|
Kemalangan 15 Mei 2006
Pertama kali DB terlibat dengan kemalangan sewaktu DB baru nak mula belajar kereta...nak elak tiang, patut DB tekan brek, tapi gubra, DB tertekan minyak...so, pakcik DB pusing steering, dari nak langgar tiang, kereta kami langgar tembuk rumah dan kereta terbalik... Ingatkan DB fobia dengan kejadian itu, tapi InsyaAllah tak...pakcik DB yang trauma untuk ajar DB dan hingga kini dia takut untuk naik kereta, jika driver adalah DB...apa punya komander lah pakcik DB yang sorang tu....hahahahaha... Second time terlibat dengan kemalangan, waktu DB masih lesen 'P'.. kat traffic light stadium kajang menghala ke medan satey....susur kiri dah hijau, menandakan DB jalan, waktu tu tak nampak pun motor kat sebelah kiri, alih2 waktu DB corner, motor muncul...apa lagi, DB terlanggar lah pakcik tu...tayar belakang kereta papa DB melanggar tayar motor pakcik tu....tulah...lain kali cuba jangan mencelah... Pakcik tu admit dia punya fault...tapi org lain yang berhenti kat situ pulak busybody...kata DB salah lah....lesen P lah...apa, ingat perempuan, tak pandai drive ker????? Third time accident, last month...lagi 100 meter menghampiri plaza tol Mines...orang langgar DB dari belakang....kesian kancil kesayangan DB...bumper, kangaroo bar, eksoz...ranap... DB dalam keadaan jarak pemanduan yang selamat untuk berhenti, jika ada emergency di hadapan, tapi orang di belakang mengekor rapat sampai tak sempat nak buat emergency brek.... Yelah...monday morning...tahulah semua otak 'blues' (pi blah lah jika org kata monday blues....semua hari sama cuma kita je yang mencorakkan untuk jadi baik atau tidak).....waktu ketika kejadian, DB menekan brek kerana ada kereta di depan DB membuat emergency brek coz ada wira blue cilok untuk masuk lane touch & go... so, bila avanza maroon depan DB brek, DB pun brek lah...tapi iswara Chong di belakang bang kereta DB dab kereta Chong di bang oleh wira green minah tak de lesen....kenapa DB kata minah nie takde lesen...jeng...jeng...jeng...report polis yang DB dapat mencatatkan pengadu itu adalah lelaki tapi waktu kejadian yang membawa kereta adalah perempuan.... apa cerita nie polis, boleh pulak jadi macam ini....mana keadilan nya....hai, susah nak cerita bila pesalah boleh kautim dengan mat polis..... waktu kejadian, Chong yang langgar kereta DB nak bagi RM35...gilo apa mamat cina nie...setakat RM35, plat no je yang lepas...yang lain, apa dapat...then waktu bercakap dengan hubby DB, dia up kan RM70...last before dia blah untuk buat report, dia up kan lagi RM30....dia ingat aku perempuan bodoh, tak kisah semua nie... Chong silap orang...aku kata, simpan aje lah duit, DB akan buat report polis....apa2 pun itu yang penting....akhirnya DB ke Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee...jumpa Tuan Faizal....selesai buat report, trafik jalan bandar check dengan trafik serdang....trafik serdang kata 2 kereta di belakang DB telah buat report di situ....so, terpaksalah DB ke trafik serdang, tukar no. report...jika tak, nanti susah nak claim insuran.... hasabnya...ini baru ujian kecil Allah....kurang kesabaran ku...Ya Allah! berikanlah DB kesabaran yang tinggi di hati, agar DB dapat bertahan dengan segala ujianMu.....
last modified Jun 12, 2006 at 20:26
|