satu catatan perjalanan

Tinta cheura

catatan hikayat epilog usang retorik ayunda

edan kesmaran terhenti lewat Sep 24, 2004 at 19:59

Friday, October 29, 2004

Taraweeh di MSI

Setelah sedekad berlalu - sejak kali terakhir aku bertaraweeh di sini - baru semlm berkesempatan utk bertaraweeh lagi di MSI. Kesempatan pertama setelah hampir 1/2 bulan berpuasa.

Kalau sedekad lalu aku berjalan kaki berduyunČ bersama rakanČ dari Kampung Meranti[1] menuju ke MSI, tetapi x utk semlm. Aku hanya berkereta dgn kakak berdua ke sana setelah usai berbuka puasa di Rumah Alumni.

Nampaknya, tradisi menghabiskan seluruh isi Al-Quran dlm solat taraweeh masih diteruskan. Biasanya, para tahfiz akan mengimamkan solat taraweeh tersebut.

Tapi ada satu perkara yg aku x begitu perasan keadaannya pada sedekad yg lalu. Kebisingan anak-anak para jemaah. Kebisingan mengganggu ketenangan. Kesian Tok Imam kerana terpaksa berhenti dan mengulang ayatnya beberapa kali kerana berusaha utk mengingati bacaannya.

Mendidik anak seusia rebung utk mengenal masjid mmg digalakkan tapi ada peraturan dan syaratnya. Kalau tidak, ada lah nanti yg main "cak ba! cak ba!" di balik tabir, ada yg main "pukul berapa Datuk Harimau", ada yg main "Police Sentry One Two Jaga", ada yg main "jadi-jadi", dan ada juga yg nangis sbb xde kawan nak main.

Kesian para jemaah. Konsentrasi hilang. Rasa marah ada, rasa geram ada, rasa nak main sama pon ada! Ehe.

Kesimpulannya
Aku ulang balik pesanan Tok Imam sebelum memulakan solat.
"Para jemaah yg dihormati. Diharap para jemaah dpt mengawal anak-anak daripada bermain dan membuat bising ketika solat dilaksanakan. Jika tidak, adalah lebih baik utk tidak membawa anak-anak ke masjid di lain masa"

Atau dengan kata lainnya (kata aku ehe), jgn bawak anak "kecil" anda ke masjid kerana adalah mustahil utk anda mengawalnya dan bersolat pada masa yg sama".

Notakaki
[1] Kampung Meranti adalah nama lama bagi Kolej Rahman Putra. Sebelum itu ia pernah juga dikenali sebagai Kolej 1. Aku suka nama Kampung Meranti, aku x suka nama Kolej 1 dan Kolej Rahman Putra. Sebab? ... aku hanya lah seorg anak kampung.

126267 | nukilan cheura detik 11:31 | 3 comments

Wednesday, October 27, 2004

Kita mampu merancang

... hanya tuhan menentukan.

Itu sebahagian dari lirik lagu Biarkan berlalu nyanyian Wings.

Aku suka melodinya walaupun liriknya aku x berapa faham sangat. Suka dengar dan suka nyanyi juga.

Korus lagu tu mmg amat meggambarkan keadaan aku sekarang ini.

Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menentukan
Tak perlu dikisahkan...


Suatu ketika aku dulu aku pernah merancang perjalanan hidup utk mencapai cita-cita menjadi seorang arkitek.

Aku amik lukisan utk SRP. Aku amik lukisan utk SPM. Walaupun cikgu terpaksa ajar aku sorang-sorang (kalau cikgu malas mengajar, dia akan ajak aku gunting rambut budak nakal). Walaupun ramai pandang serong sbb aku x amik subjek Agama Islam, aku x amik pusing. Cita-cita aku ikut suka aku lah.

Aku x dpt masuk jurusan arkitek. Aku terjerumus ke lembah silikon (sains komputer), pilihan terakhir aku dlm borang UPU. Sesungguhnya... kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan... oOOOo

Masa berlalu...

Aku merancang lagi. Tapi kelihatannya rancangan aku bakal kecundang lagi. Sesungguhnya... kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan... oOOOo

Ya Allah, berikan lah aku petunjuk... Amin!.

126026 | nukilan cheura detik 17:10 | 7 comments

Tuesday, October 26, 2004

Ajaran songsang

Andaikan kita ada matrik A & B yg bersaiz n x n.

B adalah songsangan bagi A, atau ditulis juga sebagai A**1 (tulisnya A kuasa negatif 1 tapi sebutnya songsangan A) jika,

AB = BA = I

Atau secara cantiknya kita boleh tulis begini,

AA**1 = A**1A = I

Ok, ideanya macam senang kan? cuba rujuk di sini utk kaedah mengiranya. Dan cuba tukarkan kaedah kiraan tersebut ke dlm bentuk bahasa pengaturcaran FORTRAN pula. Macam songsang kepala dibuatnya kan? Ya betul! kepala aku tengah songsang sekarang.

NOTA
I ialah matrik identiti. Matrik di mana nilai bagi koordinat (1,1),(2,2),...,(n,n) adalah 1, selain drpdnya adalah 0. Contoh,

1 0 0 0 0
0 1 0 0 0
0 0 1 0 0
0 0 0 1 0
0 0 0 0 1

125877 | nukilan cheura detik 17:20 | 3 comments

Monday, October 25, 2004

Terjebak & terpijak

Aku dah terjebak
dan sekarang aku dah terpijak.

Tapak aku dah goyah.

Nampaknya aku kene fikir dgn mendalam
sebelum aku tersembam di lubuk yg dalam.

NOTA
Aku kah yg mencari masalah? atau hidup aku sememangnya penuh dengan masalah?.

... atau mungkin aku terlalu taksub dgn prinsip "duduk x berkisar, berdiri x berpaling?".

125757 | nukilan cheura detik 16:48 | 0 comments

Saturday, October 23, 2004

Verbal vs non-verbal

Tanpa disedari, 70% daripada cara komunikasi manusia adalah secara non-verbal. Manakala selebihnya (30%) adalah secara verbal.[1]

Setiap komunikasi verbal boleh dinilai kebenarannya melalui gerak non-verbal yg dilakukan seiring dgn komunikasi verbal tersebut. Mulut boleh menipu tetapi tidak denyut nadi, tangan, badan, mata, dan lain-lainnya.

... erk aku akan "blur" bila mulut aku berkata-kata tapi pada masa yg sama org kata muka aku merah sepoi-sepoi bahasa. Sbbnya, akan ada tafsiran lain akan dibuat di situ. Dan masalahnya, aku akan semakin "blur" utk menilai tafsiran tersebut samada salah atau betul?

NOTA
[1] Betul ke peratusan ni? *cari rujukan sat*

125563 | nukilan cheura detik 15:40 | 2 comments

Wednesday, October 20, 2004

Moreh yang hilang

Isk isk isk,
anak sapa lah punye kerja.

Orang pergi surau,
dia pergi surau.

Orang buat taraweeh,
dia kebas kueh.

Kalau kebas sebiji x mengapa,
tapi kalau tinggalkan sebiji tu cemana?.

125193 | nukilan cheura detik 14:20 | 3 comments

Monday, October 18, 2004

Tak sampai hati

Kerana tak sampai hati
aku dah dapat 4 jenis biskut utk raya nanti.

Dan kerana tak sampai hati juga
pakcik teksi charge aku x seperti selalu.

Murahlah rezeki kalian (dan aku juga ehe). Amin.

124908 | nukilan cheura detik 17:05 | 0 comments

Thursday, October 14, 2004

Harapan Ramadhan - Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
...

NOTA
Erk! takutnya (ulang 8x) Ramadhan tahun depan x bleh masuk "The Bachelorette"!

124423 | nukilan cheura detik 15:59 | 2 comments

Bocor...

Bocor di sana, bocor di sini.

Bocor kat bilik dah semakin parah.
Siling kat bilik akak pulak dah rebah.

Bilik Enda pon bocor jugak. "Kita rasa mcm tidur dlm ujan je bila dengar bunyi air tu menitis" ceritanya tentang besen hijau besar yg hampir separuh penuh dgn air.

Dengarnya bumbung jiran sebelah pon bocor jugak. Rumah sapa lagi bocor? Sila angkat tangan ehe.

NOTA
Rasanya urat rahang aku pon bocor juga. Darah masih x berhenti keluar. Ada jugak yg jadi raja bersiong ni kang!. Musim hujan asid ke sekarang ni?

124418 | nukilan cheura detik 15:37 | 2 comments

Wednesday, October 13, 2004

2-3 hari ini

Badan x sihat. Pagi nak bangun pon x larat. Kepala ada pusing mcm gasing, mata ada kabur mcm kene tabur kapur.

Gusi yg bengkak semakin berdarah. Badan yg keding dah mcm lidi.

Icah pon boleh perasan.
"Kenapa pucat je muka kak Aya? sakit ke?"
"Entahlah, tapi mmg mcm x sehat"

Icah siap pesan kat Enda.
"Cakap kat kak Aya, kalau x cukup darah Icah ada, darah Icah banyak!"

"Entahlah, dah nak mati kot Enda"
"Esok kita jumpa doktor eh?"
"Tanak lah, nanti doktor tahan"
"Lebih baik doktor tahan daripada mati"

Erk! aku belum nak mati. Timbang kanan aku masih x banyak isi...

124268 | nukilan cheura detik 17:06 | 4 comments

Tuesday, October 12, 2004

Surat rasmi

cheura
1 sudut di alam maya
Malaysia

BUAT SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

PER: Mohon pinjam tangan

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah saya seperti nama di atas memohon untuk meminjam tangan daripada sesiapa sahaja yang mempunyai lebihan tangan dan tidak memerlukannya buat masa ini.

3. Pinjaman tersebut dibuat bertujuan untuk membantu saya dalam menyiapkan kerja-kerja yang kelihatannya seperti tidak berkesudahan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Jasa baik dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
cheura

p/s: Saya juga berbesarhati sekiranya pihak tuan/puan sudi untuk meminjamkan kepala dan mata, selain dari tangan seperti yang dinyatakan.

------
Dapat rantai berloket gajah drpd Gapil. Terima kasih banyak-banyak. Semoga jadi cekgu yg baik!.

124045 | nukilan cheura detik 15:45 | 2 comments

Saturday, October 9, 2004

Bukan harta, bukan rupa...

Semalam jalan-jalan, hari ini pon jalan-jalan lagi.

Opocot! ... kesandung batu! Berhenti dan terjumpa puisi Jawa ini di sini...

Gegarane Wong Akrami
dudu banda dudu rupa
amung ati pawitane
luput pisan kena pisan
yen gampang luwih gampang
yen angel-angel kelangkung
tan kena tinambok arta.

The Secret of Marriage
is not fortune nor fame
it is the heart who leads the way
the way of marriage is measured to the extreme
it is either very smooth or very rough
and both can not be bought with any fortune.


-R.Ng.Yasadipura-
R Ng Yosodipuro I
Pujangga Keraton Surakarta (Solo)

NOTA
Aku buntu sebenarnya... kenapa matrik inverse tu byk sgt kaedahnya? Mana satu nak guna?. Aduh, kebuntuanku semakin berganda...

123646 | nukilan cheura detik 14:43 | 1 comments

Thursday, October 7, 2004

skirt recycle

Dungaree boot cut Tok Rimau mengingatkan aku dengan bell bottom mak.

... teringat-ingat 23 tahun yg lalu

Masa ni anak mak dah ada 4 org. Utk menampung keperluan pakaian kami, dgn kreatifnya mak merecycle pakaian-pakaian lamanya.

Ada yg jadi blaus dan ada yg jadi seluar katok. Aku paling suka pakai seluar katok tanpa baju sbb senang nak sorokkan gula-gula dlm seluar. Ya, bukan dlm poket seluar tapi dlm seluar[1].

Mak ada bell bottom kaler maroon juga[2]. Utk bell bottom, mak recycle jadi 2 helai skirt. Potong paras lutut pastu letak getah. 1 utk Aya, 1 utk Uji katanya.

Aku suka sgt pakai skirt tu sampai ke majlis penyampaian sijil sekolah tadika pon aku pakai. Balik tu...

"Kenapa x cakap kat mak arini ada majlis penyampaian sijil? mesti mak pakaikan baju baru"

Aku sengeh je sbb masa majlis tadi xde pon org tanya "Eh, skirt ko tu dr seluar mak kau ke?".

NOTA
[1]
Satu hari aku sudah kantol sama emak.

"Mai sini, ko berak dlm seluar eh?"
"Tak lah!"
"La? ko curik gula-gula?"
"Anis yg suruh"

Masa tu kitorang ada kedai runcit. Mak selalu perasan gula-gula dlm balang tu cepat sangat kurang tapi x pernah tau sapa punye kerja. Anis adalah kawan yg selalu membuli aku. Dia selalu suruh aku curik jualan mak. Anis, ko dah jadi apa sekarang ek?

[2]
Tapi x tahu bila mak pakai sbb dlm koleksi mak cuma ada gambar-gambar dia berbaju kurung je.

123438 | nukilan cheura detik 16:59 | 3 comments

Wednesday, October 6, 2004

Kitang atau aku yg malang?

... teringat-ingat 10 tahun yg lalu

Aku tidak berapa kenal dia ini. Aku langsung tidak kenal dia itu. Dia itu mengajak dia ini pergi memancing. Disebabkan dia ini berlainan jantina dgn dia itu, maka aku telah dijadikan peneman. Aku yg mujurnya kelapangan terus bersetuju.

Pagi itu kami pergi memancing di tengah-tengah selat Tebrau. Sebuah kelong tempat menternak kupang menjadi rumah sanggah kami.

Air yang tenang dan matahari yang terik. Hati kami jadi senang.

Setelah sepagian tercongok di dlm perahu kecil itu, hati kami mula berkocak melihat hasil pancingan yg tidak seberapa. Maka, pulanglah kami ke rumah sanggah bersama-sama 3 ekor anak gelama.

Di dapur kelong yg berbumbung kelihatan seorang makcik sedang asyik mencungkil isi kupang rebus.

"Wa banyaknya kupang rebus"
"A'ah, ini utk jual ke pasar malam nanti"
"OoOo ingatkan org jual kupang mentah aja"
"Org suka beli yg dah rebus sbb senang nak masak"

Tiba-tiba makcik menarik seutas tali tangsi yg terikat di ibu jari kakinya. Kitang yg malang terkibas-kibas cuba melepaskan diri. Setelah mata kail dicabut dari mulut, ikan tadi dicampakkan ke dalam besen yg berisi berekor-ekor lagi kitang.

Aduh! aku menepuk dahi. Kami yg berpanas di terik mentari, besen makcik yang penuh berisi.

NOTA
Aku nampak ada kupang goreng di atas peti ais. Aku ambil dan aku makan. Tapi aku lupa, aku lupa nak minta izin... aku yg malang!

123255 | nukilan cheura detik 14:39 | 4 comments

Tuesday, October 5, 2004

Otak yg mengecut

Gegarane wong akrami,
Dudu bondo dudu rupo,
Among Ati,
Pawintane.

Aduh, 2 hari ulang baca baru dapat recall makna jujukan frasa-frasa tu.

Bank memori aku sudah penuh ke? Atau terlalu banyak bad sector kat dalamnya?. Kalau PC boleh guna command scandisk, kalau otak manusia? nak guna command apa?

Nampak sangat otak dah mula mengecut. Jumpa pulak keratan artikel ni:

Nyanyuk jejas personaliti
-----8<-----
Semakin tua usia seseorang, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit nyanyuk. Kajian neurosains di Eropah menganggarkan 9.3% individu berusia 70 tahun ke atas menghidap Alzheimer. Sementara itu, prevalens penyakit Alzheimer di kalangan negara membangun dianggarkan 10 peratus...

Simptom ringan:
# Terlupa
# Penat
# Kesukaran mengingati semula perkataan yang sering digunakan
# Sukar membezakan masa, tempat dan orang lain

Simptom sederhana:
# Kehilangan daya logik dan memori
# Tidak mampu melakukan kegiatan harian seperti memasak, memandu dan menyiapkan diri sendiri
# Kurang sabar, sering letih dan bercakap bukan-bukan
# Tertekan

Simptom teruk:
# Kegagalan mengawal kencing dan najis serta terlantar
# Tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak
# Kematian selalunya berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus.
-----8<-----
PM Dr. Latiffah Abdul Latiff
Timbalan Pengarah Institut Gerontologi UPM

Aduh sekali lagi, nampaknya aku dah dapat simptom pertama. Perlu cari jalan penyelesaian segera. Mungkin perlu makan EXAMO? duit lagi... Tanak keluar duit? Cara paling mudah tanpa perlu keluar kos juta-juta utk mengubat otak yg "lembabnya!" ialah rajin-rajin kan diri utk "mengaji"!.

NOTA
Aku tanak jadi Jawa murtad!. Aku kene cakap dan cakap lagi supaya aku x lupa. Tapi aku nak cakap dengan sapa?

123119 | nukilan cheura detik 17:25 | 4 comments

Monday, October 4, 2004

Cerita hujung minggu - BAHAGIAN II

Terubat juga segala kangen ku.

Sakannya rasa hati mcm 2 tahun x balik kg. Abis asam pedas mak 1 periuk kene pulun. Kalah org x makan setahun!.

Kekenyangan.

"Mak, aritu kan abah tepon aku ehe"
"Abah cakap apa?"
"Saje tepon, dia kata tengah test tepon buruk yg Adip kasi tu"
"Dia dah tepon ko, dah tepon Ilam. Yg lain x tahulah dia ada tepon ke x"
"Bila abah tepon Ilam?"
"Aritu masa nak cakap pasal surat kerja tu"
"ooOoo"

Dialog bersambung setelah senyap seketika.

"Dulu abah pernah tulis surat cakap rindu ko dgn Uji"
"Tulis surat? surat apa?"
"Surat... masa dia kene pegi kursus 1/2 bulan"
"Kursus kat mana? x tahu pun"
"Kat Pulau Bukum, masa tu ko x sekolah lagi"
"oOooo patutlah x ingat"
"Abah tulis apa mak?"
"Dia tulis rindu Aya dgn Uji. 3 kali hantar 3 kali cakap rindu kat Aya dgn Uji"
"Abah x tulis situ rindu kat mak?"

Mak x tahu nak jawap apa. Mak cuma mampu tersenyum meleret-leret aje. Isk bertuah betul anak dia sorang ni ahaks.

Abah rindu kat Aya dgn Uji sbb masa tu anak abah baru 2 org tu je. Aya dgn Uji rindu kat abah juga cuma belum pandai nak balas surat abah. Setiap petang Aya dgn Uji akan tercongok kat tepi pintu sambil terjengok-jengok tunggu abah balik.

Kenapa Aya dgn Uji tunggu abah balik? Sbb, bila balik kerja - tanpa sempat mandi dan salin baju - abah akan suap Aya dgn Uji makan. Sekali suap lari, abah panggil balik, sekali suap lari lagi, abah panggil balik. Tapi abah tetap sabar menyuap.

Abah sayang mak, abah sayang anak-anak, abah sayang kucing, abah sayang ayam, abah sayang tupai, abah sayang kura-kura, abah sayang semua yg ada di sekeliling dia. Tapi abah x pernah cakap 'sayang', abah cuma tunjuk je 'sayang' tu.

Aduh sayulah pulak rasa...

NOTA
Bajing dah besar, misai dah panjang, kaler oren bawah perut dia pon dah semakin jelas. Cuma ekor je mcm ekor singa sbb cuma bulu ujung je yg ada.
Abis bajing kene picit. Terjerit-jerit dia.

123014 | nukilan cheura detik 18:20 | 2 comments

Cerita hujung minggu - BAHAGIAN I

3 hari pertama bertahan,
2 hari berikutnya tumbang,
2 hari lepas tu dah boleh melompat-lompat!

Alhamdulillah, dah sehat walafiat. Semoga sakit ini menjadi kifarah atas dosa-dosa aku yg lalu. Amin.

p/s:
Enda - bubur kacang tu sedap, cuma tekak kita je yg xde rase. Terima kasih .
Akak - jgn marah eh kita x nak jumpa dr, bukan apa cuma... cuma apa cheura? cari alasan ler tu?

123013 | nukilan cheura detik 18:12 | 0 comments