satu catatan perjalanan

Imbauan Helipad

"Jgn lupa mohon sticker tu ye? Penat lah nak kene berenti kat guard jawap soalan." 
 
Ehe dah 3-4 kali sebenarnya kene pesan tapi liat betul aku nak berjalan amik borang[1] kat pintu gerbang. Tapi hari ni aku gagahkan juga. Kang kaki jadi batu sapa nak jawap? 
 
Menyusuri jejak-jejak lama dari PSZ, MSI seterusnya turun bukit helipad utk ke pintu gerbang seakan-akan memutarkan balik filem kisah silam kami[2] berlari-lari di atas bukit itu. Bukan setakat berlari memanjat, siap dukung-dukung lagi![3]. Masa tu aku masih 'fit'. Berlari pusing UTM 7x? no hal punye lah!. 
 
Itu dulu, suatu ketika dulu. Tadi? tadi lutut aku yg lari tika menyusur tangga naik ke bukit utk ke SUB. Sendi aku dah longgar semua rupanya. 
 
NOTAKAKI 
[1] Balik dari menapak... "Ehe akak jgn marah eh? tadi masa kemas-kemas kan kita jumpa borang mohon sticker tu. Ada byk pulak tu. Lan amik dulu, dia pon x ingat kot". Erk?!. 
 
[2] Kami? ya kami. Tapi bukan aku dan dia. Tapi aku, dia dan rakan-rakan aku dan dia beserta felo kami Dr KBT. Masa tu kami join CBC. CBC? lain hari aku cerita apa itu CBC. 
 
[3] Aku tidak dukung dia, dia tidak dukung aku. Aku dan dia hanya dibenarkan mendukung sesama jenis sahaja. Tau kan? 
 
NOTA TAMBAHAN 
Masuk KOOP utk buat 'kopi' beberapa dokumen. Keluar KOOP bersama 'kopi' dokumen dan buku Koleksi Terindah Peribahasa Melayu karya Ainon Mohd & Abdullah Hassan.  
 
Aku beli supaya aku x lupa. Atau dgn kata benarnya supaya aku x lupa bahawa bangsa aku kaya dgn peribahasa indah. Peribahasa indah yg aku tahu hanya 10% tapi tu pon dah lupa ehe.  
 
OK, aku kongsi satu dulu ya, "Bagai jentayu menanti hujan" maksudnya sangat rindu. (Enda, apa sengeh-sengeh?)

edan kesmaran terhenti lewat Jan 6, 2005 at 1:13


[ add a comment ]

tak susah carik sy.. nnti kiter mkn samer2 ek.. before habis sem.. nnti kempunan plak sy nih huhuhu

133827 | nukilan anon:itikputih lewat January 7, 2005 at 18:57

Tapi selendangbiru, dugaan tersebut adalah manis utk dikenang sekarang kan?.

Linda ehe eheh heheh.

Aduh adik, maaf. Berbanyak maaf akak pinta. Sudah tertulis kita x dpt bertemu pd hari tersebut. Nanti insya-Allah akak akan emelkan gambar-gambar akak kpd adik ya?. Adik, adik harus tabah dan kuat semangat. Akak doakan yg baik-baik saja utk adik.

Tok, betullah tu bukunya. Cuma saya bunga pink tepi kotak maroon. Mungkin sbb Tok punye cetakan 2002 manakala saya punye cetakan 2003. Terima kasih Tok kerana sudi simpankan GT3.

133820 | nukilan anon:cheura lewat January 7, 2005 at 17:37

Kalau buku tu ada maroon colored flowers, Tok pun ada buku itu.

Rujuk :
http://www.danchan.com/weblog/harimauj/39324

Tapi Tok lebih minat dgn peribahasa: Bersilat kepada si buta.

Tok simpankan GT3 utk Cheura bila siap. GT4 jemput turut serta.

133764 | nukilan anon:Tok Rimau lewat January 7, 2005 at 9:06

rindu!

baru hari ni first time f*** bukak blog akak. akak, rindu kat akak! sedar2 dah nangis. ni kat ofis lagi. waktu pejabat rasa tak sesuai nak bukak internet sebab tekun buat keja (hehe). pi jalan2 sat kat isetan tadi. takdak apa pun nak buat malam ni. tu yg malas balik lagi tu. weekend ni nak balik rumah. harap leh chat ngan akak nanti! sangat2 rindu nak peluk akak.

133721 | nukilan anon:adikmu yang kempunan berjumpa dgnmu di hari kawinmu lewat January 6, 2005 at 18:16

rindu tu sakit cheura oii...ehe..

133714 | nukilan anon:linda lewat January 6, 2005 at 16:44

Jentayu... nama program motivasi masa sy jadi pengarah dulu...

"Lebarkanlah sayapmu seperti mana Jentayu melebarkan sayapnya..."

Tp..cukup byk dugaan menjalankan prog ni...

133711 | nukilan anon:selendangbiru lewat January 6, 2005 at 16:34