|
Cuti Sekolah…. Bila datang cuti sekolah nie…..memang itu yang ditunggu-tunggu oleh adik2 aku……nak pie bercuti……bila dulu solo….senanglah si adik nak ajak kakak ke sana ke sini…kini, semua harus ikut protokolnya…..harus plan bersama, nak apply cuti, tempat yang ingin dilawati…..tol minyak…..makan minum….hotel……perlu juga tahu…tak kisah ker nak bawa adik kita bercuti atau ada itu dan ini disebaliknya….. Ah! Macam2 kena fikir…..itulah hakikat penghijrahan dari kehidupan solo ke kehidupan bersama……tapi InsyaAllah, berbincang adalah penyelesaian yang baik bagi setiap perkara…… Setelah berdiskusi….aku dan dia ambil keputusan untuk membawa adik2 aku bercuti ke Penang…..ok lah, adik2 pun belum pernah ke Penang…..at least in between selangor and penang…..boleh juga bawa adik ke bukit merah lake town resort…..saje melawat kawasan….. Kekadang, bila tengok keseronokkan adik2 untuk bercuti, membuatkan aku rasa terharu dan sedih……mana tak….dengan kakak lah, si adik2 dapat ke sana sini, memenuhi ruang masa yang terluang……jadi bila ada ketika, aku tidak dapat mencuri waktu untuk adik2, aku rasa bersalah…..bersalah kerana kekadang aku rasa aku pentingkan diri sendiri, lupa akan mereka dan macam2 lagi…. Adik2 pun ada bertanya, jika dah sampai penang, jika nak beli itu dan ini…..mesti susah. Mereka rasa abang mereka tak akan melayan kehendak mereka…..namun aku dah menjelaskan, cuti nie kakak yang akan host segala perbelanjaan, kecuali penginapan…..so, adik2 tak perlu risau akan apa yang mereka hendak makan dan beli….. Sesungguhnya, dalam hidup berkeluarga, perlu bunuh sikap ‘berkira’ di kalangan adik2…..mereka lah yang kita ada di kala senang mahu pun susah…..aku cukup bertuah, ada adik2 yang……entahlah terlalu istimewa hubungan kekeluarga….sukar untuk dijelaskan dengan perkataan…..
last modified Jun 1, 2004 at 20:29
|