home
login::signup
we::blog

Anugerah Yang Terlalu Agong…. 
 
Anugerah Allah kepada aku…..Anugerah yang terlalu agong…..namanya juga terkandung maksud yang indah….’kegembiraan, cahaya keharuman, kecerdikan, ketegasan dan cermat’….memang hadirnya menggembirakan, mengharumkan, menerangkan seluruh jiwa dan ragaku…..tak terluah dengan kata-kata….. 
 
Dua bulan bersama, terlalu singkat aku rasa…tak puas….aku nak besarnya dia di hadapan mataku setiap detik dan saat…wah!!!alangkah bagusnya, jika saat ini, aku ada disisinya…… 
 
Pengorbanan 
 
namun, aku perlu berkorban, dalam dunia materialistik nie, aku masih tidak mampu untuk melepaskan kerjayaku….bukan aku tamak, bukan aku tak peduli, tapi tuntutan kehidupan tidak mengizinkan itu berlaku….InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti aku berkeupayaan melakukannya……Rezeki Allah itu ada di mana-mana….. 
 
Dugaan 
 
Sejak dianugerahi insan comel, aku sudah tidak peduli apa orang nak kata tentang aku…ada yang datang melawat, bukan nak tanya khabar aku dan farah, tapi yang ditanya ‘kenapa farah nie hitam’, ‘terkenan siapa hitam nie’, ‘waktu pregnant pernah tak suka dgn org ke’, ‘apa buat camni’, ‘kenapa tak buat camtu’ dan bila telefon pulak, tanya ‘farah dah cerah’, ‘menangis je ke’…..eeeeee, merimaskan, rasa nak halau kesemuanya, tertekan perasaan…. 
 
tapi fikir secara rasional…ah! peduli apa, cakap apa nak cakap, nanti dah penat, diamlah tu…tapi pelik manusia nie, suka suluh kehidupan orang lain….kehidupan sendiri tak pernah selidiki baik atau tidaknya….. 
 
tapi ingat wahai yang suka memberi komen dan suka komplen…..jangan ingat aku akan bagi muka kat kalian semua untuk terus mengeluarkan madah2 yang kalian semua rasa itu adalah madah terindah…kalian telah mengusik naluri kecilku dan kalian akan tahu bagaimana kesannya nanti…..bila bercakap, ingatlah, mungkin apa yang kita cakap itu akan kena balik pada kita kelak…sekarang nie Allah bayar cash…..tak mainlah kad kredit….. 
 
Tak tercerita 
 
Ya Rabbi…..sebenarnya banyak yang nak aku cerita dan luahkan…tapi tak tertaip segala apa yang nak aku ceritakan……semua cerita datang dalam satu masa….maka aku pun tercelaru…..apa pun, esok masih ada….akan aku terus bercerita……. 
 
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA…….masih belum terlambat bagi aku untuk mengucapkannya….

last modified Jul 25, 2005 at 23:00



[ add a comment ]

selamat kembali adik manis! kau sudah punya tanggung jawab berat bila tuhan menganugerahkan ciptaanNya yang bercambah di dalam rahimmu dan lahir menjadi seorang Farah yang aku kira bayi yang sangat comel.

aku bukan sahaja rindukan Farah tetapi juga kau. terasa sekali ketiadaan kau di tempat kerja baru aku ini. dan aku akhirnya sedar bahawa tuhan hanya menjadikan seorang kau dan tiada yang lain kerana aku tahu aku tidak akan berjumpa lagi seorang manusia sebaik engkau.

jadi, selamat kembali ke alam pekerjaan. keadaan memaksa kau bekerja tetapi tidak bermakna kau bukan ibu yang tidak baik. aku harap Farah akan membesar menjadi seperti engkau dan aku akan sentiasa ada dekat dengan Farah untuk mengingatkan dia bahawa ibunya seorang wanita yang baik dan cekal.

jadi kau warnakanlah kanvas kosong itu dengan kasih sayang dan iman.

133350 | posted by sitinesta on January 3, 2005 at 23:12