ia datang menggamit lagi kerana kini aku ingin bersendirian bersama kehidupanku. Tapi aku tak boleh menepis igauan itu kerana ia pernah berlaku dalam hidupku. Cuma harapanku agar aku diampuni dan dibenarkan hidup seperti insan lain. Apapun, segala kepahitan dalam kehidupan sekarang, aku anggap sebagai penghapus dosa. Semoga aku tabah selalu..
Tadi pergi melawat seorang opismate yang baru mendapat baby pertama setelah 5 tahun berkahwin. Suka aku tengok baby tu. Nak sembang banyak aku tak tahu sebab aku tak berpengalaman lagi...mmm...sesekali terpk, kalau aku ada anak, macamana lah agaknya rupa anak aku. Hidung tinggi (laki aku tak suka aku kata hidung dia mancung) cam ayahnya ke, atau penyek cam aku (heh heh..), pipi tembam cam aku ke atau cengkung skek cam ayahnya...mmmm....tak pelah..lama lagi..tak tahu bila..master pun tak abeh lagi..nanti aku serabut laks..heh heh..
progress aku skrang, aku dah buat appointment ngan Dr. Adznan. Nak mintak dia jadik supervisor aku.Skrang ni aku tengah baca buku pasal compression. Journal sambung nanti nanti..dah 47 bilangan yang aku dah brief. So aku skrang ni tengah nak tengok samada leh apply fuzzy tak dalam compression.Kena strongkan knowledge on compression dan fuzzy dulu baru leh decide. Tokleh main butaaaa jerk...
sebenarnya aku blur..tak tahu apa perasaan aku hari ni...mmmm...
Selalu aku terfikir adakah perlu aku disini atau adakah hanya penumpang setia mencari dimana arah tuju sebuah organisasi yang sepatutnya maju dengan keikhlasan dan rasa menghargai
Aku bukan ingin disanjung cukuplah kalau memandang aku dengan dua mata tapi apa yang ku dapat sebelah mata pun belum tentu..
"berapa lama kah lagi.. terpaksa aku menanti.. sehingga teguh nya pendirian dihati....
bukan hanya kepentingan malahan keegoan telah kukorbankan berlimpahan kasih sayang aku curahkan utk mu seorang
andainya semua itu tak memadai bagimu apa sebenarnya yang kau mahu ku tak tahu
kau hilang bila ku tiba kau datang bila ku kecewa terasa diri dipersenda dimana berakhirnya nanti permainan sandiwara mu ini sesungguhnya aku tak mengerti..
jika benar cinta itu buta..butakah mataku berkali terluka masih juga ku menunggu apa yang ku inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan
jika itu tiada apalah ertinya penantian ini hanya sia sia... " ---lagu ni khas utk company aku... aku sayang company ni..semuanya melayu..environment yang bagus..tapi kenapa melayu tetap melayu..kenapa suka menekan orang macam aku..kenapa tak menghargai langsung kehadiran aku..terasa seperti ingin disingkirkan..salah aku cuma aku tak membuka mata diorang memandang siapa aku..aku tak pandai nak bodek..aku tak pandai nak kata itu ini..comment itu ini..
ini lah cara melayu bekerja..orang yang lebih pandai bercakap dan mempopularkan diri sendiri dianggap hebat walaupun dia sebenarnya tak ade ape yang nak dibanggakan...orang macam aku, dianggap macam malukut ditepi gantang walaupun aku sayangkan company aku.....(huuhh..berat sungguh keluhan ini....)
semalam aku tak sempat nak abeskan 50 jenel.sebab? aku terpedaya dengan tv dan cd yang baru beli semalam.tensen tak aku? tensen.. tensen..
tapi takpe, by now aku dapat 30 dah.hopefully leh settle mlm ni (waaa..boleh ke...)apa pun..rasa stress skek sebab.. dah lama tak jadik budak keciiiiikkkkkkkkkkkk!!! waaa...
tadi tepon smart shop.proactive solution tu dah takde stok.aku soh derang oder.asallaaa bodo sangat smartshop tu.takkan customer beli sekalik pehtu dah abeh stok dah...tak bagusnya kedai..huh! nak oder punyala mangkuk.carik ajela nama aku dalam database.nak kena bagitau jugak kaaa...tergagap-gagaapp..macam tak reti nak handle jerk.dah ler tu,product sendiri pun tak ingat...siap cakap kat aku "ooo..kita tak jual la yang tu..company lain tuh.." ceh! padahal awal tahun ni aku beli kat kedai dia la...siap kena describe lagik yang mana satu..benci benci aku smart sop ni..
mm..mane aku nak carik proactive tuh haa...takmo la yang tv shopping tuuu...:(...
aku dah baca jenel sebanyak 22 bijik setakat nih.aku rasa satu movement yang bagus sebab seblm ni 7 jenel pun berminggu-minggu masa aku amek.ari nih satu hari dah dapat sampai 22.cayaklah aku..ape-ape pun, kena teknik yang betul dan ikut cara org yang dah berpengalaman ajar.jangan main hentam ikut suka teknik sendiri.sebab mungkin apa yang kita rasa betul tu sebenarnya tak boleh apply.
Memang bagus nak baca detail jenel ni, cumanya, larat ker nak baca dengan segala term term yang berkaitan dan fomula fomula yang tak pernah jumpa.lainlah kalau pandai sangat dah! dah berpuluh-puluh jenel publish.Ini tak, proposal pon tak siap lagik, ade hati nak baca jenel detail detail.
Kengkadang tu gelihati jugak dengan perangai sendiri.Sebabnya? kengkonon tak nak ikut cakap orang (Dr.) sebab rasa cara dia tu tak sesuai dgn cara sendiri.Hasilnya??? dah berminggu ape pun tak dapat...mmmm...padan muka aku.last last terpaksa mengakui yang buat master lain dari buat bachelor.Kalo baca sensorang memang pengsan tak bangun bangun.Kena suarakan dan mintak pendapat orang lain. Apa orang kata? 2 kepala lebih bagus dari 1 kepala. mmm...
Hopefully aku leh abeskan 50 jenels malam ni TANPA GANGGUAN tv..waaa...! baru jek beli CD ari tu, tak tengok lagik. Aku ingat nak tepon smart shop nak order proactive solution tapi asik lupa jerk...isk isk..ingatkan aku yerk esok..
Besok pagi ade meeting opis aku tak tahu nak cakap ape.dah ler UML tu aku malas nak baca. Sib baik abg bagi idea nak wat kat video producer jerk.hehee..korang musti confuse, ape la aku cakap nik..project kitorang tentang codec, satu module dari project besar. Jadik codec nya library dll dah ade.Kitorang nak wat API dia jer, dinamakan video producer.Sepatutnya kena wat dll tuh.Tapi, alaaaaa........menda dah sedia ade, tak yah ler nak wat lain..Lainlah kalo nak value added kan menda tuh!..value added???..jenel pun tak abes baca...(jelir lidah utk aku..)
oke lah aku nak balik ni.dah kul 7.38 malam.Nak balik baca jenel.ca sin ciiiiiii....
last weekend balik kampung ipoh.best duduk kampung.bilik ekon.makan sedap.aku tak tolong pun mak mertua aku masak.sebab aku tak tahu nak tolong ape :(.tapi sib baik dia tak kesah ape-ape pun..
hari ahad gi usm adik aku konvo. punyala semangat aku bawak video cam nak rakam gambo dia, tapi...sesampai jerk, bateri tak de!..kosong! ..aku lupa nak caj..waaa...! sian adik aku..tapi tak perlah, bukan rezeki dia..sebelum balik dari penang, makan nasik kandar kat restoran subaidah ngan parent aku ngan adik aku sumer sumer...
adik aku yang demam ari tu tepon, kata tak leh belajar..mabuk mabuk...siaannn dia.nak wat cemane, aku kat penang...
--------
pehtu semalam aku cuti.tak larat rasanya..hari ni lak pening..sakit kepala.ingatkan nak cuti.tapi abang tak bagi cuti...kena amek mc baru leh cuti..aku ni maleh skek nak gi jumpa doktor...terpaksalah gi opisss.....mmm..sekarang ni kat opis tengah baca jenel....baru sampai jenel yang ke 10...40 more to go..waaaaa!!!! tak sabar rasanya nak abes wat master ni.seksa lak rasanya....mmm..aku..aku...
To All Friends
To My Friends Who Are...SINGLE Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.
To My Friends Who Are...NOT SO SINGLE Love isn't about becoming somebody else's 'perfect person.' It's about finding someone who helps you become the best person you can be.
To My Friends Who Are...PLAYBOY/GIRL TYPE Never say 'I love you' if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways...
To My Friends Who Are...MARRIED Love is not about 'it's your fault', but 'I'm sorry.' Not 'where are you', but 'I'm right here.' Not 'how could you', but 'I understand.' Not 'I wish you were', but 'I'm thankful you are.'
To My Friends Who Are...ENGAGED The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.
To My Friends Who Are...HEARTBROKEN Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.
To My Friends Who Are...NAIVE How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.
To My Friends Who Are...POSSESSIVE It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.
To My Friends Who Are...AFRAID TO CONFESS Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.
To My Friends Who Are...STILL HOLDING ON A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go....
TO ALL MY FRIENDS... My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature, never-changing, lifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.
Tajuk: Fuzzy Logic to remove blocking artifact for video coding images
sebenarnya tajuk ni pun tak finalize lagik. Aku cuma identify input ngan output dia jer. Input - sequence images, output-reconstruct images. Aku tengah tensen sebab kena stadi 50 jurnals.skrang ni 10 pun tak sampai.Aku ingat kena stadi roughly jer la.sebelum ni aku detail.naik pengsan aku dibuatnya.
Blocking artifact terjadi bila video di compress kan oleh encoder dan hasilnya ada block block yang tak smooth (ce tengok image 2 baby kat bawah tu..tak smoothkan? blocking artifact la tu..)
So tugas aku nak hilangkan menda tu guna concept fuzzy.Sekarang ni org wat byk algorithm,iterative, deblocking, filtering and so on. Aku tak tahu leh wat ke idak fuzzy ni sebab spjg pembacaan aku takde lagi org buat..tu yang kena baca tu..mmm...serabuuuttt
rasa stress lah.Adik aku yang kat rumah lak di suspect enemia.doa-doa supaya janganlah..adik aku yang kat hkl ni pun tak baik baik demamnya..makin panas.ubat pun dah nak abes... :| stress stress....

warna dan design yang tak seumpamanya ini adalah lahir dari jiwa aku. sentimental aku rasa.ntahlah..aku suka tengok tasik..awan..termenung bersama tiupan angin..lama dah tak macam tu.tadi, kul 12, masa tengah tunggu lecturer nak masuk kelas, aku lepak kat ujung koridor dengan abang.terasa tiupan angin lembut menerpa sekejap sekejap.dan aku rasa diawang-awangan.tambahan pulak ada pokok pinang kat bawah (aku tingkat 1)..mencantikkan pemandangan yang mata ni boleh sampai, disekitar kampus..
Semalam aku penat sangat.adik aku telefon kata demam,batuk kuar darah,gusi berdarah, hidung pun...so aku dengan panic nye ajak abang gi amek dia bawak gi doktor. Petang tu dlm kul 4 lebih terpaksa kuar opis menuju ke HKL. Tak sampai berapa minit dia dalam kereta, dah muntah muntah. Aku naik takut sebab kawasan hostel dia tu kawasan hitam denggi. Aku tak tahu nak wat ape ape.cuma cecuba sembang dan alihkan perhatian dia. Citer pasal adek aku yang sorang lagi baru lepas balik belayar dgn Dr. Zulfigar. Pegi jadik saintis pertama menyelidik Laut Cina Selatan. Adik aku yang demam ni terkekeh kekeh gelak.
Gi klinik kat Gombak. Dr tu kata, kalo darah darah ni gi HKL, suspect denggi. Patah balik ke HKL.Elok sampai jer kat Jabatan kecemasan tu,adik aku muntah lagik. Aku bawak dia ke bilik air.Tiba kat bilik air muntah lagik.aku ingat nak tunggu, tapi aku lak nak termuntah -sebab aku tak leh bau org muntah. So,aku kuar. Pehtu dia kuar dan kitorang masuk balik kat bilik kecemasan tuh. Tunggu giliran.
Lamaaaa sangat.lepas abeh sumer-sumer cek darah dan sebagainya, dalam kul 8 lebih. Adik aku tak ape-ape alhamdulillah. Dr cuma masukkan air dalam badan dia, sebab nak turunkan suhu. Punyala dia suka...
Pehtu aku ngan abang bawak adik aku gi amek adik abang lak. Pehtu sesumer gi makan.warrrggghhhh!! sampai umah kul 11 lebih. Sebab singgah opis nak kena siapkan assignment!. Tak siap jugak. Pagi ni baru siapkan sebab nak kena antar kul 12....
Terasa letiiiihhhhh sangat ari ni. Tu yang modify weblog tu.Sebab nya aku dah tak larat nak pk.Sat gi ade meeting ngan advisor lak, kul 3. Tak tahu nak kelentong ape...
semalam test.tq kengkawan.boleh laa..bukan leh jawab sangat pun.aku main hentam goreng jerk.
sekarang ni aku kena baca journal lak.sibuk lah kan aku ni.esok nak kena jumpa advisor.assignment tak wat lagik.ada hati bloggings heh heh..
hari ni aku dapat tupperware aku pesan ari tu dari cek mie.cantik!.. nak boh ikan bilis,lada dan gula.baru cantek skek dapur aku.masaknye lain kira la..heh heh..
semalam aku sembang dgn sorang opismate aku ni.sebenarnya 2 minggu lepas aku bengang sebab sumerang dapat gi training tapi aku dan satu techician ni tak gi.tertinggal nama ke ape aku tak tahu la.so aku bengang la.aku ni layak jaga lab jer ke. so bila sesembang rupanya max 8 org per package.nama aku maybe tak dimasukkan sebab derang wat proposal tu waktu aku cuti sebulan ari tu.mana nak tau aku available ke idak.so Alhamdulillah, aku dah tau dah la nape sebabnya.aku ingatkan aku ni org pk tak berguna utk lab.heh heh..suka nak pk negative la aku ni..
kesimpulan : cari kedudukan sebenar kalo dapat tahu satu cerita supaya tak berprasangka buruk kat orang lain.sesungguhnya berprasangka buruk tu tak baik...sedarlah akuuuu...!
aku ada test ari ni.doakan aku yek - neural network.org kata subject ni susah.tak tahulah...
|