|
.::amirahsyuhada's weblog: Intelligent Muggle::.
||Geng Jernel|| ||Sembang-sembang muslim|| ||amirahsyuhada@yahoo.com|| ||Laman Web Rasmi|| ||New Update!!:Sekolahku|| weblog ni dah stop..so marilah ke weblog baru saya.. amirahsyuhada's weblog version 2
last modified Jun 24, 2004 at 5:34
Semalam Abdul call aku. Lama tak dengar berita dia. Buat master dah skang. Dua tahun dah rupanya dia dah pindah. Tanpa berita. Dengar suara dia teringat persahabatan kami yg unik masa skolah menengah dulu.
Dia amat pemalu. Selalu menjadi usikan pelajar. Tapi dengan aku...dia boleh berbual. Mungkin sebab kami selalu bertukar koleksi dragon ball. Dan kalau dlm gathering. dia lebih prefer bercakap dgn aku dari boys yg lain. Dia antara kawan aku yg baik akhlaknya.
Dua hari lepas aku tengok cerita Warriors Of Heaven & Earth. Kisah mengenai seorang utusan yang ditugaskan membunuh seroang jeneral. Utusan itu adalah kelahiran Jepun dan hanya boleh pulang selepas menjalankan tugasnya. Jeneral itu sebenarnya dihukum kerana tidak mahu membunuh orang tawanan. Ceriat nya amat tragic dan dramtik. Cerita paling best pada tahun ini. bg akuler.
So lawatilah sipnopsisnya di http://www.karangkraf.com.my/Saluran/Hiburan/default.asp?categories=Sinopsis
wasalam
Aku membelek-belek laman web akhimasrawi dan enmiya..perh..dah jauh dah dorang ni. Enmiya dah balik msia pun. Jurnal aku ni dok tersangkut-sangkut. Anyway takbleh menulis byk..dah ngantuk..nanti nak sahur...esok..nak sambung cat umah. Nak rayalah katakan...
Aku ghairah gak nak buka sem ni..rindu kat anak murid aku...dan takut kalau jumlah mereka semakin berkurangan. Kalau ikut daftar haritu...mmg hampir separuh murid kelas aku hilang.
Hari pendaftaran tu aku sedih tengok mak bapak yang terketar2 keluarkan yuran...lepastu tengok buku rekod anak2 diorang merah sumer. Dan bila aku terpaksa berterus terang bhw anak mrk ada yg dah adaa rekod displin walaupun baru form 1, ada ibu yg menitis air mata...bab ni yg aku lemah ni, student tu buat muka keras jer...Ya Allah berilah hidayah pada anak muridku...moga mereka menjadi orang yang berguna...
Ni aku pasaste balik catatan first aku masa kat sabah..
Friday, June 6, 2003 i'm back........berita dari sabah Assalamualikum.....
alhamdulillah dapat gak aku bukak diari aku ni. Haritu masa kat bandar sandakan aku ada try gak bukak, tapi down. Skang ni aku kat semenanjung. Tak plan nak balik cuti sekolah ni. Tapi famili ku beriya suruh aku balik sebab risau sangat pasal aku. Tiket air asia aritu RM 424, mahal giler sebab terkena dengan raya pesta keamatan.
Camne aku kat sini? Pada 14hb April haritu aku telah ditugaskan ke daerah Beluran, daerah yang jauhnya lebih 90km ke bandar Sandakan boleh bermusafir. Pecut naik keta lebih kurang 1 setengah jam lah.Pergi pagi dalam pukul 7.00 balik paling cepat pukul 3.00 petangle. Ada kemudahan jalan raya.Pekan Beluran ada hospital, ada pejabat pos tapi takde posman,ada kelinik, ada satu cyber cafe ada pasar tamu, ada tempat nelayan naikkan ikan, ada kedai jual prepaid celcom (maxis takde coverage), ada beberapa kedai fotostat tapi mahal skit, ada satu kedai buku kecil yg cuma jual buku sekolah dan ada satu perumahan yang semuanya rumah kayu.Tapi adalah skang ni aku nampak sebuah rumah batu dalam pembinaan. But..jgn memain kat sini Astro hampir jadik satu kewajipan.Cuma rumah sewa aku jerk takder astro. Dan kat perumahan itulah aku duduk berkongsi 4 orang guru.
Transport kat sini kebanyakannya kami naik kereta sewa atau orang kat sini panggil Pirate untuk ke pekan atau ke bandar dan jugak berulang alik kesekolah kami. Kebandar pergi sahaja rm10, kepakan dan tempat lain yg masih dlm pekan beluran tu kira seringgitler.Transport ke kota kinabalu paling baik naik flight. kata kawan aku kalau ke bandar sandakan naik keta kira separuh mati jauhnya, kalau ke kota kinabalu pula mati pun belum tentu sampai...hehe. Kitaorang kalau berurusan pejabat dan kewangan (bank) selalunya kat bandar sandakanlah, kat pekan ni takder bank lansung.
Okay story about sekolah!!!! Sekolah di pekan beluran ni ada dua satu sekolah grade A satu sekolah yg takder grade. Yang tiada grade itulah sekolah aku. Sekolah aku terletak diatas bukit, dari sekolah aku boleh lihat hampir sebahagian daerah beluran yang hampir keseluruhannya masih ditutupi hutan. Cuma ada satu bangunan stingkat, ada satu bilik guru. Kami ada 8 buah kelas. Tiga buah kelas kat bangunan yang setingkat tu dan yang selebihnya menumpang di bangunan sekolah rendah. Dapat bayangkan ke? Pendek kata sekolah aku ni menumpang sekolah rendah ler. So beroperasi cuma diwaktu petang. Sekolah aku tiada library dan tiada makmal sains jauh sekalilah makmal komputer. Padang juga tiada.Tandas kami tiada air. So kalau ada keperluan kami akan menadah air dari tangki. Bilangan guru kami ialah 13 orang. Bilik guru kami lengkap dengan segala kemudahan. Dan aku yang mengajar math dan english form 1 dibekalkan dengan komputer dan LCD.
aBOUT STUDENT. Student kat sekolah aku ni kebanyakannya datang dari golongan yang sukar hidupnya, kalau nak cerita mmg sedih. Dan yang paling sedih dan agak menjadi kejutan bagi aku masa memula datang ialah tahap kefahaman agama islamnya yang amat mengharukan hatiku.
Hm.... perasaan aku about all this thing that I have and had face.... aku rasa biasalah bila datang rasa down tu rasa sunyi..rasa alone dan rasa rindu sangat..when life seems so hard...masa tu rasa cam nak balik semenanjung dan cari kerja lain jer. Tapi bila melihat keletah pelajarku,bila kenangkan happynya kerja dengan cikgu2 yang happy go lucky, tenangnnya suasana disini...aku rasa sayang mahu meninggalkan daerah yang terpencil ini. Walupun baru sebulan tapi aku dah rasa nak setahun, aku tetap rasa kat sini ada banyak perkara yang mungkin aku takkan jumpa kat semenanjung. So the only thing I do, is pray...and pray, wish Allah will give me a strengh to face this hard life...Moga Allah beri ku seribu kekuatan untuk memikul amanah yang maha berat ini.Amin.
Setakat ini....wasalam
Okaylah..mybe esok aku tulis lagi...wasalam
|