|
Gumbira…… Seronoknya bila dapat tahu kawan baik satu ‘u’ telah dilamar oleh seseorang yang menyayangi dirinya…..dulu memang aku dan dia ada plan nak buat majlis sama-sama kat dewan orang ramai cheras….namun, tak kesampaian…..Alhamdulillah, kini giliran dirinya untuk mempersiapkan segala urusan walimatul urus…..aku sedia membantu setakat apa yang aku termampu…..kawan jika tak tolong kawan, buat apa kita jadi kawan……. Mama pun suka bila aku cerita pasal ayang….ukhwah yang terbina antara aku dan ayang, turut menjalinkan keakraban buat mama dan emak….itulah kelebihan mendapat kawan yang baik di kala suka dan duka….aku bersyukur…… Ah! Berbalik pada cerita ayang…..kemungkinan besar dia akan menyambut hari bahagia pada hujung tahun nie…..tapi dia kata pada aku, dia tak cukup duit nie….mana tak, awal tahun nie, dia berazam, jika tak de sesiapa yang meminang dia di antara januari hingga march, dia nak travel……so, dalam jangka waktu yang dia berikan, tak pulak si jejaka nie melamar dirinya…..maka dia teruskan plan dia nak travel ke Paris, London pada ogos nie….flight ticket dah ada, duit package travel dah bayar, duit belanja dah tersedia, cuma nak terbang je, belum lagi……Dalam excited nak travel, tup…tup….dia dilamar dan kemungkinan besar si jejaka hendak mengadakan majlis walimah pada hujung tahun nie…. Penin….penin…..nak cari duit untuk kahwin pulak…..nak cancel plan travel, nanti apa yang dah ada, hangus tak berguna…..so, sesungguhnya aku tahu, niat yang baik ini, pasti menemui kejayaan, asal berusaha dan berdoa…..aku doakan kawan baik aku yang sorang nie, berjaya dalam kedua-duanya…..InsyaAllah….. Tak sabar nak menanti hujung tahun nie….double triple kegumbiraan yang InsyaAllah aku kecapi……
last modified May 28, 2004 at 4:10
|