home
login::signup
we::blog
show template

.::amirahsyuhada's weblog: Intelligent Muggle::.

||Geng Jernel|| ||Sembang-sembang muslim|| ||amirahsyuhada@yahoo.com||  
||Laman Web Rasmi|| ||New Update!!:Sekolahku|| 
 
weblog ni dah stop..so marilah ke weblog baru saya.. 
amirahsyuhada's weblog version 2

last modified Jun 24, 2004 at 5:34


Saturday, June 5, 2004

indahnya.....cutii.....!!!

Cuti ni best gak...
Banda melaka benar2 berubah. Bukit Beruang dah jad mcm bandar. Traffik light bersimpang siur. Aku rasa mcm masuk daerah lain plak. Musin durian plak tu.....gilossss!. 1st time in my life aku tak larat makan durian...

Cuma ada sesuatu yg merunsingkan aku. Aku masih tak dpt jumpa dia... Dia yg pernah jadi sahabat aku. Aku tahu dia sdg trlantar sakit. masalahnya, dia tak mahu aku dn kawan2nya yg lain tahu atau risau. Terasa hatiku begitu tersiat2. Ptg smlm aku trima msg drnya:

"percayalah w/pun aku x sll ctc kau, aku x pernah lupa kwn2 yg prnah tolong aku. Aku jgk malu dgn sikap aku kt kau!"

aku x tahu nk bls apa, hatiku trhiris..my bestfriend is dying!! Masa di kampus dn dskolah dulu kami sring brjanji...

" kita wajib sedekahkan al fatihah,antara kita andai salah satu pergi dulu..."

Dan kami pernah berjanji walaupun dah berumahtangga.....kami ttp akan jadi sahabat...

waktu form 5 dia prnah hampir menitiskan air mata bila berkata dgnku:

"doktor kata aku djangka cuma mampu brtahan smpai umur aku 20 thn"

Dan kini.....kami menanti detik itu....krana tempoh itu telahpun...dia lepasi..

108927 | posted by amirahsyuhada at 2:19 | 0 comments

Monday, May 3, 2004

Kuala Selangor....on my chilhood past time.

Ahad haritu sebaik sahaja aku menelan panadol uphamol, sebab sakit kepala akibat keletihan dalam perjalanan pulang dari Lahad Datu,aku pun tidur dalam 3 jam. Dari pukul 8 sampaile pukul 11 mlm. Aku terkejut dari tidur selepas terjaga dari mimpi yang hingga kini tak aku lupakan.

Daerah Kuala Selangor. Aku kesekolah lama ku. Masih serupa pintu pagarnya, bangunannya. Tersermpak dengan cikgu Ariffin, dia jadi GB. Dia mengenali aku...

Tulah yang aku mimpi. Bangun tu aku terus capai telefon. Call Hajar=masuk mailbox. Call Helmi="nombor yg anda dail telah tamat perkhidmatan" dan call Azfiruddin=tut...tut..-enggage. Mereka 3 orang ni satu2nya sahabatku di kuala selangor, yang dah agak lama tak aku call. Ya Tuhanku...aku lost contact dgn mereka. Semua nombor yg ku dail telah tidak berfungsi lagi.

Kuala Selangor, aku cuma sempat tinggal disitu selama setahun setengah, dan disitulah akademik ku paling baik dan paling ramai sahabat.Disitu juga kenangan kanak-kanak paling indah. Kini semua sahabatku itu telah pun...terlost ctc dgn ku...

Digantung...

2 minggu lepas dua orang pelajar kelasku (2a) ditangkap dalam sebuan yg dibuat oleh ustaz dan cikgu wan. Mereka sedang "high" bersama budak2 f5 di ladang kelapa sawit sebelah sekolahku. Rupanya kat situ port dorang melepak sambil hidu gam. Tempat tu kata ustaz,tanahnya dah terang takder rumput walau sehelai pun sebab berlonggok plastik gam bertaburan.

So, minggu lepas ramaile mak bapak datang menjamin/perjanjian untuk anak2 mereka. Termasuklah Rahaz, monex dan Hadz, selain 2 orang budak kelas aku Lee dan Azlan. Lee kena gantung selama seminggu sebab dia mmg dlm pemerhatian selama 3 bulan.

Lee,
Dia ni taiko budak menengah rendah, thn lepas dah kena tangkap sebab kes dia belasah budak form3. Tahun ni plak, kes pecah dan curi barang2 kat bengkel kh dan calar kereta HEM. sEJAK AKu jadi guru kelas ni aku cuba rapat dgn dia, tapi,satu demi satu kes yg dia lakukan. Kisah dia ni biasa je, ayahnya tak berkerja dok lepak je kat rumah. Jadi dia dan abang dia lah yg bekerja di ladang untuk menyara kehidupan, disamping mak dia yg ambil upah menjahit. Adik beradik dia 11 orang. cuma tinggal dia yg paling tua bersekolah, abang dan kakak dia semuanya dah kena buang sekolah sebab kes pukul dan menghidu gam.

Aku pernah tengok adik perempuan dia kat sekolah rendah darjah enam, perhhhh dasyat, perangai gengster tak kurang lansung. Yang sedihnya si Lee dan adik dia ni adalah pelajar projek masa UPSR dulu. Thats mean yg cmerlang masa sekolah rendah. Tapi Lee ni sebaik je nak UPSR perangai hancur dan tah camne result parah.

So, aku dah jumpa mak dia, just slow talk. Tak ahulah, mak dia cam pasrah jer dgn perangai dia dan adik beradik yg lain. Pernah aku slow talk dgn Lee, dlm sendu yg ditahan, katanya dia benci pada ayahnya yg membuatkan hidup mereka derita, dia juga benci dengan masyarakat yg memandang hina pada keluarganya. Entahlah, aku tahu dia memerlukan keajaiban utk mengubah dirinya. Manakan tidak aku tengok lepas dia kena gantung tu, kenkawan dia yg anggap dia hero tu, masih provoke dia suruh belasah orang dan ponteng skolah.Walau aku tahu jauh dilubuk hatinya dia benar2 nak berubah.

Pengetua baru yg akan pindah...
Sekolah aku baru dapat pengetua pada bulan 2 haritu. Chinese, perempuan. Orangnya memang baik dan penuh vision. Boleh dihormati dan disayangi. Tapi 28hb haritu dapat arahan pindah kesekolah lain. Sekolahku bagai berkabung ...baru kami nak dapat pengetua dan baru nak rasa macam sekolah yg normal....dah pindah. Tak tahulah camner dgn pengetua baru akan datang. Sekolah kami ni bukan calang2 orang akan mampu pimpin. Yalah sekolah terbuang dan tak disedari kewujudannya.....

setakat ni je...bulan 6 ni aku balik smnanjung...so akan ada catatan lagi.

104048 | posted by amirahsyuhada at 22:18 | 0 comments

Wednesday, March 17, 2004

laman webku jadi sebutan..hehe

Dewan Budaya, Februari 2004:
Berikut adalah satu petikan yang telah di edit dari internet “... Aku pernah membuat kajian disiplin pelajar di sekolah menengah di Selatan tanah air. Di sekolah-sekolah primier, dan sekolah gred B yang bukan bertaraf elit, pergaduhan antara pelajar selalu terjadi. Selalunya berakhir dengan kes polis….. Pergaduhan dua kumpulan berteraskan kaum ini, sudah terlalu lama menjadi barah dalam senyap” (www.danchan.com/weblog/amirahsyuhada).
Luahan penulis tersebut membayangkan kes pergaduhan sering terjadi dan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) tidak mampu mengawal keadaan sehingga melibatkan pihak polis. Persoalan yang timbul ialah adakah perpaduan antara kaum gagal dipupuk

fokus tulisan roslin amir.

95613 | posted by amirahsyuhada at 21:18 | 0 comments

Rindunya...dan.... Pilihanraya ke 11

Sejak seminggu dua kebelakangan ni aku asyik mimpikan rumah dan semenanjung. Lebih-lebih lagi dua orang kawanku sekursus PKSN 97 denganku telah pun berkahwin. Majlis tu ramai gak member2 PKSN berkumpul...arrrr rindunya kat dorang.

Start bulan lepas PKN telah pun bermula. Sebenarnya PKN tu diambil dari Modul PKSN yang cuma sebulan. PKSN(Program Khidmat Sosial Negara) tahun 97 adalah kali pertama diadakan. Arr rindu kat para fasilitator yang menjaga kami macam adik sendiri. Kami 50 orang remaja lepas SPM yang baru nak bebas dari alam persekolahan. Teringat aku...minggu pertama adalah adalah minggu paling mencabar bagi para fasi dan kami juga. Mana taknya kami asyik bergaduh sesama peserta. Yang lelaki siap hampir bertumbuk. Yalah masing2 dari latar yg berlainan. Nak duduk sebilik...perhhh. Ada lebih 2 peserta yg mmg problem. Sorang kaki gam, dan sorang kaki pompuan. Memmang trouble. Last2 minggu terakhir...kami bagaikan satu keluarga. Hari perpisahan mmg sedih giler. Kawan kami yg kaki gam tu betul2 berubah selepas program tu, alhamdulillah dia jadi manusia baru. Bagitu juga aku...baru kenal erti agama. Setelah pulun ditarbiayah oleh ustaz2 disana.

PKSN 97 ......TINGGAL KENANGAN.

Sekolah cuti...tapi kami pulun buat soalan ujian bulanan.

PILIHANRAYA...PALING HAMPEH!!!

KAT tempat aku BN menang tanpa bertanding..HAMPEH!!!!
aku dan member2 dah terima dah tugas jadi kerani SPR...ceh...camni kami takder kerjalah.. Bila lah...nak ada calon keadilan ker...PAS ker kat sini. Kawasan sini amat memerlukan pemimpin berkaliber. Rindunya aku kat suasana meriah pilihanraya kat semenanjung..terutama kat kedah. Kat sini tak terasa lansung ada pilihanraya. Ada pun sikit2 jer poster BN..JE pulak tu..nak muntah aku...tengok poster BN...UWEKKKK.

Aku dah bertekad selagi sekolahku tak lengkap ada bangunan sendiri. Takkan sekali pun aku terdetik untuk menyokong BN!!.

Berjuang memang pahit.......Buat semua...penyokong dan jentera pembangkang teruatmanya PAS dan keADILan....tunggulah syahid...atau menang! Kami akan terus menyokong kalian. Mara...tetap MARA! Takbir!!!!

95590 | posted by amirahsyuhada at 20:27 | 3 comments

Saturday, February 28, 2004

kes terbaru

Minggu lepas sepulangnya aku dari membawa kontigen mssd (16-19 feb) sekolah kami gempar dengan 2 kes yg aku rasa agak sedih dan memalukan.

Hari tu hari jumaat, cam biasa aku masuk kelas 2A utk ajar english. Selepas sesi menghukum pelajar yg tak bawak buku dan tak buat homework yg kutinggalkan selama 3 hari, aku pun ngajar lah cam biasa. Udin pelajar yg problem dlm kelas aku dok ler mengetuk-ngetuki kerusi dan meja, bingitnya membuatkan hatiku cukup panas. Bila kutanyakan bukunya, kata dia begnya diambil oleh cikgu fazil sebab dia ponteng kelas 2 hari lepas. Aku memaksanya pergi mengambil beg di bilik guru. Seperti yg ku jangka sampailah waktu balik dia tak masuk kelas.

Dibilik guru, aku lihat guru-guru sedang mengelilingi udin. Kak evie guru k.h tgh meraqh mukanya dan hampir menangis. Rupanya dalam beg si udin ada lebih kurang 8 alat gerudi kayu dan pelbagai komponen letrik. Memang teruk si udin dikerjakan cikgu Man, terbongkarlah petang tu kes store k.h kami yang licin habis alat2 utk projek pmr. So udin,uting, dan adi serta dua orang lagi pelajar kelas lain telah memecah masuk store k.h dua hari lepas. Kak evie, guru yang lembut dan tak pernah marah tu, memang marah gila petang tu.Kes masit menunggu sesi soal jawab.

Dan pagi tu pun sebenarnya ada satu kes, dimana seorang penduduk kampung yg hampir dengan sekolah telah datang dan mengadu pada cikgu atim bahawa semalam dia telah menyergah sepasang pelajar di belakang blok c, yang sedang hampir ber...zina. Waktu disergah pelajar lelaki tu sedang membuka seluar, dan pelajar perempuan tu...ish...tak sanggup aku nak tulis. Lintang pukang dorang lari. Mungkin kawat cam akan dilakukan, dan orang kampung tu sanggup setuju utk mengecam pelajar2 tersebut. Aku cuma harap pelajar tu bukan pelajar tingkatan 2, walaupun ada kemungkinannya. Pelajar form 1 mmg bukan kot.

92338 | posted by amirahsyuhada at 21:03 | 0 comments

Friday, February 6, 2004

Perlukah aku membeli sebijik motor?

Sejak aku ditugaskan sebagai guru data dan jurulatih sukan/bolasepak, aku amat terasa bahawa aku meemrlukan kenderaan untuk berulang alik ke pejabat pendidikan atau ke sekolah sendirian. Setakat ni aku hanya mampu memikirkan untuk beli sebijik motor. Dalam bayangan aku...aku nak nak tangkap sebijik KARISMA atau comel. tapi tahun ni... before bulan 6 aku rasa macam payah sikit.

Keta?? ramai gk yg suruh beli....tapi...dah lama sgt aku tak bawa, sejak accident dulu. Kurang-kurang kena training dulu, dan akan ada masalah akalu aku pulang cuti. Motor senang sikit nak minta tumpang kat umah member, keta ni....cam berat skit.

Sekarang aku agak happy bila mengajar kelas form 1. F1 tahun ni ceria dan pandai hormat guru. Tkder ler yg berpotensi nak kurang ajar. Dan tahun ni aku benar2 bersikap tegas..hehe..bila gurau aku gurau...time tak buat kerja denda dan hukuman tetap jalan. Alhamdulillah setakat ni okayler.

Start awal bulan ni, MAXIS dah ada line kat beluran...perhhh best giler. Dan semalam setelah sakit hati dengan operator TMTOUCH aku pun berpatah arang dan terus guna line maxis aku balik.

About 2A? Cikgu PK1 sedang menunggu senarai nama pelajar yg harus dikenakan tindakan dari aku. Dalam jangkaan aku ada 5 orang pelajar kelas tu yg berpotensi untuk di buang sekolah. Tapi...entahlah...sejahat dorang pun...aku masih lagi kesian dengan nasib diorang.

Akhir bulan lepas sebelum cuti raya haji, 3 orang pelajar 2B dipanggil atas kesalahan mencabul dan bertumbuk. Ketiga-tiganya pelajar yg amat aku ingati. Ustaz mmg mengamuk dengan dorang. Ketuanya Hadz. Hadz ni dari dulu lagi aku dah cuba dekati dia. Dia bermasalah kerana bapanya terlalu garang. Dan sikapnya yg mmg tak minat lnsung dgn pelajaran, dia pernah memohon pada ku untuk masuk ke kelas 2A. Aku menolak sekeras2nya, kataku selagi aku masoih mengajar disekolah ni aku takkan benarkan dia masuk ke 2A. Monex pula adalah pengikut setia. Juga pelajar bermasalah, aku pernah tangkap dia sedang menulis perkataan lucah dalam bukunya, masa dia form 1. Juga pernah membawa senjata ke sekolah. Dia ni tinggal dengan kakaknya, ayahnya tak tahu kemana. Cuma akhir tahun lepas aku dapat berjumpa dengan ibunya. Aku cuba berbincang ttg masalah Monex. Sebaik sahaja kukatakan Monex telah pun punya rekod kesalahan displin, ibunya mengalirkan air mata. Allah....manalah mampu aku berbincang lagi. Dalam perjumpaan itu aku lihat Monex seolah-olah benci pada ibunya. Rahaz, pula hanya pengikut mereka berdua.

Tingkatanb 2B mula buat perangai, selain kes Hadz, Monex dan Rahaz, pelajar-pelajar lain mula tunjukkan belang. Sehingga kak Lin yg mengajar English merajuk dan keluar meninggalkan kelas. Kak lin minta agar aku yg mengajar mereka (tukar jadual). Tapi jadual ku dan kak lin byk clash. Guru-guru lain pun mula menyuarakan masalah 2B, yg pelajarnya seolah0olah sombong dan kurang ajar. Aku hampir tercengang, kenapa ini yg terjadi? mereka yg dulu ceria dan mesra dengan ku telah berubah. Aku teringin untuk masuk kekelas mereka walau sekali pun jadilah, untuk melihat realiti. tahun ni aku lansung tidak mengajar 2B.

aku masih teringatkan Hadz dan Monex. Guru-guru mula mencadangkan agar mereka dibuang sekolah. Kesalahan mencabul dan mencederakan pelajar lain bukannya ringan. Setiap kali bertembung dengan Hadz,pelajar itu pastinya tunduk tidak mahu bersententang muka denganku, atau dari jauh bila nampak kelibat ku, dia pasti cepat-cepat mencari jalan lain. Tahun ni tak sekali pun aku sempat bercakap dengan Hadz. Di bilik guru, cuma aku sahaja yang masih membela dia....

88748 | posted by amirahsyuhada at 19:44 | 1 comments

Monday, January 19, 2004

Misteri kehilangan...

baldi tandas bilik guru hilang!!!

bagi sekolah aku kes ni adalah kes yg memeningkan kepala. Seksa weh...kalo takder baldi yg amat berjasa nih. Tak tahu ler camner. KAlo beli lagi...kena curik lagi...

Kelas 2A jadi sebutan...semua guru yg mengajar mula pening kepala. Sukarnya untuk bersabar dan menarik perhatian mereka. Tapi ada gak pelajar yg baik dalm kelas tu...tapi tak ramai...dan kesian kat mereka...

86699 | posted by amirahsyuhada at 19:32 | 1 comments

Thursday, January 8, 2004

Minggu pertama persekolahan: Cabaran dan realiti

Nasib baik harini aku ke cc bleh gak menjenguk jernel aku.

So...minggu pertama..penuh dengan kejutan dan cabaran...

Lepas meeting pertama haritu, aku dapat jadual dan perlantikan tugas yang agak banyak gak. Paling aku risau...aku ditugaskan utk mengatur jadual waktu kelas dan guru. Pening beb...aku tengah berfikir2 utk buat software jadual waktu. Tapi aku ni manalah cukup material nak buat. Aku rasa sekolah-sekolah yg besar mesti dah ada. Kalau secara manual...mahunya penin aku.

Aku jadi guru bolasepak perempuan?!!
Matilah aku...camnerlah yer...tahulah...aku nampak jer ganas...tapi...aku...baik tau...bersopan santun...tak retilah!! Bagilah aku pegang chess ker...hahah...sekolah ni manalah ada chess...nantilah aku bukak.

Then...satu berita yang agak menggemparkan diri dan emosi ku. Aku dilantik jadi guru kelas 2A bukannya 2B spt yg aku sangkakan. Kat sekolah aku kelas A...utk plajar yg corot. Kelas B adalah yg..ada harapanler.. Sebenarnya satu sekolah tahu aku mmg bermusuh dgn student kelas 1A..yg kini 2A. Kelas yang selalu membuat aku tak dapat mengawal emosi dan baran ku. Kelas yang pernah membuat aku berfikir untuk mintak transfer ke smnanjung hariini gak. Memang muka aku pucat lesi masa terima kenyataan tu. Seriuslah...hampir nak pengsan. Sebab bagi aku jawatan guru kelas ..adalah soal hati. Aku dah meletakkan hati aku kat tingkatan 2B. So skg hati aku dah hancur. Hampir dua jam juga aku terpaksa bertafakur...di belakang bangunan sekolah. Sampai...guru-guru kecoh dan terpaksa mencari aku yg telah terhilang dari bilik guru.

Akhirnya aku gelak sendiri...nampak sangatlah aku tak matang. Sebagai guru aku sepatutnya terima seiapa sahaja muridku, sebagai guru aku sepatutnya terima sahaja tugas yg diarahkan. Itulah cabaran namanya. Sampai bila aku nak tersangkut di comfort zone. Sepanjang kerjaya aku...aku akan tetap ditugaskan untu mengajar dan mendidik sesiapa pun. Aku tak layak bergelar cikgu sekiranya aku memilih untuk hanya mendidik murid yang mmg dah sedia baik.

Untuk menjadi tabah, kita perlu hadapi cabaran dan tewaskan diri kita sendiri.

85149 | posted by amirahsyuhada at 19:54 | 2 comments

Tuesday, December 30, 2003

Hari-hari terakhir disemenanjung..

Pagi tadi jumpa Rie makan kat kfc, Jaya Jusco. Ada customer pengsan. Kesian kat akak tu...baru nak shopping kat Jusco..dah pengsan. Apa lagi unit Keselamatan Jusco pun bergegas menunjukkan kemahirannya..amik wheel chair dan bawa masuk kekereta.

Rie ada temuduga lagi...entahlah aku harap dia bersabar dan tak berputus asa. Aku percaya dalam hidup ini selagi kita tak putus asa selagi tulah ada harapan. Once kita putus asa, itulah namanya kegagalan.

Pagi tadi terima sms dari k'ila. Lama gak tak dengar berita dia. Berkali-kali aku nak ke kedah..ada sahaja halangan. Aku ada 3 orang kakak angkat yang ku anggap macam kakak sendiri. Seorang orang perak kerja di kedah, seorang orang kedah dan seorang orang selangor. Semuanya aku jarang jumpa. Yang dekat Selangor pun..aku jarang jumpa...merekalah inspirasi aku..dan kekuatanku, selain dari yang Esa..ler.

Aku nak sangat ke kedah!!! Bila agaknya aku akan kesana. Aku harap sekurang-kurangnya aku akan kesana juga pada tahun depan. Ziarah kakak-kakak aku. Pergi UUM. Masjid UUM adalah tempat yang paling aku rindui.

Bagaimana dengan gerakan mahasiswa di IPTA sekarang ya? Dah lama tak dengar berita. Dulu waktu zaman kebangkitan kami, kami dituduh dengan kejamnya bahawa kami ada gerakan bawah tanah...Gila ke apa? Takder tuduhan lain ker? Tak kuasa kami nak gerak bawah tanah ni..wei. Assigment berlambak beb. Ingat kami takder kerja lain. Tuntutan2 keadilan yang kami buat pun adalah keprihatinan kami pada bangsa dan agama. Kalau setakat nak gerak bawah tanah....ikut komunisler...macam citer PAloh.

Anyway walau pun aku tak bergelar mahasiswa lagi...tapi aku harap satu hari nanti mahasiswa akan bangkit sebagai pengkritik kerajaan yang lebih mantap. Kalau bukan kami yg golongan educated(insyaAllah) yg kritik kerajaan..siapa lagi? Kami mengkritik bukan mengutuk!

Berjuang hingga akhir hayat...tunggulah SYAHID...ataupun MENANG!

84287 | posted by amirahsyuhada at 23:39 | 0 comments

Mula mempackingkan diri...

harini novel harry potter makin ke penghujung, semakin suspen dan berdebar. Tak pernah aku berdebar macamni bila baca novel..gila tak. Sampai aku decide kena stop dulu..untuk menenangkan fikiran.

Kan best kalau aku boleh berkongsi baca dengan anak murid aku. Tapi english dorang terlalu lemah. Aku kalau nak mulakan ..kena mula dari buku2 macam Tom Sawyer ke..cerita2 yg ringan. Kalau tak aku yang syok sendiri.

Harini start packing. Terasa sayu nak balik. Feez aku lom jumpa lagi untuk settelkan pinjaman vcd. Esok mybe jumpa Rie. Makan mcd kot...hehe.

Tak sangka harini hari selasa. Esok dah rabu...lusa dah....berangkat ke kl. Maybe khamis ni aku kena rushing ambil spec aku kt ocean. Menyesal beli spec yg frameless. Sensitif..masuk kali ni dah dua kali pecah. Tak sesuai lansung dengan aku yg ganas.

Tadi update web rasmi lagi. Ada sahabt komen...page catatn diri..tulah satu2nya yg tak update...buruk lak tuh..hehe..tq.

Adik call aku...kesian kat dia...biasalah remaja..masalah apa lagik kan. Nasiblah aku dah lepasi zaman2 remaja tuh..hehe..tuo dah heh.

84198 | posted by amirahsyuhada at 6:44 | 0 comments

Sunday, December 28, 2003

Pakcik Kama

Aku kenal dia kat room YM. Dia datang waktu aku benar2 blank. Kenapa dan camner aku boleh terjumpa dia...wallahualam. Selalunya kalao aku chat mesti tak tahan lama...tapi..dia nih mmg byk yg aku belajar dari dia. Tapi...life goes on, people come and go. Aku pernah kata pada seorang sahabatku..

"Kita bertemu untuk berpisah,pertemuan adalah takdir Allah...perpisahan adalah satu kepastian"

Sedih member ni bila dengar kata-kataku..tapi realiti kan nak buat camner.

Hingga kini blog ni masih dlm posisi selamat, sebab cuma sorang dua rang je yg aku bgtahu address dia. Dlm web rasmi aku...ramai yg tak perasan aku ada letakkan button dia. But thats it...MUGGLE IS ALWAYS BEING A MUGGLE..they never know what really happen in this world..they always unnotice!

84049 | posted by amirahsyuhada at 23:33 | 0 comments

Mengemaskini...homepage dan diri

Dah berapa hari dah rumah aku tak berasap...opp dapur..kannyer umah ye. Bukan apa...mak aku makin bz skarang nih...almaklumlah...Pilihanraya dah dekat. Aku tinggal sorang malas betul nak memasak. Tak bestnya makan sensorang kat umah. Kerja aku...sekarang ni menghabiskan baca 3 buah novel Harry Potter.

-->HaRry Potter n philosopher stone
-->Harry potter n secret chamber
--> Harry potter n azkaban prisoner

Kesian kat Harry Potter dahler anak yatim...banyak pulak masalah dia. Tapi memang aku admire professor dumbledore. Ah...mana ler dorang ni ada wujud.

VCD terbaru aku tengok..Baghban..lakonan Amitabh Bachan. ibu boleh menangis tengok filem tu. Sampai dia past2 kat member dia. Cerita yg masih menanti aku tengok..LOTR III:Return of the king..

Pejam celik-pejam celik...aku nih dah nak berangkat pulang ke lubuk beluran aku...Sedih plak nak tinggalkan pc nih...dan segalanya.:(

Sedihhhhhhhhhh.......

Laman web rasmi aku..adalah kemaskini sesikit...ntah2 pengemaskinian yg terakhir.......

83977 | posted by amirahsyuhada at 7:04 | 1 comments

Thursday, December 25, 2003

My english Teacher

Hari ini aku mengikut ibu ke majlis perkahwinan saudara di Bukit Serindit. Punyalah sukar untuk mencari rumah tu. Beberapa kali bertanya orang barulah berjumpa. Taman Noorbar... aku terasa nama tu macam familiar denganku.

"Bu, tu bukan dekat dengan rumah cikgu Hassan?"

Ibu ku mengiyakan. Majlis perkahwinan saudara aku tu cukup meriah..tapi sorang pun aku tak kenal. Kata ibu saudara jauh..dah 2/3 pupu dari ibu. Hem..kalau dengan aku dah takde pupu lah kot hehe...

"Tu..cikgu hassan."

Ibu ku berbisik padaku yang sedang asyik mengunyah kerutuk daging yang agak liat. Mata ku meliar mencari kelibat guruku. Mata ku hampir terbeliak...salah orang mungkin mak aku ni. Aku cuma mengeleng2. Ibu ku beriya-iya membenarkan. Kurenung wajah tua yang duduk di meja hadapan ku. Orang sekeliling begitu mesra dengannya. Mengusiknya sesekali. Diakah...

"Liza, cuba kau tengok getah tu tersangkut kat tingkaplah."

Aku ketawa terkekeh-kekeh, tapi cepat-cepat mengawal diri. Didepan kelas, cikgu Hassan sedang menerangkan kami tentang senarai alphabet english..yang bagiku masa tu tak aku faham sebutir pun.

"Class..are you with me? Girl..please pay attention while i am teaching here."

Aku mula menikus. Aku dapat menangkap reaksi Cikgu Hassan yang mula bagai udang kena bakar. Bila melihat aku tersenyum-senyum dibelakang. Tak kusangka, Liza masih tergelak-gelak melihat getah yang tersangkut di palang tingkap,baru kulastik sebentar tadi.

Hati ku berdegup kencang bila guru yang berbadan agak besar itu datang mendekati kami. Liza menangis dan terkejut bila dicubit. Aku pula seolah-olah menunggu hukuman. tapi selepas menghukum Liza, guru itu terus berlalu. Aku bagaikan terlepas dari hukuman maut...

Masa tu aku darjah 3, cikgu Hassan adalah guru yang paling popular disekolahku. Sifat kelakar dan peramahnya membuatkan setiap murid akan merasa bertuah bila menjadi mangsa usikan dan gurauannya. Namun dia juga ditakuti kerana agak terkenal dengan sifat garangnya, sesuai sebagai guru displin. Suaranya yang lantang dan tubuhnya yang besar membuatkan pelajar kecut perut apabila mendengar suaranya. Dia mendapat sorakan yang paling kuat waktu menyanyi di hari guru.

Aku renung kembali wajah tua didepanku. Benarlah..dia guru yang pernah menjadi 'jantung' bagi rakan-rakan ku dulu. Tubuh dihadapan ku terlalu kurus..namun tetap ceria, kelakar dan seperamah dulu. Seperti 13 tahun dulu.

Pulang dari kenduri, aku menggesa ibuku untuk singgah kerumah cikgu hassan. Sebenarnya keluargaku juga mengenali keluarga cikgu hassan sejak along bersekolah rendah lagi. Entah kenapa aku gemar melihat wajahnya yang cuba mengingati aku sewaktu sekolah dulu. Hampir sejam aku dirumahnya. Sama-sama ketawa bila katanya, aku selalu tersipu malu bila dia mengusikku dikalangan rakan-rakanku dulu.Kesihatannya agak baik setelah menjalani operation bypass tak lama dulu. Tubuhnya yang kurus tetap mencuit hatiku. Namun gelak tawanya bercerita tentang sifatnya yang angin menyebabkan dia sering berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah, membuat aku lupa akan rasa simpatiku padanya. Simpati dan terharu dengan kekurusan tubuhnya..

"Tabah dan sabarlah bila dinegeri orang,pengalaman tu akan tetap berharga."
"InsyaAllah,cikgu"

Dapatkah aku jadi guru sebaik dia, sentiasa bersemangat dalam mengiringi jiwa kanak-kanak kami?

83727 | posted by amirahsyuhada at 6:17 | 0 comments

Tuesday, December 23, 2003

Color?

Aku try tukar pelbagai warna...suba nk warna yg agak..memberi semangat..warna ni camner okey ke?

83529 | posted by amirahsyuhada at 10:08 | 0 comments

Monday, December 22, 2003

Anugerah entry terbaik?

walaupun syaratnya mungkin aku layak...tapi..aku tak rasa aku layak..heheh

Semalam ada jamuan marhaban dirumah, cuma aku dan ibu saja yg handle. Pening kepala aku. Hinggakan pagi ni aku demam.

Lupa nak tulis heheh...handphone aku bertukar housing buat kesekian kalinya. Setelah haritu aku hampir berikrar, casing ori yang aku beli di sabah tu adalah yg terakhir. Tapi haritu di OCEAN ada handphone fair. Renung punya renung casing dia memang cun-cun belaka. Housing LOTR pun, Harry Potter pun ada.. Then aku terjatuh cinta pada casing crayon sinchan. Lama gak aku berfikir. Akhirnya casing tu jadik milik aku. Memula rasa mcm menyesal sebab terlalu colouring. Lelama tu...aku rasa itulah pilihan aku yg tepat.

Filem terbaru yang aku tonton ialah Kal ho na ho dan internal Affair 3. KHNH pening skit pada awalnya. Cd akhir barulah terasa dapat menghayati dan terasa sedih yg amat sgt. Sebabnya cd 1 & 2 terlalu banyak sgt konflik. Subtitle dia hampeh plak so aku mmg susah nak tangakap apa sebenarnya konflik yang menyebabkan adik perempuan si Naina dibenci oleh neneknya. Dan ayah dia..aku masih tak faham apa yg sebenarnya yang terjadi. Tapi lakonan Shah Rukh Khan mmg tak boleh nak dipertikaikan. Juga lagu temanya, irama muziknya benar-benar seolah menunjukkan rasa hati yang terpendam.

Internal Affair, mencabar minda. Lama aku tak tengok filem macamni. Filem yang aku rasa puas dlm mencabar intelligent ni ilaha matrix 1. Sequel dia agak hampeh dan menghampakan.

Juon? aku dah beli cd dia tapi masih belum tonton, intro je..aku dah seram. Ish..tak bolehlah citer2 seram nih.

83410 | posted by amirahsyuhada at 5:55 | 2 comments

Friday, December 19, 2003

Kismet...?

Pernah dgr perkataan kismet?
Kismet ni....something about jodoh...
Percaya pada jodoh?
Mestiilah...
Tapi ada orang kata kita kena mencari...
Kalau kena mencari...maknanya tak percaya pada jodohler...
Bagi aku jodoh ni umpama ...kematian..ajal..maut
Pernah ke kita yg waras ni mcari ajal?

Satu kisah yg agak membuat aku bfikir..
ttg seorang raja yg mdapati hamba perempuannya telah berlaku sumbang pada hamba perempuan yg lain hingga mengandung...msti ada misteri...setelah diselidik2. Hamba itu rupanya khunsa. Tapi si khunsa ini mengatakan dia byk kearah perempuan. Pk punya pk. Dpt idea..raja tadi mncari tukang yg mahir utk mngira atau menyelidiki tulang rusuk si khunsa ini tadi...sah..tulang rusuk nya tak cukup satu. Sahlah sikhunsa itu td adalah lelaki.

So rupanya benarlah sebahagian rusuk lelaki itu ada pada seoarang hawa. Jadi benar jodoh itu tetap ada..tidak didiunia..di akhiratlah akan ketemu...

Benar ke?..masih berpk ..lagi.

83184 | posted by amirahsyuhada at 11:09 | 0 comments

Tuesday, December 16, 2003

1515 dan sebuah perjuangan

1515..
kisah mengenai Nyemah Mulia, seorang gadis berusia 15 tahun yang dilakarkan dua watak dan dua nasib dalam novel ini. Namun yang pastinya hanya satu watak yang menjadi realiti. Kejatuhan melaka ditangan portugis tetap telah terlakar didada sejarah. Kerana sejarah itulah lahirnya kita.

Melaka...
Kejatuhannya sama methodnya dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah. Kerajaan Islam yg terakhir. Disaat rakyat Islam mengecap kemewahan dan astik dengan kemungkaran. Dan para pemimpin mula mabuk dengan kuasa serta menjadi kepala segala maksiat. Lalu Allah utuskan kaum kuffar menjadi alat pembalasan. Kalau kita bayangkan peringatan-peringatan Allah ini pasti kita terfikir..pastinya begitu dasyat kemungkaran yang dilakukan oleh Andalusia, hingga lenyap sisa-sisa Islamnya. Tidak berbaki walau setitik noktah.

Tapi telah dijanjikan...diakhir zaman nanti akan ada satu kehancuran yang besar. Dimana negara Islam itu ditindas hingga tidak bersisa. Lalu lahirnya sebuah negara Islam yang bangkit dari keruntuhan yang amat dahsyat. Mungkin serentak atau seberapa lama selepas berkuasanya Dajjal, lalu hadirlah Imam Mahdi dan nabi Isa untuk membentuk kelompok atau kuasa terakhir Islam. Dimana bila lenyapnya iman-iman kelompok terakhir ini.... Disitulah saatnya Hari Kiamat akan terjadi.
********************************************

Sejak raya haritu aku dan pakcik Pr sedang berusaha untuk membawa kes sekolahku ke mahkamah...opp ke kementerian atau pihak atasan. Sebabnya setelah diselidiki, cuma sekolah aku satu-satunya sekolah menengah yang tidak diketahui statusnya. Dalam masa yang sama, sebuah sekolah yang besarnya hampir menyamai sekolah bestari telah dibina di dalam satu daerah yang sama. Sedangkan sekolahku sejak tahun 2000 lagi telah memohon sebuah bangunan dan sekolah sendiri. Hingga kini tiada berita. Sekolah baru itu akan beroperasi pada tahun 2004. Hingga ada ura-ura mengatakan sekolah aku akan ditutup. Kerana pembinaannya sebenarnya hanyalah untuk merayu undi pilihanraya pada penggal yang lalu. Pembinaannya sebenarnya tak dipersetujui lansung oleh Pejabat Daerah. Akibat dari lokasi yang tidak strategik dan juga sukar untuk dinaik taraf kemudahannya.

Pakcik Pr yang sekarang bekerja di buah syarikat developer bumiputera dengan rela hati bersetuju untuk membantu. Dia ni ada contact dgn kementerian. Dari penelitian aku usaha ini hanya ada peluang 50/50. Samaada menemui jalan buntu ataupun berjaya membongkar dan mendapatkan perhatian dari pihak tertentu.

Guru kananku telah berura-ura untuk membuat kata putus. Jika tahun ini masih tiada khabar dari kementerian, dia akan meluluskan semua permohonan pertukaran kakitangan. Bermaksud sekolah ini akan ditutup. Pastinya lebih 200 pelajar akan berhenti sekolah kerana hanya sekolahku yang paling hampir dengan lebih dari 5 buah kampung. Iiatu sepanjang 60 km perjalanan dari Sg. GumGum yang jauhnya 20km lebih ke bandar Sandakan, hinggalah 10 km ke pekan Beluran.Dimana 10km ke pekan Beluran tu adalah sebuah sekolah menengah gred A yang sering aku cemburui tu.

Jadi bagaimana dengan harapan-harapan kecil yang sedang baru berputik didada anak-anak muridku yang saban hari kutitipkan......

82866 | posted by amirahsyuhada at 20:43 | 0 comments

Saturday, December 13, 2003

kelmarin,semalam dan hariini

minggu ni ada pelbagai peristiwa bg aku.

Kelmarin aku pergi mahkamah, ada hal sikit. First time aku masuk mahkamah.Tidaklah se gah mana mahkamah kat malaysia ni,tak seperti yang kulihat di kaca tv. Mungkin sebab aku cuma pergi mahkamah rendah sahaja. Yang pendakwa polisnya cuma seorang untuk mewakili berpuluh kes. Hakimnya tiada ekspressi wajah. Beku.Dingin. Seolah olah riak wajah adalah hukumnya pancung. Kebanyakan kes tuduhan hariini melibatkan remaja. Ada kes dadah,ugut,ragut dan khianat. Namun bagi aku yang tidak pernah bangga dengan kes jenayah sesiapa, aku merasakan jika aku menjadi tertuduh, cukuplah sekali ini kaki melangkah kesini. Yang ada disekeliling cumalah wajah-wajah suram ibu bapa,ada juga tangisan dari sang anak sambil memaut ibu yang menghampirinya di kandang tertuduh. Yang ceria cumalah wajah-wajah peguam yang sudah terbayangkan wang upah dan polis-polis yang gemarkan mangsa. Mungkin setiap insan yang mewakili wajah-wajah muram, berdoa agar inilah yang pertama dan inilah yang terakhir. Walau mungkin ada yang telah lali atau cuma permulaan.

Semalam...
aKU ke Maybank bndar melaka. AdA orang perlukan bantuan..
Sepanjang perjalanan dari rumah tu aku meneliti setiap sisi jalan. Nak singgah TESCO? ah belum gaji. Mata aku tekun juga memerhatikan gerai-gerai kecil yang menjual majalah. Sudah hampir 6 bulan aku tak menatap Dewan Sastera. Dewan Masyarakat pula sudah menjadi clone Massa. Tiba-tiba waktu dok tekun perati gerai dan deretan kedai didepan Tesco. Aku ternampak sesuatu...GALERI DBP!!!! Oh disini rupanya kau melarikan diri! setelah disisih oleh insan-insan yang tak tahu di untung kat tengah bandar tu.Yes!!!!! Pencarian aku hampir berakhir.Cepat-cepat aku menggesa ibuku untuk berhenti didepan galeri.

Wahh...Faisal Tehrani ada karya baru ..1515. Huraian sukatan pelajaran pun ada jual. Buku..buku...bestnya..hmmm. Ustaz shopuan ada tulis buku baru. lama jugak aku membelek, hampir terlupa ibu yang sedang menanti dikedai AVON. Akhirnya 1515 dan huraian sukatan english aku capai.

1515?
macam dial up internet je.
Bila plak mamat ni berminat benda camni. Last sekali dlm tahun ni dia banyak membolak balik kan sejarah, sejarah kejatuhan melaka oleh portugis. Buat aku pening tapi akjub. Belek-belek..1515..

"Melanngar Melaka? Portugis menempah maut!"

Ceh, silap besar aku rupanya...ingatkan something tentang jaringan internet ke apa-apalah yg berbaur teknologi maya. Dah bayar plak tu. Tapi aku yakin karya Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan aku. Macam shahnon ahmad.dan A.samad Said.

Teringat aku betapa masa kat rumah sewa di Beluran, kami mengkagumi Azizi Abdullah yang begitu teliti menghuraikan persekitaran. Hingga perkataan "tersungkap" sentiasa menghantui kami serumah.

Sungguh aku dahagakan karya-karaya sastera dari penulis muda dan juga penulis mapan negara kita.

Hariini..
Habiskan menjelajah 1515....

82408 | posted by amirahsyuhada at 4:20 | 1 comments

Friday, November 21, 2003

nak raye?

Semalam Abdul call aku. Lama tak dengar berita dia. Buat master dah skang. Dua tahun dah rupanya dia dah pindah. Tanpa berita. Dengar suara dia teringat persahabatan kami yg unik masa skolah menengah dulu.

Dia amat pemalu. Selalu menjadi usikan pelajar. Tapi dengan aku...dia boleh berbual. Mungkin sebab kami selalu bertukar koleksi dragon ball. Dan kalau dlm gathering. dia lebih prefer bercakap dgn aku dari boys yg lain. Dia antara kawan aku yg baik akhlaknya.

Dua hari lepas aku tengok cerita Warriors Of Heaven & Earth. Kisah mengenai seorang utusan yang ditugaskan membunuh seroang jeneral. Utusan itu adalah kelahiran Jepun dan hanya boleh pulang selepas menjalankan tugasnya. Jeneral itu sebenarnya dihukum kerana tidak mahu membunuh orang tawanan. Ceriat nya amat tragic dan dramtik. Cerita paling best pada tahun ini. bg akuler.

So lawatilah sipnopsisnya di http://www.karangkraf.com.my/Saluran/Hiburan/default.asp?categories=Sinopsis

wasalam

80351 | posted by amirahsyuhada at 0:30 | 0 comments

Sunday, November 16, 2003

Puasa...

Aku membelek-belek laman web akhimasrawi dan enmiya..perh..dah jauh dah dorang ni. Enmiya dah balik msia pun. Jurnal aku ni dok tersangkut-sangkut. Anyway takbleh menulis byk..dah ngantuk..nanti nak sahur...esok..nak sambung cat umah. Nak rayalah katakan...

Aku ghairah gak nak buka sem ni..rindu kat anak murid aku...dan takut kalau jumlah mereka semakin berkurangan. Kalau ikut daftar haritu...mmg hampir separuh murid kelas aku hilang.

Hari pendaftaran tu aku sedih tengok mak bapak yang terketar2 keluarkan yuran...lepastu tengok buku rekod anak2 diorang merah sumer. Dan bila aku terpaksa berterus terang bhw anak mrk ada yg dah adaa rekod displin walaupun baru form 1, ada ibu yg menitis air mata...bab ni yg aku lemah ni, student tu buat muka keras jer...Ya Allah berilah hidayah pada anak muridku...moga mereka menjadi orang yang berguna...

Ni aku pasaste balik catatan first aku masa kat sabah..

Friday, June 6, 2003
i'm back........berita dari sabah
Assalamualikum.....

alhamdulillah dapat gak aku bukak diari aku ni. Haritu masa kat bandar sandakan aku ada try gak bukak, tapi down. Skang ni aku kat semenanjung. Tak plan nak balik cuti sekolah ni. Tapi famili ku beriya suruh aku balik sebab risau sangat pasal aku. Tiket air asia aritu RM 424, mahal giler sebab terkena dengan raya pesta keamatan.

Camne aku kat sini?
Pada 14hb April haritu aku telah ditugaskan ke daerah Beluran, daerah yang jauhnya lebih 90km ke bandar Sandakan boleh bermusafir. Pecut naik keta lebih kurang 1 setengah jam lah.Pergi pagi dalam pukul 7.00 balik paling cepat pukul 3.00 petangle. Ada kemudahan jalan raya.Pekan Beluran ada hospital, ada pejabat pos tapi takde posman,ada kelinik, ada satu cyber cafe ada pasar tamu, ada tempat nelayan naikkan ikan, ada kedai jual prepaid celcom (maxis takde coverage), ada beberapa kedai fotostat tapi mahal skit, ada satu kedai buku kecil yg cuma jual buku sekolah dan ada satu perumahan yang semuanya rumah kayu.Tapi adalah skang ni aku nampak sebuah rumah batu dalam pembinaan. But..jgn memain kat sini Astro hampir jadik satu kewajipan.Cuma rumah sewa aku jerk takder astro. Dan kat perumahan itulah aku duduk berkongsi 4 orang guru.

Transport kat sini kebanyakannya kami naik kereta sewa atau orang kat sini panggil Pirate untuk ke pekan atau ke bandar dan jugak berulang alik kesekolah kami. Kebandar pergi sahaja rm10, kepakan dan tempat lain yg masih dlm pekan beluran tu kira seringgitler.Transport ke kota kinabalu paling baik naik flight. kata kawan aku kalau ke bandar sandakan naik keta kira separuh mati jauhnya, kalau ke kota kinabalu pula mati pun belum tentu sampai...hehe. Kitaorang kalau berurusan pejabat dan kewangan (bank) selalunya kat bandar sandakanlah, kat pekan ni takder bank lansung.

Okay story about sekolah!!!!
Sekolah di pekan beluran ni ada dua satu sekolah grade A satu sekolah yg takder grade. Yang tiada grade itulah sekolah aku. Sekolah aku terletak diatas bukit, dari sekolah aku boleh lihat hampir sebahagian daerah beluran yang hampir keseluruhannya masih ditutupi hutan. Cuma ada satu bangunan stingkat, ada satu bilik guru. Kami ada 8 buah kelas. Tiga buah kelas kat bangunan yang setingkat tu dan yang selebihnya menumpang di bangunan sekolah rendah. Dapat bayangkan ke? Pendek kata sekolah aku ni menumpang sekolah rendah ler. So beroperasi cuma diwaktu petang. Sekolah aku tiada library dan tiada makmal sains jauh sekalilah makmal komputer. Padang juga tiada.Tandas kami tiada air. So kalau ada keperluan kami akan menadah air dari tangki. Bilangan guru kami ialah 13 orang. Bilik guru kami lengkap dengan segala kemudahan. Dan aku yang mengajar math dan english form 1 dibekalkan dengan komputer dan LCD.

aBOUT STUDENT.
Student kat sekolah aku ni kebanyakannya datang dari golongan yang sukar hidupnya, kalau nak cerita mmg sedih. Dan yang paling sedih dan agak menjadi kejutan bagi aku masa memula datang ialah tahap kefahaman agama islamnya yang amat mengharukan hatiku.

Hm.... perasaan aku about all this thing that I have and had face.... aku rasa biasalah bila datang rasa down tu rasa sunyi..rasa alone dan rasa rindu sangat..when life seems so hard...masa tu rasa cam nak balik semenanjung dan cari kerja lain jer. Tapi bila melihat keletah pelajarku,bila kenangkan happynya kerja dengan cikgu2 yang happy go lucky, tenangnnya suasana disini...aku rasa sayang mahu meninggalkan daerah yang terpencil ini. Walupun baru sebulan tapi aku dah rasa nak setahun, aku tetap rasa kat sini ada banyak perkara yang mungkin aku takkan jumpa kat semenanjung. So the only thing I do, is pray...and pray, wish Allah will give me a strengh to face this hard life...Moga Allah beri ku seribu kekuatan untuk memikul amanah yang maha berat ini.Amin.

Setakat ini....wasalam


Okaylah..mybe esok aku tulis lagi...wasalam

79882 | posted by amirahsyuhada at 11:01 | 3 comments

Tuesday, October 28, 2003

Sukan kali Pertama sekolahku.

apa khabar?

saya baru habis hari sukan.20-21hb 10 2003.
tahun ni first time skolah buat sukan setelah 3 tahun ditubuhkan. Memula mmg ler rasa cam tension gak sebab rasa cam penat sgt, bekerja dari pagi ke petang dan juga hari minggu semata2 nak siapkan padang dan juga uruskan pelajar.. tau lahkan skolah tu cikgu cuma ada 15 orang itu tak termasuk dgn yg g kursus dan jugak yang dah balik awal ke semenannjung sbb konvo. So kitaorang jerlah yang pulun gile2. Mana ada orang nak tolong sgt...student pemalas skit. Cikgu tuler yg potong rumput, yg buat padang. Padang kitaorang tu tak pernah ada buat sukan kat situ. so punyalah sukarnya dgn padang yg berbatu...nak bt trek..mmg rasa cam mustahil. Bila tengok padang yg kontang dan penuh lalang. Dan bila tiba hari sukan, selesai mengerjakan segalanya, kami dah ada trek dan khemah rumah sukan, terasa mcm satu
kejayaan yg sukar nak kata...sukan berlansung 2 hari.

Hari terkahir tu...rasa cam terharu sgt dengan sorak pelajar rumah biru yang menang acara perbarisan. Sebenarnya rumah biru adalah rumah yg paling corot pada kali ini. Tapi markah perbarisan mereka tinggi. Mulanya markah rumah biru dan kuning bg kategori perbarisan adalah sama, tapi rumah kuning adalah juara keseluruhan, jadik kami bglah satu mark bonus utk rumah biru. Wajah pelajar rumah biru yang dari awal penyampaian hadiah tadi amat murung sekali. Tapi bila mereka jadi johan..senyuman dan sinar mata mereka cukup gemilang. Aku dapat rasakan kejayaan yang satu ni seolah2 menjadi penawar yg amat mujarab akan kekalahan demi kekalahan yg mereka terima. Rupanya kat situlah kebahagiaan seorang guru, bila muridnya gembira kerana kejayaan.

Sungguh!...aku mmg rasa terharu. Sukan kali pertama yang tak akan di lupakan. Masa tulah pelajar bagaikan rakan-rakan, sama bekerja dan gembira.Rumah hijau, iaitu rumah sukan saya cuma jadik naib johan...tapi takper...bukankah langkah pertama adalah langkah yang paling sukar, namun tanpa langkah pertama takkan ada langkah seterusnya...Ya..kami telah melaluinya!!

okay...wasalam...setakat ini dulu dari sabah...

78188 | posted by amirahsyuhada at 23:08 | 2 comments

Thursday, September 25, 2003

Peksa akhir tahun

skang ni tgh sibuk peksa, paper aku lepas dah. Penin aku mennada kertas bebudak nih. Tak tahu nak bg markah camner, yg english tu...payah...nak bg sbbnya aku sndiri tak paham apa yg dema tulis.

Tu kat atas tu ada link baru kan...hehehe tu webpage aku.yg aku bt berzaman dah, tp baru upload haritu, tu pun..banyak lagi yg aku tak baiki, ada link yg tak pat sbb pertindihan fail, tak smpat aku nak mmbetulkannya. Nantilah cuti bulan 11 ni aku otter ler bg okay skit. Tapi sebenarnya page tu aku just nak simpan aku punya karya, sbb dlm harddisk aku tak selamat lagik, komputaer aku selalu kong dikeerjakan oleh anak buah aku yang sulung tu, Aiman. Dia ni genius tak pasal, sampaikan haritu driver modem aku boleh dideletenya, mana dikoreknya aku pun tak tahu. Dah aku letak password, angah kata aku kedekut plak, so terpaksalah bg. Aritu masa balik aku repair skit pc aku tu, okay dah skit, tapi aku rahsiakan dr diorang.heheh..

minggu ni ada cikgu baru,2 orang pompuan. Bertambahlah skit guru kat sini, okaylah gak. Bebudak form 5 naik kepala ler bila tengok cikgu baru tu, kesian diorang kena usik. Kami sibuk mncari umah utk cikgu baru ni, umah kitaorang dah tak berapa sesuai. Tapi payah sungguh nak cari umah sewa skang nih. Kesian dorang, cam sedih jer tengok skolah aku tu. Cikgu kat skolah plak sibuk sikit pasal exam ,so tak byk yg beramah mesra. Aku dulu okay jer, first2 aku salam sumer ckgu pompuan, aku ni...tak boleh ditahan2 keramahannya, hehe...dlm bebrapa hari jer aku dah okay dgn ckgu skolah tu...alhamdulillah...aku dpt mll ujian tu.

Okaylah...aku nak kembali meneruskan perjalanan pulang utk kesekolah....

74819 | posted by amirahsyuhada at 20:52 | 0 comments

Wednesday, September 17, 2003

Graduation day!: Congratulation to me!!

Dua hari yang lepas adalah hari konvokesyen UUM ke 16. Memang management dia agak kelam kabut....tapi nak buat camner buruk-buruk pun, kutuk-kutuk pun itulah satu-satunya university aku. Hehehe tunggulah aku buat master..boleh kutuk u lain plak. Kekehkeh, itulah kata kawan aku, sedari mula masuk, masa study sampailer dah kuar U ...masih nak mengutuk U sendiri. Biasalah manusia tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. JAHATnya aku.

Hari konvokesyen aku hujan sokmo. Memula masa aku terima jubah tu aku rasa cam biasa jer...mender sgtler nk bangga. Kendian masa kat hotel tu aku tengokler cermin...tetiba aku rasa mcm satu perasaan yg sukar untuk ku ucapkan. Teringat masa aku first semester dulu, aku pernah hampir menangis bila rasa tak confident nak amik exam. Perasaan takut gagal amat menebal masa tu. Teringat lagi aku bila masa aku pernah diketawakan oleh guru ku sendiri sewaktu darjah enam, bila kunyatakan cita-citaku adalah ingin menjadi guru. Dan juga ada rakan dan guru yang tercengang bila aku menunjukkan slip keputusan peperiksaanku pada mereka. Waktu kecil dulu aku pernah dibayangi oleh kehebatan along dan angah. Serta merasakan diriku terlalu Hampeh, aku takut kiranya aku menjadi pengemis ditepi jalan. Alhamdulillah kini aku adalah seseorang.

Waktu didalam dewan, aku perhatikan seorang demi seorang sahabatku naik kepentas menerima ijazah. Teringat ada beberapa sahabatku sewaktu matrix hinggalah ke final sem degree ini. Dua orang classmate matriks ku keciciran. Dua orang sahabat satu course dengan ku gagal konvo bersamaku, Pakcik PR digantung tak bertali oleh HEP dan HEA, tidak tahu statusnya. Dan berita yang paling sedih kuterima pada petang semalam, Mun telah berhenti dari pengajian.Aku tahu kesihatannya amat meruncing tapi dia boleh ambil alternatif lain jika dia mahu.

Dan bila tiba giliranku naik kepentas, aku mula berdebar,namaku dipanggil. Berpeluh juga aku di atas pentas itu. Akhirnya aku turun selepas menerima ijazah dari ketua hakim negara.

Cikgu.....saya kini seorang guru!

74259 | posted by amirahsyuhada at 8:52 | 0 comments

Thursday, August 21, 2003

aku kah yang gagal?

Minggu ni tenaga aku down skit, dengan tak sihat sangat. Aku dah agak bengang dengan kelas 1 alfa tu. Mereka makin mengada2,ialah mungkin mereka lihat aku ni cuba berlembut dengan mereka. Dahlah sukatan math dah mula masuk topik yg agak susah sikit,so depa makin malas nak pay attention dengan aku. Aku terasa semakin tak dilayan. Bila aku tinggi suara sikit barulah depa kelam kabut tengok papan hitam, kalau tidak aku seolah2 tak wujud.

Satu ketika aku cuba something yang interesting sikit, aku ajar english guna game dan music. Perhhh. Aku yang sakit hati balik, dema terlalu excited sampai melompat2, bisingnya sampai mengganggu kelas yang lain. So itulah rasanya yang terakhir aku guna method tu. Aku tahu depa happy tappppiiiii ter over happy. Kelas f1 yg lain takder problem kalau aku bt camtu, dema boleh control lagi.

So...sejak minggu ni aku selalu keluar cepat bila masuk kelas ni. Aku faham ada antara student kelas ni yang betul2 nak belajar. Pernah sekali tu, masa aku mengajar kelas tu lepas rehat. So aku masuk terus aku tutup pintu, so ramailah yang lambat masuk tu dok tersadai kat luar,yang kat dlm kelas tu betul2 student yg nak blajar. Student yg dkt luar tu mengamuk nak masuk, ada yang sengaja bergayut kat tingkap, ada yang menendang pintu. Aku terus mngajar dgn kadar yg cepat. Dalm keadaaan yg seolah2 diluar kelas tu ada peperangan. Habis mengajar barulah aku bg depa masuk, ada yg merah padam mukanya sebab marah kat aku, merungut2 mereka. Malah ada yg tunjuk seolah2 nak bergaduh dgn aku. Malas nak layan mereka ni, karang ada jugak yg aku hantuk kepala mrk kat dinding. Teringat diri aku ni yg sebenar nya tak boleh baran sgt, sebab dulu aku pernah masuk silat, bila dah baran tu kawan sendiri aku tak kenal. Sabar......

Sejak hariitu, aku rasa macam ..akukah yang gagal sbg seorang guru?

Ttg MOT, kat kampus dulu aku mmg student pendidikan so mmg ada ambil kaedah mengajar. Tapi.....aku rasa cabaran disini agak sukar.

Kadangkala aku fikir aku tahu kenapa disini para pelajar ada yg terlalu agresif. Aku pernah lihat didepan mataku sendiri, seorang guru lelaki yang agak ada jawatan dan mmg orang area sini, menghempas meja kelantai akibat rasa marah yg amat. Aku hampir menggigil menyaksikan perkara tu. Selapas tu apa lagi habislah bebudak yg buat onar dikelas tu dapat habuan. Barulah aku terfikir setakat amarah aku ni apa sangatlah bagi diorang ni. Tapi aku fikir balik kalau macamtu agaknya incredible hulk dtg baru depa nak blajar.

72536 | posted by amirahsyuhada at 21:59 | 0 comments

Sunday, July 27, 2003

dari beluran with love

25 hb haritu adalah kali pertama aku mendapat gajiku sebagai seorang guru. Separuh gajiku...bagi kat ibu.

Ni aku dari bandar sandakan terus ke pekan beluran, ingat nak cari kedai elektronik kat sini nak cari mesin basuh sekali.....tutup daaaa.

So, apa lagi aku pun ke satu-satunya cyber cafe yg wujud kat muka bumi Beluran nih. AIKKKKKK...MANA CATATAN AKU...FIRST KAT SABAH!!!!! aii camne boleh hilang nih....pelik aku...musykil...ada orang ceroboh aku nyer laman ke...isk22 entah2 orang sabah kot...marah aku tulis pasal pengalaman aku kt sini.

Takperlah nanti aku balik semenanjung kalau ada dlm pc aku, aku paste ler balik.

Aku semakin okay dengan keadaan disini. Cuma satu jer, aku dah semakin ganas dengan bebudak. Dah ada 2 -3 orang yg makan penampar aku. Sifat panas baran aku semakin teruji disini.

Aku ngajar form 1 dan form 2, math dan english. Kelas lain aku cool ajer...meninggi suara jarang sekali...tapi ada satu kelas ni...yang aku rasa ala-ala zoo sikit. Kelas 1 Alfa. Kelas ni lah yg paling banyak menyaksikan keganasan aku. Depa suka mnyampuk bila aku mengajar. So puas dah aku denda depa, diri kat luar lah, ketuk ketampilah, diri kat depan kelas lah, diri atas mejalah, berlutut atas meja pun pernah. Then last sekali minggu lepas, aku cuba satu taktik yg susah skit tapi ada perubahan positif. Aku cuba tunjukkan yang aku sayang dekat diorang, aku mula cakap lembut2, kalau depa menyampuk aku tegur macam aku sayang kat diorang, sekali pun aku tak meninggikan suara. Yang buat tak layan dengan aku tu, aku datang kat meja depa, tanya paham ke idak, then aku ajar sensorang, aku tunjuk betul2 caranya. Magicnya....taktik ni menjadi, yang selama ni asyik pandang aku dengan pandangan benci mula senyum kat aku. Dan paling magic sekali, ialah budak yang pernah kena lempang dengan aku tu yang tak pernah tunjuk minat lansung mak blajar, rupanya boleh buat apa yang aku ajar bila aku ajar face by face. Magic!!!!! Dan haritu first time aku tak rasa penat pun ngajar depa. kALAU Masa masuk kelas tu aku cuma berpura2 senyum sebab terasa berat hati nak masuk kelas tu, aku akhirnya keluar dengan senyuman yang lebar. Oh tuhan benarlah kasih sayang itu adalah segalanya.

69229 | posted by amirahsyuhada at 1:18 | 4 comments

Saturday, April 12, 2003

Salam perpisahan

Assalamualikum sahabat2 ku. Kemungkinan besar ini adalah email terakhir sebelum aku berangkat ke Sabah. InsyaAllah kiranya ditakdirkan adanya pertemuan, kita akan bertemu jua.

Aku sendiri tidak tahu apa perasaan ku pada hariini. Aku akan pergi ke satu tempat yang asing dr segi budaya dan persekitaran. Entah disana aku akan menemui insan2 seperti kalian ataupun tidak. Yang pastinya aku akan menghadapi situasi yang baru. Perpisahan kali ini lebih jauh jaraknya. Aku tidak akan mudah menelefon sahabat2 semua. Ber sms seperti biasa pun aku tidak mampu berjanji.

Sebagai insan kerdil, pastinya aku punya rasa bimbang yang bukan sedikit. Selama ini aku sudah biasa bergantung dgn kasih sayang kalian, dan selepas ini aku cuma mampu mgharap kasih sayang Allah. Mungkin masa ini menguji rasa tawakal ku pada Illahi.

Ada sedikit keperitan di lubuk hatiku, bukan tidak redha,namun..aku takut tidak dapat membendung kerinduan yang akan menguji ketabahan jiwaku.

Doakanlah keselamatanku, moga akau tabah dan kuat bertawakall pada Yg Esa.

Moga situasi disana tidak sesukar mimpi2ku lewat ninggu ini.

Wassalam

61146 | posted by amirahsyuhada at 19:47 | 2 comments

Sunday, April 6, 2003

Catatan..dari Sepang

Kegagalan...

2 April 2003

Dua orang sahabatku gagal dan terpaksa tangguh semester dan tidak akan menghadiri konvo bersama. Ya Allah beratnya dugaan bagi mereka. Salah seorang darinya adalah Ika, rakan sebilikku semasa aku semester satu. Dia banyak mengajarku erti persahabatan yang sebenar. Pada awal perkenalan kami dahulu kami umpama seteru. Aku tak boleh dengan caranya dan dia juga tidak betah dengan caraku. Dia ni terlalu tegas orangnya, sedangkan aku masa semester tu sempoi dan selamba. Dia kalau nak sound aku memang direct, apa lagi panas telinga lah beb! Masa tu pun aku rock lagi, so memang tak boleh masuk lansung dengan dia yang masa tu amat menjaga akhlak. Satu ketika kami perang besar, sebabnya adalah kerana sifat aku juga yang masa tu agak panas baran. Dia masa tu cuba mengambil tahu sedikit tentang apa yang aku lakukan, tapi wrong timing, aku tengah panas dan letih, lalu terjadilah something yang amat melukakan hatinya. Lepas kejadian tu aku rasa bersalah gila, sebab aku tahu kalau dalam situasi yg waras, perkara tu takkan terjadi. Hampir seminggu kami tak bertegur. Perlahan-lahan aku meminta maaf kepadanya, aku yang hampir berair mata, tapi dia memang rilek, yelah aku ni sebenarnya amat lembut hati walau nampak agak brutal dan dia plak memang dah satu alam tahu, budak keras hati. Lepas tu kami amat rapat dan hampir jadi macam adik beradik, aku yang memang suka mengusik umat manusia, telah pun mendapat mangsa. Dia memang tak tahan gelak kalau aku dah datang mood nak mengusik. Seketika kami happy sangat. Tapi dia tetap Ika. Satu hari tu, dia buat dah mysterious dia, dia senyap jer dan tak banyak cakap, sampai aku slow talk ngan dia, apa salah aku sampai dia tak bercakap. Jawapannya, dia dah terlalu banyak gembira, itu bukan dia! Perh…aku masa tu rasa nak pengsan. Itulah first time aku jumpa orang yang taknak happy.

Then, masa semester 3, dia pindah kolej lain, kerana terlibat dengan badan beruniform. Hari kehari kami semakin mencari diri sendiri dan membina peribadi, aku mula dengan caraku tersendiri. Dia semakin mengikut arus, ketegasannya kini sudah ada kompromi. Malah ketegasannya itu telah hampir sirna. Sesekali berpapasan didewan kuliah, akulah yang sering bercerita, dia sekadar mendengar. Dan sesekali mengusikku kembali. Sifat mysteriousnya masih bersisa. Sukar untuk bercerita tentang dirinya, dia lebih suka mendengar.

Semester 5, kami buat kami perlu menyiapkan research amali disekolah..Dua minggu dia dirumahku,aku benar-benar menyenanginya. Dia dapat menerima aku dan keluargaku sepenuhnya dan begitu juga keluargaku. Bagiku, dialah sahabatku selain Peace, yang benar-benar mengenali seluruh kehidupanku. Malah dari beberapa segi dia amat memahami. Dan satu kelebihannya, dia amat tidak gemar bercerita tentang orang lain.

Lalu berita tentang kegagalannya yang kuterima dari keluarganya membuatkan aku hampir tidak dapat berkata apa-apa. Benar, aku kelu! Aku hampir tidak dapat mengawal keadaan walaupun ibunya menyampaikan berita ini dengan tenang. Dia dapat posting ke Sabah, tapi terpaksa memohon penangguhan. Jika tidak pastinya kami ditakdirkan untuk bertemu.
Ika, dimanapun dirimu sekarang, aku berdoa agar kau tabah dan cekal!

60337 | posted by amirahsyuhada at 12:09 | 0 comments

Sabah!!!! Selaut harapan buatmu..

Sabah! Setelah hampir bosan tahap asbestos bak kata kawan aku, aku dipostingkan ke Sabah. Pucat lesi aku mendengar berita ni, badanku terasa lemah dan seperti nak demam, segala kekuatan semangat dan mental serta emosi ku tercabar. Mampukah aku insan kerdil ini untuk survive ditempat yang terlalu asing dan jauh bagiku ini. Dirumah angah, aku tak mampu berbuat apa-apa, aku sebenarnya perlukan seseorang untuk berbicara, malah menangis disisinya mungkin. Bukan sedih tetapi bimbang yang amat sangat. Angah yang pada awalnya meminta aku menolak tawaran itu dan mengambil master, mula pasrah dengan keputusanku. Malah kadangkala dia hampir tidak mahu bercakap denganku. Barulah aku mengerti hati seorang abang, apabila terpaksa melepaskan satu-satunya adik perempuannya untuk pergi kesuatu tempat yang jauh dan asing…(ceh macam nak pergi Iraq plak). Pastinya angah tak menyangka, adiknya yang selama ini manja, sering menjerit marah apabila disakat,selalu kelam kabut apabila terjebak dalam situasi yang genting dan kadangkala menangis apabila merasa putus asa, telah dengan nekad menerima tawaran ini. Mungkin angah masih terbayang, sewaktu kecil angahlah yang sering memapahku keluar dari van abah untuk diletakkan didalam strecher atau kerusi roda apabila aku diserang asthma yang kronik.

“Jauh dilubuk hati acik, acik dah buat keputusankan? Acik tanya pendapat orang lain semata-mata untuk menilai.”
“Acik keras hati, walau selama ni nampakjer acik tu hati lembut”

Itulah kata-kata angah, kata-kata terakhirnya dalam memujuk aku untuk melupakan tawaran ke Sabah.

Maafkan acik angah, selama ini acik sering melayan perasaan takut hingga menyebabkan terlalu banyak peluang telah acik lepaskan. Seperti kata-kata along, inilah masanya untuk acik berdikari. Dalam hidup acik, acik sering bergantung pada orang lain, pada along, pada angah, pada rakan-rakan senior malah pada adik pun kadangkala menjadi dahan tempat acik berpaut. Hinggakan acik sering merasa selamat jika didalam sebuah komuniti yang acik masuki tu ada orang lain yang lebih dominan atau lebih tua, dan acik cepat putus asa apabila semua keputusan atau tanggungjawab bertumpu pada acik.

Mungkin disana jalannya tidak akan mudah, dan mungkin disana jua acik akan belajar untuk mematangkan diri sesuai dengan umur acik yang akan genap 23 tahun pada bulan Julai ini.

Ironisnya aciklah anak abah yang paling nakal, yang paling banyak penyakit, paling banyak masuk hospital samaada sebab asthma atau sebab sengaja memanjat pagar jiran sebelah dan kemudiannya jatuh dicucuk besi cerucuk, pengsan terhantuk besi katil double decker sewaktu berlagak tarzan atau patah tangan sebab dengan aksi berani mati terjunan dari gelongsor yang paling tinggi dan tak bernasib baik sebab yang menanti dibawah adalah rangka tayar lori, atau akibat penyakit kulit yang menimpa disebabkan bersembunyi didalam semak paya semata-mata untuk ‘fly’ dari asrama. Kata abah, dia tak risau seandainya adik atau along atau sesiapa pun dalam adik beradik kami yang pergi jauh, tapi acik….abah agak berat untuk menerimanya. Kata abah lagi dalam empat orang anaknya, aciklah yang paling banyak cabaran dalam hidup.

KakJ tak dapat menerima bahawa aku akan pergi jauh, dia hampir tidak sanggup untuk berjumpa denganku buat saat akhir sebelum perpisahan yang lebih jauh, aku sekadar memintanya berdoa moga sistem komunikasi disana tidaklah teruk seperti yang disangka.

Pakcik Pr, banyaknya jasa awak pada saya, walaupun awak terkejut dengan berita ni, namun pada waktu saya terlalu bimbang dan memaksa saya membuat miss call pada awak, awak cepat tangkap bahawa saya ada masalah dan tak stabil, awak banyak bagi kekuatan, banyak ingatkan saya pada Yang Esa. Walaupun awak banyak buat saya bengang, menyampah sebab pribadi awak yg pelik namun kadang2 kata2 awak boleh jadi azimat bagi saya. Syukur pada Allah kerana izinkan saya kenal awak. Yang pastinya saya akan lancarkan bom kat rumah awak kalau awak tak jemput saya masa awak walimah. Dan saya selalu berdoa bila saya pulang nanti dlm masa 3 tahun awak telahpun buat preparation untuk melamar sahabat saya tu, dan saya akan jadi adik ipar awak yang paling nakal. Malangnya sikap garang awak selalu buat saya kecut perut.

Ijan, nampaknya kita mungkin akan bertemu sebentar sahaja. Aku selalu mengharapkan sepanjang pemergian aku, kau akan jumpa sinar yang membawa kau ke jalan yang lurus. Kita sahabat namun aku tak mampu menjadi contoh atau ikutan, malah membimbing pun aku kalah. Benarlah kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.

Ibu, hari minggu yang lalu waktu acik pulang seketika untuk melihat surat tawaran tu, banyak yang menyentuh hati acik. Rupanya ibu menangis sewaktu pertama kali menerima dan membaca surat tu. Sungguh acik tak sangka! Selama ni acik selalu risau akan hubungan kita yang sentiasa keruh. Acik selalu berdoa moga Allah lembutkan hati acik terhadap ibu. Terlalu banyak peristiwa yang acik lalui menyebabkan acik amat keras hati terhadap ibu. Acik sukar untuk merasakan kasih sayang yang cuba ibu curahkan pada acik, malah acik tak pernah merindui ibu sepanjang acik merantau atau dimana sahaja. Mungkin ianya sukar untuk dipercayai tapi itulah reality. Hati acik seolah-olah tertutup atas apa sahaja kebaikan yang cuba ibu lakukan pada acik. Seringkali apabila ibu cuba mengusap rambut acik, tanpa perasaan acik akan menepis tangan ibu. Kejamkan acik. Sudah terlalu banyak acik melukakan hati ibu, bukan sekali dua ibu menangis kerana acik, namun acik tetap keras hati sering menyangka ibu tidak pernah punya kasih pada acik. Apa sahaja yang ibu lakukan menjadi salah dimata acik. Sewaktu acik remaja dulu, situasi yang ibu hadapi adalah lebih parah,entah berkali acik sanggup meninggikan suara pada ibu. Cuma sejak belajar di UUM ni acik mula sedar apa yang terjadi, acik cuba untuk membuang sikap panas baran acik, sedikit demi sedikit acik pupuk sikap sabar, namun hasilnya belum lagi berputik. Mungkin detik inilah yang menyedarkan acik bahawa ibu sebenarnya terlalu menyayangi setiap anak-anaknya. Maafkan acik kerana sering menyangka selama ini ibu Cuma menjalankan tanggungjawab tanpa menyayangi acik. Dulu apabila mendengar ungkapan “Ibu mana yang tak sayangkan anak” acik sering menjawab sendirian bahawa ibu adalah terkecuali didalam ungkapan itu. Rupanya selama ini hati acik yang buta dalam melihatnya.

Adik, tidak banyak masa yang dapat kita luangkan bersama, tapi serius, acik selalu happy bersamamu. Kau banyak jadi inspirasi buat acik. Walaupun adik lebih muda lima tahun dari acik, tapi kekadang acik akui yang adik lebih matang dari acik. Persekitaran membezakannya, saat remaja acik, seperti yang adik tahu, acik banyak tempat bergantung, berbeza dgn apa yg berlaku padamu. Seringkali kau lupai acik, namun kau tetap sahabat yang paling acik percayai, kaulah racun dan kau jualah penawar. Kau bisa buat acik menangis waktu kau modified motortu sampai acik malu nak bawa, dan kau bisa juga buat acik ketawa bila kau buat lawak bodoh. Melihat apa yang kau lalui, membuatkan acik berikrar bahawa acik Cuma akan walimah kiranya dapat bertemu dengan lelaki yang dapat kau hormati dan sayangi, yang benar mampu menjadi abangmu. Aku ingin kau tahu,kiranya memerlukan seseorang sebagai sahabat yang amat menyayangimu,aku adalah insan yang berada disisimu. Aku juga ingin kau sedar, dimana sahaja kau melangkah, ada seseorang yang mendoakan keselamatan dan keberkatan untukmu.

Ya Rahim, akan kutitipkan diriini hanya kepadaMu, ajarilah aku tawakal yang tak bertepi.

60336 | posted by amirahsyuhada at 12:07 | 1 comments

Madu atau RACUN?

Email dari seorang sahabatku.....membuat aku berfikir panjang...

Assalamualikum sahabat muslimah ku, bagaimana dengan kesihatan kalian? Ana harap antum semua sihat belaka, disamping anak-anak yang dikasihi, suami yang disayangi atau ummi dan abi yang dicintai.

Tujuan ana menulis warkah ini adalah kerana ada sesuatu yang mengganggu diruang fikiran ana ini, ada sesuatu yang menyentak ruang rasa. Lalu ana terpanggil untuk menulis sesuatu yang lahirnya dari hati dan minda ana. Dari hati seorang wanita, dari minda seorang perempuan.

Baru-baru ini persada politik kita digemparkan (atau sebenarnya hanya digembar-gemburkan?) oleh rakan-rakan kita. Hingga melukakan hati seorang adam dan juga mungkin berpuluh-puluh adam yang lain. Rakan kita ada yang membentak, melaung , malah seolah-olah menjeritkan sesuatu yang sudah termaktub halalnya. Kenapa perlu digugah hak itu, rakanku? Hak itu bukan ciptaan manusia, tapi adalah dari tangan Yang Esa. Dia Yang Maha Mengetahui akan segala kedhaifan dan kelebihan makhluk yang bernama manusia ini.

Masihkah kalian tertanya-tanya apakah yang menggusarkan minda ana?

MADU!
Ah…ada antara kalian yang tersentak.Memejam mata, atau ada yang menjuih bibir. Namun ana percaya masih ada diantara kita yang tersenyum manis seolah dapat merasakan manisnya MADU itu.

Siapakah antara kita yang rela bermadu atau dimadukan? Maaf bukan rela, tetapi REDHA. Benar, itulah yang ana resahkan, waktu tidur ana kadangkala diketuk persoalan ini,membuatkan ana tidak dapat melelapkan mata.

Ana resah, resah bukan memikirkan nasib rakan kita yang bermadu, tetapi resah memikirkan rakan kita yang tidak redha bermadu!

Sahabat muslimahku, hidup ini adalah fatamorga, dukanya hanya sementara dan gembiranya juga tidak lama. Lantas kebahagiaan yang mana satukah yang kalian tamakkan? Dia, suami kita yang menjadi jodoh kita didunia..insyaAllah jua diakhirat, pastinya bukan milik kita yang mutlak. Ssekasih-kasih kita kepada dia akhirnya dia tetap akan pergi meninggalkan kita. Dia milik Allah! Lantas pabila ditakdirkan dipertanggungjawabkan dia terhadap seorang lagi hawa, janganlah kalian tergamak menggoncang tiang arasyi dengan permintaan cerai dari kalian, sedang disaat itu anak-anak yang kalian kasihi masih amat memerlukan seorang ayah.

Jangan terlalu mementingkan diri, sahabatku. Setiap dari kita punya hak untuk dipertanggungjawabkan. Tunaikan hak yang dipikul..insyaAllah hak kalian jua tidak akan dihampakan.

Jika selama ini telah kita kecapi hidup bersamanya, salahkah kaliini kita berkongsi pula kehidupan itu dengan seorang hawa yang dulunya andartu atau janda atau gadis muda pun. Anggaplah kalian menerima seorang ahli keluarga yang baru, samaada seorang adik atau seorang kakak ataupun seorang kembar tak seiras. Dunia ini terlalu kecil untuk melayan nafsu cemburu dan tamak anda! Jangan cemburu dengan kebahagiaan yang madu anda kecapi, tapi berbahagilah apabila melihat insan lain juga bahagia.

Takut akan derita?
Bukankah derita itu adalah ujian dariNya. Mungkin ini ujian anda, ujian insan lain yang bersuamikan kaki judi, kaki pukul atau kaki perempuan bagaimana pula? Pastinya ada yang mengatakan betapa mudahnya mulut (oppss..hati) ana berkata.

Ya, hidup ini mudah jika redha. Jika anda terus dengan rasa memiliki…maka akan hilanglah mujahidin dan para dai’e dibumi Allah ini. Sserahkan mereka pada Allah, Tuan segala tuan ini tidak akan mensia-siakan hambanya!

Wasaalam

60333 | posted by amirahsyuhada at 12:05 | 0 comments

"Time Pass"

“Dimana ibu dan ayahmu?”
“Tak tahu”
“Siapa namamu”
“Time Pass”
“Time Pass?”
“Kerana aku dilahirkan untuk mengisi masa lapang”

Itulah sebuah dialog yang dipetik didalam sebuah filem Hindustan yang kutonton beberapa hari yang lepas.

Time Pass!
Sadisnya nama itu. Namun ia hanya satu nama dari pelbagai nama. Dialog diatas sudah pastinya menerangkan status kanak-kanak itu. Ya, anak luar nikah. Ah…tak sanggup aku menuturkan kalimat itu. Apatah lagi kiranya ditakdirkan ianya milikku. Siapa? Siapa yang sanggup kiranya didunia ini dia dilahirkan bukan dari ikatan yang halal? Tapi takdir dan hakikatnya tidak pernah dapat dibantah. Mahu atau tidak ‘Time Pass’ tetap wujud. Malah semakin ramai dimuka bumi.

Tidak!
Tidak sekalipun aku menyalahkan mereka. Mereka dan aku sama sahaja. Dilahirkan dan diciptakan untuk menjadi khalifah dan melengkapi dunia ini. Cuma….kehadiran mereka ditakdirkan dengan cara yang demikian. Dosa itu bukan milik mereka, dosa itu milik insan-insan yang membenihkan mereka. Insan yang tewas dengan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Seorang bilal yang terpaksa merebut jenazah ibunya dari sebuah keluarga siam di rumah jenazah disebuah hospital demi dihatinya masih percaya akan adanya sisa akidah semasa hayat ibunya itu. Kemudiannya terpaksa menguruskan jenazah tersebut disebuah kampung yang asing dan jauh dari pengetahuan kenalan. Dan setiap petang jumaat, tanpa alpa dia akan tetap berdoa disisi pusara tersebut walaupun telah lama tahu bahawa dia hanyalah anak luar nikah ibunya sebelum melarikan diri kepangkuan keluarga siam yang tidak diketahui. Redhakan dia? Jika dia redha…mungkin itulah redhanya yang bukan calang-calang. Kisah ini kudengar dari seorang ustaz, semasa aku menghadiri sebuah kursus. Aku jadi sayu…sayu yang amat sangat.

“Apa nak disedihkankan? Aku lagilah, lahir tanpa mak dan ayah”
Ayat itu kudengar dari kawan adikku. Kawannya itu kukenali. Cukuplah aku gelarkan dia Dz. Aku dan keluargaku tahu Dz adalah anak angkat dalam keluarganya. Kami juga tahu siapa ibunya tetapi tidak tahu siapakah bapanya. Sewaktu umur sebelas tahun dia telah tahu akan identitinya. Dia melihat sendiri disijil kelahirannya tentang butir-butir ayahnya yang hanya dicatat ‘tidak diketahui’. Bayangkan umur semuda itu dapatkah dia menahan akalnya dari berada dalam kekeliruan. Dz selalu aku temui kerana dia agak rapat dengan adikku. Namun aku sebenarnya tidak sanggup melihatnya lebih dari seimbas. Perwatakannya membuatkan aku sering bersedih. Dia sering menundukkan wajahnya yang sayu. Amat sukar untuk bertentang mata dengan sesiapapun malah mungkin dengan dunia ini sekalipun dia amat sukar untuk mengangkat kepala!! Rakan-rakan adikku sering mengusiknya dengan julukan “muka kesian”. Sesiapapun yang memelihat dirinya akan terbit kesayuan. Lebih memeritkan lagi baru-baru ini aku mendengar bahawa dia hampir diusir oleh seseorang dalam keluarga angkatnya itu. Aku tahu dia agak nakal, pelbagai kenakalan remaja telah dilakukannya. Tapi….lihatlah dirinya!

Kiranya manusia-manusia Time Pass ini tabah mengharungi hidupnya dan redha dengan kehendak Illahi, aku berdoa moga Allah jua redha dengan mereka. InsyaAllah, bukankah Allah itu Maha Mengasihani. Dan sesungguhnya rahmat Allah itu lebit luas dari bentangan langit. Aku amat berharap kiranya aku dan insan-insan lain sentiasa menerima wujudnya ‘Time Pass’ (bukan kelahiran!). Diriingi doa agar generasi dari mereka pula akan lahirnya para dai’e akibat dari redhanya mereka itu. Walau bagaimanapun mereka dan aku serta semua manusia dimuka bumi ini tetap sama. Dijadikan Allah untuk beribadat, menjadi khalifah dan juga melengkapi kejadian alam. Tanpa mereka dan aku dan juga anda…dunia ini tidak lengkap! Jika tidak apa perlunya Allah mencipta kita didunia ini. Bukankah tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia!

60332 | posted by amirahsyuhada at 12:03 | 0 comments