|
Chlorofil's weblog
Edit this message to change the title of your weblog.
last modified Sep 15, 2005 at 17:34
Minggu ni asyik tengok fotopages jer. Ramai tak yang masuk tengok. Mula2 tu agak ramai tapi makin hari dah makin susut. Sebab takda cerita baru kot.
Hari Sabtu semalam gie Tasik Permaisuri. Jogging bawak Arif. Lupa bawak kamera rugi betul. Ingat harini nak gie tapi tak jadi...Malas sebab semalam Arif kerap bangun so penat nak bangun awal.
Tak lama lagi nak posa so tengah rancang nak bercuti balik kat kampung isteri dan kat kampung aku. So sebab budget tak cukup nak save untuk raya, so bulan posa ni tak bolehlah nak balik kat kampung aku...aiseymen..camne nak bagitau kat mama dan ayah tah nanti.
Walaucamnepun besok kenalah isi borang cuti cepat2. Nanti bila semua dah isi kita baru nak isi mesti tak dapat cuti punya!
Meeting kat Cyberjaya 17 Sept 2005. Hari Sabtu baru2ni. Jumpa ngan warga installer streamyx kl dan selangor. Ramai yang datang walau pada awalnya kerusi semua cukup then terpaksa call bhg HR minta kerusi tambahan.
Speaker pun tak provided. Nasib baik Wan bawak set karaoke lama tah berapa kurun tah. Janji semua dengar. Takyah bayar kat vendor utk sewa PA system.
walaupun meeting tak lama, tapi it was very successful sebab from the top management pun datang until lah pion2 ni. So dapatlah problem tu dihighlight terus tanpa birokrasi.
Balik dah pukul 2ptg patutnya dijangka sampai pukul 12tghari. Sampai rumah agak penat namun semangat masih ada. So cadanglah besok lepas gi rumah kakak ipar buat makan2 skit singgah kat rumah pakcik sedara yang agak lama aku tak ziarah. Bukan sebab apa tapi baby tak beberapa kuat untuk gi jalan sangat. Insya Allah lepas ni dier org pulak ziarah rumah aku Minggu depan nak gi kat mana ahhhhh????
Hari ni balik lambat dalam kol 10.30pm baru sampai rumah. Banyak kes yang nak settlekan sebelum perjumpaan Sabtu ni.
Pagi ada training. Lepas tu makan free. Alhamdulillah....kena banyak bersyukur nikmat tuhan berikan. Lagi banyak bersyukur lagi tuhan tambahkan..So sarapan takyah nak keluar duit. Tapi lepas training gi jugak singgah kedai makan..Punyalah jauh berjalan tapi sampai kedai cuma kirim air suam jer..hehehe berbulu jer mamat yang ambil pesanan tu. Nasib baik member lain pesan air (bukan air suam).
Dalam tengah minum tu aku pun suarakan pendapat yang email hari2 diterima. Malas aku nak buat kerja sebab hari2 dok filter and delete email...lepas delete penat so take 5. Lepas break tengok email penuh balik..aduh2..camne ni.
Ingat nak tarik nama aku keluar dari mailing list...tapi nanti aku jugak yang tak up to date dengan orang2 lain..last2 try configure outlook..asing2kan folder yang dihantar kepada aku instead kesemua group aku.
Aku terkejut tengok fotopages kawan ku Saipul Nang. Alhamdulillah berjaya juga mencapai pencapaian sehingga ketahap ni. Walaucamnepun aku berbangga dengan pencapaian kawan rapat masa MMU dulu. Harap-harap biarlah dia dah berhenti smoking.
Semalam hari Ahad alhamdulillah dapat gi rumah sedara. Kalau tak weekend mesti penat and dok kat rumah jer. Harap2 minggu depan dapat gie belah keluarga ayah pulak. Dahlama tak gie jumpa die org. Memang aku lebih rapat dengan belah mak aku sejak masa kecik lagi. So sampai besar pun dan ada anak pun masih sama cam gitu.
Semalam kaki tak rasa sakit lepas larian. Tapi harini makin terasa pulak. Harap2 makin sembuh dalam sehari dua lagi.
Kerja ok. Payment dapat status from finance so senang nak spread the news to the installer. Sian oooo kalau tunggu gaji tak masuk2.
Pagitu aku dapat email pasal suara kubur. Ngeri aku dengar. Although lepas dilakukan kaji siasat sumbernya adalah tidak benar tapi ia banyak memberi pengajaran untuk sentiasa mengingati mati untuk menghadapi siksa kubur nanti.
Tengahari gi Brickfields. Then by 2.15pm reached back to the office. Pastu lepak ofis sampai kol 10pm baru balik. Tu pun tak banyak kerja yang dibereskan. Tapi at least makin kuranglah pending job aku untuk hari esok heheheeh.
BERUSAHA!!!! 2x Semoga hari esok lebih baik dari harini. Amin.
Semalam 6/9/2005 masuk larian Rat Race. Penat giler sebab tak training especially lepas HAZE haritu dah tak jogging. PAtutnya lari pada 2nd August 2005 then postponed sebab HAZE.
Mula-mula group CEOs yang lari dulu. Lepas tu kena tunggu dier orang sampai semua baru boleh lari. Start2 dah letih sebab lama menunggu. Panas gak petang tu.
Masa start dok kat tengah-tengah. Bila turun bukit tengok ramainya orang kat depan. Rasa memang tak terkejar. Mana taknya 3 tahun tak masuk any half marathon cam dulu walaupun race kali ni cuma 4.5km lebih kurang quarter marathon. So bila rasa dah tak mampu jalan jerlah. Tiba-tiba masa jalan ada staff yang overtake. Nampak lebih senior so daripada menanggung malu sambung lari balik sampai overtake dia balik. hehhehehe
Bila sampai dapat no ke 177. Uiii banyaknya Alhamdulillah aku selamat sampai. Itu patut aku syukur sangat.
Dapat joining the race boleh consider as lucky sebab dapat jumpa dengan our CEOs and other subsidaries. Rasa cam tah apa-apa tah yang aku sembang dengan dieorg masa larian semalam. Terfikir sejenak. Muhasabah diri sebab semalam banyak cakap and tak control. Apa lah agaknya difikirkan oleh top management bila dengar akunya opinion hmmmmmmm.
Wireless streamyx pun nak implement cam ADSL gak. Meeting mula-mula yang patut aku datang tak dijemput. Hampeh. Lepas tu meeting ke 2 baru invite. Barula tau penting rupanya aku nih heheheheh.
So department akan ada product baru. Maknanya tambahlah kerja. Walaucamnepun as long the thing profits the company, we are willing to do the job. Barula boleh dapat bonus!
Balik meeting terus balik rumah. Heheheh sampai awal. Rumah sebelah tengah buat renovation. Pasang porch. Aku ingat nak buat sendiri jer heheheh. Tengoklah nanti. Project kolam kat rumah pun tak selesai lagi. Filter tak pasang so air hijau la. Nasib baik aku letak ikan sungai. So boleh survive.
.....
3/9/2005 perlawanan bowling for Technical Department diadakan kat Flamingo. Kumpulan aku dianggotai oleh Aku, Saipul, Izzat dan Syan. Nama kumpulan "Susah-susah aje" 
Game start lambat. Pada asalnya kol 11.45am tapi kol 12.30pm baru start. Walaucamnepun the game was enjoy walau tak menang heheheh.
Izzat ngan Saipul siap bawa bola lagituh. Ingatkan bolehlah cover untuk aku ngan Syan, rupa-rupanya hampeh. Strike tak banyak cuma spare jer. Tupun banyak gak yang rongak.
Nak dekat habis barulah aku dapat buat strike. Tu pun jenuh dok pikir formula. Kata lepas aku baling mesti tangan aku terkehel ke kiri. Tu pasal lah bola aku ke kiri. Tapi lepas aku ikut cakap dier orang bola aku kekanan pulak...Aiseyyyy..dah lost tune.
So aku pun baling cara terkehel + control skit. Then SUCCESS!! Strike sampai the last throw.Hehehe bukan banyak kali..3 kalijer
Geng aku tak dapat hadiah. Tapi ada yang tak menang dapat hadiah masa lucky draw. Aku pulak balik dengan sapu tangan free jerla 
Semalam 1 Sept 2005 setelah menulis blog tak perasan rupanya blog masih lagi 31 August 2005. Dan blog ni akan masuk pada 1 Sept 2005. Patutnya kena buat blog ni malam skit kot sebab blog smlm di post pada awal pagi lebih kurang 8am Malaysia tapi dalam blog tertulis pukul 17 something.
Kerja cam biasa lepas baca log Temp dan tulis blog aku. Malas sebab kerja jaga payment ni benda yang sama. Kalau aku yang sendiri buat bayaran senang sebab aku boleh settlekan terus. Ni tak terpaksa liase dengan Finance untuk mengetahui status terkini. Sian Installer streamyx......
Camne pun nilah adat bekerja dalam orginisasi yang agak besar sebab banyak department dan procedure. Kalau syarikat ni aku yang punya senang. Semua on spot aku bereskan hehehhehehe.
Ceramah agama semalam waktu zuhur rupanya Ustaz Zulkifli Nordin. Satu ketika masa kes Anuar Ibrahim quite popular.
Banyak gak point yang disampaikan. Antaranya Malaysia tak sebenarnya merdeka. Undang-undang masih lagi undang-undang pihak kufar. Senang2 jer nak keluar Islam, just buat surah sumpah dah boleh declare murtad. Aduhai mudahnya umat Islam terpesong dan tak ada undang2 yang menghalang.
Sekarang Kumpulan Ayah Pin dah bebas daripada tindakan mahkamah syariah sebab bukan penganut Islam.
Semalam merdeka. Kelmarin ambik cuti nak merdeka. Ok gak dapat settle pasal loan, insuran dan barang-barang rumah. Alhamdulillah.
Malam merdeka penuh meriah. Siap taman kat sebelah taman rumah akupun ada buat persembahan. Tapi aku tak dengar sebab tidor mati, wife akujer bagitau bising-bising waktu pukul 12mlm sebab waktu tu Arif nak susu.
Hari merdeka hujan. Sian tengok orang yang datang sambutan merdeka kat Putrajaya. Kali ni sambutan memang aku puji sebab sebelum ni asyik tarian dan bukan lagu-lagu patriotik sangat. Tapi kali ni banyak participant kanak2. Barulah generasi baru akan sedar. Bukan asyik dok dilekakan dengan benda2 yang tak berfaedah.
Aku memang anti sebab sejak setahun dua ni memang asyik banyak betul hiburan yang melanda kat Malaysia. Camne pemuda2 dan pemudi jadi cemerlang? Tak tahulah camne agaknya nanti. Harap2 ahli keluarga, kawan2, dan jiran2 tak macamtu dahlah.
Hari ni bangun cam biasa. Sakit tengkuk sebab baca blog temp dua hari lepas.
Baby (Arif Irfan 7 bulan) bangun 2 x jer semalam. Susah nak bangun sebab tengkuk sakit. Sian wife aku tolong bagi susu. Aku tolong buat sekali wife buat sekali. Then aku sambung tido.
Sampai keje pun awal gak. Ingat boleh baca blog temp yang terbaru. Rupanya takde.
Lepas tu aku pun terus create blog ni. Tema belum confirm lagi. So bolehlah aku cite macam-macam. Tak lari tajuk.
Harini best sebab hujan turun lagi. 6/9/2005 masuk Rate Race. Tak tau jerebu ke tak lagi. Kalau jerebu maknanya postpone lagi. Best gak heheheh. tapi jerebu tak best!
Gi sembahyang kat Polapol. Basah sebab takde payung. Gi awal sebab malas nak tunggu member yang lain. Depa nak pergi UTM.
Then lepas balik sembahyang jumaat singgah kat Marinara. Ada jualan kat ground foor. Beli baju kemeja 2 pasang. Murah 1 RM10 jer. Barang-barang lain tak beberapa menarik walau harga murah.
Rupanya foodcourt pun dah bukak kat situ. Tingkat 3. Tengoklah kalau rajin next week makan tengahari kat situ.
Masuk ofis kol 3pm. Baru nak buat keje betul-betul. Rasa-rasa nak balik kampung wife kat jengka esok tapi tiba-tiba wife ajak balik mlm ni. Mertua nak buat akikah. Abang ipar dapat baby girl. Aduih penatnya Takpelah kalau ngantuk mintak dia drive pulak.
So hopefully aku boleh settle keje aku harini then bolehlah ambik cuti Isnin dan Selasa sebab Rabu Hari Merdeka. Merdeka!!! Alhamdulillah!!!
Bismillah.....
Dua hari lepas aku dok baca weblog TEMP. Tak buat keje langsung. So aku rasa better start from harini, aku pun nak tulis perjalanan kehidupan aku pulak. Mana tau nanti anak cucu aku pun boleh baca dan jadi panduan. Betul tak TEMP? hehehhehe
|