home
login::signup
we::blog

Cuti…. 
 
Hari ini, banyak pula cerita yang dicoretkan…yelah bercuti…. 
 
Cuti tahunan jumaat dan isnin…..berlalu dalam kepenatan….cuti-cuti malaysia, Kedah Darul Aman….. 
 
Hijau Kuning…… 
 
Perjalanan santai 80 ke 90 km meter sejam pada Sabtu lepas amat memenatkan ditambah pula dengan cuaca yang panas dan keadaan badan yang tidak meyihatkan…namun, Alhamdulillah, segalanya teratur bagai dirancang…… 
 
Sesampai di kedah, aku terus ke SEMSAH, melawat adik sepupu, dan menumpang tidur di rumah cik Anne dekat Taman Kenari, Alor Setar…..Makan malam aku di gerai tepi jalan sebelah stadium….memalam buta tanya pakcik tu laksa…..tapi tak da….nak hilangkan mengidam laksa, aku order tomyam…..kira ok aaaa, tomyam kat gerai Alia tu…. 
 
Sebenarnya malam tu aku bertujuan untuk bersama yang tersayang di Ampang Jajar, ada Sambutan Pesta Air, di Ampang Jajar …..tapi pie sana, dok round 3 kali, parking penuh, dok pie, dok mai…tang tu jugak, aku pun balik ke rumah cik Anne…..sedih betul….telefon yang tersayang, dia pun sibuk dengan function…tak dilayannya aku nie, lagi sedih…..apapun demi tugas…. 
 
Pagi ahad, aku ke pekan rabu…..beli apa yang patut buat mama di kajang…..dan pagi Ahad nie jugaklah aku baru jumpa yang tersayang…..aku pun menyambung perjalanan ke menara alor setar, punya lah dahsyat…menara KL belum jejak, menara alor setar yang aku daki…..DB…DB….. 
 
Untuk melepaskan gian nak tengok Ampang Jajar, aku dengan rasa jakunnya, meneropong ke arah ampang jajar, yang aku nampak, orang tengah buka stage….apapun, janji aku nampak ampang jajar……DB….DB…… 
 
Aku juga ke napoh (tak sure aku betul atau tak tpt nie- org kedah boleh tolong, mungkin)….makan laksa dan cendul pulut…wah!!!!not bad, bolehlah singgah lagi untuk makan cendul pulut tu……pie kedah, jangan tak cuba pekena joe cendul pulut……(promote)….. 
 
Malam ahad tu juga aku kembali ke daerah sunyi dengan seribu satu kepenatan yang tak terungkap dan terucap….nak cakap bebanyak, takut kena penangan mama…nak tak nak, sakit tanggung sendiri ler…..

last modified Apr 13, 2004 at 19:18



[ add a comment ]