home
login::signup
we::blog

Gembirakah aku atau sedihkah aku...... 
 
Sesungguhnya gembira atau sedih itu terlalu subjektif untuk ditafsirkan.....kekadang kita fikir itu menggembirakan kita, walhal pada orang lain mungkin itu sesuatu yang menyedihkan...... 
 
Sebenarnya aku terlalu sedih.....sedih sehingga aliran airmata aku terlalu deras mengalir kelmarin.....dari seorang ke seorang ke seorang, rakan-rakan baikku di pejabat meninggalkan aku......aku sedih, aku tahu ikatan persahabatan itu akan terus terjalin, tapi mungkin tak seperti sekarang.....sekarang aku sentiasa dapat melihat mereka, bercakap dengan mereka, berkongsi segala suka duka dengan mereka, namun november depan akan menamatkan itu semua......hanya handphone akan terus mengikat aku dan rakan-rakanku ini....... 
 
Alhamdulillah, my sister dapat tawaran kerja di salah sebuah agensi kerajaan setelah mendambakan diri di pejabat ini selama 4 tahun......Pergi semuanya kerana kebaikan, satu penghijrahan.......doa ku hanya satu, agar kakakku akan terus berjaya dalam kerjaya barunya.....seorang lagi my sister, resign coz nak balik hometown dia di penang, setelah berhijrah ke KL almost 12 years......Alhamdulillah, segala aturan hidup ini telah terencana dari azali, aku bersyukur kerana segalanya demi kebaikan diri dan masa depan...... 
 
aku gembira....ya aku gembira kerana hanya satu, bos kaplamyanga yang menganggap anak melayu seperti kami 'will never learn anything' akan meninggalkan pejabat ini dengan kejayaan lain di luar sana......aku ingin lihat dia lumpuh, bila insan2 yang bertanggungjawab dalam operasi unit memberikan surat 'resign 24 hours'...... 
 
Dan, InsyaAllah, ada rezeki, aku juga akan meninggalkan pejabat ini seperti kakak-kakakku itu.....InsyaAllah, kerana rezeki insan di dunia ini bukan terletak di tangan manusia, ianya di tangan yang Esa.......InsyaAllah, InsyaAllah....akan datang masa buat diri ku ini....bak kata mana tahu rezeki si baby ku tersayang......InsyaAllah......

last modified Oct 6, 2004 at 4:12



[ add a comment ]

kenangan teman

ramadhan ini bukan terakhir
ia adalah permulaan
titik yang tak akan pupus
bingkaikan gelak tawa di dalam kenangan
ungkaian persahabatan
takkan terurai
oleh batasan ruang atau masa
tetap terpahat diingatan
bila jiwa rasa kosong
hati terpanggil kenangan lalu
selak memori bersama
pasti hilang rasa duka

125185 | posted by pires on October 19, 2004 at 22:56

Frenz r like stars... they might not be seen...
but they will alwiz b there...

Ukhwah ini terlalu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah...

123117 | posted by selendangbiruu on October 5, 2004 at 2:32