|
3 Januari… Bermula lagi episod kerjaku setelah dua bulan bercuti…..di pejabat, aku rasa sunyi….mana tidaknya, dua kakakku telah membuat keputusan nekad, berhenti kerja dan menyambung pula khidmat di tempat lain….itulah lumrah….setiap pertemuan pasti ada perpisahannya….. namun, aku cuma menganggap mereka ‘mereka berdua mengambil cuti tanpa gaji yang lama’, dengan itu, aku rasa lebih tenang….ambil masa sebenarnya untuk melenyapkan bayang2 mereka di pejabat ini….setiap sudut ada kenangannya….. bila mula bekerja…..rasa macam tak de kerja pulak awal tahun nie….tak sibuk lagi….masih ada masa untuk berfoya-foya…..maka aku pun curi tulang lebih dari kebiasaan untuk menaip cerita di weblog nie….. kerja yang sama perlu dihadap, bosan juga nie…bilalah nak dapat tempat lain…..apalah, datang-datang je kerja dah fikir nak cari kerja lain…..hahaha….itulah aku….nak ikut jejak bertapak mereka…..hari nie, dah selesaikan beberapa perkara…..maka bila petang, ada masa untuk baca newspaper…..ok lah, dari duduk dan berbual kosong….. dan hari nie juga, aku rasa ingin menerbangkan keretaku agar dapat cepat sampai ke rumah bertemu si farah….hahaha…jikalah possible kereta di upgrade jadi jet….. Hari ke-2 Bermula hari nie, aku kena drive sendiri setelah hampir setahun tidak drive jauh…3 kali aku terpaksa memalukan diri memasang hazard light yg tak pernah aku buat sebelum ini….enjin mati depan TUDM, gear tak masuk depan PWTC dan depan flat pekeliling…dekat jalan sesak itulah dugaan ini terjadi……aaaaaaa, cuaknya, dah ler sorang2 dan bertemankan Saiful RMKL…..maka esok aku rasa akan bawa kancilku kembali…..atau tidak bawa wira yang ditampal ‘P’, agar orang bersimpati pada aku ini….drive termati enjin…..hehehe…… hari ni juga, aku dengar cerita boss aku tahu kat mana kakak aku yg bagi notis 24 jam tu bekerja….cuma dia tak tahu division mana dan dia sibuk tanya…..hahaha, nahaslah aku next week…tanya lelebih kat aku, aku belasah dia….. operasi bilik gelap (kak, kau tahu apakan), berjalan lancar…..setiap detik itu aku sisipkan bismillah…..aku mohon pada Allah agar operasi bilik gelap ini akan berterus selamanya…..itu juga anugerah tidak ternilai buat insan yang juga tidak ternilai….Alhamdulillah, InsyaAllah…… kerja…masih macam semlm….tidak sibuk lagi…cuma kerani sorang tu bertungkus lumus menghabiskan kerja yg tertangguh dan juga list chinese new year…..InsyaAllah, ada perlu aku bantu…… kantin, harga makan makin melambung….kakak aku ambil ikan pari potong kecil, sambal belacan dan nasi suku…harga RM3.90….hai, makin melampau…..alamatnya aku akan start makan roti atau bawa bekal kembali…..eeeee, sedapnya jika dapat makan yong tau fu uptown, yg kakak aku selalu makan tu…dia kata ada yong tau fu kuah kari…..nanti ler aku jejak uptown tu….jika hati nie tergamaklah untuk ke sana….coz aku pernah kata, aku tak sanggup nak masuk uptown selepas tragedi misteri…….nanti ler aku cuba….. diam tak diam dah nak pukul 4…aku berhenti di sini dulu….mungkin hari ketiga bekerja, aku sambung esok….. kakakku, terima kasih kerana ada di sisi aku setiap masa…walau jauh, kau tetap ada di hati aku…sebenarnya aku tertekan, kau tak de di sini…tapi aku harus redha akan ketentuanNya….InsyaAllah, aku harap, segalanya dalam keadaan baik….terima kasih kerana menganggap aku adik kau…..(kau tahu kak, mesti kau tahu….apa berlaku bila aku baca ‘add comment’ mu….aku kan ciwek)…..hehehe
last modified Jan 4, 2005 at 0:31
|