home
login::signup
we::blog

durianbelanda's weblog

ini jurnal aku...jurnal kehidupan, kehidupan aku yang tidak sama seperti kehidupan orang lain. kehidupan aku penuh onak duri dan ranjau...tapi aku percaya Allah itu Maha Berkuasa.....dalam kesedihan diselitkanNYa cahaya kegembiraan yang terlalu berharga.....

last modified Apr 6, 2004 at 20:55


Tuesday, October 26, 2004

Saat indah.....

Itulah keistimewaan aku, ada mama, papa dan adik2 yang sentiasa bersama setiap saat dan masa.....Bertuahnya aku dilahirkan dalam suasana kasih sayang yang tidak pernah putus....Alhamdulillah, syukur aku pada yang Esa kerana anugerah yang terlalu berharga...

Kini, aku telah berhijrah...melayari hidup sendiri, di rumah sendiri, tanpa ada mama, papa dan adik2 di sisi....namun, inilah tuah aku....aku diziarah oleh mereka setiap hari tanpa jemu.....aku terlalu bersyukur kepada Allah atas apa yang diberikan kepada aku....

Allah Maha Berkuasa, menganugerahkan aku insan pendamping yang menghargai, memahami, menyayangi....memberi aku semangat setiap kali aku tersasar dari landasan....Alhamdulillah....

Kini, aku membilang hari, menanti saat kelahiran baby ku.....kian hampir, kian kuat debaran di hati.....InsyaAllah, doa ku hanya satu, agar segalanya selamat......

Buat kakak2ku, kawan2ku.....doakan jua diri ku, agar segalanya dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.....InsyaAllah.....

Sayang ku pada mereka semua tidak ada ukurannya.....

126000 | posted by durianbelanda at 23:10 | 1 comments

Tuesday, October 5, 2004

Gembirakah aku atau sedihkah aku......

Sesungguhnya gembira atau sedih itu terlalu subjektif untuk ditafsirkan.....kekadang kita fikir itu menggembirakan kita, walhal pada orang lain mungkin itu sesuatu yang menyedihkan......

Sebenarnya aku terlalu sedih.....sedih sehingga aliran airmata aku terlalu deras mengalir kelmarin.....dari seorang ke seorang ke seorang, rakan-rakan baikku di pejabat meninggalkan aku......aku sedih, aku tahu ikatan persahabatan itu akan terus terjalin, tapi mungkin tak seperti sekarang.....sekarang aku sentiasa dapat melihat mereka, bercakap dengan mereka, berkongsi segala suka duka dengan mereka, namun november depan akan menamatkan itu semua......hanya handphone akan terus mengikat aku dan rakan-rakanku ini.......

Alhamdulillah, my sister dapat tawaran kerja di salah sebuah agensi kerajaan setelah mendambakan diri di pejabat ini selama 4 tahun......Pergi semuanya kerana kebaikan, satu penghijrahan.......doa ku hanya satu, agar kakakku akan terus berjaya dalam kerjaya barunya.....seorang lagi my sister, resign coz nak balik hometown dia di penang, setelah berhijrah ke KL almost 12 years......Alhamdulillah, segala aturan hidup ini telah terencana dari azali, aku bersyukur kerana segalanya demi kebaikan diri dan masa depan......

aku gembira....ya aku gembira kerana hanya satu, bos kaplamyanga yang menganggap anak melayu seperti kami 'will never learn anything' akan meninggalkan pejabat ini dengan kejayaan lain di luar sana......aku ingin lihat dia lumpuh, bila insan2 yang bertanggungjawab dalam operasi unit memberikan surat 'resign 24 hours'......

Dan, InsyaAllah, ada rezeki, aku juga akan meninggalkan pejabat ini seperti kakak-kakakku itu.....InsyaAllah, kerana rezeki insan di dunia ini bukan terletak di tangan manusia, ianya di tangan yang Esa.......InsyaAllah, InsyaAllah....akan datang masa buat diri ku ini....bak kata mana tahu rezeki si baby ku tersayang......InsyaAllah......

123113 | posted by durianbelanda at 1:50 | 2 comments