home
login::signup
we::blog

Pengakhiran 2006

2006 akan melabuhkan tirainya, 11 hari lagi, tinggallah kenangan suka, duka, gembira, tangis, tawa, bahagia, sedih, luka...bercampur sebati dan serasi.... 
 
Itulah kehidupan...adakah ia lebih baik daripada 2005 atau sama sahaja atau lebih teruk keadaannya.....Hanya, aku yang dapat menilainya....dan mungkin insan di sekeliling aku juga dapat memberi nisbah pernilaian itu.....Namun, mereka hanya boleh menilai externally, internally adalah berdasarkan judgement aku sendiri.... 
 
Aku merasa daripada yang aku alami sapanjang 2006....hubungan in law, masih di tahap 20 - 30 peratus....tiada apa2 perubahan drastik yang membolehkan hubungan erat kekeluargaan in law ini mencapai 50 - 60 peratus.... 
 
Keadaan pilih kasih masih berlaku, kata mengata belakang atau depan masih wujud, arah mengarah masih dipraktikkan, pemberian barang lama masih menjadi trend.... 
 
Namun, aku makin kental....jika dulu (2004), aku boleh turutkan, kini tidak lagi....jika aku kata 'tak', aku takkan buat, aku takkan ikut, aku takkan datang, aku takkan bagi, dan semuanya akan jadi 'tidak'....nak paksa....silakan jika berjaya..... 
 
Sekental itu aku????hakikatnya aku juga takut, tapi aku kuatkan semangat...semangat mama membuatkan aku Alhamdulillah berjaya sedaya upaya membuatkan orang yang memandang hina kami rasa aib dengan sendirinya....jangan ingat semua orang yang dipandang hina dan miskin, mudah untuk dipijak dan dimusnahkan.... 
 
tapi yang berhati jahat, tetap jahat...mencuba lagi memporak perandakan kehidupan harmoni walaupun itu anak dan menantu sendiri....bila 'tak datang' dikatakan kita bergaduh suami isteri.... 
 
orang macam ini, bukan ingin mahu mendoakan kebahagiaan anak menantu, tapi lagi mahu memusnahkan....aku tak tahu, apa jenis syaitan yang dah bertakhta di hati insan yang sebegini..... 
 
...smbg...

last modified Dec 19, 2006 at 21:06



[ add a comment ]

aku tak sangka masalah kau dgn dia orang macam tu sekali. tapi aku tau kau strong. kau ada mama yang strong dan paling tidak kau boleh cari aku kalau nak melepaskan bara yang terpendam dalam hati.

157851 | posted by sitinesta on December 19, 2006 at 23:48