|
Akulah Budak Comot Itu...
last modified Feb 19, 2005 at 0:05
Setahun lebih.. masa terbang kata org putih. hari2 teringat nak update, tau2 je dah setahun lebih... dah macam2 terjadi kehidupan seharian seorang aku yang biasa2 je orang nye. takde apa yang menarik untuk diketahui umum... cuma kelahiran seorang puteri yang menyinari hidup aku! ewah! Yep, si dia yang memotivasikan aku untuk menjadi aku seperti hari ini. Manusia perlu berubah!
sakit kepala tak cukup tido tak tenang serabut berdebar-debar teringat kat mak...
Veer-Zaara Perjalanan khalifah seindah mimpi terhenti buat seketika Dan selepas itu engkau sehala & aku sehala Kisah ini berada dalam hati kita buat seketika Dan selepas itu engkau sehala & aku sehala
Adakah itu engkau sebenarnya atau pelita yang membara Adakah itu engkau sebenarnya atau kuntum yang sedang mengembang Adakah itu engkau sebenarnya atau musim monsun impian Adakah itu engkau sebenarnya atau musim kegembiraan Adakah itu engkau sebenarnya atau kuntum yang mengembang Adakah itu engkau sebenarnya atau adakah aku memperolehi dunia baru
Perjalanan khalifah seindah mimpi terhenti buat seketika Dan selepas itu engkau sehala & aku entah ke mana Kisah ini berada dalam hati kita buat seketika Dan selepas itu engkau sehala & aku sehala
Engkaukah itu atau hanya wangian tersebar di udara Engkaukah itu atau warna di serata tempat Engkaukah itu atau cahaya di perjalanan Engkaukah itu atau tersebarnya lagu & irama di udara Engkaukah itu yang kutemui atau adakah itu takdir hidupku Engkaukah itu atau keajaiban di sekitar udara
Perjalanan impian ini terhenti untuk seketika Dan kemudian engkau entah ke mana & aku hilang ke mana Untuk seketika wujudnya kisah hati kita Dan kemudian engkau entah ke mana & aku hilang ke mana Dan kemudian engkau entah ke mana & aku hilang ke mana...
Ngantuks... sangat mengantuk & sangat malas....
sedih sebenarnya bila something yg kita tunggu, bila dah ada kat depan mata, rupanya bukan untuk kita. Sedih sebab orang tahu apa yang aku mahu, tapi masing² buat tak paham & pentingkan diri sendiri. Sebenarnya pada siapa yang aku patut marah? Pada diri aku sebab tak berterus terang akan kemahuan aku? Pada mereka yang tak mahu mengerti? Pada masa yang tak menyebelahi? Pada peluang yg ku tunggu tapi tak sempat ku kecapi? Atau mungkin... Sudah tiba masanya untuk aku gunakan akal rasionalku dalam menilai perihal ini. Kadang² aku paham... tak semua aku nak, aku dapat. Memohon pengertian orang lain tentang kehendak hati aku bukanlah jalan penyelesaian yang bijak... Pening la... aku nak jugak! Tak kira, nak jugak!!!
(kawan²... usahlah bertanya apa gerangan yang buat seorang aku berduka lara. Anggap saja aku sedih sebab tak dapat ais krim!)
I wish I was the souvenir you kept your house key on. I wish I was the pedal break that you depended on. I wish I was the verb to trust, and never let you down. I wish I was the radio song, the one that you turned up, I wish, I wish, I wish, I wish, I guess it never stops.
Sunyi. Sepi. Walau aku dikelilingi lautan manusia. Telinga. Bingit. Dengan suara hati yang tertanya²... walau ia dah punya jawapan. Hati. Kosong. Walau hakikatnya penuh dengan rasa sayang. Rasa. Tawar. Kerna aku mahu masuk ke taman larangan memetik sebiji buah sumpahan... Manis tapi bisa membunuh.
Say it's true, there's nothing like me and you Not alone, tell me you feel it too And I would runaway I would runaway, yeah I would runaway I would runaway with you
Cause I have fallen in love With you, no never have I'm never gonna stop falling in love,with you
Close the door. lay down upon the floor And by candlelight, make love to me through the night Cause I have runaway I have runaway, yeah I have runaway, runaway I have runaway with you
And I would runaway I would runaway, yeah I would runaway I would runaway with you
Dalam beberapa minggu ni, macam² perkara telah berlaku & telah aku saksikan. Salah 1 nye, kerosakkan yang berlaku pada web aku. Setiap kali aku cuba meng-pos message, pasti tak menjadi. Tiba² komputer akan jadi blank & aku plak akan jadi blur menyaksikan apa yang ku taip hilang. Apasal ek? virus ker? Sesuatu kejadian yang telah berlaku membuatkan aku terjaga dari 'tidur' yang panjang. Memang terkejut. Memang betul kata Mandy, jangan terlalu percaya pada orang & jangan senang² berkongsi rahsia dengan orang lain. Tapi... Entah la, bila dipikirkan balik, rasa macam Tipu Tertipah pun ada jugak. Aku kira aku cukup mengenali dirinya. Rupanya... Manusia... begitu la. Sikap sebenar yang dia tonjolkan memang aku tak sangka sangat². Hingga hari ini aku masih dalam status terkezut macam kena kejutan elektrik! Memang Ripley's Believe It or Not betu la! Respond yang dia beri padaku... oh, takkan aku lupa sampai bila². Tak la aku nak kata 'tiada maaf bagimu' sebab aku rasa dia tak ada la dosa dengan aku. Siapa la aku kan? Tapi dia dah menghancurkan kepercayaan aku pada dia. Dan aku yang tetap aku sedari kecil, penuh dengan sikap ego ku, sedikit degil & sedikit hati kering, tetap akan menjadi seorang aku: Sekali aku dah beri kepercayaan pada seseorang, aku memang 100% percaya pada orang tu. Tapi kalau sekali dia mempermainkan kepercayaan aku, cukuplah sekali. There no turning back. Tak ada apa yang dapat mengembalikan era kegemilangan antara aku & dia. Lebih kurang gitu la. "Dia rupa²nya racun dalam persahabatan aku, dia & rakan² yang lain." (sambil geleng² kepala...)
Aduh, sakitnya tangan aku. tak tahu kenapa tapi bangun² tido pagi tadi, tanganku sudah sedia sakit. Lemah & menycuk².... Sakit ini tidak membenarkan aku menaip lebih lama...
Entahla, hari ni aku takder mood. Mood untuk bersedih adalah! Memikirkan dosaku terhadap seseorang... Menyesali ketelanjuran kata² lewat Jumaat lalu... Mengenang kembali hati nan tak berdosa yang telah aku lukakan setahun lalu... Ina, I am so sorry... Aku tau apa jua yang aku katakan pasti takkan mengembalikan keceriaan & ketenangan hati seorang Ina. Segalanya tak aku rancang, tak jua aku halang. Maafkan aku. Esok amik cuti. Ke rumah Azhar. Tak rasa excited pun, walaupun this will be the first time aku ke sana. Entah bagaimana layanan yang bakal ku terima, hanya Tuhan yang tahu. Tapi itulah yang selayaknya aku terima atas dosaku yang silam. Apa pun, semoga takder apa² yang tak elok terjadi. Amin!
Waaa!! Kalau boleh menangis, memang aku dah menangis dah memikirkan terlalu banyak kejer yang tak siap! Tensennya, nyata masa tidak menyebelahi aku sejak akhir² ni. So many things to do, so little time! Orang kata umat di akhir zaman memang macam ni walhal Tuhan bagi 24 jam sehari dengan bantuan sains & teknologi bagi memudahkan keje tapi masa tak pernah cukup untuk kita. Maap la kalau ada yang rasa terabai & ada janji yang masih belum ku tunai.
Dan Opie, takziah buatmu sekeluarga.
Tima kasih! Tima kasih buat si pemberi bunga padaku jumaat lalu. Lama aku tak dapat bunga. Last time masa ada 1 pc lewat pertengahan tahun lalu. Entah pc siapa aku pun tak ingat. Dalam hidup aku rasa2 tak sampai 3 kali kot aku dapat bunga! hehe, semua boyfriend bukan jenis mat bunga! First time & masih dikenang sampai sekarang time form 3. sekuntum bunga mawar beserta kad luahan perasaan di hari valentine! hehehe. lawak, jiwang tapi sampai sekarang aku kenang. terima kasih aidil. Tak sangka pula rentetan gurauan cuma, aku, opie & wana menerima sekuntum ros kuning. Sweet tapi sedikit menghampakan sebab tak tahu si tuan empunya badan ikhlas @ sekadar mengambil hati. Juga sedikit menghampakan sebab yang memberi itu bukan yang ku harapkan. (Ye ke...?) Dan bila ku khabarkan pada azhar... begini jawapannya... dia tak suka bagi bunga sebab bunga akan layu & cinta dia (konon²) takkan layu bagaimana nasib sekuntum bunga itu setelah beberapa lama. Terdiam kejap sebab tak sangka ayat tu keluar dari mulut azhar. hehehe! Sweet la pulak..... Terus aku tak membebel kat dia lagi pasal dia tak pernah bagi bunga!
fuh! Lega gila suma kerja dah siap. Biarpun sedikit (sedikit??) terlewat, tapi aku puas hati finally semua dah siap! Banyak perkara yang tak sempat nak aku updatekan. ok mari mulakan... Khamis: Entahlah hari khamis atau hari apa, aku sendiri dah lupa & tak mahu ingat. Sebolehnya kalau ada berita menyedihkan aku tak mahu ada apa² catatan yang memilukan disini. Tidak di sini tidak juga di hati. Biarkan kenangan itu berlalu. Tapi itulah, tergerak pula rasa hati untuk mengatur bait² perkataan. Cerita ini bukan cerita aku, tapi tentang seseorang yang aku kira bererti & berbudi besar buat aku. Kejam. Itu yang dapat aku gambarkan apabila dapat tahu musibah yang telah menimpanya. Aku dah tahu lama perkara ni, tapi setiap kali aku mendengar cerita ini versi update, pasti hati aku sebak & fikiran aku berputar² memikirkan kenapa benda tu jadi pada dia. Tabahlah wahai sahabat, sesuatu yang indah menantimu di hujung sana...
tak tau la, sakit kepala rentetan dari sakit hati @ sakit hati rentetan dari sakit kepala. Yang pasti, hati aku dah tawar di sini...
Hari ini berulang kembali sejarah musim hujan yang lalu... Detik berlalu, masa berganti, tapi hati tetap untuk mu. Wahai si Tuah, akukah sang puteri gunung ledang yang kau dambakan...?
Pada suatu masa dahulu, Di waktu kesetiaan, Maruah dan kedaulatan padu, Penghujung kurun ke-15 di Tanah Melayu, Menebari kegemilangan ke segenap penjuru...
Melaka terkenal indah perkasa, Memberi perlindungan pada yang meminta, Di tika inilah kisah bermula, Di Timur Jawa gelora melanda...
Merentas samudera, membelah gunung, Sebuah cerita cinta yang agung...
-Puteri Gunung Ledang-
Mak ai... Serabutnya pala otak aku ni! Komputer buat hal. Untuk hari ni jer, dah masuk 10000 kali aku restart komputer!! Mencari bahan yang tak ada... Tensen! Dengan alunan muzik di sekililing aku yang menekan minda! Aku mahu pulang melihat wajah insan² tersayang lagi best dari memaksa diri menghabiskan kerja...
Ok, aku memang minat masak! Dan kat weblog aku ni, aku nak share rasepi yang tak seberapa nih pada sesaper yang sudi. Rasepi kita hari ini ialah ikan masak tauchu. Ok puan² sedia?
Bahan: Ikan goreng 3-4 ekor. (ikan ikut selera tekak anda) Bawang kecil diracik halus 1 biji Bawang besar 1 biji dipotong 4 Cili merah @ hijau 1 biji (potong besar²) Cili padi 5 biji dibelah dua memanjang Halia 1 inci diracik halus bawang putih 2 ulas diracik halus Tauchu 2 sudu Garam @ gula secukup rasa Air asam jawa sikit optional: Terung panjang @ timun (jangan buang kulit) 1 biji & potong tebal.
Cara masak: Tumis bawang kecil, bawang putih, halia. Pastu masuk plak cili² & bawang besar & tauchu. Masuk air asam & terung @ timun. Bila terung @ timun dah lembut sket, masuk ikan goreng. Rasa. Kalau guna tauchu masin, dah takyah letak garam. Cuma letak gula dalam 1 sudu besar gitu. Vice versa kalau guna tauchu manis. Asam jawa tu takyah letak banyak cam nak masak asam pedas @ kari. Karang jadik tauchu asam plak! Ok, selamat mencuba!
Ucapan jutaan tima kasih buat Opie yang sudi luangkan masa membuat link² kat weblog aku ni. Dan opie, i'm not mad at you. Apapon, aku hepi sangat coz link rasepi dah ada! Aku memang minat masak. Tak pandai masak tapi suka masak. C the body lar! haha!!
sob, sob! Sedih + happy + musykil. Happy for kawan baikku, lily dah pun selamat bertunang pada 4/7. Meriah! itulah yang dapat aku simpulkan dari majlis pertunangan Lily. Meriah dengan suasana & meriah dengan perpaduan & ke-happening-an sedara mara Lily yang rata²nya aku kenali sejak dulu lagi. Bergitula mereka dulu, kini & selamanya. Hmmm... Aku kenal Lily masa skool vokay klang dari tahun 1996. Tah camner, tiba² dia datang luahkan perasaan (ada la kes kat asrama time tu) & aku offer dia lepak umah aku. Dari saat itu, aku & lily tak dapat dipisahkan! Anak angkat kesayangan mak aku & 'intan terpilih' abangku yang sangatttt terkenal dengan sikap kerek dia tu dengan kawan² aku! Lily masuk dalam famili ku membawa aura ceria. Jatuh bangun aku, Lily ada disisi. Jauh macam mana pun aku terpisah dengan dia, dia tetap dekat. Dan dia yang terrrrlalu ramai kawan (memang ramah minah sekor ni!), ada ketikanya kembali pada aku pada saat² getir. Dan aku menyambutnya dengan tangan & hati terbuka. Ewah! mengarut apa aku ni?? Tapi itulah Lily. Kengkadang kawan² dia layak masuk dalam kategori member lepak jer, time susah...? Itu pendapat aku sebagai pemerhati. Kembali kepada pertunangan Lily. Ikutkan, macam² aku nak beli pada dia yang banyak berjasa pada aku sekeluarga. Memang rasa bersalah teramat sangat coz tak tido umah minah tu. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Maaf lily, buat kau terasa. Dulu time kami single-mingle, 2-2 duduk termenung mengenang nasib. Kengkawan lain dah kawin lar, tunang la, beranak 2 la, bercerai la... kami? Pernah terpikir kami akan membujang sampai tua. Tapi tak sangka, dia naik pelamin hujung tahun ni.
Waaaaa!!!! Sape nak teman aku?? Sapa nak lepak ngan aku?? Nanti kalau pi mana², aku nak ajak sapa?? Sedihnya!! But at the same time, aku happy Lily finally jumpa soul mate dia walaupun ada terdetik kat ati aku 'biar betul minah ni??' coz lily cepat bosan dengan jantan! I guess this guy is not jantan but gentleman. Memang baik pon! Respect sama tunang dia yang berjaya buat Lily terbuka hati nak kawin. Hope this time lily really stick to her decision & semoga berbahagia sampai akhir nanti...
bosan bila orang tak mahu dengar pendapat kita tapi masih mahu menegakkan benang yang basah. Bosan bila orang tak berterima kasih & masih mahu berlagak. Bosan bila ada yang pentingkan diri sendiri. Bosan bila ada yang sambil lewa tentang kerja lantas menyusahkan orang lain. Bosan bosan bosan. Aku bosan dengan suasana sekeliling aku. Pun begitu, aku tiada hak merubah orang lain... Aku sendiri perlu berubah!
Hari ini (sabtu) aku datang ke opis atas urusan kerja (duh!). Bukan sebab nak buat ot, tapi kesilapanku yang suka lengah²kan kerja. Opps! Sorry bos! Tapi hari ini aku hadir tanpa menjalankan tanggungjawabku di pagi hari. Tak mandi! hehehe. Nasib lar kalau ada idung² yang tak selesa dengan original purfume ku! Bangun pagi dengan semangat nak ke opis & nah, air takder! Yang ada cuma sedikit air takungan yang cukup² bagi ku basuh muka & gosok gigi. Bencinya, ni bukan sekali. Dah banyak kali. Pernah 3-4 hari aku merempat mandi kat highway depan rumah aku & mengangkut air berbotol² balik rumah. Ni yang buat aku tambah semangat nak pindah rumah...
wah... pejam celik, pejam celik, dah ari jumaat! Cepat masa berlalu. Sejak akhir2 ni, aku rasakan tak ada masa peribadi buatku! Pergi rumah mak, keluar dengan azhar, masak untuk azhar (hampir setiap malam, penat!), pergi rumah mak lagi, bawak mak pergi tengok Lin (adik bongsu yang manja) kat UM. The very next day, bawak mak lagi sekali tengok Lin.... Wah, budak² sekarang (mungkin adikku sorang jer kot) manja! Baju nak dibasuh, dilipat. Ubat gigi nak dibelikan... Amboi²... aku pon penah gaks lalui zaman matrik! Kat Kuantan lagi. Tak ada sapa datang tengok (kecuali sahabat baik, Jalil). Memang budak² sekarang manja. Duit tak pernah putus, beli itu, beli ini, belanja itu, belanja ini... main amik jer! Mungkin aku anak yang independent. Kalau nak mewah sikit macam kawan², kerja part time & time holiday. Tapi aku tak pernah kesal zaman yang aku pernah lalui. Sebab suma tu jadi kenangan manis & sesuatu yang amat berharga buat ku. Bukan suma orang lalui apa yang aku lalui.
Pon begitu, ada insan yang pernah lalui zaman yang lebih hebat dariku. Tersentuh hati aku bila sekali tu aku dengar citer kakak iparku tentang kawannya yang seorang. Masa matrik tahun pertama dey'all dapat makan kat asrama. tapi bila dah masuk tahun 2 matrik kat USM, makan sendiri². Terjadilah kisah sedih tentang semangat kawan yang seorang ini. Disebabkan kemiskinan keluarga, duit loan dengan relanya diberi pada mak ayah. Dan dia melalui hari² mendatang dengan wang saku yang teramat sikit. Jangan mimpilah nak pegi tengok wayang cam kengkawan yang lain. Nak makan pon.... Ni part sedih ni... roti canai yang dibeli pagi terpaksa dibahagi dua untuk santapan malam hari. Tidak pun berpuasa tiap2 hari. Pernah sekali kakak iparku menegur kenapa mulut kawannya itu berdarah.... Merekah sebab terlalu kering & tak cukup minum air. Kalau ada duit lebih pun, beli nasi & kuah saja. Baru 0.30 posen. Itupun dah cukup rahmat baginya. Walau sesusah mana, tak pernah sekalipun dia pinjam duit orang lain. Dan sebahagian dari kita, kalau lauk semalam dah tak lalu makan! Kalau mak/bini masak 1 lauk jer ari ni, dah tertutup selera nak makan! hmmm...
Kisah ini memberi semangat buat ku melalui minggu ini yang terrrramat perit. Sekian sahaja pelajaran buat hari ini.
1st time ada blog sendiri. Tak sangka semudah ini bina blog. Selalu baca blog orang & frankly cakap, aku tak rasa² apa kecuali keep thinking kenapa semua orang ada blog. Kenapa suma orang luahkan rasa hati dalam blog? Jawapannya, semua orang ingin & berhak mendapat perhatian tentang apa yang mereka fikirkan. Blog adalah salah 1 caranya. Tapi hakikatnya, aku baru sahaja memikirkan untuk membina blog setelah 2 malam tak dapat tidur mencari jawapan samada aku patut @ tidak membina blog. Dan jawapannya aku temui semalam, sebab aku tak dapat tidur memikirkan konon²nya apa yang patut aku jadikan isi kandungan blog ini!
Tima kasih buat si cantik manis opie (ewah, kembang la tu!) sebab meng-guide aku. Bab² sains & teknologi ni, memang aku tak minat. Buat apa peningkan kepala? Tapi kalau tak ada sesiapa yang sudi peningkan kepala belajar & mengkaji bende² macam ni, aku rasa kita masih lagi idup dalam gua & berfesyenkan baju ala² cawat! (pun dengan sains & teknologi juga aku lihat ramai insan yang merana)

|