|
Tinta cheura
catatan hikayat epilog usang retorik ayunda
edan kesmaran terhenti lewat Sep 24, 2004 at 19:59
Berat hati tapi nekad juga.
cheura@blogspot
Jangan ditanya mengapa ...
Cepatnya masa berlalu. Hari ini dah masuk bulan baru. Februari tahun ini hanya ada 28 hari sahaja rupanya.
Kenapa ek bulan Februari hanya boleh ada 28 atau 29 hari sahaja sedangkan bulan-bulan lain boleh ada sehingga 30 atau 31 hari?. Ini tidak adil! (baca stail dialog Aziz Satar & Sudin masa tengah mem'faraid' harta se'pencurian' dalam cerita Nujum Pak Belalang)
Emm ... homework baru! untuk memulakan bulan baru.
LOST "Somewhere between sunrise & sunset - 1 golden hour encrusted with 60 silver minutes, each studded with 60 diamond seconds. No reward is offered. They are lost & gone forever" - unknown
16/02/2005 - UPT positive 18/02/2005 - Bleeding (spontaneous abortion?) 20/02/2005 - Premenstrual syndrome? 22/02/2005 - Complete abortion confirmed! 23/02/2005 - Cuti 24/02/2005 - Cuti lagi 25/02/2005 - Cuti lagi dan lagi 26/02/2005 - Cuti lagi ke? 27/02/2005 - Cuti lapan lagi ehe 28/02/2005 - Kerja! kerja!
Nak kata sedih memang ada rasa sedih (sikit). Tapi redha. Belum ada rezeki dan ada hikmah di sebaliknya.
Tapi ingat satu benda ni, "Alahai nak, jeruk tu banyak tawas mana boleh makan!" "Oh ye ke makcik?"
Teman N dan Ash ke DSI. Ada apa?
Career Fair 2005 14hb - 17hb Februari 2005 9.00 pagi - 4.30 petang
Aku tengok-tengok booth, N dan Ash tengok-tengok vacancy.
Jawap kuiz di booth MSE. Sebagai orang pertama hantar kertas jawapan, N hanya dapat penanda buku dan mouse pad sahaja sebab salah 1 soalan. Sebagai orang ke-2 dan ke-3 hantar kertas jawapan (setelah dapat jawapan bocor daripada N ehe), aku dan Ash dapat penanda buku, mouse pad, dan poster fleed.
Dapat kertas kuiz yang ke-2 pula.
"Kertas ni bawa balik. Buka website MISC ya. Jawapan semua ada di situ. Bila-bila boleh hantar, petang ini atau esok. Ini bonus je, sapa rajin dapatlah hadiahnya"
Erk, best ni. Aku ke'curiosity'an. Apalah tu hadiahnya ek?. Balik kotak, cari jawapan. Siap!.
"Enda teman kita hantar kuiz boleh?"
Rezeki Enda. Kawan lamanya yang dah 5 tahun tak jumpa rupanya tukang jaga booth MSE. Jejak kasih.
Rezeki aku. Semua soalan dijawap dengan betul. Dapat bekas air minuman aluminium. Dah lama berhajat tapi mahal sangat. Akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. Jejak kanan.
"N, kita dapat botol air ni. N jawap juga kuiz tu tau, lepas tu hantar. Kita tunjukkan jawapannya"
Ehe aku dan N, fair and square!
Cuti yang panjang. Agenda yang banyak.
1. Cat rumah - 50% siap. Bila lagi ada cuti panjang ye?. 2. Jahit langsir - 100% siap. Tinggal pasang je. 3. Basuh baju - 50% siap. Itu pun basuh kat kampung. Bertuah punya anak! ehe. 4. Siapkan artikel untuk GT4 - 100% x siap!. PC tengah over-haul uhuk uhuk. 5. Apa ek? lupa lah pulak. 6. Emm banyak sangat sampai x boleh nak ingat!.
NOTA Dapat undangan untuk turut serta dalam Projek Basah. Erk! Tok Rimau, maaf nombor 1 sebab x respon sms; postpaid x boleh kongsi kredit dengan prepaid. Jadi kalau baki = RM0.00, jawapannya baca ajalah. Maaf nombor 2 sebab x dapat turut serta. Terpaksa habiskan juga mengecat sebab mata dah sakit sangat tengok dinding rumah kena penyakit sopak! ehe.
NOTA TAMBAHAN Semalam tengok Sheila Majid nyanyi lagu "Aku cinta padamu" kat TV3. Tiba-tiba terasa nak gelak tergelak bila dengar liriknya...
Aku cinta padamu / Sungguh! Mestikah ku ucapi / Dari mulut ku sendiri
Yelah, abis tu siapa yang nak ucap? Abang Pendek? emm miow-miow-miow lah nanti bunyinya. Ehe.
Kerasan adalah istilah Jawa yang bermaksud serasi atau selesa. Oleh itu, tidak kerasan bermakna tidak serasi atau tidak selesa.
Semalam, kerana tidak kerasan (walaupun dan 7 bulan kat sini), susun atur dalam cubical aku telah diubah lagi untuk kali ke-3.
Aku rasa tidak selesa (x selamat?) kerana belakang aku terdedah. Terdedah? begini:
Dinding +----+ |meja| +----+ -0- <-- aku yang tidak selamat Partition 5"
Oleh itu, Enda telah bantu aku dalam mencari kedudukan selamat. Selamat? begini:
Dinding -0- <-- aku yang telah ada rasa selamat +----+ |meja| +----+ Partition 5"
Ya, aku telah selamat sekarang. Tak paham? tanya Enda ehe. Atau boleh juga rujuk Feng Shui kerana baru ku tahu rasa "ketidakselamatan" aku ini ada penerangannya di situ.
Waktu operasi: 9.00 pagi - 9.00 malam
Tapi bila aku datang tengahari, kedai buka orangnya tiada. Abis 1 kotak air aku hirup dan 1 majalah aku khatam tapi tukang jaganya x datang juga. Bila aku datang petang, 'pintu besi'nya dah berkunci pula.
Isk terbakar je rase hati. Lain kali terus terang je... aku x marah, ko pun x kena sumpah Tanggang ehe.
Waktu operasi: 9.00 pagi - 12.00 tengahari 2.00 petang - 5.00 petang 8.00 malam - 9.00 malam
Memang banyak sikit nak kena tulis tapi x lah aku (atau orang lain juga) jadi Tipah. Nanti ko juga yang rugi.
Aku bukan nak bagi ko masalah tapi nak bagi ko duit?. Tak nak? takpe aku cari orang lain.
(-o-) Ehe reti marah juga aku ni rupanya!.
Teng teng teng, dengan lenggang lenggoknya! ahaks.
Hari Ini Dan Semalam J Mizan
Hari ini kau datang riang Tersenyum buatku senang Kau hias dirimu Membuat hati bertambah sayang
Tapi wajahmu semalam muram Mengapa dewi mengapa Mungkinkah aku bersalah Cubalah dewi katakan
Jangan dewi jangan begitu Senyum-senyumlah selalu Manis riang Wajah bertambah jelita
(^O^) senyum skit!
SUMBER http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/JMizan_HariIni.html
"Awak, hari ni dah keluar surat khabar. Eksiden kat jalan Spg Rengam ke Rengam. Kemalangan maut. Lepas ni mesti "line" putih tu dia buat"
Petikan dari Berita Harian semalam (25 Januari 2005)
Suami, isteri hamil terbunuh nahas
KLUANG: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan isterinya yang mengandung tiga bulan, terbunuh selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 30.5, Jalan Renggam-Simpang Renggam, dekat sini.
Tu jalan ke kg aku. Dah sebulan kerja menurap tar baru SIAP dibuat tapi mmg "line" putihnya xde.
Mulut aku masin ke?
... entah bila nak terngadahnya tu.
"Bulan haji telah tiba lagi Menunaikan ibadah Panggilan Baitullah Tanah suci Makkah Ya Makkah Al-Mukarramah" [1]
Bila ye aku akan berpeluang utk menjejakkan kaki ke Tanah Suci?.
... esok Malaysia dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengannya akan raya lagi. Salam Aidil Adha buat semua!.
NOTA Tak ingat tajuk lagu. Tak berapa ingat juga liriknya. Tapi gitu-gitulah bunyinya ehe.
Usahlah aku dimandikan pagi, [1] jangan terlalu memuji-muji. [2]
Jangan, jangan terlalu memuji-muji, kerana aku mmg x suka mandi pagi!. Ehe.
NOTA [2] adalah maksud bg [1]. Sebenarnya macam-macam yg aku buat hari ini tapi aku xde rase nak cerita.
"kenapa ko tanak cerita?" "nanti org tahu aku buat salah"
Hahaha ... aku merapu lagi.
Benda kalau di cari mmg x jumpa, tapi kalau x nak tu bersepah-sepah.
Dia teman aku cari sudu. Sudu besi [1]. Pergi kedai ubat [2] xde; kat Hup Fatt [3] tinggal garfu je; kat Desaraya pulak cuma ada sudu plastik.
Aku dah muncung... "Kenapa semua org xde sudu ni?" "Sudu plastik tu kan ada, belilah buat sementara" "Tanak, sudu plastik x best!" "A'ah ek, sudu plastik nanti buat kacau-kacau cair pulak" "Isk emm, kalo x jumpa sudu juga kita sarapan lusa je" "OK, OK kita singgah kedai 24 jam tu pulak eh"
Tetapi melencong ke kedai Eddin, kedai runcit yg x termasuk dlm senarai carian.
Yeha! Akhirnya!. Aku amik 2 pasang sudu dan garfu. Dan sepasang gelas Royale jugak.
"Tu gelas tu buat apa?" "Buat minum lah" "Isk semua yg dijumpa nak dibelinya" [4] "Erk!"
NOTAKAKI [1] Rumah baru aku xde sudu. Ya, xde sudu langsung. [2] Kedai ubat? kedai ni ada jual pinggan dan mangkuk, takan sudu xde kot?. Aku beli Milo 3 in 1, roti dan planta kat sini. [3] Aku beli pita selofan besar kat sini. [4] Asalnya aku nak sudu je. Tapi aku telah beli, sudu, garfu, pita selofan, roti, Milo, dan planta.
Dari minggu lepas lagi dok bantu Enda. Dia nak buat dual boot Redhat 8.0 (RH) dgn Windows 2000 (W2K).
W2K & RH ni akan duduk di DELL DIMENSION XPS B800. Payah pula nak dudukkan dorang ni kat satu PC. Selalu buat OK je. Kali ni memcm pulak karenahnya. Benda kalau nak cepat, ada saja rintangan. Proses yg sepatutnya x sampai sejam meleret-leret ke 2 minggu.
Takpe Enda, sabar ye! Biasalah, bukan senang nak senang ehe.
Ini antara masalah yg dihadapi;
1. W2K & RH dedua hang. Masalah: Letak GRUB kat MBR. Penyelesaian: Jgn letak GRUB kat MBR. Letak kat /boot [1].
2. W2K boleh loading tp RH x boleh loading Masalah: Partition /boot duduk > dr selinder 1024. Penyelesaian: Letak /boot kat selinder < 1024 [2].
3. RH masih x boleh loading. Masalah: Tersangkut kat apm:BIOS version 1.2 Flags 0x0b (Drive version 1.16). Penyelesaian: Ini masalah paling tragis. Cari sana, cari sini; tanya sana tanya sini; segala jalan sesat belaka. Dr GRUB, cuba install LILO pula utk boot loader. Dan BERJAYA!. Tak paham sebenarnya, mmg GRUB x compatible dgn DELL ke? [3].
4. RH dan boleh loading, W2K pulak x keluar task bar. Masalah: x tahu. Mungkin sbb baru tambah secondary hard disk. Penyelesaian: Enda tengah reinstall W2K. Harap-harap xde masalah [4].
Jadi ada apa pada REDHAT?. Ia telah membuat Enda melalak dan aku termangu-mangu ehe.
NOTAKAKI [1] Ed B. Park [2] Bruce P. Blackshaw [3] Pasrah dan cuba jaya. [4] Ikut kata hati.
... genap sebulan.
... beberapa minggu lalu.
"Embah Ayer Hitam telefon aritu nak cakap dgn ko" "Cakap apa mak?" "Entahlah, bila mak kata ko xde dia kata xpe & terus letak"
Aku tahu embah rindukan aku. Kalau dia sudah menelefon ke rumah, itu bermakna rindunya sudah x tertanggung.
... semalam ke Parit Sonto. Bersama dia dan emak. Ke rumah embah dan nyai.
Embah sudah agak uzur. Kebelakangan ini kerap sangat dadanya sakit. Sakit yg x tertahan katanya. Walaupun cuba ditahan tapi dlm x sedar mulut menderam berbunyi.
Kalau nyai sedar, akan diusapnya dada embah dgn minyak panas sehingga sakitnya reda. Jika Cik Hassan yg sedar, akan dibuat juga cara yg sama. Biasanya jam 2.00 - 3.00 pagi.
Nyai walaupun masih kuat tapi katanya sebulan ini matanya sudah semakin kabur.
"Bila nyai tengok muka ko, nyai nampak macam ada kabus gitu" "Nyai nak masak pon dah x nampak. Tahu-tahu apa yg nyai masak dah hangus"
Aku?. Aku hanya mampu mendengar sambil mengusap dada embah. Aku mendengar lagi sambil mengusap lengan nyai.
Sewaktu melangkah pulang...
"Engkau sekarang dah ada kawan ye, jd x boleh nak tengok embah selalu" "Ala embah jgn cakap gitu, kita doakan embah sihat-sihat je ye, embah jaga diri ye".
Aku senyap. Embah senyap. Hanya air mata yg mengalir di pipi aku, dan pipi embah juga.
Aduh sedih lah pulak. Tak payah ceritalah, simpan je.
Seia sekata adalah maksud peribahasa "Ke bukit sama di daki, ke laut sama direnangi; adat tidak bertukar, rahsia tidak berubah".
Seia sekata adalah Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Koleksi Terindah Peribahasa Melayu antara bukti seia sekata Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Masih x faham?. Cari jawapannya di sini.
Seia sekata?. Ya! seia sekata. Aku harus faham ini sekarang.
NOTA "Katib lalu, katib mati; bilal lalu, bilal mati" bermaksud tempat yang penuh bahaya.
Emm tempat apa lah tu sampai katib dgn bilal lalu pon boleh mati?. Tempat apa ek?.
"Jgn lupa mohon sticker tu ye? Penat lah nak kene berenti kat guard jawap soalan."
Ehe dah 3-4 kali sebenarnya kene pesan tapi liat betul aku nak berjalan amik borang[1] kat pintu gerbang. Tapi hari ni aku gagahkan juga. Kang kaki jadi batu sapa nak jawap?
Menyusuri jejak-jejak lama dari PSZ, MSI seterusnya turun bukit helipad utk ke pintu gerbang seakan-akan memutarkan balik filem kisah silam kami[2] berlari-lari di atas bukit itu. Bukan setakat berlari memanjat, siap dukung-dukung lagi![3]. Masa tu aku masih 'fit'. Berlari pusing UTM 7x? no hal punye lah!.
Itu dulu, suatu ketika dulu. Tadi? tadi lutut aku yg lari tika menyusur tangga naik ke bukit utk ke SUB. Sendi aku dah longgar semua rupanya.
NOTAKAKI [1] Balik dari menapak... "Ehe akak jgn marah eh? tadi masa kemas-kemas kan kita jumpa borang mohon sticker tu. Ada byk pulak tu. Lan amik dulu, dia pon x ingat kot". Erk?!.
[2] Kami? ya kami. Tapi bukan aku dan dia. Tapi aku, dia dan rakan-rakan aku dan dia beserta felo kami Dr KBT. Masa tu kami join CBC. CBC? lain hari aku cerita apa itu CBC.
[3] Aku tidak dukung dia, dia tidak dukung aku. Aku dan dia hanya dibenarkan mendukung sesama jenis sahaja. Tau kan?
NOTA TAMBAHAN Masuk KOOP utk buat 'kopi' beberapa dokumen. Keluar KOOP bersama 'kopi' dokumen dan buku Koleksi Terindah Peribahasa Melayu karya Ainon Mohd & Abdullah Hassan.
Aku beli supaya aku x lupa. Atau dgn kata benarnya supaya aku x lupa bahawa bangsa aku kaya dgn peribahasa indah. Peribahasa indah yg aku tahu hanya 10% tapi tu pon dah lupa ehe.
OK, aku kongsi satu dulu ya, "Bagai jentayu menanti hujan" maksudnya sangat rindu. (Enda, apa sengeh-sengeh?)
Semalam makan tengahari di SUB bersama Enda, Lan, dan Cik K. Enda beransur awal atas panggilan tugas.
3 yg tinggal makan nasi bersulam cerita. Cerita kisah dulu-dulu. Dulu-dulunya kami di UTM. Antara kami ber-3, aku yg paling lama duduk kat sini. Sedekad lebih setahun.
Bercerita tentang pemandu bas yg ganas, basikal anak Datuk, jalan raya yg aman damai, dan byk lagi. Mmg sakit perut geli hati.
"Akak, saya rasa akak kene tulis buku lah pasal pengalaman akak sepanjang di UTM. Buat e-book mcm MJ tu. Letak kat blog akak biar org lain bleh download dan baca" "Hahaha ye lah Lan. Mmg best idea ko tu" "Eh betullah kak, sebelum semua kenangan tu hilang"
Erk, ada benar juga kata-kata dia tu. Aku kene buat sesuatu sebelum semua kenangan itu hilang... atau mungkin aku yg hilang?
Semua staf dan bekas pelajar (ALUMNI) UTM dijemput hadir ke Mesyuarat Penubuhan Koperasi ALUMNI UTM pada;
Tarikh: 15hb Januari 2005 Hari: Sabtu Masa: 11 pagi Tempat: Rumah ALUMNI UTM Skudai
Kepada yg berminat utk hadir, sila hantar nama, no. telefon dan no. KP kepada 012-7131951 (Khairil).
* Jamuan makan tengahari disediakan. * Sumbangan RM 10,000 akan diagih-agihkan kepada 200 org yg paling awal mendaftar pada hari tersebut.
NOTA Jawapan sepi itu?
"Sepi itu indah bagi mereka yang memerlukan ketenangan. Rindu itu pedih sebab tidak dapat bersama orang yang dikasihi"[31-12-2004 17:45]
Hikmah di sebalik musibah.
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. [156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. [Al-Baqarah:155-157]
Takziah buat mangsa. ... sesungguhnya akan tiba harinya... tiada yg akan terlepas.
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, [3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: [5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). [6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. [7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [Al-Zalzalah:1-8]
Rujukan: http://quran.al-islam.com http://www.harunyahya.com
Sepi itu indah, Rindu itu sakit
Aku nak indah, aku x mahu sakit... tapi aku x mahu sepi juga.!
NOTA Berita dr sms: "wak, kita eksiden langgar motor. Kita OK. Bwk pakcik yg eksiden kat spital temenggong kulai" 27-12-2004 22:56
Dia yg dilanggar sebenarnya. Dan dia berhak utk menuntut ganti rugi. Tapi dia x sampai hati...
Dulu aku bangun pagi sarapan dah siap Sekarang aku bangun pagi-pagi sbb kene buat sarapan
Dulu makan x beringat Sekarang nak makan, "erk kene tunggu dia lor"
"Esok pagi ko bangun awal buat sarapan, nanti laki ko nak pergi kerja" "Eiii tanak lah mak!" "Isk ko ni, dah laki ko takan aku plak yg nak masakkan" "Ehe oOo? gitu ka?"
Aku mmg respect dgn mak. Tak kira lewat mana pon dia tidur, sebelum subuh je dia akan bangun buat sarapan pagi utk kami.
Ada pisang, mak goreng pisang; ada ubi, mak goreng ubi; ada nasi, mak goreng nasi. Kalau ada tepung, mak akan uli jadi lempeng; kalo x lempeng keras, mak akan buat lempeng lembik cicah gula.
Kalo ada ibu roti, mak akan buat apam. Tapi kalo xde apa-apa, mak akan masak nasi dan buat sambal kerisik[1].
Itu masa kami kekecil dan kene pergi sekolah. Mak akan pastikan anak-anaknya telah makan dengan kenyangnya sebelum ke sekolah. Alhamdulillah berkat air tangan mak, anak-anaknya jadi org ehe.
Bila dah besar panjang gini, mak masih dgn rutinnya. Yg bezanya cuma mak akan siapkan air dan kami akan tunggu abah balik kerja[2] bawa roti canai, nasi lemak atau kuih-muih.
Erk mampu ke aku jadi macam mak?
NOTA [1] Lada hijau yg banyak dihiris halus-halus. Tumis bawang putih dan ikan bilis. Masukkan lada. Goreng sampai layu. Masukkan hirisan bawang besar. Kacau lagi sampai bawang layu. Perasakan dgn garam dan gula. Boleh juga ditambah dgn telur kalo nak.
[2] Abah keje malam, balik pagi.

Status lama: Cik cheura Status baru: Puan cheura
Tarikh tukar: 12hb Disember 2004 Masa tukar: 10.30 pagi Tempat tukar: Simpang Rengam
NOTA Terima kasih x terhingga buat yg sudi meraikan majlis kami. Maaf x terhingga pula dipinta bagi yg x terjemput.
Sesungguhnya yg baik itu semuanya dtg daripada Allah dan segala kelemahan itu dtgnya daripada diri sendiri.
"Serabut? dah baik dah...! ehe"
Kepala serabut sgt kot sampai demam pulak jadinya. Semlm bengkak tekak dgn sengal sendi. Arini bengkak dah baik tapi kene batuk dgn selsema plak.
Kalo selalunya payah nak pergi jumpa doktor tapi semlm boleh pulak terbuka hati nak ke klinik. Tapi disbbkan layanan kaunter yg menghampakan, aku terus 'blah' balik tanpa ubat di tangan.
(Eleh, tanak makan ubat cakap je lah tanak mkn ubat, jgn nak salahkan kaunter plak!. Isk mana ada, betullah kaunter tu tanak layan aku!.)
Alamak lupa dah pulak apa nak tulis. Tadi mencurah ni dah xde plak. Esok lah sambung.
NOTA 29hb aritu sepatutnya jumpa dgn SMI. Dah belum ada jodoh, baru hari ni dpt jumpa dia. SMI masih mcm dulu. Ramahnya, suaranya dan rupanya.
Berapa tahun ye kita x jumpa? 5 tahun kot?. 5 tahun? dlm masa 5 tahun tu ko dah dpt 2 askar dan x lama lg dpt gelaran Dr. SMI pulak. Perkembangan aku?. Argh! serabut! ehe.
Serabutnya kepala aku. Serabut sangat-sangat. Serabut, serabut dan serabut sangat.
Saya tahu kepala awak pon berserabut juga. Kalo nak minta saya tolong, cakap je lah. Mana yg boleh saya tolong, saya akan tolong. Mana yg x boleh saya tolong mungkin saya boleh carikan org utk tolong.
Kalo awak x cakap macamana saya nak tahu awak ada masalah, dan macamana saya nak tolong awak?.
Emm kalo x boleh tolong sangat pon, mungkin saya boleh tolong dengar je. Dan sekurang-kurangnya tolong dengar tu boleh mengurangkan serabut kepala awak kan?
NOTA Sabda Rasulullah:
"Demi Allah, bukan kemiskinan yg aku khuatirkan sangat akan menimpa kamu semua, akan tetapi aku takut jika dunia dilapangkan kepada kamu seperti ia pernah dilapangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu bersaing seperti mereka. Kemudian harta akan menghancurkan kamu seperti harta telah menghancurkan mereka yg sebelum kamu" ~ Al-Imam Muslim (Berita Harian)
Hari ini langit di luar mendung saja, hari ini hati di dalam mendung juga, ada hujan yg akan mencurah ke?
Hujan yg mana lebih lebat? hujan yg turun dari mata langit? atau hujan yg turun dari mata sendiri?
Semoga kedua-duanya adalah hujan rahmat yg membawa berkat... Amin.
Dah 4 hari Nina kat sini. Teringin sgt dia nak duduk kat rumah aku. Dari cuti sekolah aritu sampai ke cuti sekolah kali ni dia menuntut. Tercapai jugak hajat dia, tertunai jugak janji aku.
Nina teringin lagi. Dia teringin nak ke Jusco. Dan aku berjanji lagi utk bawa dia ke sana. Tapi bila ya?. Mungkin 2hb 12 nanti kot?. Tapi kenapa 2hb 12?.
Ya kawan-kawan, mari kita ke Jusco Permas Jaya sempena JCard Members' Day 2hb 12 nanti.
Berapalah duit raya yg Jusco dpt drpd aku nanti ek?
Manusia akan mengalami 3 jenis peringkat pertumbuhan gigi. 1. Gigi susu 2. Gigi kekal 3. Gigi palsu (pilihan)
Tengahari kelmarin hantar mak ke Rengam utk buat gigi peringkat ke-3.
Klinik tu cuma buka pintu sebelah. Ruang menunggu jd tempat pakcik potong rumput melepaskan lelah. Doktor giginya cuma berbaju T belang. Duduk di atas kerusi yg berpasangan dgn meja tulis zaman Jepun. Keadaan agak berserak.
"Mak, apsal klinik ni mcm ni?" "Doktor tu dah kene gantung lesen. Dulu ada pesakit dia mati lepas cabut gigi" "La? abis tu apsal mak pergi jugak?" "Dia buat gigi cantik, pastu murah. Lagipun dia dah x cabut gigi lagi. Dia cuma buat gigi palsu je".
Malam tu ke rumah terbuka pakcik. Adik beradik mak ramai yg dtg. Embah pon ada. Sambung lagi cerita pasal gigi. Rupanya ramai antara mereka dan org kampung juga yg guna khidmat doktor gigi tu.
Tiba-tiba embah bersuara, "gigi palsu ada 2 jenis, yg reput dgn yg x reput?".
Hah? semua org x paham. Embah pon tunjukkan gigi palsunya yg dah tercabut 1... ehe. "OKlah tu embah, jadi org x tahu embah pakai gigi palsu!".
NOTA Dapat kad raya monokrom lagi.
Anak Pak Dollah makan lepat, makan lepat sambil melompat, Nak hantar kad raya memang x sempat, Pakai sms pon OK what? - Terima kasih Aisha
|