home
login::signup
we::blog

Minggu yang ‘terpaksa’….. 
 
2 hari bercuti, bagai terasa penat, begitu penat semacam 48 jam aku bekerja……keseronokan, ada tapi hanya secebis cuma….. 
 
Habis kerja pada hari Jumaat, aku terpaksa bermalam di Putrajaya, aku tak tahu kenapa aku kata ‘terpaksa’….walhal itu semacam tanggungjawab aku pada insan yang ingin erat dengan aku…….mungkin ambil masa lagi kot untuk mesra dan biasa….. 
 
Sabtu terpaksa lagi untuk ke Bandar Tasik Puteri Rawang…..tak tahu lah bila boleh mendapat rehat yang cukup untuk badan yang kurang sihat ini…..dibawa ke sana sini…..kekadang rasa geram juga, masa rehat hujung minggu aku asyik terganggu dan diganggu……. 
 
Ahad menjelma pula dengan kesuraman pagi, bila dipaksa lagi untuk tinggal lebih lama di Gombak…..jawapan aku ‘tidak’….aku nak balik ke rumah aku….banyak perkara nak diselesaikan terutama meng ‘iron’ baju kerja……ini paling aku suka, bila tiba hari minggu….menggosok untuk seminggu……dan bila kerja ini dah dibereskan, di malam hari-hari bekerja aku, aku dapat tidur awal seawal 10.00 p.m……yeepppiiii……. 
 
Rumah ala-ala sendiri telah selamat dirobohkan, hanya untuk renovate bahagian depan dan dapur……kerja bersama teman-teman ketika susah dan senang……itulah nikmat mendapat teman yang sebaik mereka……terima kasih kawan….. 
 
Pagi Isnin, jalan raya seperti kebiasaan, bertali arus…..di pejabat, suasana suram tiada keceriaan terpapar di muka setiap staf…..masing-masing meluat kerana tahu kap lam akan mula bekerja hari nie setelah sekian lama cuti…..bilalah orang nak pecat atau pangkah jawatan dia nie……itulah ada bos kap lam yang penindas dan menindas…… 
 
Aku pulak baru je kena marah dengan kap lam gara-gara kejadian last Friday (pasal si Temp marah makan kat office tu….)….ada pendengki yang membuat aduan, sibuk je cari publisiti murahan, dah tak de benda nak cakap pada kap lam, benda nie pun nak cerita…dasar dua-dua kap lam ler, boleh ngam…..lain kali ada cerita janganlah dibagi tau kat kap lam lelaki tua tu, jika tak abis diadu semuanya…..aku juga yang kena…… 
 
Esok hari gembira.....aku ada course protocol selama 3 hari....nielah masa untuk menambahkan ilmu dan berinteraksi dengan kawan-kawan sebangunan dan berlainan unit.....terlepas aku dari kap lam.....tapi kesian kawan-kawan aku terpaksa bertungkus lumus untuk event pada hari khamis nie.....event hari khamis tapi persiapan dah start hari ini......namun, aku tahu kawan-kawan aku semuanya berwibawa dan berada di bawah satu team dan sekepala....boleh goyah kedudukan kap lam jika kami bersatu...kap lam memang takut kami bersatu, itu pasal jika setiap event tugas kami dipecahkan.....dasar pendengki....kuang...kuang....kuang....... 
 
Anyway, hari ini memang busy....semua orang busy.....tapi seronok semua member office ada.....

last modified Apr 19, 2004 at 3:17



[ add a comment ]

sesekali biarkan diorg bertungkus lumus buat kerja ape salahnya...bukan salu pon heheh...

101855 | posted by zz on April 20, 2004 at 0:30