|
CCM Esok mulalah pengembaraan aku, dia dan adik-adik ke Pulau Pinang.. Tempat yang selalu dia dan aku pergi tapi tidak adik-adik....aku suka bila adik2 gembira, aku gembira bila adik2 lagi gembira...... Selamat tinggal kak ct, adik akak cuti dua hari tau (khamis & jumaat)....mesti dia boring bersama-sama dengan kap lam......rileks ler kak tie dan kak ecah ada...... Oh! esok untuk sekian kalinya, aku akan melalui highway bukit lanjan.....tengok dan baca paper hari nie, macam takut jer nak lalu jalan tu....tak confident langsung......dari ada rasa syak di perjalanan, baik aku ikut jalan biasa,jln damansara......apapun, semuanya bergantung pada dia..... hari nie mama masak nasi himpit kuah kacang untuk bekal pengembaraan hari esok....siapkan bekalan untuk anak-anak....punyalah beruntung aku dianugerahkan mama yang begitu menjaga kebajikan anak2....aku bersyukur.....Terima Kasih Mama, jasamu tidak terbalas oleh anakanda mu ini...... Papa juga, Terima Kasih ya.....meminjamkan kereta buat anak2...... aku malu jugak nak memandu kereta papa nie, dahlah eksoz kembar dengan bunyi yang masih boleh didengar walau kereta telah meluncur laju 1km ke depan.....radio dengan amplifier....berdentum-dentum bunyi.....wah! papa nie salute ler, masih berjiwa muda rupanya...... Aku bangga dan bertuah, ada mama dan papa yang begitu.......... waduh...waduh...sukar untuk aku gambarkan melalui kata-kata.... hanya hati aku yang dapat merasakannya....... Buat ibu juga, Terima Kasih kerana menjaga kebajikan anak buahmu ini......macamana merajuk pun dengan ibu...pasti dia juga yang ku cari untuk bercerita.....ibu....ibu..... Bercerita lagi tentang cuti-cuti malaysia.....sebenarnya tempat penginapan di penang, di sponsor oleh GM City Bayview.....Terima Kasih tauke......bertuah betullah......di sana, aku dan dia ingin membawa adik2 melawat....butterfly farm, tropical spice garden, kek lok si temple, acheen street mosque, museum komtar penang hill dan apa2 yang sempatlah.....hanya 3 hari 2 malam di Penang...takut tak sempat je, plan punya lah nak rak..... tidak lupa, aku juga nak singgah rumah kakak officemate aku kat balik pulau dan rumah kawan aku kat 'u' dulu....dah hampir 3 tahun tak jumpa....rindu betul aku pada chombee sorang tu..... ah! bukan adik-adik je yang tak sabar nak pergi, aku sendiri pun dah tak sabar nak bertemu hari esok..... apapun, jumpa lagi next week kak ct dan yang lain2.....doakan perjalanan kami selamat, InsyaAllah......
last modified Jun 2, 2004 at 4:56
|