>











[ jam ]


::CNMA : JOURNEY OF LIFE::
15 Sep 2003

::new place::

a'kum...dah buat template baru...jump here :
new blog

-----------/* the end */-----------------------

74023 | posted by cnma at 0:44 | 0 comments

21 Aug 2003

::selamat ulangtahun yang pertama::

sedar tak sedar...dah setahun aku menggunapakai weblog ni...kalau boleh dijilidkan, rasa cam nak jilid jer...buat kenangan..

kalau diikutkan diari biasa yang kita beli tiap2 tahun tu, tempohnya hanya setahun je bleh guna...pastu, kena tukar yg baru...tapi, kalau guna weblog ni...sampai bila2 leh guna...as long as this service still available...terfikir gak nak tukar service baru...tapi, hmm...

thanx kpd sesapa yg selalu, jarang2, ataupun sekali-sekala datang membaca weblog ni...

or...maybe i should change something....:-?
________________________________________________________
feel free to visit this...

72530 | posted by cnma at 20:12 | 0 comments

17 Aug 2003

::cinta allah kekal abadi::

walau bagaimana hebat cinta manusia sekalipun, cinta allah jua yang akan kekal...

cari dan peliharalah cinta kepada allah...kepada diri sendiri...
sebelum mencari cinta sesama manusia...

72010 | posted by cnma at 20:40 | 0 comments

17 Aug 2003

::new novel - cinta pertama::



HARGA: RM19.90
HALAMAN: 520
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM


sinopsis

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan di-biarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
________________________________________________________
Sedikit pesanan dari Norhayati Berahim kepada peminatnya...

Hargai cinta seadanya... Andai suatu masa nanti kita kecewa walaupun sukar untuk melalui waktu-waktu kesedihan tersebut, anggaplah ia sebagai salah satu pengalaman hidup yang amat berguna. Tabahkan hati dan percayalah suatu ketika nanti kita akan menemui cinta abadi; dan saat itu barulah kita yakin cinta sebenarnya untuk dimiliki, untuk dirasai, untuk dinikmati dan untuk dihargai..!

72008 | posted by cnma at 20:17 | 5 comments

10 Aug 2003

::a message to my friends...::


_______________________________________________________
thank you very much for being my friends...

71116 | posted by cnma at 20:15 | 0 comments

7 Aug 2003

::cepatnya masa berlalu..::

sedar tak sedar, dah masuk bulan ogos...begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita...

pertama-tama sekali, aku nak mengucapkan selamat hari lahir kepada adik lelaki aku yang pertama...pada 4 ogos yang lalu...dah masuk umur 13 tahun... aku harap dia akan membesar menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab kpd keluarga...

bulan ogos ni jugak ada konvokesyen ukm...tapi, tak ingat tarikh la pulak...so, dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah buat housemate aku, idah yang akan mengambil sijil pada sidang kedua nanti...

adik aku yang berada di rawang juga akan menerima sijilnya pada pertengahan ogos nanti...tahniah sis! dan semoga dia akan berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat diploma pula...

pc aku dah ok setelah beberapa minggu dia 'sakit'...rasa cam lebih bersemangat nak buat keje...

_________________________________________________________
bila nak sampai bulan 12 nih..:-/

70718 | posted by cnma at 20:30 | 3 comments