|
Menarik Nafas Lega
fuh! Lega gila suma kerja dah siap. Biarpun sedikit (sedikit??) terlewat, tapi aku puas hati finally semua dah siap! Banyak perkara yang tak sempat nak aku updatekan. ok mari mulakan... Khamis: Entahlah hari khamis atau hari apa, aku sendiri dah lupa & tak mahu ingat. Sebolehnya kalau ada berita menyedihkan aku tak mahu ada apa˛ catatan yang memilukan disini. Tidak di sini tidak juga di hati. Biarkan kenangan itu berlalu. Tapi itulah, tergerak pula rasa hati untuk mengatur bait˛ perkataan. Cerita ini bukan cerita aku, tapi tentang seseorang yang aku kira bererti & berbudi besar buat aku. Kejam. Itu yang dapat aku gambarkan apabila dapat tahu musibah yang telah menimpanya. Aku dah tahu lama perkara ni, tapi setiap kali aku mendengar cerita ini versi update, pasti hati aku sebak & fikiran aku berputar˛ memikirkan kenapa benda tu jadi pada dia. Tabahlah wahai sahabat, sesuatu yang indah menantimu di hujung sana...
last modified Jul 19, 2004 at 23:34
ngerti banget sih
|