|
Alangkah indah.....
Alangkah indahnya jika rumahtangga tidak dilanda badai.... namun...segala itu hanya mimpi yang tiada bertepi malah bersegi-segi.... di sinilah aku kembali mencoretkan rahsia dan rasa hati....aku pedih...aku luka, aku calar, aku segalanya.... tak mampu aku nak meleraikan rasa hati aku ini....terlalu pedih rasanya.... serasa jatuh maruah aku sebagai seorang isteri....tapi maruah aku tetap teguh sebagai seorang ibu kepada dua puteri-puteriku.... huh....sanggupnya seorang suami mencalarkan hati seoarang isteri...apakah isteri ini hanya isteri pada kertas...tiada langsung bertapak isteri ini di hatinya... suami...suami...apakah dayaku untuk buat kali kedua berhadapan masalah yang sama kau lakarkan....dulu pernah sekali aku terjumpa perkara ini....sewaktu anak pertamaku masih kecil...kini aku jumpa lagi perkara yang sama seperti sebelumnya...malah lagi parah...sewaktu anak kedua juga masih kecil.... tidak malukah kau suami melakukan perkara terkutuk ini....walau hanya fantasi, ia tetap terkutuk....tidak malukan kau suami kepada isterimu dan dua orang puterimu....tidak puaskah kau hidup bujang sewaktu ketika dulu....sekiranya ku tau seawalnya, pasti aku bagi kau ruang untuk menikmati zaman bujangmu sepuas-puasnya... tahukah kau suami, kau telah mencemarkan rasa hormatku padamu....jangan kau nasihati diriku ini perihal hukum hakam agama kerana aku lebih mengetahuinya...bukan berbangga, tapi ibubapaku telah melaksanakan tanggungjawab yang terbaik dalam memberikan didikan agama kepadaku... ingatlah suami, sebelum kau menasihati...cermin dirimu...selagi perkara itu kau lakukan...kau masih tak layak untuk menasihatiku perhal agama...kau tak layak... maaf, bukan aku ingin menderhaka...tapi kau suami telah mencalarkan hati dan jiwaku...terlalu dalam lukanya....aku masih belum boleh terima walau maaf telah kau pinta... kerana ini, aku rasa kau suami telah mencemarkan maruah aku sebagai isteri dan ibu kepada puteri-puteriku...kau seperti mencampak aku seperti sampah kerana kelakuanmu itu....kau tidak langsung menghargai aku sebagai isteri dan wanita yang mencintaimu.... aku sedih....dah sedih lagi....sampai hatimu melakukan ini kepada diriku...kau pernah kata...untuk menyayangi insan pertama yang kau nikahi...namun...kau tidak kotakan kata-kata itu...itu hanya manisan bicara di bibirmu....aku tertipu.... namun apa dayaku...aku hanya mampu berdoa agar segala yang terjadi ini menjadi guru yang paling berharga dalam hidup aku, agar aku akan lebih berhati-hati dan mementingkan diri ku dan anak-anak ku sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.... doaku, agar kau memohon ampun pada Ilahi dan mencuba untuk menjernihkan kembali suasana kekeluargaan ini seperti yang pernah kita kecapi sebelum ini.... aku tidak mahu menjadi derhaka kepada suamiku...namun sebelum kau dambakan hormatku pada seorang suami...kau cermin dan perbetulkan lah dirimu.... aku mohon....kau betulkan kesilapanmu, suamiku....jika aku tak layak untuk dirimu...aku sesal kerana kau mengahwiniku...dan aku juga sesal pada diriku.... aku kuat...demi puteri-puteriku....InsyaAllah...doa ku pada Ilahi agar merahmati dan memberkati kehidupan aku dan anak-anak ku sepanjang umur di kandung badan dan sehingga di akhirat kelak....InsyaAllah...Amin....
last modified May 7, 2008 at 1:39
assalamualaikum.. sabarlah menempuh dugaan.. kita punya masalah yang hampir sama (maybe) moga tuhan kurniakan kita ketabahan & harunginya dengan tenang.. demi anak-anak..
|