home
login::signup
we::blog
show template

.::amirahsyuhada's weblog: Intelligent Muggle::.

||Geng Jernel|| ||Sembang-sembang muslim|| ||amirahsyuhada@yahoo.com||  
||Laman Web Rasmi|| ||New Update!!:Sekolahku|| 
 
weblog ni dah stop..so marilah ke weblog baru saya.. 
amirahsyuhada's weblog version 2

last modified Jun 24, 2004 at 5:34


Sunday, August 18, 2002

simpatiku pada seorang adam

Harini baru je lepas ujian 2 math, hmm entah apa yang aku jawab.Aku rasa lebih banyak ruang kosong yang aku tinggalkan. Silap sebab aku telan pil selsema tadi, so mengantuk masih belum hilang. Takperlah final ada lagi...hehehe macam konfiden.

Semalam selepas berbual panjang dgn kak J,aku mula berfirkir betapa lemahnya individu bergelar adam ini. Lelaki. Lelaki adalah individu yang paling kuat berbanding perempuan. Tetapi kelemahannya yang paling besar adalah kepada seorang wanita. Berilah dia 1000 cabaran, namun dengan seorang wanita dia boleh jatuh tergolek. Sebenarnya begitu juga wanita, tetapi wanita fitrahnya dihiasi dengan sifat malu, itulah kekuatannya yang paling utama. Seorang abid hilang imannya apabila berhadapan dengan fitnah wanita. Sungguh itulah yang paling ditakuti rasul,dan itulah kenyataan. Patutlah aku lihat hamba Allah tu semakin berubah, dari seorang yang serius dan garang, kini mudah untuk memberikan senyuman dan gurauan. Dirinya dahulu yang aku kagumi semakin hilang.

37775 | posted by amirahsyuhada at 20:03 | 1 comments

5 Jamadil Akhir/ 14 Ogos 2002

Hariini baru lega sikit dari midsem dan assigment, itu pun aku masih belum cari bahan utk speech aku, 5hb aku kena bg speech utk public speaking. Kalau speech in Malay anytime (datangler angin-angin riak sepoi-sepoi bahasa) ini in English....ishhh..lemahnya. Haritu aku bagi speech utk inform topik Self-disclosure,aku tengok respon diorang macam over pulak,diorang macam seram jer dengan intro aku, tu belum aku bukak topic my life as a vampire, kalau aku bukak topik tu sahih semua student cabut keluar dari kelas tu, dan tinggallah lecturerku sambil berkata " i have to give you mark, if not i'll run like them"..yang penting aku kena cari bahan segera utk topik aku seterusnya.

Sehari dua ni aku kena asthma attack, dua hari aku tak pergi kelas tanpa bagi sebarang excuse. Macamana aku nak explain, sedangkan benda tu datang tiba-tiba aje. Start hari ketiga aku gagahkan jugak diri aku pergi kelas,aku dah berjanji dengan kak J yang aku takkan escape kelas tanpa sebab yg munasabah, janji aku pada dia, by hook or by crook aku akan ke kelas. Apa-apa aktiviti kolej ke,urusan negara ke itu tak menentukan masa depan aku,aku tak mahu terkorban macam Pakcik Pr yg terkorban kerana terlalu berkorban, tolong naikkan nama baik kolej then akhirnya tersingkir sendiri dalam menyambung pengajian, berseorangan meneruskan perjuangan yang selama ini dia korbankan.

Semalam El sms aku, katanya masih belum terima posting lagi. Nasib baik juga aku masih ada satu semester disini, tidaklah tercongok menunggu posting dari kementerian.Guru dah terlalu ramai di Malaysia! benarkah? Kalau benar kenapa masih ada cikgu Akaun yang kena mengajar Kemahiran Hidup dan cikgu Bahasa Melayu kena mengajar Sejarah. Entahlah, bagi student KPLI tiada masalah sebab dua minggu selepas tamat kursus mereka akan ditempatkan, kami student sarjana muda pendidikan ni, terpaksa tunggu hampir satu semester, dimana keadilan? hehehe..Teringat masa praktikum dulu, anak-anak murid yang nakal,Mahzan,Sufi dan entah aku tak ingat lagi. Letih apabila melihat gelagat mereka, tapi terasa bahagia bila mereka tersenyum sambil mengucap salam. Tak sabar rasanya untuk bergelar guru, tapi hakikat..cikgu IT adalah guru yang paling tak famous. Sedangkan aku cukup suka rapat dengan student, sehingga aku takut kalau dikatakan pilih kasih. Siapa yang petah dan mudah bergaul denganku, dialah yang paling mudah aku rapati.Walhal aku harus mendekati student yang paling pendiam sebenarnya,selami hati mereka, adakah mereka tenang setenang wajah yang dipamerkan, atau sekadar topeng menutupi seribu kedukaan yang tersembunyi didalam tubuh kerdil mereka.Ada seorang student kelas agama, dari fizikal dan akhlak hampir perfect, tapi pendiam dan suka tersenyum sendiri, dari anak matanya aku nampak bagai ada sesuatu yang tersembunyi, susah nak dengar suaranya, terlalu lurus dan sering tepat melaksana perintah guru-guru.Dalam kesempurnaannya itu aku dapat merasakan ada sesuatu yang bergelodak dihatinya.Mungkin ada tangisan yang tersembunyi disebalik dinding yang tebal.

Seorang pensyarahku yang mengajar KENEGARAAN (akulah satu-satunya budak semester akhir yang ambil paper ni ), tak pernah sekalipun tersenyum pada studentnya dan matanya jarang memandang tepat pada student dihadapan,sebaliknya berkeliaran menembusi sisi-sisi dewan kuliah. Ramai yang memanggilnya ustaz, mulanya hampir aku tak percaya, penampilannya amat sederhana. Dengan tubuh yang kurus tinggi,mukanya pucat dan dengan mata yang agak cengkung serta rambut tercacak, cuma sekali mengenakan kopiah, sewaktu exam midsem, agak keberatan sewaktu aku ingin menjemputnya memberi tazkirah di majlis bacaan yaasin anjuran kolejku. Satu ketika sewaktu dalam dewan peperiksaan, dia melintasi mejaku. Hampir saja aku terkejut apabila terbau...bau rokok yang kuat.Dunhill rasanya...cehhh macam expert! tapi mengapa? kenapa orang yang ada ilmu jadi macamni. Dia amat keras dengan student. Ish..entahlah jauh disudut hatiku dapat menangkap sesuatu dimatanya.Dalam dirinya dia amat kerdil. Kenapa aku mengatakan begitu? kerana seorang yang sentiasa berdepan dengan orang ramai tapi tidak mampu bertentang mata, mempunyai tahap keyakinan diri yang boleh diragui, mungkin dia amat pemalu walhal perwatakannya agak keras. Dia menutup kekerdilannya itu dengan perwatakannya. Namun yang pastinya aku amat bersimpati dengannya, dalam hatinya mungkin menjerit.."aku mencuba..tapi masih belum sebati!!" seperti yang selalu ingin aku katakan kepada insan yang sering menilai diriku melalui pakaian. Pakaianku mungkin telah mampu menutup aurat, tapi takkan mampu menghijab mazmumahku, yang sedang cuba untuk kubasmi, tapi bukan sehari untuk membersihkannya, mungkin aku memerlukan seumur hidupku.

Ishhh..akuni suka menganalisis perwatakan manusia, semakin misteri manusia tu semakin kuat keinginanku untuk menganalisis, sebab tu aku rasa nak ambil bidang kaunseling dalam peringkat master nanti. Tapi tak tahulah ada bakat ker aku ni. Perasaan simpatiku terlalu tinggi nanti dapat kaunseli yang parah masalahnya, aku yang tak boleh tidur. Pernah aku tidur dengan air mata selepas mendengar kisah Pakcik Pr.

Esok majlis bacaan yassin 3, pengarah aku dah kelam kabut call tanya apa yg tak settle lagi, alhamdulillah setakat ni semua dah settle. Pengarah aku tu semester satu, aku kagum dengan sifat tanggungjawabnya, kalaulah aku ni pengetua kolej, sem depan sahih aku lantik jadi JPPK Kerohanian kolej. Dia boleh pergi jauh, dan dengan sedikit ilmu yang dia ada (berbanding aku yang sifar ni) dia boleh menggantikan Pakcik Pr, yang kekosongannya masih belum terisi.InsyaAllah dia akan matang dengan pengalaman dan cabaran. Cuma satu, aku takut kiranya dia akan goyah dengan dunia yang mempesona. Sebagai insan-insan dalam biro kerohanian, anda adalah ajk yang paling tak tersohor dalam JPPK tapi tanggungjawab anda adalah yang paling berat sekali. Jika anda didalam biro lain anda mungkin boleh ketawa dengan keletihan tetapi didalam biro kerohanian anda mungkin menangis dalam kepenatan. Setiap apa yang anda lakukan akan diperhatikan, setiap kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain,jika anda mengkritik, anda akan dikatakan extreme,jika anda menutup mata, peranan anda akan dipersoalkan. Namun jika anda menarik diri, mampukah anda melihat dunia sekeliling anda beredar tanpa paksi?

"Sekali anda berjuang, anda tidak boleh berundur"
-kata2 Pakcik Pr,dlm mesyuarat penuh emosi-

37771 | posted by amirahsyuhada at 19:46 | 1 comments

Wednesday, August 14, 2002

29 jamadil awal 1423/9 ogos 2002

First day kursus yang penuh tragic.Semuanya gara-gara aku tak reti nak berkata 'tidak' kepada orang yang aku sayang. Malam tadi adalah hamba Allah tu paksa aku translatekan assigment dia 8 page, bermula dari aku balik lepas punggah barang kat pusat islam dalam pukul 12.30 malam, sampailah azan subuh kat bumi utara ni dalam pukul 5.53. Satu malam yg penuh penyeksaan, bila ada orang mengeksploitasi kebolehan aku. Aku dah ngantuk gila malam tadi,walaupun mmg sebelum ni aku susah sangat nak tidur, tapi aku ada hak untuk tidur!! Tapi nk buat camner dia lebih tua dr aku dan dah jd sebahagian dr hidup aku, lain kali buat assigment last minit janganlah nyusahkan orang!!

So lepas azan subuh tu aku tertidur dengan spek dan kertas yg nk translate tu, tu pun aku curi tidur bila dia keluar gi amik wuduk, then terjaga pukul 7.53,pendaftaran start pukul 8!!, itupun nasib baik Allah gerakkan aku bangun, apa lg melompat aku gi mandi,masuk bilik dah ada orang tunggu aku kt depan pintu, dengan hanset aku ada 4 miss call.

"Akak, peserta dah tunggu nk daftar"

pehhhhh...tak ke kelam kabut aku, ambik jer baju kat almari yg agak2 tak komot, tudung masyaAllah tak sempat gosok, tak kedut sgt, repaire gak bg jadik dan ayu..hehe. So...dengan jalan yg agak laju aku dgn ajk muslimat pun terus ke pusat islam, sblm tu ada adik yg tegur.

"akak tak tidur ke?"

aku sengeh jelah.Orang pertama yg ada kat depan pusat islam tu adalah pakcik proton, aku dah panik dah, orang tua ni kalau nampak aku camni parahler..then ayat2 laser dr mulut dia pun keluar.

"Aztaghfirullah alazim, baru bangun..tudung pun keronyok...bla,bla,bla"

arfhhhhhh....bengangnyer aku, apsal dia tak balik lepas jemaah subuh?selalunya dialah yg paling cepat keluar sampai tak sempat aminkan doa imam,apahal lak arini dia tercongok kat depan masjid ni.Hmmmmm...nak nangissss....dia ni garang mengalahkan angah aku kat rumah. Tapi orang tua ni tak plak daftar kursus ni...hmm saja nak tengok aku yg tgh kelam kabut...Semua manusia pandang aku semacam jer..aku pun heran pehall ni.Aku akui aku tak sempat touch up muka aku tadi..heheh..make up aku yg paling tebal adalah bedak johnson, itu jerlah yg aku reti pakai, yg lain maafler..Ada ajk muslimat yg terkejut tengok muka aku dan minta cecepat aku gi washroom,ajk lelaki pun pandang 2-3 macam jer. So masuk washroom...makkkkk nak terjerit aku tengok muka sendiri, mata aku kecik jer dan nampak cam baru lepas bertumbuk dengan adik kat rumah, lebam ,spek lak tadi cari tak jumpa..kt bwh katil kot....,dan muka aku...ngerinya...so aku pun ambil ler wuduk, itulah sebaik2 penawar. Betulkan tudung sesikit,hmmm barulah okay....so aku keluar dengan perasaaan suku konfiden. Then perjalanan seterusnya...okay jer...

Kisah Semut-rujuk ayat kat atas

ku tertarik dengan penerangan ustaz tentang ayat ni, masa tu topik kepimpinan. Katanya dalam ayat ini disebut semut yang mengajak tenteranya mengelak dr tentera nabi Sulaiman sebagai "namlatun" yang bermaksud semut betina. Then bila sesi soal jawab aku minta ustaz tu kupas skit pendapat dia tentang apa yg nk ditunjukkan oleh Allah, kenapa semut betina? bukannya semut jantan? Aku tertarik dengan jawapannya...

Memang aku akui dgn ketentuan Illahi yg begitu indah, lelaki adalah pemimpin bg wanita, aku setuju 200%! Sebab sepanjang hidup aku as a girl not yet a woman aku sedar tentang lemahnya kaumku menangani emosi. Dalam satu projek kerohanian aku pernah memohon kepada ex-officio agar jgn memilih perempuan sebagai pengarah dlm projek yg sdg aku handle, masa tu pengarah aku letak jawatan sebab terlalu byk komitmen. Ramai yg mengkritik aku kononnya tak percaya kepada kepimpinan kaum sendiri, yes!! mmg aku tak percaya. Wanita very particular and sensitive, lelaki pula menganggap life is simple, walau cam tu aku rela dpt pengarah lelaki yg sempoi dr pengarah perempuan....

Berbalik kepada ttg surah diatas, mmg selama ni aku tak perasan semut tu adalah semut betina...aku tak belajar arab nak buat gane.Kata ustaz tu...cuba fikir ..betapa sensitifnya semut betina tadi,walau gagahnya semut2 tentera yg lain tp mereka tak perasan kedatangan tentera nabi Sulaiman. Tahulah..semut tu memang semut permaisuri dan fitrahnya dia berkuasa diarena semut.Tapi..nak ditunjukkan disitu, kadangkala pendapat wanita lebih bernas dari pendapat lelaki kerana sifatnya yang sensitif kepada persekitaran...hmmm bg aku ianya mmg benar di alam manusia juga.

Hmmmfff ngantuk lah...okay wasalam..esok harap dpt pengisian lg.

37255 | posted by amirahsyuhada at 0:14 | 0 comments

Wednesday, August 7, 2002

hmm..

minggu ni adalah minggu yang paling seksa bagi aku. Selepas minggu lepas adalah minggu paling bz yang pernah aku hadapi. Dah 4 hari aku tak boleh tidur, Ya Allah begini rupanya bila kau tarik nikmat tidur dari hambamu. Itulah manusia mcm aku ni selalu tak bersyukur, ni baru nikmat tidur belum nikmat hidup lagi...hishhh.

Dalam kelam-kabut siapkan assigment yg banyak tertunda, ada pulak hamba Allah mintak tolong aku jadi urusetia kursus kefahaman islam kat pusat islam. Parah..wehhh..kesian punya pasal aku tolonglah jugak, ceh...rupanya totally kolej aku yg incharge, nak nangis rasanya, teringat midsem yg satu benda pun aku belum baca.Ibu...tolong!!! camnelah aku nak ngadap nih.Tak terhandle rasanya. Padan muka aku...iskkk...tolong kerana Allah...bukannya terpaksa..kena betulkan niat ni.Ya Allah lemahnya hambamu ini.

So dahlah tu penyertaan dari kolej aku hampir sifar terutama dari muslimin..apa dah faham semua ker..hehhe. Pening kepala beb. Waktu keluar dari musolla tadi nampak dia,dengar suara..sahih dia,kenapalah aku selalu fikir pasal dia,simpati yang melampau,sedangkan dia tak anggap aku sebagai kawan pun.

Hmmmmm...lab dah nak tutup..terpaksalah melangkah pulang

36537 | posted by amirahsyuhada at 3:32 | 1 comments

pertama kali capai weblog

hmmm.. aku sekarang dkt lab tgh menderhaka kepada lecturer ku, sebabnya dia dok ngajar kat belakang aku dok menaip ni kat depan...jahat gak aku yer

36535 | posted by amirahsyuhada at 2:52 | 0 comments