home
login::signup
we::blog

secebis kisah

tHe ReAsoN....

last modified Jun 15, 2006 at 17:24


Sunday, July 6, 2008

di manakah senyuman ku...???

minggu ni terasa betapa kurangnya senyuman di muka aku nih... semuanya disebabkan seseorang yang memang suka menghilangkan mood orang... suka menimbulkan rasa sakit di hati.... suka menimbulkan perasaan marah dan segala macam rasa negatif lagi...

terasa pipi aku yang agak berisi ni tidak lagi tegang sebaliknya kendur sebab tiada senyuman terbentuk... memang betul la kata orang... apa yang ada dihati akan tergambar di muka... memang sekarang ni apa yang ada dihati hanyalah perasaan negatif yang terbentuk disebabkan oleh orang itu...

aku amat berharap agar senario negatif ini akan segera berakhir dan berharap agar aku beroleh semangat dan keupayaan untuk membentuk senyuman sekaligus memberikan aku keyakinan untuk menghadapi minggu-minggu yang mendatang...

tensionnnn!!!

161401 | posted by dsk93 at 17:27 | 0 comments

Sunday, June 22, 2008

Ntah apa-apa...

Lama betul aku tak jenguk kat blog aku yg satu ni... bukannya apa... actuallly aku dah terlupa password dan kata laluan.. lawak betul... tapi ntah camne... pagi2 tadi tetiba teringat la pulak... memang menghairankan...????

Bila aku baca balik nukilan serta coretan aku yang dulu-dulu, yang lama-lama... hmmm.... aku terfikir sendiri... memang la aku sendiri yang fikir.... ntah apa-apa yang coretkan tu... agaknya memang time tu aku tengah sakit rindu giler kut.... angau ... jiwang dan semua yang semaksud dengan nyer..

Tapi....!!!!

Sekarang aku adalah aku... aku adalah insan yang baru.... azam yang baru.... (azam sentiasa baru.... capai dengan tidak jer..) tidak akan sekali-kali menangisi seseorang yang tidak menguntungkan tu... dan tidak sekali-kali akan memandang kembali kepada kenangan-kenangan lalu...

Tapi....!!!!

Tak boleh gak ler.... kenangan ni kena gak sekali sekali kita renung.... kenangan ni pemanis kehidupan... xde kenangan.. meaning.. takde la kehidupan.. (ni pendapat aku la...)

So....!!!!

Kenangan la daku dalam doa mu....

161364 | posted by dsk93 at 21:08 | 0 comments

Monday, February 4, 2008

Asmara Ini....

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali ku ucapkan
Tak kan goyah
Kebenaran
Tiada ku duga
Tiada ku pinta
Semuanya berlalu
Sebegitu saja
Dan kini ku disiksa dalam api ini
Sungguh aku telah mengerti

Takkan ku berlari
Salah kan sesuatu
Agar tak dihantui
Oleh dosa dosa ku
Yang semangnya mudah untuk ku lepaskan
Seandainya ku katakan

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali ku ucapkan
Takkan goyah oh kebenaran
Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Walaupun seabad ku pertahankan
Takkan goyah
Ohh.. Kebenaran

Inilah balasan untuk yang bersalah
Pedihnya kurasakan dan hanya berserah
Cukup dengan sekali
Aku mengotori cinta kita
Hancur sudah
Hancur kini

160788 | posted by dsk93 at 23:27 | 1 comments

GILERRR!!!

i love him.... i love him.... i miss him.... miss himmm.... love him and miss him very much....

160779 | posted by dsk93 at 0:55 | 0 comments

Thursday, June 15, 2006

kekesalan...

dah lama aku tak coretkan sesuatu kat weblog nie...

actually telah berlaku sesuatu sepanjang beberapa bulan yang lepas... biarlah semuanya menjadi sejarah... aku tak ingin lagi mengingati semua tu sebagai kenangan... kalau boleh biarlah terus hilang dari ingatan aku nie... kalau ler ada ubat ke apa2 ke yg boleh hilang sedikit dari ingatan aku ni, kan ker senang... macam kat dalam komputer tu... kalau tak nak sesuatu file tu... delete je...

skrg ni biarlah aku kembali ke alam nyata... sibuk dengan kerja, sibuk dgn studi... sibuk kan diri utk siapkan assignment.... sibukkan diri baca buku utk exam.... habih cerita.... tak usah ler dok melayan hal2 yg membuatkan otak aku ni bertambah sesak...

154507 | posted by dsk93 at 17:21 | 0 comments

Saturday, December 3, 2005

kerana rindu II...

Ogos 2005
hubungan aku dgn dia hanya di telefon, aku hubunginya di pejabat... dia meminta no hp ku.. tetapi tidak sedikit terlintas di fikiran aku untuk turut mendapatkan no hp nya... hubungan kami kembali senyap...

sehinggalah saat itu...

Oktober 2005...
Ucapan melalui sms "Selamat Berpuasa" aku terima dari satu no yg tidak aku kenali... kebetulan aku menerima banyak ucapan yg sama dari kawan2 aku, jadi aku membalas juga sms itu dengan ucapan yg sama... sehinggalah keesokan harinya baru lah aku teringat untuk menghubungi no tersebut... sebaik sahaja mendengar suara, aku kenali dia... disebabkan semasa aku call, dia bersama dgn wifenya, jadi dia berpura2 tidak mengenali aku...

pd malam itu, dia menghubungi aku.. mengenalkan dirinya... memang tepat tekaan aku.. dia lah orangnya.... kami berborak agak lama juga... mulai dari saat itu, dia tak henti2 menghantar sms kpd ku... hari-hari ku tidak sunyi dr sms nya...

sehingga lah pada malam itu... dia meminta untuk berjumpa... pd waktu itu, jam telah menunjukkan pukul 11.00 mlm... ntah apa jenis godaan yg digunanya.. aku bersetuju.. dgn memandu kereta, aku menuju tempat yg dijanjikan... j***a... di situ lah tempatnya... buat kali pertama selepas 4 tahun, aku berjumpa kembali dengannya... mata bertentang mata... betapa kacaknya dia... senyumannya... masih lagi seperti dulu... cuma badannya yg sedikit berisi (gemuk) tapi masih kekal kacak.... mungkin sebab dah kahwin...

150756 | posted by dsk93 at 23:33 | 0 comments

kerana rindu...

masih aku ingat saat itu... tahun 2000... aku berkursus di satu tempat di utara tanahair... aku bersama 6 lagi kawan sepejabat... tiada terniat untuk aku menarik perhatian orang lain semasa berkursus.. niat aku hanya satu.. lulus kursus ini dan dapat disahkan dalam jawatan...

tapi... tak ku sangka, dlm kesederhanaan aku dan aku sebagai diri aku yg sebenarnya, tlh menarik perhatian seseorang... seseorg yg layak aku panggil adik krn sememangnya dia muda 2 thn drp aku... kebetulan aku dan dia ditempatkan di dalam satu kumpulan... dan sebagai seorang kakak, aku tidak menganggap dia lebih drp seorg ahli kumpulan...

tapi... dalam masa 2 minggu lebih aku berkursus, aku terperasankan pandangan matanya... dan bukan aku aje, malah kawan2 sepejabat aku pun bersetuju mengenainya... kawan2 mula mengusik aku dan dia... setiap kali dia berjln menghampiri kami atau melalui kami, kawan2 aku akan menyanyikan lagu.."dari mata ia datang, barulah ke hati, dari mata lah oh sayang, menyakinkan hati.." lama kelamaan hati aku mula terbuka untuk mengenali siapakah dia... hubungan kami menjadi rapat, tapi dalam bukan erti kata sebenar.. rapat kami hanya dlm kumpulan dan dlm setiap perbincangan... dan aku mula suka memandangnya... itulah aku yg sebenar, sehingga kini, jika menyukai seseorang akan hanya kerap memandang dan merenung, tetapi tidak sekali2 menyatakan...

selepas berkursus, kami masih berhubungan.. namun disebabkan telah terjadi sesuatu yang tidak terduga, hubungan aku dan dia terputus begitu sahaja...

tahun 2005...
Julai - aku menghubunginya... dia telah berkahwin dua tahun yg lepas... dengan kekasih hati yg sememangnya aku tahu kerana telah diberitahu oleh dia melalui kawan ku... dimaklumkan kepada ku, dia telah berusaha mencari aku.. tetapi susah untuk aku mempercayainya.... lagipun untuk apa mencari sedangkan dia telah berpunya... tapi kenapa pulak aku mencarinya kini? entah, mungkin kenangan bersamanya kembali menerpa di minda aku...

150750 | posted by dsk93 at 5:45 | 0 comments

Saturday, October 29, 2005

Rindu....

Saat ini aku rindukan seseorang... sehingga aku terasa ingin menangis untuk menanggung bebanan rindu ini.... tak terdaya rasanya untuk terus merindu... apa kan daya aku tak mampu dan tidak dibenarkan untuk meluahkan kepadanya.... biar hanya aku yang tahu betapa rindunya aku padanya...

Purnama Merindu

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

149559 | posted by dsk93 at 19:16 | 0 comments

Monday, August 8, 2005

Kita berhak hebat!

Walau apa situasi yang kita hadapi, kita sebenarnya "hebat"... justeru serlahkan "kehebatan" kita.....
" Be positive always. Look outfor the positive light to shine on you. Keep on believing that you can do. Always believe in yourself. Your happiness is your hands... for if you keep staying positive, you can make your dreams come true.." petikan dari Majalah Anis Julai 2005....

145702 | posted by dsk93 at 0:53 | 0 comments

Sunday, July 31, 2005

sesekali nak jadi...

Dah lama tak masuk dlm weblog aku nie... bukannya takde masa, cuma tak de rasa nak masuk.. lagipun takde idea nak dicoretkan dlm weblog ni...

Dua minggu lepas aku ada call seorang kenalan lama (lelaki), yg aku kenali semasa berkursus dulu.. kalau tak silap aku, dalam tahun 2000 aku gi kursus tu... kursus yang memakan masa lebih kurang 3 minggu tu sedikit sebanyak telah merapatkan hubungan kami, tambahan pulak kami ditempatkan dalam satu kumpulan. Orang nyer memang cute dan boleh dikategorikan sebagai handsome ler jugak.. tu pasallah aku boleh ter'sangkut' sekejap... Dah lama kami lost contact... kiranya adalah dalam 3@4 tahun tak contact... ntah camne, tetiba jer aku terasa nak contact balik si dia nie...

nasib memang menyebelahi aku, kerna aku dpt contact dia jugak walaupun dia dah bertukar tempat kerja... usaha aku dipermudahkan bila teman sekerja ofis lama dia sanggup bagi aku no. phone dia walaupun aku tak minta. dan syukurlah dia masih mengingati aku... rupanya dia memang mencari aku, itulah yg dia cakap..(nak percaya ke idak?) kalau mencari tentu berjumpa, sebabnya aku masih di tempat kerja yg lama, cuma tahun 2003 je aku bertukar tempat kerja... biarlah, mungkin dia cuma ingin memaniskan bicara.... anyway, borak punya borak, akhirnya dia minta untuk berjumpa... ini yg aku tak dapat nak tunaikan, sebab tujuan aku contact hanya untuk merapatkan kembali mana yg renggang... (lagipun dia dah berkahwin...) tidak sekali2 untuk berjumpa...

Tapi, nak dijadikan cerita... dlm aku tak mahu jumpa tu.. boleh pulak terserempak dgn dia semalam kat shopping complex... tapi dia dgn wife dia lah... kami berada dlm satu kedai dan begitu hampir sekali.. tak tahulah samada dia terperasan kan aku kat situ ke tidak, tapi yang pastinya aku yg terkejut badak ni telah melarikan diri bersembunyi di satu sudut (tapi dalam kedai tu jugak ler).. hehehe... lawak betul... anyway, kejap lagi aku nak call dia, nak tanya dia terperasankan aku ke idak... ataupun dia buat2 tak nampak, maklumler, kan ke wife dia kat sebelah...

145444 | posted by dsk93 at 20:51 | 0 comments

Monday, April 25, 2005

flash back....

10 Mac 2005 - 12 Mac 2005

Hari nie (10hb) perjalanan ke tempat kursus... kursus lagi... bila lah nak habis kursus nie... selagi dok bekerja, selagi tu lah mesti ikut arahan dan mesti gi kursus... actually bukan kursus sangat pun, lebih kepada bengkel... integriti staff... mula2 nak pegi kursus, rasa boringgg sesangat... tapi bila dah kat tempat kursus tu, seronoknya... byk aktiviti yg diaturkan... flying fox, berkayak, jungle trekking, fuihhh memang seronok... siap dpt kakak angkat lagi... dan yg specialnya dapat hadiah... makan pun sodap2....

13 Mac 2005 - 19 Mac 2005

Sepanjang minggu nie, jabatan aku menganjurkan Hari Terbuka jabatan... kiranya 1st time buat Hari Terbuka nie... macam2 ada... ada gerai2 jualan (memang murah), ada konsert, ada Forum Perdana dan artis pun ada datang jugak... sepanjang seminggu nie, balik keja aje mesti singgah sekejap kat gerai2 jualan tu, dan semestinya kalau dah singgah tu, wajib ler membeli.... tak tahulah apa yg dibeli, tapi ada aje barang yg dibawak balik ke rumah... ntah brapa RM duit aku dah habis dalam seminggu tu....

19 Mac 2005

Inilah hari yg aku tak dapat lupakan dalam hidup.... Malam 19 Mac 2005, melalui berita kat tv, aku mendapat tahu sahabat aku semasa belajar, dan masih contact w'pun tak berjumpa, telah ditembak mati di hadapan Giant dalam cubaan merompak... Siti Shamiza Abu Zarim telah meninggal di tempat kejadian.... sebaik aje berita kat tv tu disiarkan... member2 semua saling hubung-menghubungi.... sedihnya bukan kepalang... masing2 tak dapat menahan perasaan... kepada member2 yg dekat dgn rumah arwah dan sempat menghadiri majlis pengebumian arwah, aku yg di kejauhan ini hanya mampu sampaikan pesan... "Takziah kepada keluarga arwah".... sehingga kini masih terasa kemesraan arwah dan saat2 kami belajar dan bergurau senda... maklumlah satu kelas dan satu blok asrama... memang kami sekelas rapat dan sehingga kini masih menghubungi satu sama lain.... insyaallah tahun ini kami akan cuba berkumpul untuk bertemu semula selepas 10 tahun.... Al-Fatihah untuk arwah miza....

26 Mac 2005

Hari nie Birthday aku... Happy Birthday to me... semalam jam 12.01 malam, aku dpt sms dari anak buah aku wishing me Happy Birthday.. kebetulan anak buah aku akan menyambut birthday dia pada 27 mac 2005... memang setiap tahun, ituler keja dia... hantar sms kat aku, tepat jam 12.01 malam.... keja aku pulak, hantar sms kat dia time yg sama tapi pada tarikh 26 Mac 2005.... tak dapat hadiah pun tak pe.. janji tahu ada org yg ingat special date aku nie...

140822 | posted by dsk93 at 18:30 | 0 comments

Tuesday, March 1, 2005

selepas b'kursus....

hari nie genap 5 hari aku balik dari berkursus.... masuk je ke ofis, bos dah tanya bila nak bagi taklimat kat staff admin mengenai apa yg dapat semasa berkursus tu... bila nak tubuhkan task force? pening kepalo den nak jawab tu... apa tidaknya, masa berkursus tu, satu nota pun tak diberi... penceramah hanya bercakap, dan peserta pulak diminta mencatat apa yang patut... macam zaman belajar dulu2 lah pulak... tapi takpe, sedikit sebanyak, masuk jugak dlm otak nie apa yg diajar. lagipun, bukan semua staf admin yg tak tahu tentang sistem tu, ada yg lebih pakar lagi... so kalau terkurang semasa bagi taklimat tu.... bolehlah mintak tolong kat diaorang....

138019 | posted by dsk93 at 0:20 | 0 comments

Sunday, February 20, 2005

kursus di Melaka...

Mulai esok, aku kena gi berkursus 4 hari di Melaka... alahai, terasa boring sesangat sebab nak gi kursus ni... tak leh ke ganti orang lain? Nape mesti aku jugak yang kena pegi.... seminggu jugaklah nak tinggalkan blog aku nie....

Persiapan apa pun tak buat lagi.... baju apa nak bawak pun tak pikir lagi... esok flight kul 9.00 pagi... ahh.. hentam je lah.. capai je lah mana yang sempat... Yang tak syoknya gi kursus nie, esok2 bila dah balik ke ofis, kena tunjuk ajar org pulak... kena buat apa yg dipelajari.... yang bestnya pulak, dapat makan free, dapat tidur kat hotel, free jugak.... dapat jejalan, jauh dari ofis... tapi aku tetap nak positive thinking iaitu dapat tuntut ilmu..free jugak..hehehe....

Kejap lagi, lepas ofis hour, rasanya nak turun town kejap... tengok2 apa yang patut... kalau rasa patut beli, aku beli. Kalau tak patut beli, aku tak beli.... tapi rasanya mesti membeli punyalah....

137392 | posted by dsk93 at 0:36 | 0 comments

Sunday, February 13, 2005

Hari Kekasih...

Selamat Hari Kekasih untuk aku sendiri..... tertunggu-tunggu jugak untuk mendengar dari si dia... tetapi hampa... at last, ucap untuk diri sendiri je lah...

Walaupun tak digalakkan untuk meraikan Hari Kekasih (Valentine) nie, tapi bagi aku, pandanglah Hari Kekasih ini dari segi positifnya... tidak salah untuk kita menghargai orang yang kita sayangi... sekadar ucapan, sudah memadai.... dengan ucapan tersebut, akan lebih mencambahkan lagi kasih sayang antara kekasih.... terasa diri sentiasa diingati dan istimewa...

Tapi, takdelah aku nie betul-betul excited sangat tentang Hari Kekasih nie... sesaje je nak memeriahkan suasana.....

136905 | posted by dsk93 at 23:49 | 0 comments

Tuesday, February 8, 2005

SMS 2..

aKu : "kekadang, bila dah hampir kehilangan, baru tahu nilainya. syukur, aku masih belum kehilangan"

DiA : "itulah sifat manusia, selalu lupa dan alpa. yang ada tidak dihiraukan dan jika tiada baru nak menyesali"

aKu : "sesekali... kenangan menjengah kembali.. begitu indah.. terasa bersalah... tetapi tak mampu, untuk diusir kenangan itu.. seolah telah sebati dengan hati dan nurani"

DiA : "tak semuanya indah dan jangan terus-terusan berasa bersalah tanpa memikir akan kehidupan yang sudah semestinya harus diteruskan"

aKu : "hidup mesti diteruskan, walaubagaimanapun kenangan itu tak perlu ditinggalkan. semestinya kita hidup atas kenangan"

DiA : "yang penting kini, fikirkanlah apa yang terbaik untuk bekalan ke sana demi sisa-sisa hidup yang berbaki"

aKu : "Bekalan itu adalah sesuatu yang nyata, sesuatu jaminan, pastinya untuk semua yang bergelar insan"

136586 | posted by dsk93 at 1:24 | 0 comments

Wednesday, February 2, 2005

SMS....

Semalam dapat sms dari dia... "Just to say good night and have a sweet dream to you"

Selalunya bila aku yang hantar, tak berbalas pun... bila dah lama senyap, tetiba pulak hantar sms kat aku... biarlah, aku tak nak layan... buat senyap dah ler...

136352 | posted by dsk93 at 0:35 | 0 comments

Monday, January 31, 2005

The Reason

Really like this song...
I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

136194 | posted by dsk93 at 20:10 | 0 comments