|
Pagi yang indah di rumah...pagi yang suram di pejabat.... Ya Tuhanku....aku mohon perlindungan dariMu.... Sesungguhnya setiap pagi ku adalah pagi yang indah....si comel mengejutkan ku agar si mummynya tidak terus lena dan alpa pada segala tanggungjawab. Sesungguhnya setiap pagi ku adalah pagi yang indah....wajah si comel memberikan aku semangat untuk terus berjuang dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya setiap pagi ku adalah pagi yang indah....suara si comel berkata dan menyanyi dengan bahasa yang aku tidak fahami tapi aku tahu si comel gembira dan bahagia melihat mummy dan daddynya. Sesungguhnya setiap pagi ku adalah pagi yang indah....tatkala aku mendukung si comel ku...memberi susu, menukar baju dan lampinnya sebelum aku menghantarnya ke rumah pengasuh. Sesungguhnya setiap pagi ku adalah pagi yang indah....pergi ku diiringi senyum tawa si comel mengharap agar mummy dan daddynya segera pulang ke pangkuannya. dan tatkala deruman enjin melepasi halaman rumah, aku terfikir ah! betapa ruginya aku kerana tidak dapat melihat setiap detik dan ketika si comelku....meneruskan aktiviti hariannya merangkak, mengundur, mencapai, menangis dan segalanya....rugi tak dapat melihat perkembangan dirinya dalam setiap waktu.... ah! terfikir pula untuk quit dan menjadi suri...namun keadaan masih belum mengizinkan untuk aku berhenti kerja....InsyaAllah, niat yang baik pasti Allah akan makbulkan jua....lambat atau cepat hanya pada keizinanNya, aku hamba akan terus berusaha..... Pagi yang suram di pejabat....mengingatkan bos kaplam yang suka menengking, menjerit, memerah kederat semahunya...aku jadi tak bersemangat untuk kerja....depress, demotivate.....namun ku ikhlaskan hati dan kuatkan semangat, aku mencari rezeki yang halal... Pagi yang suram di pejabat....berhadapan dengan manusia yang berjiwa terlalu sensitif, tersalah kita berkata atau bertindak membuatkan orang itu tidak langsung mahu bercakap dengan kita....aku juga yang terpaksa menjaga perasaan orang tanpa orang itu fikir bahawa setiap manusia ada juga tahap sensitifiti tersendiri.....penatlah nak jaga hati orang tapi orang tak pernah fikir nak jaga hati kita juga....bosan.... Pagi yang suram di pejabat....bertemu orang yang suka cakap di belakang kita, depan baik, belakang kita nau'zubillah......teruk betul....bertemu juga dengan orang yang suka sampuk....kaki komplen....hai manusia, begitu banyak wajahnya.... Pagi yang suram di pejabat....bila mengenangkan kakak2 dan kawan2 ku yang telah berhijrah ke unit lain, ke pejabat lain, ke negeri lain....ah! tension nya....aku juga nak berhijrah tapi belum dapat lagi panggilan dari mana2....ah! tension lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... Pagi yang suram di pejabat....bila hati rasa, bilalah nak pukul 6 p.m nie, aku nak balik...walhal jam di tangan baru menunjukkan pukul 11 a.m.... Pagi yang suram di pejabat....bila terlewat, punch card warna merah, kawan2 pejabat dah selesai minum pagi dan aku terpaksa minum sendiri..... Pagi yang suram di pejabat....bila aku muncung dan berdiam diri dari rumah lagi sampai hubby aku pening memikirkan apa salah dia sampai isteri dia muncung sepanjang hari...berdosanya aku membebankan fikiran suami ku dengan perangai tak matured aku tu....sabarnya dia menjadi suami ku...Alhamdulillah...dan mohon maaf atas salah silap diri ini.... Namun pagi yang suram itu sepatutnya dipositifkan agar jadi pagi yang ceria, bahagia, gembira, cemerlang, gemilang dan terbilang...untuk dinilai dan dihisab agar dosa berganti pahala....Dengan izin Allah, akan ku praktikkan ianya menjadi hari yang paling indah dan bermakna.... kakakku, aku nak kau di sini...namun apa daya ku, kau lebih bahagia di sana.....
last modified Aug 3, 2005 at 22:43
|