|
Akulah Budak Comot Itu...
last modified Feb 19, 2005 at 0:05
Waaa!! Kalau boleh menangis, memang aku dah menangis dah memikirkan terlalu banyak kejer yang tak siap! Tensennya, nyata masa tidak menyebelahi aku sejak akhir² ni. So many things to do, so little time! Orang kata umat di akhir zaman memang macam ni walhal Tuhan bagi 24 jam sehari dengan bantuan sains & teknologi bagi memudahkan keje tapi masa tak pernah cukup untuk kita. Maap la kalau ada yang rasa terabai & ada janji yang masih belum ku tunai.
Dan Opie, takziah buatmu sekeluarga.
Tima kasih! Tima kasih buat si pemberi bunga padaku jumaat lalu. Lama aku tak dapat bunga. Last time masa ada 1 pc lewat pertengahan tahun lalu. Entah pc siapa aku pun tak ingat. Dalam hidup aku rasa2 tak sampai 3 kali kot aku dapat bunga! hehe, semua boyfriend bukan jenis mat bunga! First time & masih dikenang sampai sekarang time form 3. sekuntum bunga mawar beserta kad luahan perasaan di hari valentine! hehehe. lawak, jiwang tapi sampai sekarang aku kenang. terima kasih aidil. Tak sangka pula rentetan gurauan cuma, aku, opie & wana menerima sekuntum ros kuning. Sweet tapi sedikit menghampakan sebab tak tahu si tuan empunya badan ikhlas @ sekadar mengambil hati. Juga sedikit menghampakan sebab yang memberi itu bukan yang ku harapkan. (Ye ke...?) Dan bila ku khabarkan pada azhar... begini jawapannya... dia tak suka bagi bunga sebab bunga akan layu & cinta dia (konon²) takkan layu bagaimana nasib sekuntum bunga itu setelah beberapa lama. Terdiam kejap sebab tak sangka ayat tu keluar dari mulut azhar. hehehe! Sweet la pulak..... Terus aku tak membebel kat dia lagi pasal dia tak pernah bagi bunga!
fuh! Lega gila suma kerja dah siap. Biarpun sedikit (sedikit??) terlewat, tapi aku puas hati finally semua dah siap! Banyak perkara yang tak sempat nak aku updatekan. ok mari mulakan... Khamis: Entahlah hari khamis atau hari apa, aku sendiri dah lupa & tak mahu ingat. Sebolehnya kalau ada berita menyedihkan aku tak mahu ada apa² catatan yang memilukan disini. Tidak di sini tidak juga di hati. Biarkan kenangan itu berlalu. Tapi itulah, tergerak pula rasa hati untuk mengatur bait² perkataan. Cerita ini bukan cerita aku, tapi tentang seseorang yang aku kira bererti & berbudi besar buat aku. Kejam. Itu yang dapat aku gambarkan apabila dapat tahu musibah yang telah menimpanya. Aku dah tahu lama perkara ni, tapi setiap kali aku mendengar cerita ini versi update, pasti hati aku sebak & fikiran aku berputar² memikirkan kenapa benda tu jadi pada dia. Tabahlah wahai sahabat, sesuatu yang indah menantimu di hujung sana...
tak tau la, sakit kepala rentetan dari sakit hati @ sakit hati rentetan dari sakit kepala. Yang pasti, hati aku dah tawar di sini...
Hari ini berulang kembali sejarah musim hujan yang lalu... Detik berlalu, masa berganti, tapi hati tetap untuk mu. Wahai si Tuah, akukah sang puteri gunung ledang yang kau dambakan...?
Pada suatu masa dahulu, Di waktu kesetiaan, Maruah dan kedaulatan padu, Penghujung kurun ke-15 di Tanah Melayu, Menebari kegemilangan ke segenap penjuru...
Melaka terkenal indah perkasa, Memberi perlindungan pada yang meminta, Di tika inilah kisah bermula, Di Timur Jawa gelora melanda...
Merentas samudera, membelah gunung, Sebuah cerita cinta yang agung...
-Puteri Gunung Ledang-
Mak ai... Serabutnya pala otak aku ni! Komputer buat hal. Untuk hari ni jer, dah masuk 10000 kali aku restart komputer!! Mencari bahan yang tak ada... Tensen! Dengan alunan muzik di sekililing aku yang menekan minda! Aku mahu pulang melihat wajah insan² tersayang lagi best dari memaksa diri menghabiskan kerja...
Ok, aku memang minat masak! Dan kat weblog aku ni, aku nak share rasepi yang tak seberapa nih pada sesaper yang sudi. Rasepi kita hari ini ialah ikan masak tauchu. Ok puan² sedia?
Bahan: Ikan goreng 3-4 ekor. (ikan ikut selera tekak anda) Bawang kecil diracik halus 1 biji Bawang besar 1 biji dipotong 4 Cili merah @ hijau 1 biji (potong besar²) Cili padi 5 biji dibelah dua memanjang Halia 1 inci diracik halus bawang putih 2 ulas diracik halus Tauchu 2 sudu Garam @ gula secukup rasa Air asam jawa sikit optional: Terung panjang @ timun (jangan buang kulit) 1 biji & potong tebal.
Cara masak: Tumis bawang kecil, bawang putih, halia. Pastu masuk plak cili² & bawang besar & tauchu. Masuk air asam & terung @ timun. Bila terung @ timun dah lembut sket, masuk ikan goreng. Rasa. Kalau guna tauchu masin, dah takyah letak garam. Cuma letak gula dalam 1 sudu besar gitu. Vice versa kalau guna tauchu manis. Asam jawa tu takyah letak banyak cam nak masak asam pedas @ kari. Karang jadik tauchu asam plak! Ok, selamat mencuba!
Ucapan jutaan tima kasih buat Opie yang sudi luangkan masa membuat link² kat weblog aku ni. Dan opie, i'm not mad at you. Apapon, aku hepi sangat coz link rasepi dah ada! Aku memang minat masak. Tak pandai masak tapi suka masak. C the body lar! haha!!
sob, sob! Sedih + happy + musykil. Happy for kawan baikku, lily dah pun selamat bertunang pada 4/7. Meriah! itulah yang dapat aku simpulkan dari majlis pertunangan Lily. Meriah dengan suasana & meriah dengan perpaduan & ke-happening-an sedara mara Lily yang rata²nya aku kenali sejak dulu lagi. Bergitula mereka dulu, kini & selamanya. Hmmm... Aku kenal Lily masa skool vokay klang dari tahun 1996. Tah camner, tiba² dia datang luahkan perasaan (ada la kes kat asrama time tu) & aku offer dia lepak umah aku. Dari saat itu, aku & lily tak dapat dipisahkan! Anak angkat kesayangan mak aku & 'intan terpilih' abangku yang sangatttt terkenal dengan sikap kerek dia tu dengan kawan² aku! Lily masuk dalam famili ku membawa aura ceria. Jatuh bangun aku, Lily ada disisi. Jauh macam mana pun aku terpisah dengan dia, dia tetap dekat. Dan dia yang terrrrlalu ramai kawan (memang ramah minah sekor ni!), ada ketikanya kembali pada aku pada saat² getir. Dan aku menyambutnya dengan tangan & hati terbuka. Ewah! mengarut apa aku ni?? Tapi itulah Lily. Kengkadang kawan² dia layak masuk dalam kategori member lepak jer, time susah...? Itu pendapat aku sebagai pemerhati. Kembali kepada pertunangan Lily. Ikutkan, macam² aku nak beli pada dia yang banyak berjasa pada aku sekeluarga. Memang rasa bersalah teramat sangat coz tak tido umah minah tu. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Maaf lily, buat kau terasa. Dulu time kami single-mingle, 2-2 duduk termenung mengenang nasib. Kengkawan lain dah kawin lar, tunang la, beranak 2 la, bercerai la... kami? Pernah terpikir kami akan membujang sampai tua. Tapi tak sangka, dia naik pelamin hujung tahun ni.
Waaaaa!!!! Sape nak teman aku?? Sapa nak lepak ngan aku?? Nanti kalau pi mana², aku nak ajak sapa?? Sedihnya!! But at the same time, aku happy Lily finally jumpa soul mate dia walaupun ada terdetik kat ati aku 'biar betul minah ni??' coz lily cepat bosan dengan jantan! I guess this guy is not jantan but gentleman. Memang baik pon! Respect sama tunang dia yang berjaya buat Lily terbuka hati nak kawin. Hope this time lily really stick to her decision & semoga berbahagia sampai akhir nanti...
bosan bila orang tak mahu dengar pendapat kita tapi masih mahu menegakkan benang yang basah. Bosan bila orang tak berterima kasih & masih mahu berlagak. Bosan bila ada yang pentingkan diri sendiri. Bosan bila ada yang sambil lewa tentang kerja lantas menyusahkan orang lain. Bosan bosan bosan. Aku bosan dengan suasana sekeliling aku. Pun begitu, aku tiada hak merubah orang lain... Aku sendiri perlu berubah!
Hari ini (sabtu) aku datang ke opis atas urusan kerja (duh!). Bukan sebab nak buat ot, tapi kesilapanku yang suka lengah²kan kerja. Opps! Sorry bos! Tapi hari ini aku hadir tanpa menjalankan tanggungjawabku di pagi hari. Tak mandi! hehehe. Nasib lar kalau ada idung² yang tak selesa dengan original purfume ku! Bangun pagi dengan semangat nak ke opis & nah, air takder! Yang ada cuma sedikit air takungan yang cukup² bagi ku basuh muka & gosok gigi. Bencinya, ni bukan sekali. Dah banyak kali. Pernah 3-4 hari aku merempat mandi kat highway depan rumah aku & mengangkut air berbotol² balik rumah. Ni yang buat aku tambah semangat nak pindah rumah...
|