home
login::signup
we::blog

DB yang sedih…. 
 
Kesedihan melanda….sedih, sedih…..teringat akan arwah adik….semenjak dua menjak nie, asyik teringat dan rindu sangat kat arwah….mungkin juga kerana niat tak tertunai lagi untuk menziarahi pusara…..bilalah boleh ke pusara nie…..  
 
Bila keadaan ini terjadi pada diri DB, segala memori lama kembali segar di kotak fikiran, hati dan di depan mata….bagai arwah masih ada di sisi DB berkongsi segala macam masalah dan cerita…..berkongsi sama tanggungjawab terhadap adik-adik yang lain….bagai ada pendorong di belakang DB untuk kuat menangani segala macam dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian….DB pinjam kata-kata mama, redha atas kehilangan arwah, Allah menyayangi arwah lebih dari kita keluarganya….. 
 
Ya Allah!, aku mohon padaMu, tempatkanlah adik aku bersama-sama insan yang soleh dan solehah yang pergi terdahulu dari dirinya….. 
 
Sesungguhnya, percayalah pada DB, setiap pengganti pada kehilangan insan yang kita sayang tak akan sama walau sebesar hama sekali pun…..dan DB sedar, segala kejadian ada hikmah disebaliknya…..Ujian Allah, beri kita peringatan dan DB tahu Allah sayang pada setiap makhlukNya…… 
 
---------------------------------------------------- 
 
Jam hilang!!!!oh! tidak…mana jam nie, semalam seingat aku lepas balik dari pasar, aku letak jam tu dekat kabinet dapur….hari nie bila cari, tak pulak ada di situ….ah!!!nie yang sedih nie….Jam kenangan pemberian teman baik pada Januari 1998, jam kesayangan, too much memories with that watch…..sedih…tragis….. 
 
Sesungguhnya, jam yang dihadiahkan teman memiliki nilai yang tidak terhingga, jam ibarat kita mengingati dirinya setiap masa selagi kita bernafas dan selagi jam itu juga bernyawa…..kini hidup aku tak lengkap dengan ketiadaan jam itu…… 
 
Dan sesungguhnya, jika aku dapat pun pengganti bagi jam itu, 100 kali mahal pun, ia tetap tak sama dengan yang lama…..tidak…tidak….tidak…… 
 
DB sedih lagi, bila pagi nie, terdengar rakan pejabat menceritakan perihal anak-anak dia yang kesedihan dan kerinduan bila ibu ayah tidak lagi sehaluan…Nau’zubillah………sedihlah, DB yang kehilangan adik tersayang, merana kerinduan hingga sekarang….inikan pula bebudak usia 6 tahun, 4 tahun, 2, tahun, 6 bulan kehilangan belaian ibu….oh!!!tak sanggup untuk membayangkan penderitaan itu…tapi itulah hakikat yang menjadi pengajaran buat diri DB, agar berhati-hati dengan perhubungan…… 
 
sedih bertambah lagi, bila teringin nak makan nasi lemak dengan sebiji telur rebus tidak kesampaian.….sebelum ini, wujud je telur rebus di café, tapi tak semena-mena hari ini, yang ada hanya telur goreng…..apalah yang didengkikan sangat dengan DB, DB pun tak tahu…….hi!!!!!itu hakikatnya, sabar menerima walau kesedihan melanda…… 
 
bila dah start kerja, dapat panggilan dari Tabung Haji mengenai translation Annual Report….En. Razman, dispatch dah hantar salinan by hand semalam….awat tak terima lagi….sedihlah dengar, bila apa yang kita uruskan mendapat feedback yang tak menyenangkan….nanti DB tanya dispatch dia hantar kat tingkat 32 atau 33, manara TH……nak nangis pun tak boleh, kerja kena professional….tanya dispatch, rupanya dispatch baru hantar pagi nie…..double-double sedih DB coz salah dispatch sendiri….. 
 
sedih…sedih…sedih, bila kat pejabat ada aksi-aksi penarikan muka dan perbalahan mulut…bak kata kerana mulut badan binasa dan hubungan renggang…..macam tu lah kat pejabat sejak 2 hari semalam…..DB pun speechless, tak tahu nak buat apa….yang sedih, DB jadi orang tengah untuk kedua-dua orang kakak yang DB hormat dan sayang…..mereka adalah insan yang banyak bantu DB sejak masuk kerja kat sini….. 
 
extra sedih, bila masuk toilet sat nie, jumpa pulak tisu tak ber’flush’….depa nie kenapa ya…..masih tak reti nak tarik tali flush kot…….hai…..entahlah….. 
 
itulah asam garam kehidupan, ada kesedihan, ada kegeraman, ada kesungulan tak kurang juga kegembiraan, keceriaan, kebahagiaan dan senyuman…..Yang pasti harapan agar esok lebih baik dari hari ini tetap lekat di sanubari……

last modified Apr 15, 2004 at 1:23



[ add a comment ]

Assalammu'alaikum DB,

DB, kuatkan semangat ya...
hidup ni memang banyak dugaan tapi untuk setiap dugaan tu, Allah dah kira kira dah ganjarannya dikemudian hari kelak jika kita bersabar.
Moga Allah memberi ketabahan dan kekuatan buatmu DB. Amiin

100822 | posted by hanyasayang on April 15, 2004 at 1:44