|
29 jamadil awal 1423/9 ogos 2002
First day kursus yang penuh tragic.Semuanya gara-gara aku tak reti nak berkata 'tidak' kepada orang yang aku sayang. Malam tadi adalah hamba Allah tu paksa aku translatekan assigment dia 8 page, bermula dari aku balik lepas punggah barang kat pusat islam dalam pukul 12.30 malam, sampailah azan subuh kat bumi utara ni dalam pukul 5.53. Satu malam yg penuh penyeksaan, bila ada orang mengeksploitasi kebolehan aku. Aku dah ngantuk gila malam tadi,walaupun mmg sebelum ni aku susah sangat nak tidur, tapi aku ada hak untuk tidur!! Tapi nk buat camner dia lebih tua dr aku dan dah jd sebahagian dr hidup aku, lain kali buat assigment last minit janganlah nyusahkan orang!! So lepas azan subuh tu aku tertidur dengan spek dan kertas yg nk translate tu, tu pun aku curi tidur bila dia keluar gi amik wuduk, then terjaga pukul 7.53,pendaftaran start pukul 8!!, itupun nasib baik Allah gerakkan aku bangun, apa lg melompat aku gi mandi,masuk bilik dah ada orang tunggu aku kt depan pintu, dengan hanset aku ada 4 miss call. "Akak, peserta dah tunggu nk daftar" pehhhhh...tak ke kelam kabut aku, ambik jer baju kat almari yg agak2 tak komot, tudung masyaAllah tak sempat gosok, tak kedut sgt, repaire gak bg jadik dan ayu..hehe. So...dengan jalan yg agak laju aku dgn ajk muslimat pun terus ke pusat islam, sblm tu ada adik yg tegur. "akak tak tidur ke?" aku sengeh jelah.Orang pertama yg ada kat depan pusat islam tu adalah pakcik proton, aku dah panik dah, orang tua ni kalau nampak aku camni parahler..then ayat2 laser dr mulut dia pun keluar. "Aztaghfirullah alazim, baru bangun..tudung pun keronyok...bla,bla,bla" arfhhhhhh....bengangnyer aku, apsal dia tak balik lepas jemaah subuh?selalunya dialah yg paling cepat keluar sampai tak sempat aminkan doa imam,apahal lak arini dia tercongok kat depan masjid ni.Hmmmmm...nak nangissss....dia ni garang mengalahkan angah aku kat rumah. Tapi orang tua ni tak plak daftar kursus ni...hmm saja nak tengok aku yg tgh kelam kabut...Semua manusia pandang aku semacam jer..aku pun heran pehall ni.Aku akui aku tak sempat touch up muka aku tadi..heheh..make up aku yg paling tebal adalah bedak johnson, itu jerlah yg aku reti pakai, yg lain maafler..Ada ajk muslimat yg terkejut tengok muka aku dan minta cecepat aku gi washroom,ajk lelaki pun pandang 2-3 macam jer. So masuk washroom...makkkkk nak terjerit aku tengok muka sendiri, mata aku kecik jer dan nampak cam baru lepas bertumbuk dengan adik kat rumah, lebam ,spek lak tadi cari tak jumpa..kt bwh katil kot....,dan muka aku...ngerinya...so aku pun ambil ler wuduk, itulah sebaik2 penawar. Betulkan tudung sesikit,hmmm barulah okay....so aku keluar dengan perasaaan suku konfiden. Then perjalanan seterusnya...okay jer... Kisah Semut-rujuk ayat kat atas ku tertarik dengan penerangan ustaz tentang ayat ni, masa tu topik kepimpinan. Katanya dalam ayat ini disebut semut yang mengajak tenteranya mengelak dr tentera nabi Sulaiman sebagai "namlatun" yang bermaksud semut betina. Then bila sesi soal jawab aku minta ustaz tu kupas skit pendapat dia tentang apa yg nk ditunjukkan oleh Allah, kenapa semut betina? bukannya semut jantan? Aku tertarik dengan jawapannya... Memang aku akui dgn ketentuan Illahi yg begitu indah, lelaki adalah pemimpin bg wanita, aku setuju 200%! Sebab sepanjang hidup aku as a girl not yet a woman aku sedar tentang lemahnya kaumku menangani emosi. Dalam satu projek kerohanian aku pernah memohon kepada ex-officio agar jgn memilih perempuan sebagai pengarah dlm projek yg sdg aku handle, masa tu pengarah aku letak jawatan sebab terlalu byk komitmen. Ramai yg mengkritik aku kononnya tak percaya kepada kepimpinan kaum sendiri, yes!! mmg aku tak percaya. Wanita very particular and sensitive, lelaki pula menganggap life is simple, walau cam tu aku rela dpt pengarah lelaki yg sempoi dr pengarah perempuan.... Berbalik kepada ttg surah diatas, mmg selama ni aku tak perasan semut tu adalah semut betina...aku tak belajar arab nak buat gane.Kata ustaz tu...cuba fikir ..betapa sensitifnya semut betina tadi,walau gagahnya semut2 tentera yg lain tp mereka tak perasan kedatangan tentera nabi Sulaiman. Tahulah..semut tu memang semut permaisuri dan fitrahnya dia berkuasa diarena semut.Tapi..nak ditunjukkan disitu, kadangkala pendapat wanita lebih bernas dari pendapat lelaki kerana sifatnya yang sensitif kepada persekitaran...hmmm bg aku ianya mmg benar di alam manusia juga. Hmmmfff ngantuk lah...okay wasalam..esok harap dpt pengisian lg.
last modified Aug 14, 2002 at 0:35
|