~Quote of the day ~
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam,maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya." Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Mas'ud..

home
login::signup
we::blog

Kenangan..

"Di dalam hidup ini akan ada pelbagai kekecewaan yg diantaranya kita tak pernah rasa pada hari sebelumnya.Kematangan yg membolehkan kita melalui setiap hari-hari kedukaan dengan tabah dan belajar utk hidup." 
 
Setiap hari menghadapi pelbagai karenah manusia.yg benci dgn kebenciannya.yg cemburu dgn kecemburuannya.yg sakit hati berdiam diri atau kadang-kadang mengata org yg menyakitkan hatinya dalam sedar ataupun tidak.yg bersungguh kerja dengan kesungguhannya.. 
 
dulu aku teringat, umur 22thn lepas belajar aku terus kerja.dan pada masa tu betapa tak matangnya aku rupanya dalam menghadapi karenah kerja dan manusia.beberapa kali aku cuba mencari macamane yg dinamakan "matang". adakah sudah dewasa dinamakan matang...dulu aku fikir begitu.tapi sbnarnya ia silap. 
 
pada umur 22 thn aku ingat aku telah dewasa dan matang.rupa-rupanya pada umur skrang,bila difikirkan balik..betapa tak matangnya waktu tu.belajar menyesuaikan diri.belajar segalanya.setiap hari belajar..dan pada masa yg sama menghadapi karenah manusia yg suka mengata dan mengutuk.aku ego.dan pantang kena kutuk.pantang dikata.dan pantang diperkotakkatikkan.byk yg pantang dari yg boleh. 
 
satu perangai aku yg aku dengar sendiri dari mak aku.aku tak suka dinasihati.sbb aku suka explore.risiko aku tanggung.dan aku tak menyusahkan org.pada aku segalanya boleh.dan segalanya mungkin.sehingga aku dapat bukti yg apa yg aku usahakan tak boleh atau tidak mungkin, baru aku percaya apa yg org nasihatkan. 
 
berdikari bukan satu perkara yg mudah.tak semudah dikata.keluar dari rumah melihat dunia luar.keluar dari kepompong universiti utk melihat dunia luar.sblm aku keluar melangkah ke alam kerja,bapak aku dah banjirkan kepala aku dgn segala nasihat.aku tahu dunia tak seindah mana.tak seperti yg aku gambarkan bila dalam kepompong.tapi kenapa dunia luar yg aku cari. 
 
kebosanan menghadapi menda yg sama setiap hari.mungkin.aku ingin sesuatu yg berbeza.tindakan dan keputusan dalam pergaulan sosial didalam kepompong mempunyai risiko yg rendah jika dibandingkan dengan sekarang.dalam kepompong universiti, aku tak kaco ko,ko tak kaco aku.study leh sesama.study dan study.cara study berbeza tak menjadi masalah besar.walaupun mempunyai impact atas credibility menjawab kertas soalan,tapi kesannya tidak besar.habis satu sem,dah tak ngadap ketensenan subject yg sama. 
tapi..mm..masih dibawah kawalan kepompong. 
 
satu hikmah aku rasa.satu keputusan yg aku rasa sungguh besar.menolak offer satu universiti dgn gaji yg lumayan, utk satu kehidupan dunia luar,kerja yg mencabar dan gaji yg kurang dari yg satu tu..dan satu.menambahkan kebimbangan mak bapak. 
 
satu-satunya perkara paling gemilang aku buat dlm hidup.menjadi diri yg sebenar slps keluar dari kepompong.menunjukkan pada dunia luar diri dan hati aku yg sbnar.yg bukan sebaik mana.hikmah..  
 
mmm... 
 
setiap hari belajar.belajar utk hidup.belajar utk menerima hakikat.dan belajar utk menghadapi kekecewaan.Hati tak jemu dipujuk walaupun kelukaan dan kedukaan menghiris.dan juga kegembiraan yg dibataskan.kerana satu perkara "jgn terlalu gembira,nanti akan datang waktu sedih" 
 
dan sentiasa berdoa dgn rasa malu. juga hati memandang masa hayat.doa yg tiada kata-kata.doa yg tiada doa.kerana rasa tidak layak meminta.tidak layak meminta.tidak layak... 
 
berbicara tentang ketuhanan dan agama?..cukup aku sorang jer yg tahu diri aku.dan tahu siapa aku.tidak layak menasihati.dan tidak layak berdebat.cuma satu.aku tahu Allah mendengar hati aku.kerana dia selalu berbisik.. 
 
'Tuhan,sayangilah aku..'

last modified Mar 31, 2004 at 21:30



[ add a comment ]

"setiap hari belajar.belajar utk hidup.belajar utk menerima hakikat.dan belajar utk menghadapi kekecewaan.Hati tak jemu dipujuk walaupun kelukaan dan kedukaan menghiris.dan juga kegembiraan yg dibataskan.kerana satu perkara "jgn terlalu gembira,nanti akan datang waktu sedih" ---> i love your phase..that's what i, thinking of..thanksz my pren

98340 | posted by iffa on April 1, 2004 at 0:26

tau..dah agak dah musti hs cakap camtu...mm..tapi....:|

98329 | posted by akubudakkecik on March 31, 2004 at 23:39

, moga kita semua disayangi Dia...
satu kesukaan Allah ialah hambaNya yang pabila meminta, meminta hanya pada Dia dengan hati yang tulus dan ikhlas serta amal yang soleh. Allah berfirman,"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan"...jadi walau apa pun keadaan kita, yakinlah bahawa Allah itulah yang paling berkuasa dan Dia akan sentiasa mendengar rintihan kita ...

98314 | posted by hanyasayang on March 31, 2004 at 23:11