|
akubudakkecik's weblog
A story about a life..
last modified Mar 3, 2004 at 4:23
This is my first blog and i will never forget it! Walaupun banyak tempat aku migrate tetapi segala kenangan ada disini. Cerita tahun 2005-2007 boleh didapati di akubudakkecik.blogspot.com.
Anak ibu sudah besar 2 tahun lebih dah.. Ingin nak kongsi cerita tentang tanggungjawab Ramai yang menuduh aku tidak bertanggungjawab pada negara kerana tak mengundi. Memang aku tak pernah mengundi selama aku hidup ni. Kenapa ya?
Sebab sepanjang aku mengikuti politik negara, tak pernah parti lain yang menang.TAK PERNAH.Dan aku semakin muak mendengar segala cerita politik. Sehingga aku membuat keputusan setiap tahun, "Ah..aku mengundi ke tak mengundi ke..sama sahaja keputusannya." 0.0000001% aku tidak menyumbang apa-apa.
Tiba-tiba berita terbaru tentang PRU memberangsangkan! aku dan abang pasti akan mengundi tahun depan! tapi apa yang aku kesalkan sikap orang melayu yang typical malay. HAK AKU lah nak mengundi atau tidak tapi jangan nak menuduh orang sembarangan. TANGGUNGJAWAB bukan sekadar meletakkan pangkah pada kertas undi, tetapi ia bermaksud lebih besar dari itu. Dari itu jangan sesedap mulut kata orang TAK BERTANGGUNGJAWAB.
Dengan segala hormatnya aku mengundur diri. Settle geram aku hari ni.
|